Rate

BAB 175

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan awal pagi lagi ke ofis milik Datuk Mustaqim. Dia mahu menemui Tengku Arissya. Dia mahu mengajak gadis itu breakfast. Jam pada ketika itu menunjukkan pukul 8.30 pagi.

Namun dia agak terkilan apabila setiausahanya memberitahunya Tengku Arissya sudah keluar breakfast.

Tanpa berlengah Tengku Harith Zaqwan berlalu pergi dari situ, namun secara tidak sengaja dia terserempak dengan Tengku Elvia yang baru saja sampai di ofis.

"Hai, Abang Harith," sapa Tengku Elvia.

"Hai, Elvia. Good morning,"

"Morning. Abang Harith buat apa kat sini?"

"Err.. abang...."

"Cari Kak Arissya kan?" Ucap Tengku Elvia seperti sudah dapat menduga kedatangan Tengku Harith Zaqwan.

"Yup, tapi Arissya dah keluar breakfast,"

"Owh yeke? Kalau macam tu boleh tak kita keluar breakfast kejap,"

"Boleh," balas Tengku Harith Zaqwan bersetuju.

"Order?" Soal Tengku Harith Zaqwan apabila Tengku Elvia tidak memesan apa-apa breakfast.

"It's okay, Elvia sebenarnya dah breakfast dengan Emir sebelum datang ofis," balas Tengku Elvia.

"0kay, tu saja. Thank you," ucap Tengku Harith Zaqwan pada pelayan itu.

"Abang Harith cari kakak atas urusan kerja atau peribadi?" Soal Tengku Elvia. Terdiam Tengku Harith Zaqwan.

"Sorry kalau Elvia busybody, tapi Elvia tanya bersebab,"

"It's okay. Actually abang datang ofis cari Arissya sebab nak ajak dia breakfast, tapi tak sangka pula dia tak ada kat ofis,"

"Memang susah nak jumpa kakak sekarang ni, Elvia sendiri pun jarang dah jumpa dia walaupun kami ni satu ofis," ucap Tengku Elvia berterus-terang.

"Kenapa pula?"

"Akak selalu tak ada kat ofis. Kadang time lunch dia keluar awal lagi, ada masanya dia keluar macam tu aje. Setahu Elvia, akak tak pernah macam tu abang. Dia sangat menepati masa dan takkan keluar sesuka hati dia aje. Dia seorang yang sangat berdisiplin," luah Tengku Elvia.

"Jauh perubahannya tu,"

"Sangat jauh Abang Harith, semalam papa bagitahu akak juga selalu keluar malam,"

"Tahu ke dengan siapa dia keluar?" Soal Tengku Harith Zaqwan buat tidak tahu.

"Papa cakap dengan klien, sebab tu yang kakak bagitahu, tapi Elvia rasa akak mesti keluar dengan orang lain. Cuma tak tahu siapa sebab akak tak ramai kawan, ada pun yang lain dekat luar negara,"

"Datuk mesti risau kan,"

"Mana tak risaunya Abang Harith, anak perempuan dia keluar malam tapi tak tahu dengan siapa,"

"Tulah, abang pun tak tahu nak cakap apa,"

"Papa ada something nak discuss dengan Abang Harith, mesti dia akan call atau ajak abang jumpa tu," bagitahu Tengku Elvia lebih awal.

"Pasal Arissya ke?"

"Yup,"

Selesai breakfast mereka berdua pulang ke ofis masing-masing. Tengku Arissya pula asyik berkepit dua puluh empat jam dengan Faqrul. Dia dah mula rasa selesa dengan Faqrul kerana layanan lelaki itu baik dengannya.

Jam 12.00 tengah hari, handphone Tengku Harith Zaqwan berdering minta dijawab. Rupanya Datuk Mustaqim yang call supaya segera menemuinya. Kebetulan dia sudah selesai menyiapkan kerjanya, jadi dapatlah dia menemui Datuk Mustaqim.

Mereka bertemu di sebuah restoran, perbualan mereka berdua lebih tertumpu kepada Tengku Arissya. Datuk Mustaqim meminta supaya Tengku Harith Zaqwan menasihati anaknya.

Alang-alang sudah bertemu Tengku Harith Zaqwan juga bercerita sedikit sebanyak mengenai Tengku Arissya.

"Biar betul ni apa yang papa dengar?" Soal Datuk Mustaqim terkejut apabila Tengku Harith Zaqwan memberitahu yang selama ini Tengku Arissya keluar dengan Faqrul.

"Betul papa, Harith tahu sebab ternampak diaorang setiap malam berdua,"

"Ya Allah.. papa tak sangka betul,"

"Harith pun sukar untuk percaya yang Arissya macam tu. Arissya yang Harith kenal bukan sikapnya macam tu. Dia jarang keluar malam kalau tak ada urusan penting, tapi malam tu paa.. diaorang ke pawagam berdua. Harith follow sebab risaukan Arissya," bagitahu Tengku Harith Zaqwan.

Datuk Mustaqim tak terkata, dia benar-benar terkedu.

"Jadi setiap malam Arissya tipu papalah kan, bagitahu dia jumpa dengan Datin Helena tapi sebenarnya bukan,"

"Yup. Sebenarnya Arissya keluar jumpa Faqrul papa,"

"Papa tak suka sebenarnya Arissya berkawan dengan Faqrul. Papa tak senang hati. Papa akan halang Arissya untuk berkawan dengan Faqrul,"

"Tapi Faqrul tu kawan baik dia, jadi Harith rasa mana mungkin kita dapat halang mereka untuk terus berkawan,"

"Kali ini Arissya perlu dengar cakap papa. Papa akan bertegas dengan dia," ucap Datuk Mustaqim dengan nada marah.

"Tapi paa..."

"Cukuplah Harith selama ni papa berdiam diri. Papa tahu apa saja yang Harith lakukan adalah untuk kebaikan anak papa," balas Datuk Mustaqim.

"Maafkan Harith papa, kalau apa yang Harith katakan tadi tu mengundang kerisauan dihati papa. Harith tak bermaksud nak burukkan Arissya, Harith cuma risaukan dia paa.."

"Tak ada apa yang perlu papa maafkan. Papa faham,"

"Terima kasih papa, Harith harap papa dapat cakap baik-baik dengan Arissya. Jangan marah dia ya papa,"

Datuk Mustaqim menganggukkan kepalanya perlahan. Betapa baiknya bekas suami anaknya, masih mampu berkata begitu walaupun seringkali dikecewakan.

'Ya Allah.. Engkau berikanlah kebahagiaan kepada Tengku Harith Zaqwan. Engkau jaga dan lindungilah dia daripada segala bahaya dan malapetaka. Amin Ya Rabbal Alamin..' Desis hati Datuk Mustaqim dalam doanya.

Malam itu Tengku Arissya pulang lewat ke rumahnya. Dia baru selesai makan malam bersama Faqrul selepas tamat waktu bekerja.

Tengku Arissya menapak masuk mahu ke tingkat atas, dia sangkakan papanya masih tidak pulang tapi sangkaannya meleset.

"Arissya!"

Tengku Arissya terhenti sebelum mencapai satu anak tangga. Dia kemudiannya berpaling ke belakang. Tercegat papanya di situ. Wajah itu kali ini tanpa senyuman.

"Ke mana baru pulang Arissya?" Soal Datuk Mustaqim.

"Owh.. Arissya baru lepas habis kerja,"

"Habis kerja atau keluar jumpa jantan!" Marah Datuk Mustaqim. Terkedu Tengku Arissya kali ini.

"Apa maksud papa ni?"

"Cukuplah menipu papa. Jangan terus memperbodohkan papa lagi!"

"Tipu apa? Perbodohkan apa?"

"Arissya tipu papa nak jumpa dengan klien, nak jumpa dengan Datin Helena kononnya, tapi setiap malam yang Arissya keluar tu, sebenarnya Arissya keluar dengan Faqrul kan?"

"Betul atau tidak?" Sambung Datuk Mustaqim. Tapi Tengku Arissya masih berdiam diri.

"Papa tanya ni!" Tengking Datuk Mustaqim. Terjungkit bahu Tengku Arissya. Terkedu.

"Okay, kalau papa memang nak tahu. Ya! Memang Arissya keluar dengan Faqrul,"

"Buat apa keluar setiap malam dengan dia. Buat maksiat?"

"Papa!"

"Papa dah melampaulah!" Jerit Tengku Arissya.

"Papa tak suka Arissya keluar dengan dia. Mesti dia yang sudah mempengaruhi fikiran Arissya kan,"

"Salah ke Arissya dengan dia? Dia kan kawan baik Arissya. Papa sendiri pun kenal siapa dia sebelum ni. Dia pun bukannya tak pernah datang sini,"

"Kawan baik bukannya suami. Halal untuk Arissya!"

"Okay, kalau macam tu halalkan kami berdua!" Marah Tengku Arissya. Terkedu Datuk Mustaqim. Rokiah juga sama. Dia dengar semua pertengkaran itu.

"No! No way! Papa takkan pernah izinkan Arissya berkahwin dengan Faqrul,"

"Tapi papa juga tadi kan yang tuduh Arissya buat maksiat. So, apa salahnya papa halalkan kami berdua. Biar Arissya kahwin supaya anak papa ni lebih terjaga,"

"Selama ni tak cukup terjaga ke Arissya? Tahu tak papa kecewa dengan Arissya. Kalaulah Harith tak bagitahu pasal ni kat papa mungkin sampai hari ini Arissya tipu dan terus perbodohkan papa," ucap Datuk Mustaqim sebak.

Tengku Arissya juga terasa ingin menangis tapi ditahannya. Semua ini salah Tengku Harith Zaqwan. Dia sengaja mahu mencipta masalah. Dia pasti akan membuat perhitungan dengan lelaki itu.

Tengku Arissya tidak betah lama berada di situ, dia segera menapak naik ke tingkat atas biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience