Rate

BAB 58

Romance Series 197165

Selesai menikmati makanan, mereka berdua singgah di Tasik Putrajaya. Waktu pagi tak adalah panas terik, masih boleh bersantai di situ.

"You bagitahu I semalam nak discuss sesuatu, pasal apa?" Soal Tengku Emir Danish.

"I nak bagitahu pasal kita," balas Tengku Elvia. Serius saja wajahnya.

"Okay, tell me dear.."

"Sebelum ni you dah pernah tahu yang kakak I, Arissya berkahwin kan? Tapi you tak tahu lagi yang dia dah berpisah dengan bekas suaminya.."

"Hah.. dah berpisah? Bila? You tak bagitahu I pun pasal ni.." balas Tengku Emir Danish terkedu. Dia sangkakan Tengku Arissya hidup bahagia bersama suaminya.

"I tak nak ganggu you buat rawatan dan study masa kat luar negara, so I simpan dulu cerita ni. Sekarang I nak bagitahu you everything," ucap Tengku Elvia mula bercerita.

"Kak Arissya bercerai sebab dia fikir Abang Harith curang. Dia pernah kena tangkap khalwat dengan Tengku Qistina. Tengku Qistina tu bekas kekasih Abang Harith. Kakak I tak boleh terima lelaki yang dah khianati cinta dia. So, Abang Harith ikutkan saja kemahuan akak untuk berpisah.."

"Owh.. lepas tu apa jadi?"

"Lepas berpisah Kak Arissya ke luar negara, dia ke Paris menetap di sana. Sekarang dia bekerja kat sana sebagai guru tuisyen. Papa tak halang dia sebab papa tahu kakak I kecewa. Semua yang terjadi ni buat papa dan I sendiri pun marahkan Abang Harith. Kami semua menyangka yang Abang Harith bersalah tapi sebenarnya tak, dia diperangkap oleh Tengku Qistina.."

"Ya Allah.. kesiannya. Macam mana tahu yang Abang Harith tu tak bersalah?"

"Bukti. Abang Harith ada bukti dia diperangkap, ada rakaman CCTV kat hotel tu.."

"Bila tahu Abang Harith tak bersalah, kemarahan papa reda. Dia bagitahu keberadaan Kak Arissya di sana, siap bagi alamat rumah sewa kakak. Demi cinta Abang Harith ke sana kejar akak. Tapi tulah sampai ke hari ini hati kakak I terlalu keras, dia masih tak dapat terima Abang Harith, dan you tahu tak sebab apa?"

"Sebab apa?"

"Sebab kakak I tak pernah bagi peluang untuk Abang Harith jelaskan semua pasal bukti tu.. itu yang makin rumit.."

"Susahlah kalau macam tu, sampai bila pun tak settle. So, you nak buat apa sekarang ni?" Balas Tengku Emir Danish serius.

"I nak ke Paris satukan mereka berdua, sebab tulah I marah you semalam bila cakap soal kahwin dengan papa.."

"So, you tak nak kahwin dengan I ke?"

"Tak bukan macam tu, kalau boleh I nak ke Paris satukan kakak dengan Abang Harith dulu. Lepas dah settle masalah akak, kita kahwinlah. Boleh tak?"

Tengku Emir Danish berpaling membelakangi Tengku Elvia, sulit juga untuk dia katakan. Jika dia terlalu mendesak takut pula kekasihnya tertekan. Tapi mungkin dia boleh cuba memujuk hati itu.

"You tahukan sayang, I really love you. I ke luar negara untuk rawatan kaki I pun sebab you, you alasan kenapa I kembali bersemangat untuk sembuh. You tahu tak bila I balik sini, I harap kita boleh segera halalkan hubungan ni.."

"I tahu Emir, I pun sayangkan you. I pun mempunyai harapan yang sama, tapi tak salahkan kalau I ambil sedikit masa lagi untuk bantu Kak Arissya.."

"But dear...."

"Emir please, kali ni aje I minta supaya you faham keinginan hati I.."

"Tapi bagaimana dengan hati I sayang?" Balas Tengku Emir Danish laju. Ada rasa terkilan di hatinya mendengar semua itu.

Tengku Elvia hanya mendiamkan diri, dia tak tahu mahu menyatakan apa lagi. Tengku Emir Danish mungkin memilih untuk tidak bersetuju.

Akhirnya kaki itu melangkah menuju ke arah keretanya, "Sayang you nak pergi mana tu?"

"I nak balik!" Balas Tengku Elvia.

Tengku Emir Danish menghalang, "Sayang please.. janganlah bersikap macam ni. Apa salahnya kita kahwin dulu, lepas tu kita sama-sama settlekan masalah Kak Arissya dan Abang Harith okay.."

"You tak faham Emir. Kalau kita kahwin sekarang, kakak belum tentu balik ke Malaysia dalam masa yang terdekat ni. Dia kan kerja kat sana. I nak majlis kita nanti Kak Arissya ada sekali.."

"Sayang!" Halang Tengku Emir Danish, segera dia menutup pintu kereta milik Tengku Elvia.

"Okay-okay, bagi I discuss dengan papa dan mama dulu pasal ni. You pun tahu kan dia orang nak kita kahwin awal.."

"Hmm.."

"Dah jangan merajuk lagi. Jomlah kita pergi jalan-jalan tengok tasik ni, I belum puas menikmati keindahan kat sini.." Pujuk Tengku Emir Danish. Kali ini Tengku Elvia tersenyum. Hilang rajuknya.

"Emir.. I'm so sorry," ucap Tengku Elvia tiba-tiba. Dia rasa bersalah dengan buah hatinya.

"For what dear?"

"Sebab I marah you semalam. Hari ni pun sama, I macam ni dengan you.. tapi you tetap sabar aje layankan karenah I. You tahu tak papa cakap dengan I dia pening layan karenah I.. macam budak-budak," balas Tengku Elvia diiringi gelak tawa Tengku Emir Danish.

"Sayang.. it's okay. I faham you memang budak-budak lagi!" Usik Tengku Emir Danish.

"Emir!" Marah Tengku Elvia, lengan lelaki itu dicubitnya. Tengku Emir Danish lari sambil tergelak. Tengku Elvia mengejar.

"You tahu tak you tu sayang macam kanak-kanak Ribena. I pening layankan karenah youlah! Peningnyaaaa..." Jerit Tengku Emir Danish terus mengusik buah hatinya.

"Siap you!" Balas Tengku Elvia. Dia patahkan ranting pokok yang ada di situ, lalu dia kembali mengejar Tengku Emir Danish yang sedang mentertawakannya.

Bahagia itu sederhana, saling bertolak ansur dan menjadi seorang pendengar yang setia dalam cinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience