Rate

TINTA PENULIS - TENTANG NOVEL AKU MASIH CINTA

Romance Series 197233

Assalamualaikum, pembaca yang dihormati.

Jujurnya, saya menggunakan platform ini sekadar ingin menulis cerpen, berbagi penulisan cerpen untuk tatapan pembaca.

Dari awal, penulisan saya lebih berfokus kepada genre puisi dan cerpen. Mengenai cerita cinta ini, novel AKU MASIH CINTA, ia berasal dari sebuah penulisan cerpen saya pada mulanya. Cerpen ini yang asalnya sudah berjudul, judulnya KU RELAKAN PERGI. Namun begitu, saya telah mengembangkan jalan ceritanya dari satu bab ke satu bab, mengolahnya semula sehinggalah ia menjadi sebuah novel.

Saya perasan ramai yang tanya, "Bila nak update? Lambat lagi ke?"

Sebenarnya begini, novel ini ditulis secara spontan, ia bermula pada saat akhir Tengku Arissya melarikan diri ke Kota Cinta.

Kini dia berdiri di Kota Cinta tanpa seorang lelaki, dia berharap pengalaman menjadikan dia lebih matang untuk memilih pasangan hidup. Dia akui hatinya teramat sakit dengan apa yang sudah terjadi, namun dia juga sedar bahawa cinta itu hanyalah persinggahan dalam hidupnya, tidak pernah kekal dan menjamin kebahagiaan kerana walau sebesar manapun cintanya, tidak ada cinta yang dapat menandingi cinta Allah. Dia relakan sejarah cinta semalam berlalu pergi untuk kembali mengutip serpihan hatinya yang telah lama mati kerana cinta.

Selepas itu, penulisan ini sepenuhnya secara spontan mengikut pemikiran dan daya imaginasi penulis sendiri. Setiap kali saya ingin menulis, ingatan saya perlu lebih kuat untuk menginggati bab seterusnya bagi menghasilkan bab demi bab yang lain. Jadi, masa untuk menamatkan kisah ini juga menjadi begitu panjang, kerana setiap ilham bab demi bab ditulis secara spontan.

Dan saya sendiri mengakui, banyak kelemahan pada novel ini. Jika dilihat pada bab demi bab, sampai beratus, bukan? Sebenarnya, bab demi bab menjadi banyak disebabkan ada sesetengah bab saya perasan saya menulis bab itu terlalu sedikit, tidak panjang, jadi untuk sampai kepada akhir bab seterusnya ia jadi banyak.

Sebenarnya saya juga hampir berputus asa untuk menamatkan cerita cinta dalam novel ini, tapi saya kembali bersemangat bila ada feedback yang positif, ada yang komen nak chapter seterusnya. Itu yang membuatkan saya meneruskannya menulis jalan cerita cinta ini, meskipun sulit.

Untuk yang sudi komen, yang banyak komen terima kasih. Sebab kalian adalah kekuatan saya, asbab saya mengakhiri novel yang tak seberapa ini. Dan yang mana komen negatif, kritik karya saya ini juga terima kasih, setidaknya dengan kritikan itu saya dapat memperbaiki penulisan saya untuk menjadikan karya saya lebih baik dan berkualiti di masa akan datang. Kritikan itulah yang akan membangunkan jiwa seorang penulis.

Jujurnya, novel ini bukanlah novel pertama saya, tapi ia merupakan novel kedua. Ya! Saya anggap begitu. Novel pertama saya bakal diterbitkan, berjudul HERO BUKAN HEROIN, itulah karya sulung saya saat pertama kali mencabar diri saya sendiri untuk menulis sebuah novel. Novel pertama ini hanya Allah saja yang tahu jerih payahnya, untuk melalui setiap proses demi proses sehingga bakal terterbitnya.

Tapi sebelumnya, karya saya sudah terterbit dan dijual, berjudul KEKASIH AKU PULANG.

Jika ingin mengikuti perkembangan novel yang bakal terbit boleh follow page saya, di situ biasanya saya juga update tentang penulisan dan ada juga tulisan-tulisan kecil dari saya yang berbentuk quotes, puisi, luahan, catatan, cerita seram, dan ilmu...

JIKA SUDI BOLEH FOLLOW NI :

✨ AUTHOR HEART (FB)
✨ WRITER HEART OFFICIAL
✨ @writerheart14 (TIKTOK)
✨ X @writerheart

Terima kasih....
Maaf di atas setiap kekurangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience