Rate

BAB 105

Romance Series 197165

Tengku Emir Danish terserempak lagi dengan Tengku Delisha di salah sebuah restoran, dia cepat-cepat mahu berlalu pergi dari situ. Namun Tengku Delisha menghalang langkahnya.

"Hai handsome!" Sapa Tengku Delisha.

"Tepilah, you ni!"

"Wait Emir, boleh kita makan-makan dulu tak? Setahu I you datang sini nak lunch kan, jomlah!" Ajak Tengku Delisha manja.

"I sibuk, I nak cepat ni.."

"Wow.. garang you sekarang. Makin mengancam!" Ucap Tengku Delisha tidak segan silu.

Tengku Emir Danish mahu pergi, tapi dia dihalang oleh Tengku Delisha yang gedik itu.

"Emir, please I cuma nak sembang dengan you aje. Takkanlah you tak nak sembang dengan I kut. Kita dah lama tak jumpa.."

"I tak ada masa nak sembang dengan youlah!"

"Please Emir, kali ni aje. Pleaseee... Please.." Ajak Tengku Delisha lunch. Siap pegang pergelangan tangan Tengku Emir Danish lagi, lelaki itu menyentap tangan itu kasar. Dia tak suka dipegang.

"You jangan melampaui batas. I tak suka!"

"Okay sorry, so.. you sudi lunch dengan I tak?"

"Okay, tapi kejap aje.." balas Tengku Emir Danish bersetuju. Sebenarnya dia menerima perlawaan itu untuk menghadiahkan satu rasa 'pedas' untuk menyakiti hati perempuan yang telah menghancurkan hatinya suatu ketika dahulu.

"You tahu tak I terkejut tengok you, you nampak lain sekarang. Makin handsomelah.." Puji Tengku Delisha.

"Emir.. you tahu tak, I suka penampilan you yang sekarang ni, you dah lain sangat.." sambungnya. Tengku Emir Danish berhenti mengunyah makanannya, dia tersenyum sinis.

"Suka? You suka I setelah I macam ni?"

"Yelah, I memang suka you. Dulu you handsome juga tapi tak adalah handsome macam sekarang,"

"Eh, bukan you dah kahwin ke dengan anak Tan Sri? Tujuh keturunan tak habis nak makan kut," perli Tengku Emir Danish.

"Dah pernah kahwin, tapi I dah bercerai.."

"Owh, so you dah pegang tittle jandalah ni?" Sinis Tengku Emir Danish bertanya.

"Yup, I dah jadi janda.. tapi janda yang cun tau!" Balas Tengku Delisha sambil tergelak kecil, tidak segan silu langsung.

"You belum kahwin kan?"

"I kahwin ke tak you sibuk apa nak tahu," balas Tengku Emir Danish.

"Emir jom kahwin dengan I nak?" Ajak Tengku Delisha.

"Kahwin dengan you? Memang taklah! You tu kan dah jadi janda. I ni teruna, lagipun I dah ada kehidupan I sendiri.."

"Emir you janganlah cakap macam tu. I serius ni. Okaylah I akui dulu I ni teruk, tapi sekarang I dah banyak berubah tau.."

"I tengok you sama aje. Tak ada apapun yang berubah pada you," balas Tengku Emir Danish. Dia sengaja mahu menyakiti hati perempuan itu. Biar tahu rasa. Dulu bukan main dia dihina.

"Betul, I dah berubah. Jomlah kahwin dengan I. Family I tentu suka tengok you yang sekarang. Dah handsome, sado dan boleh berjalan semula," desak Tengku Delisha.

"You tahu tak you perempuan paling teruk I pernah kenal. Dulu bukan main you hina I, you siap cakap I ni cacat. You buang I macam sampah, tapi bila I dah dapat balik life I.. you nak kahwin dengan I pula, you tak malu ke kutip balik sampah yang you dah buang selama ni?" Ucap Tengku Emir Danish yang sudah bingkas bangun. Dia betul-betul rasa kesal dengan sikap Tengku Delisha.

"Emir, I akui I salah. I minta maaf. Tapi I dah berubah. Kita kahwin sayang.."

"You berubah? Tak! I tak pernah percaya you berubah. Sebab I kenal you, Tengku Delisha. Sampai bila-bila pun you takkan berubah selagi you mengejar kesempurnaan dalam hidup you.."

"Emir wait! Emir!" Jerit Tengku Delisha memanggil Tengku Emir Danish yang sudah pergi dari situ.

"Hisyh tak guna betul, aku takkan lepaskan kau Emir! Kau milik aku!" Marah Tengku Delisha.

Tengku Harith Zaqwan duduk sendirian di bawah pokok yang selalu Tengku Arissya selalu duduk.. dia pandang di sebelahnya, tiba-tiba dia ternampak Tengku Arissya di situ. Tengku Harith Zaqwan terkedu.. dia lihat Tengku Arissya senyum padanya.

"Sayanggg...." Panggil Tengku Harith Zaqwan. Dia cuba menyentuh pipi itu, tiba-tiba bayangan Tengku Arissya hilang.

'Ya Allah.. rindunya aku pada Tengku Arissya, sampai bayang dia pun boleh muncul depan aku. Ya Allah.. betul ke keputusan aku untuk tinggalkan Kota Paris ni? Atau aku perlu masih menjadi seorang lelaki yang kuat menghadapi hinaan daripada orang yang aku cintai? Allah.. tunjukkanlah aku jalan yang benar. Aku serba salah Allah. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang..' desis hati Tengku Harith Zaqwan.

"Harith, you okay?" Soal Iris Ariana yang tiba-tiba muncul disitu.

"Ariana, you rupanya..." ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan.

"Boleh I duduk di situ?"

"Duduklah,"

"You masih tak jawab pertanyaan I tadi, are you okay?"

"Hmm.. i'm not okay. Hati I rasa sedih sekarang ni.."

"Mesti sebab Tengku Arissya kan? Kali ni apa lagi yang dia buat pada you?" Soal Iris Ariana.

"Dia pilih Aryanz, so I rasa dah tak ada apa lagi untuk I terus tinggal disini. I nak balik Malaysia. Dah lama I tinggalkan syarikat I.."

"Ya Allah.. you dah fikir masak-masak ke? Em, selama ni siapa yang uruskan syarikat you?"

"I dah reput fikir pasal ni. Hud Mikail, adik sepupu I yang uruskan syarikat I. Dia pun ada pengalaman dalam bidang perniagaan, baru lepas tamat pengajian di luar negara.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm.. tapi you tak risaukan Arissya ke? Kan you sendiri bagitahu lelaki yang dia suka tu bahaya. Owh.. dah ada pengalaman tak apalah," balas Iris Ariana.

"Tuhan je tahu apa yang I tengah rasa sekarang ni. Actually I rasa serba salah nak balik Malaysia, sebab bapa mentua I ada call.. dia minta I terus ada disini. Yup, dah ada pengalaman.."

"I bukan nak busybody pasal problem yang you hadapi sekarang ni, sebagai lawyer I cuma nak cakap dengan you satu perkara saja," ucap Iris Ariana. Tengku Harith Zaqwan menantikan jawapan itu.

"Selagi you boleh pertahankan kebahagiaan you, pertahankanlah Harith. I yakin, cinta akan kekal jika kita ikhlas dan sabar menyantuninya," sambungnya.

"Baik, I akan fikirkan semula perkara ini.." balas Tengku Harith Zaqwan, dia menerima nasihat itu dengan hati yang terbuka. Kerana dia sendiri sedia maklum Iris Ariana seorang laywer. Sudah tentu pengalamannya banyak dalam menguruskan pelbagai masalah dengan kliennya.

"Wey.. bila kau nak mulakan rancangan kita ni? Kau nak tunggu sampai aku kebulur ke?" Marah Zulfiqar.

"Sabarlah, kau ni pun! Aku tengah jadi spy sekarang ni.."

"Spy apa lambat buat kerja! Kau tahu tak duit kita dah habis. Nak makan apa bro?"

"Makanlah apa yang ada. Makan ajelah roti, kan ada lagi!"

"Hari-hari roti boleh mati kering aku!" Rungut Zulfiqar.

"Eh, kau ni apahal. Kan aku dah bagitahu sabar, sabar ajelah! Kau nak mampus kena tangkap ke?" Tengking Aakif Aryanz.

"Tapi bila?"

"Eh, kejap! Ni aku baru dapat info. Adik Arissya tak ada kat rumah dia. So, dia sorang-sorang sekarang ni.."

"Tapi sampai bila? Kalau adik dia dah balik macam mana?"

"Tak, aku tak rasa yang Elvia tu akan balik dalam masa terdekat. Sebab dia dah marah sangat dengan kakak dia tu," balas Aakif Aryanz yang tengah whatsapp dengan kekasihnya.

"Kalau macam tu esok kita culik Arissya.."

"Bodohlah kau ni, buat kerja tak fikir dulu. Otak kau letak mana, kat kepala lutut ke?" Marah Aakif Aryanz yang sudah hilang sabar dengan Zulfiqar.

"Habis tu bila?"

"Dua tiga hari lagi.."

"Kau lagi bodoh Aryanz! Lebih bodoh dari aku. Kau nak tunggu dua tiga hari tu kenapa, kau nak bagi adik dia balik dulu ke?" Marah Zulfiqar pula. Masing-masing tengah berserabut..

"Kalau nak buat kerja pun kenalah ada perancangan, kalau tak nampaklah bodoh kau tu!"

"Aku tahulah macam mana nak handle, perempuan ni kan buah hati aku sekarang ni. Aku akan tanyalah lepas ni pasal adik dia," sambung Aakif Aryanz.

"Owh.. okaylah, aku ikut kau.. tapi kali ni mesti jadi!" Balas Zulfiqar mengalah, cuba bertenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience