Rate

BAB 61

Romance Series 197165

"Aryanz suka tengok Arissya duduk sini. Arissya nampak cantik.." Puji Aakif Aryanz petang itu. Hubungan mereka berdua sudah semakin rapat.

"Awak ni ada-ada ajelah. Saya ni cuma perempuan biasa aje," balas Tengku Arissya.

"Tak adalah, bagi Aryanz kan Arissya ni perempuan luar biasa," balas Aakif Aryanz. Tengku Arissya tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu. Berkerut dahinya.

"Maksud Aryanz, yelah walaupun Arissya dah berpisah dengan suami.. tapi Arissya nampak kuat dan tabah seolah-olah tak ada rasa sedih.."

Tengku Arissya tergelak kecil mendengarnya, "Yeke?"

"Yelah, Arissya kat sini sorang-sorang. Jauh dari family, tu yang Aryanz rasa Arissya ni seorang perempuan yang kuat.."

"Semua perempuan dalam dunia ni kena jadi kuat, kuat pada luaran dan dalaman. Kalau perempuan tak kuat macam mana dia nak hadapi kekecewaan yang dihadiahkan oleh seorang lelaki," balas Tengku Arissya.

"Dalamnya maksud kata-kata Arissya.. tapi Aryanz tak macam tu. Aryanz bukan seorang lelaki yang suka permainkan perasaan perempuan. Tapi tulah nasib Aryanz ni malang, selalu kena tinggal dengan perempuan," balas Aakif Aryanz cuba mereka cerita untuk meraih rasa simpati di hati Tengku Arissya. Sudah tiba masanya permainannya bermula.

"Bunyi macam kecewa. Awak pernah kena tinggal ke?"

"Bukan sekali Aryanz ditinggalkan, tapi banyak kali," balas Aakif Aryanz.

"Awak boleh bercerita pada saya, luahkan kalau sudi.." balas Tengku Arissya. Mungkin dengan cara meluahkan hati lelaki itu akan rasa lebih lega.

Tengku Harith Zaqwan baru saja sampai di kawasan situ, penat dia berlari. Dia tahu Tengku Arissya pasti ada berdekatan dengan Menara Eiffel Tower. Dia sudah mendekati pokok besar di situ. Jadi benar sangkaannya ada Tengku Arissya bersama Aakif Aryanz sedang berbual-bual.

Tengku Harith Zaqwan semampu mungkin cuba mendekati pokok itu pada jarak yang dekat, tapi awas! Dia perlu lebih berwaspada agar kehadirannya tak dapat dihidu. Dia mula pasang telinga mendengar perbualan itu.

"Actually.. Aryanz dah bertunang sebelum ini tapi hubungan kami tak kekal lama. Dia sanggup tinggalkan Aryanz demi lelaki lain. Lelaki yang lebih kaya. Yelah.. Aryanz ni apa ada, cuma kerja biasa aje.."

"So, sekarang bekas tunang awak kat mana?"

"Tak tahulah dia kat mana.. lagipun sejak kami berpisah Aryanz langsung tak ambil tahu pasal dia. Dia pun entah ke mana menghilangkan diri, mungkin dia dah kahwin dengan lelaki pilihannya.."

"Tak apalah mungkin Allah nak bagi jodoh yang lebih baik untuk awak," balas Tengku Arissya memberi kata-kata positif pada lelaki itu.

"Kadang Aryanz rasa malang sungguh nasib diri ni, lagipun dah dua kali Aryanz gagal dalam pertunangan," balas Aakif Aryanz mengarang cerita simpati.

Tengku Arissya sudah terkesan dengan cerita itu, "Allahu.. besarnya ujian yang awak perlu lalui.."

"Apa boleh buat sudah takdir hidup Aryanz tertulis begini. Agaknya sampai bila-bila pun Aryanz takkan kahwin kut. Sampai sekarang pun Aryanz masih tak jumpa pasangan hidup sejati," balas Aakif Aryanz.

"Tak baik cakap macam tu. Awak kena yakin pada Allah. Mungkin Allah nak bagi jodoh yang lebih baik untuk awak," balas Tengku Arissya seakan memujuk.

Tengku Harith Zaqwan rasa mahu bagi penumbuk kat muka Aakif Aryanz. Dia tahu semua tu merupakan taktik lelaki itu untuk memikat perempuan, nak jebak dalam perangkapnya. Taktik nak bagi perempuan rasa simpati dengannya. Jenis lelaki yang sukakan perhatian.

'Melampau betul! Kau yang perangkap perempuan dengan ayat semanis madu, duit dia orang kau kaut habis, lepas tu kau boleh cakap yang perempuan tinggalkan kau pulak. Hebat permainan kau bro! Tapi aku takkan biarkan Tengku Arissya masuk ke dalam perangkap kau, itu janji aku!' Bentak hati Tengku Harith Zaqwan marah. Sakit betul hatinya mendengar semua penipuan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience