Rate

BAB 275

Romance Series 197165

Sepanjang perjalanan Tengku Harith Zaqwan hanya diam membisu.

Mereka sampai di sebuah tanah perkuburan. Tengku Arissya merasa aneh. Seram sejuk dia tapi nasib baik di kawasan itu tak hujan.

"You bawa I kat kubur ni kenapa? You dah gila ke? I takutlah.."

"Ikut I, Arissya. I bukannya nak apa-apakan you.." balas Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya mengikut jejak langkah lelaki itu.

Perlahan-lahan mereka berjalan di sekitar tanah perkuburan. Ada sebuah tanah perkuburan yang cahaya lampunya terang. Tidak jauh dari situ, di kawasan pondok usang di atas kubur ada tiga orang lelaki sedang membaca Yaasin. Sayup-sayup kedengaran.

Tengku Harith Zaqwan duduk di situ, nampak kesedihan di wajahnya melalui kesamaran lampu di pondok usang yang berada berdekatan situ. Tengku Arissya juga turut duduk di situ.

"Mama.. Harith datang ni, Harith bawa Arissya.."

"Dulu mama selalu minta Harith cari Arissya, ni Harith dah jumpa. Maaf sebab lama buat mama tunggu..." Ucapnya perlahan.

Air mata Tengku Arissya laju membasahi pipinya. Jadi, di hadapannya ini merupakan makam Tengku Suria? Baru dia tahu. Sebak mengundang di jiwanya.

"Arissya nilah makam mama. Tiga orang lelaki tu I upah untuk bacakan Al-Quran dan Yaasin buat mama. I upah orang masjid berdekatan sini..."

"Allahu.. I sebak Harith. I teringat balik kat arwah..." Ucap Tengku Arissya sambil menyeka air matanya yang masih sukar dihapuskan.

"Hmm mama memang sayangkan you. Dia hanya percaya pada you untuk jaga I.."

"I tahu semua tu.."

"Habis tu kenapa you tinggalkan I, sedangkan you tahu I tak kuat tanpa you.."

Kali ini Tengku Arissya terdiam seribu bahasa. Dia tiada jawapannya. Semua yang terjadi mungkin sudah ketentuan takdir.

"You tahu tak Arissya, mama tinggalkan wasiat. Dalam wasiat tu ada nama you untuk sebahagian harta mama.."

Tengku Arissya terkedu. Kali ini dia menutup mukanya dengan kedua belah tangannya. Dia rasa nak meraung. Dia kesal. Dia terkilan tidak dapat menemui arwah Tengku Suria di saat terakhir. Betapa sayangnya arwah pada dia.

"Jangan nangis Arissya, jom baca doa untuk mama.." ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan. Sebak juga menghuni jiwanya.

Tengku Arissya mengangguk perlahan, dia menyeka air matanya dan mula membaca surah yang dia ingat untuk disedekahkan pada arwah Tengku Suria.

Beberapa minit kemudian, Tengku Harith Zaqwan berpaling pada Tengku Arissya, "Arissya..."

Tengku Arissya memandang wajah lelaki itu.

"Arissya.. bersaksikan depan makam mama ni. I nak tanya you, sudi tak you jadi isteri I balik?"

Tengku Arissya terkedu, hanya renungan matanya menusuk ke dalam mata Tengku Harith Zaqwan. Ada ketulusan dalam mata itu, penuh berharap padanya. Mengharap.

"Sudi, I sudi jadi isteri you semula Harith.."

Mata Tengku Harith Zaqwan berkaca. Dia berpaling ke arah lain. Dia rasa mahu menangis. Jadi inilah indahnya akhir sebuah perjuangan dalam pencintaan, apa yang dimohonkan pada Tuhan termakbul.

"You nangis, Harith?" Soal Tengku Arissya.

"I memang selalu nangis kalau rindukan you.."

Kata-kata Tengku Harith Zaqwan buatkan Tengku Arissya tersenyum, "Manja you ni.."

"Well, I memang lelaki manja tapi juga kuat.."

"Betullah tu, Harith.." akui Tengku Arissya.

"Boleh tak kita balik sekarang?" Sambung Tengku Arissya.

"Kenapa?"

"I seramlah kat sini lama-lama, lagipun dah lewat pagi ni. Lain kali boleh datang waktu siang hari ya.."

"Okaylah sayangku..." Balas Tengku Harith Zaqwan tersenyum pada kesayangannya.

Wajah Tengku Arissya merona merah, segan bila Tengku Harith Zaqwan memanggilnya 'sayang'. Dah lama dia tak dengar panggilan itu. Hakikatnya dia rindu pada panggilan itu. Namun hatinya ego untuk mengakui.

Dalam perjalanan pulang, Tengku Harith Zaqwan kembali bersuara.

"Arissya dah lewat pagi ni, dah jam satu pagi. Tidur rumah I ya?"

"Mana boleh!"

"Why?"

"Kita belum halal.."

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "You ingat I ni apa? I ni bukan lelaki yang suka ambil kesempatan kat you..."

"Tak adalah I tahu tapi...."

"Tak apa kalau sayang tak selesa, boleh je abang hantar balik.."

"Hmm.."

"Kenapa hmm?"

"Tak ada apa," balas Tengku Arissya.

"Kat rumah tu ada Pak Karim dan Mak Timah, tu yang abang ajak tidur kat rumah. Bukannya tidur dengan abang. Tidur dalam bilik sayanglah. Bilik tu abang tak usik pun.." Ucap Tengku Harith Zaqwan yang sudah tergelak, sengaja dia mengusik.

Tengku Arissya disebelahnya sudah menjerling.

"Okaylah I tidur rumah you," balas Tengku Arissya.

Sampai saja di rumah Tengku Harith Zaqwan, kereta mewah itu diletakkan di garaj kereta. Mereka berjalan bersama menapak masuk ke rumah banglo mewah itu.

"Mak Timah, tolong bawa Arissya naik bilik ya. Sediakan segala kelengkapannya..."

"Bilik Arissya?"

Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan. Pak Karim hanya diam disebelah majikannya. Dia dapat lihat wajah yang berseri itu, menatap Tengku Arissya naik tangga ke bilik atas.

"Dah berjaya pujuk ke?"

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke arah Pak Karim, dia tersenyum, "Alhamdulillah Pak Karim, Harith dah berbaik dengan Arissya. Dada Harith rasa lebih tenang, lapang aje..."

Pak Karim mengangguk perlahan sambil berkata, "Benda elok jangan dilewatkan..."

"Insya-Allah kalau boleh dalam masa terdekat Harith nak kami bersatu semula, tapi tulah Harith kena settle urusan syarikat kat Melbourne dulu, lepas tu baru boleh handle syarikat kat sini balik.."

"Tak apa Pak Karim faham, cuma kalau cepat lagi elok.."

"Insya-Allah, Pak Karim.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya kenapa ni?" Soal Mak Timah apabila melihat beberapa titis air mata itu jatuh.

"Bilik Arissya ke ni?"

"Ya, ni bilik Arissya... Kenapa?"

"Macam bilik yang beberapa tahun lalu, masih tetap dalam keadaan yang sangat kemas sekali..."

Mak Timah senyum, "Harith yang minta Mak Timah jagakan bilik Arissya ni. Sebab tu bilik ni masih tetap sama seperti dulu. Tak ada apapun yang berubah dan diubah dalam bilik ni.."

"Allahu.. sampai macam tu sekali Harith buat untuk Arissya.."

"Arissya pun tahu kan, Harith tu sayangkan Arissya. Sejak kamu berdua berpisah, Harith selalu bersedih. Tapi tadi Mak Timah tengok wajah dia berseri macam dulu balik..."

"Hmm.. kesian Harith. Dia jadi macam tu sebab kebodohan Arissya, rasa tidak yakin dan percaya pada cinta dia tapi sekarang Arissya dah yakin dan percayakan Harith, lepas tengok segala pengorbanannya pada Arissya. Dia memang lelaki yang terhebat dan baik. Dia sangat sabar melayani sikap Arissya. Arissya macam tak percaya yang dia boleh terima Arissya balik.."

"Benda yang dah lepas tu biarlah, tak usah dikenang. Seeloknya buang yang keruh, ambil yang jernih dan mulakan hidup baru..."

"Insya-Allah, Mak Timah. Terima kasih jaga bilik ni.."

"Sama-sama. Dah, Arissya rehat ya. Jangan lupa mandi, bilas dengan air biasa. Jangan terus tidur. Takut kamu demam pula kena hujan tadi.."

"Okay Mak Timah.." ucap Tengku Arissya.

Tengku Arissya benar-benar yakin tiada cinta sehebat cinta Tengku Harith Zaqwan. Bilik yang sudah beberapa tahun ditinggalkan masih kemas rapi. Sungguh besar cinta lelaki itu padanya.

'Sejak dulu, masih ada cinta dihatiku untukmu. Tak pernah ku serah hati ini pada lelaki lain, ia teruntukmu...' Desis hati Tengku Arissya. Dia berjanji akan menyayangi dan menyintai Tengku Harith Zaqwan hingga hujung nyawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience