Rate

BAB 225

Romance Series 197233

Tegang saja wajah Tengku Harith Zaqwan, dia benar-benar sakit hati apabila mengetahui Tengku Qistina mengupah Sichai membunuh Tengku Arissya.

Jiwanya resah, apalagi memikirkan siapa Sichai setelah Sharleez menjelaskan mengenai latar belakang lelaki iblis itu. Nampak gayanya dia perlu berwaspada dan mengambil langkah lebih awal, serta bijak. Jika tidak sesuatu yang buruk akan menimpa keluarga Datuk Mustaqim.

"Leez adakah kau mampu menepis segala bahaya yang datang dari Sichai?" Soal Tengku Harith Zaqwan baru bersuara setelah beberapa minit terdiam.

"Aku mengikut pada kepercayaan kau pada aku tuan.."

"Baik, aku percaya kau. Berjanjilah denganku kau akan menjaga Tengku Arissya sebaik mungkin.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Pasti tuan, aku berjanji akan menjaganya. Bahkan nyawa juga rela aku pertaruhkan.."

"Tidak Leez! Aku tidak akan membiarkan sesiapapun menyakiti kau dan Kief.."

"Kita akan sama-sama menempuhi segala mara bahaya. Aku yakin kita akan berjaya mengalahkan perempuan iblis tu," sambung Tengku Harith Zaqwan marah.

"Jadi kau nak aku buat apa esok? Menjaga Tengku Arissya dari dekat atau..."

"Dua puluh empat jam kau kena jaga dia Leez. Jangan sampai dia hilang dari pandangan kau. Faham!" Balas Tengku Harith Zaqwan tanpa sempat Sharleez menghabiskan ayatnya.

"Faham tuan!"

"Bagus, kau pergilah berehat. Aku nak call Kief," ucap Tengku Harith Zaqwan sudah menapak keluar ke halaman rumahnya.

Tengku Harith Zaqwan memberitahu segalanya pada Sharkief. Sharkief sudah sedia maklum akan hal itu, dia berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Tengku Arissya.

Tengku Arissya berdiri di balkoni rumahnya pada malam itu, masih terbayang hal yang terjadi di depan matanya tadi.. ia sangat menakutkan. Hampir saja dia dilanggar, kalau bukan bekas suaminya menolongnya sudah pasti dia akan dilanggar.

Tapi dia tidak kisah jika itu yang terjadi, dia rela.. lagipun dia yang banyak melakukan kesalahan terhadap bekas suaminya. Dia memang patut dihukum. Saat ini dia teringin benar mahu menemui Sharleez. Meminta maaf pada orang gajinya itu, Kak Kiah a.k.a Sharleez nama sebenarnya. Dia juga mahu mengajukan banyak soalan. Selagi dia tidak tahu cerita sebenar sepenuhnya, dia tidak tenang. Dia mahu Sharleez menceritakan segala-galanya.

Tapi dimana Sharleez menghilang? Ke mana dia? Sejak peristiwa itu Sharleez tidak lagi kelihatan. Mahu dia bertanyakan Tengku Harith Zaqwan tapi malu pula rasanya, setelah apa yang dia lakukan sebelum ini. Hanya doa yang mampu dia panjatkan supaya dia dapat menemui Sharleez semula.

Tengku Qistina menelefon Tengku Harith Zaqwan pada pagi itu, dia mengajak lelaki itu breakfast.

'Perempuan ni lagi, tak habis-habis call aku. Gila!' Marah Tengku Zarith Zaqwan. Dia bencikan Tengku Qistina. Dia benci. Sekarang mungkin masih belum jelas Tengku Qistina membunuh mamanya, dia masih menunggu siasatan daripada pihak polis sendiri dan dia pula mahu terus mencari bukti. Bukti kukuh.

"Hisyh mana pula si Harith ni! Takkanlah masih tidur.." ucap Tengku Qistina geram. Sudah berkali dia call tapi tak dijawabnya...

Tengku Harith Zaqwan turun ke bawah, dia sudah bersiap mahu ke ofis.

"Morning tuan!" Sapa Sharleez yang sudah ada dimeja makan seawal pagi.

"Morning, Leez.."

"Tuan kenapa muka kau tegang aje ni, mimpi apa semalam?" Sapa Sharleez.

Tiba-tiba telefon Tengku Harith Zaqwan berdering lagi.

"Owh.. aku dah dapat jawapannya. Tentu perempuan gila tu kacau kau lagi. Bertabahlah.."

"Dari tadi dia call aku, rimas betullah!"

Sharleez tergelak, jarang tuannya berkata begitu, "Tapi dia sangat seksi tuan.."

"Seksi? Apa kena mengena dia dengan seksi pula?"

"Tuan kena hati-hati. Aku takut tuan tergoda dengan perempuan tu.."

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "Aku bukan lelaki yang mudah digoda Leez, melainkan sorang saja yang mampu membuat jiwa lelakiku bergetar.."

"Aku tahu siapa tuan, tentu Tengku Arissya kan.."

Tengku Harith Zaqwn diam tidak menjawab, dia terus bangun melangkah keluar.

"Eh tuan.. kau tak sarapan dulu?"

"Aku terpaksa breakfast dengan makhluk Tuhan paling seksi tu. Kalau tak hancur planning aku nak cari bukti. Dia tentu akan cari penyebabnya.."

Sharleez tersengih, "Good luck lelaki paling setia!"

Tengku Harith Zaqwan menjerit, "Kau jangan buang masa. Sekejap lagi Tengku Arissya akan ke ofis. Kau tak boleh terlewat walau satu saat. Faham!"

"Faham tuan, aku gerak sekarang!" Ucap Sharleez segera bingkas bangun dan berlari keluar mendahului tuannya, menggeleng kepala Tengku Harith Zaqwan melihatnya, dah macam halimunan.

Sharleez sudah berada di depan rumah Tengku Arissya, hari ini dia datang menaiki motor berkuasa tinggi Kawasaki atas arahan Tengku Harith Zaqwan. Kalau dia menaiki kereta mungkin sukar untuk menjejaki Tengku Arissya apabila jalan sesak.

Tengku Arissya yang baru saja selesai sarapan pagi keluar dari halaman rumahnya. Peristiwa yang terjadi ke atas dirinya dirahsiakan dari keluarganya. Dia tidak mahu hati keluarganya resah.

Sichai sudah mengupah dua orang lelaki untuk menyelesaikan tugasannya. Dia tidak mahu mengotori tangannya. Dia tidak mahu pihak polis mengesyakinya apa-apa.

"Apa tugas aku kali ni?" Soal anak buahnya yang berbadan kurus kering.

Sichai memberikan gambar Tengku Arissya pada anak buahnya, mereka melihatnya dengan penuh teruja. Cantik.

"Aku nak kau bunuh perempuan ni.. tapi bunuh cara yang aku dah ajarkan tu. Faham!"

Lelaki berbadan sasa itu pula tersengih sinis, "Tak jadi masalah untuk aku. Akan aku habiskan nyawa perempuan ni!"

"Jangan bikin gue kesal!" Ucap Sichai.

Lelaki kurus kering itu menepuk bahu Sichai, "Aku buat kerja tak pernah gagal Sichai. Aku tahu macam mana membunuh.."

Sichai mengangguk faham. Pertemuan antara mereka pada pagi itu berakhir di situ. Mereka berdua yang sudah mengetahui di mana ofis Tengku Arissya berada segera ke sana sekadar meninjau persekitaran di situ.

Sharleez sudah memakirkan motornya, dia menjejaki Tengku Arissya yang sedang berjalan masuk ke ofisnya.. namun tiba-tiba dia melihat sesuatu yang mencurigakan di tempat parking kereta itu, ada dua orang lelaki sedang memerhati gerak-geri Tengku Arissya.

Nasib baik dia perasan, jika tidak dia dapat dikesan oleh pihak musuh. Dia yakin dua orang lelaki itu pasti upahan Tengku Qistina. Dia perlu melakukan sesuatu. Tapi dia tidak boleh meninggalkan Tengku Arissya begitu saja sebelum gadis itu masuk ke bilik ofisnya. Sharleez kekal disebalik tiang besar untuk memerhati gerak-geri musuh.

Buat masa sekarang dua orang lelaki itu tidak bertindak apa-apa, namun dia harus berwaspada. Jika tidak buruk padahnya.

"Adrian Smith, kau datang ofis Tengku Arissya sekarang. Kawasan tempat parking.." ucap Sharleez menggunakan earphone menelefon kawannya.

"Why?"

"Arissya dalam bahaya!"

"Alright aku datang sekarang.."

Sharleez masih memerhati. Matanya tidak lekang dari memandang kedua orang lelaki itu.

"Eh, aku yakin yang tadi tulah Tengku Arissya.." ucap lelaki yang kurus kering.

"Memang dia!" Balas lelaki berbadan sado.

"Apa kita nak buat sekarang?"

"Aku rasa lagi elok kalau kita culik dia dulu," balas lelaki berbadan sado.

"Kau gila! Sichai bagitahu supaya kita himpit kereta dia di tempat sunyi, biar dia terbabas jatuh ke dalam gaung.. biar mati tanpa pihak polis dapat kesan sebarang bukti.."

"Sichai tu bodoh! Kau ingat polis tak syak? Polis bijak, boleh cari bukti tu. Kita yang kena lebih bijak daripada pihak polis.."

"Habis tu apa planning kau?"

Lelaki berbadan sado itu tersengih penuh makna.

"Aku tengok perempuan tu jadi terliur pula. Bergelora nafsu jantan aku ni.. aku rasa lebih baik kita culik aje dia. Kita berdua makan besar.."

Kawannya ketawa, "Kalau yang part makan besar tu aku suka.."

Jijik sungguh pemikiran kedua orang lelaki itu. Sifatnya bagaikan iblis. Mentang-mentanglah Tengku Arissya cantik paras rupanya, mahu diculiknya dan merampas maruahnya. Yakinkah mampu? Bagaimana jika lelaki yang sudah lama menahan segala rasa sabarnya mengamuk? Pasti terbakar segala isi dunia ini. Apalagi ketika menganggu bidadarinya. Tengku Harith Zaqwan pasti tidak akan berdiam diri. Bukan hanya Tengku Harith Zaqwan, malah harus berdepan dengan Sharleez juga.

Adrian Smith sudah sampai di tempat parking itu, Sharleez yang perasan segera masuk ke dalam kereta itu.

"Mana Tengku Arissya?" Soal Adrian Smith.

"Sudah masuk ke ofisnya.."

"Tadi kau kata dia dalam bahaya?"

"Benar, cuba kau lihat lelaki dalam kereta tu. Mereka sedang mengintip Tengku Arissya.." balas Sharleez.

"Kau yakin Leez?"

"Aku yakin Adrian.."

"So, kau datang menjejaki Tengku Arissya menaiki kenderaan apa hari ini?"

"Motor.."

"Motor?" Soal Adrian Smith terkedu...

"Atas arahan tuan aku. Kalau jalan jammed pasti rumit untuk aku menjejaki Arissya menggunakan kereta.."

"Leez bahaya jika kau naik motor, andai kata ada yang sudah dapat mengesan kau, kau bakal ditembak dari jarak yang dekat atau jauh. Dua kemungkinan itu pasti terjadi," balas Adrian Smith yang risaukan keselamatan pujaan hatinya itu.

"Adrian aku sudah siap dari awal setelah berada dalam bidang ini. Kau tak perlu risau.."

"Leez apa kau lupa sahabat baik aku, yang paling aku sayang mati ditembak oleh musuh?"

"Dan kau tak terfikir ke bagaimana rasa sakitnya hati aku menghadapi kenyataan pahit tu? Sahabat kau adalah lelaki yang sangat mencintai aku.."

"Kau mencintainya sesudah dia mati, Leez!"

"Ya! Aku mengakuinya, tapi dia selalu ada dalam hati dan doa aku.." balas Sharleez seakan mahu jatuh air matanya. Sebak. Sebak mengingati kenangan pahit itu.

Adrian Smith mengalihkan pandangannya ke depan, dia juga sedih.

"Leez, aku mencintai kau. Aku risaukan keselamatan kau, so please jaga diri kau baik-baik. Kau berdepan dengan mara bahaya yang bukan sedikit..."

"Stop it Adrian! Aku tak suka dengar luahan hati kau. Kita dalam kerja sekarang. So, please jangan ungkit kisah lama!"

"Leez apa kau akan menerima aku juga setelah aku mati ditewaskan oleh musuh? Waktu tu kau akan belajar mencintai aku?" Soal Adrian Smith, tersentak Sharleez mendengarnya. Dia tidak mahu hal itu terjadi. Dalam diam hatinya sedih, namun dia tidak boleh leka. Tengku Arissya dalam bahaya. Dia perlu fokus sepenuhnya. Dia masih tidak mahu membahas soal hati dan perasaan.

Sharleez memilih diam. Dia terus menyalin pakaiannya, yang sudah berlapis tersedia di bahagian dalamnya. Kali ini dia menyamar sebagai staf. Bertudung cantik dan bercermin mata.

Adrian Smith tersenyum memandang sekilas seraut wajah itu, dia berusaha melupakan kesedihannya.

"Kau sungguh cantik menyamar sebagai staf disini. Nampak ayu dengan tudung tu.."

"Shut up Adrian!"

Sebelum Sharleez keluar, Adrian Smith tergelak. Dia memang suka mengusik gadis itu. Dia tidak akan berhenti mencintai Sharleez, itu janjinya. Dia akan berusaha juga melindungi gadis itu sedaya upayanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience