Rate

BAB 73

Romance Series 197165

"Arissya wait! Arissyaaa.." Panggil Tengku Harith Zaqwan.

"Nak apa?" Soal Tengku Arissya yang sudah berpaling ke belakang menghadap wajah bekas suaminya itu.

"Nak sayanglah," usik Tengku Harith Zaqwan.

"Boleh tak jangan main-main!" Marah Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Janganlah marah. Senyum sikit, barulah hari-hari dalam hidup kita ni akan ceria.."

"Tak ada maknalah semua tu pada saya!"

"Arissya sampai bila nak marahkan abang ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan serius.

"Sampai mati!" Jerit Tengku Arissya kuat.

"Besar sangat ke salah abang sampai Arissya cakap macam tu?"

"Besar! Terlalu besar.. sampai saya tak boleh lupakan satu pun kesalahan awak terhadap saya!" Marah Tengku Arissya. Sudahlah dia sakit kepala.. makin sakit kepalanya bila diganggu oleh bekas suaminya.

Tengku Harith Zaqwan sedih, namun dia tak ingin menunjukkan kesedihannya di hadapan bekas isterinya itu.

Tengku Harith Zaqwan mencipta tawa sandiwara, "Sayang cantik bila marah. Makin cantik abang tengok.."

"Hisyh.. orang marah pun masih main-main, tak pernah serius sekarang ni.."

"Mana ada abang main-main. Abang akui dengan hati sayang nampak cantik bila marah," ucap Tengku Harith Zaqwan bersama senyuman manis dibibirnya.

"Boleh tak jangan ganggu saya lagi! Boleh tak awak balik aje kat Malaysia. Saya nak hidup dengan tenang kat sini tanpa awak. Please..."

"Abang takkan balik. Abang nak tinggal sini. Nak jaga sayang. Abang nak pastikan Arissya selamat.."

Kali ini Tengku Arissya tergelak sinis, "Nak jaga saya? Nak pastikan saya selamat?"

"Ya sayang.."

"Sejak bila ni jadi hero? Tak payahlah Harith! Tak payah nak jaga saya. Awak tu bukan siapa-siapa lagi dah pada saya. Kalau dulu tak apalah, tapi sekarang dah tak ada maknanya. Saya bukannya budak kecil nak kena tengok depan mata setiap masa. So, please Harith. Don't disturb me!" Jerit Tengku Arissya dihujung ayatnya.

"Arissya memang bukan budak kecil lagi, tapi abang tetap tak boleh biarkan Arissya sorang-sorang kat sini," ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan.

"But why?"

Kali ini tanpa sepatah kata, Tengku Harith Zaqwan melangkah pergi dari situ. Kalau dia jelaskan apa-apapun Tengku Arissya takkan faham.. jadi daripada hati kesayangannya sakit dan marahkan dia, lebih baik dia berlalu pergi dari situ.

"Harith! Jawablah soalan saya. Kenapa diam?"

"Tengku Harith Zaqwan!!!" Jerit Tengku Arissya geram.

Kali ini Tengku Arissya melabuhkan punggungnya di bangku berdekatan situ. Dia tunduk. Air matanya mengalir laju. Entah kenapa jiwanya kian rapuh.

Tengku Harith Zaqwan berjalan perlahan, terngiang-ngiang kata-kata Tengku Arissya tadi.

"Besar sangat ke salah abang sampai Arissya cakap macam tu?"

"Besar! Terlalu besar.. sampai saya tak boleh lupakan satu pun kesalahan awak terhadap saya!"

"Boleh tak jangan ganggu saya lagi! Boleh tak awak balik aje kat Malaysia. Saya nak hidup dengan tenang kat sini tanpa awak. Please..."

Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya, ada air mata jatuh mengalir dari pipinya. Sakit! Terlalu sakit hatinya dihiris oleh kata-kata Tengku Arissya. Berkali dia meraup mukanya yang sudah merah. Tapi dia tak boleh terus berputus asa. Dia perlu belajar menghadapi kemarahan dan kebencian Tengku Arissya padanya. Dia perlu sabar dan bertenang.. lagipun semua yang dia lakukan ini demi Tengku Arissya. Satu-satunya gadis yang dicintainya.

Aakif Aryanz tiba-tiba muncul di situ. Segera dia menyapa Tengku Arissya yang sedang menangis.

"Arissya..."

Tengku Arissya mendongak, Aakif Aryanz rupanya. Segera dia menyeka air matanya. Lelaki itu duduk di sebelah Tengku Arissya.

"Siapa buat Arissya menangis ni?"

"Nothing," balas Tengku Arissya.

"Buat apa kat sini?"

"Saja jalan-jalan kat sini, tak sangka terjumpa Arissya pula," balas Aakif Aryanz.

"Arissya ceritalah. Aryanz sudi dengar. Kenapa menangis ni?" Sambungnya.

"Entahlah, bekas suami saya tak habis-habis kacau saya.."

"Hah? Kacau Arissya? Dia ada call ke?"

"Taklah, bekas suami saya jumpa sayalah," balas Tengku Arissya membuatkan Aakif Aryanz terkejut beruk.

"What? Dia ada kat sini ke?" Soal Aakif Aryanz.

"Yup, memang dia ada kat sini. Dah lama pun. Dia datang sini cari saya," bagitahu Tengku Arissya. Aakif Aryanz terdiam seketika.

"Saya pun tak sangka dia akan datang sini cari saya," sambung Tengku Arissya.

"Jadi hari-hari dia kacau Arissya?"

"Tak juga, kadang dia muncul tiba-tiba.. kemudian menghilangkan diri," balas Tengku Arissya.

"Dia nak apa sebenarnya?" Soal Aakif Aryanz.

Kini ketenangan Aakif Aryanz telah tergugat. Jadi rupanya bekas suami Tengku Arissya sudah lama berada di Kota Paris. Bodoh sungguh! Kenapalah dia tak bertanyakan soal ini. Kehadiran bekas suami Tengku Arissya sudah pasti akan menganggu kerjanya.

"Saya rasa dia mahu kembali pada saya," balas Tengku Arissya.

"Bersatu semula?" Soal Aakif Aryanz. Tengku Arissya hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

"So, Arissya setuju bersatu kembali dengan bekas suami?"

"Tak mungkinlah saya akan terima dia balik dalam hidup saya setelah apa yang dia buat pada saya," balas Tengku Arissya. Sedikit lega hati Aakif Aryanz. Namun dia perlu melakukan sesuatu. Mengenali siapa bekas suami Tengku Arissya agar senang dia hapuskan.

"Tapi kalau terus dipujuk tentu Arissya akan kembali pada dia kan?"

Tengku Arissya tersenyum kali ini, "Kenapa dengan awak ni. Macam cemburu aje.."

"Aryanz memang cemburu sebab Aryanz dah mula sukakan Arissya. Aryanz sayangkan Arissya!" Aakif Aryanz meluahkan rasa hatinya. Kali ini Tengku Arissya terkedu. Dia tak sangka Aakif Aryanz sukakan dia selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience