Rate

BAB 278

Romance Series 197233

Selepas selesai solat isyak, Tengku Harith Zaqwan melabuhkan punggungnya dibirai katil.. dia baru saja lepas selesai solat isyak dan makan malam. Dia baru teringat yang dia offkan handphonenya sejak dari awal pagi. Dia segera menekan butang "on" di sebelah kanan telefonnya.

Dia melihat beberapa log panggilan masuk. Semuanya daripada Tengku Arissya. Dia kemudiannya membuka whatsapp. Tekejut betul apabila dia baca whatsapp Tengku Arissya yang menyatakan gadis itu keluar pada malam itu bersama Airel Azumi.

"Shittt!" Ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia terus melompat dari katil, mencapai sweater dan anak kunci keretanya. Mengundang bahaya betul kesayangannya keluar dengan jantan tak guna tu.

Nasib baik Tengku Arissya memberitahu tempat keberadaan mereka berdua pada malam itu, dapatlah dia berusaha mencari.

Dalam perjalanan ke sana, laju kereta mewah sport itu dipandu Tengku Harith Zaqwan. Risau dia kalau perempuan keluar malam dengan lelaki, nak lagi dengan Airel Azumi tu. Bahaya!

Sampai saja di Tasik Putrajaya, Tengku Harith Zaqwan mencari kelibat Tengku Arissya. Sampailah akhirnya dalam pencariannya, dia terlanggar satu susuk seseorang.

"Wei, buta ke!" Marah Airel Azumi. Siap tolak tubuh itu. Lelaki yang bersweater itu buat tidak tahu, mahu berlalu pergi tapi Airel Azumi memang sengaja mencari masalah. Ditariknya baju lelaki itu.

"Woi, kau apahal hah?" Marah lelaki itu sekaligus membuka topi bersweater di bahagian kepalanya.

"Kau!!" Sama-sama serentak mengucapkannya.

"Airel, jomlah balik.." ucap Tengku Arissya yang baru saja ke situ. Tadi dia ke tandas berdekatan situ.

Ketika pandangan mata Tengku Arissya menghala ke arah tepi Airel Azumi, dia terkedu.

"Sayang jomlah balik, I tak nak you sakit hati jumpa pembunuh ni.."

Namun, Tengku Arissya masih kaku di situ. Apalagi ketika Tengku Harith Zaqwan sudah mula bersuara.

"Hei, jaga sikit mulut kau tu. Aku bukan pembunuh, apalah agaknya yang kau dah racuni fikiran Arissya..."

"Apa yang dia cakap tu betul, you pembunuh, Harith! I tak sangkalah perangai you buruk macam tu sekali. Apalah agaknya dosa perempuan tu sampai you sanggup bunuh dia.."

"I tak sekejam tu Arissya. Dia ni dah racuni fikiran you. Apa yang dia ceritakan pada you semuanya tak betul.."

"Hei, sudahlah! Pergi kau, tak payah nak yakinkan Arissya lagi. Dia dah tak percayakan kau.." marah Airel Azumi siap tolak tubuh sasa milik Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya perasan merah menyala muka kesayangannya, amarahnya sudah menyinga. Dia perlu leraikan segera.

"Dahlah, jom balik Airel. Kita tak payahlah layan dia ni. Jomlah..." Ucap Tengku Arissya, terpaksa dia tarik pergelangan lengan Airel Azumi.

Tengku Harith Zaqwan sakit hati, nak lagi bila Tengku Arissya tarik pergelangan lengan Airel Azumi. Rasa cemburunya membuak, namun cuba dikawalnya.

Dia perlu mengikut jejak Tengku Arissya, untuk memastikan kesayangannya selamat. Perlahan Tengku Harith Zaqwan mengikut jejak itu dari jauh.

Sampailah di kawasan gelap, tempat parking kereta keduanya.

"Sorrylah Arissya, I tadi marah betul jumpa dengan jantan tu.." ucap Airel Azumi.

"It's okaylah.. nak buat macam mana. I pun sakit hati juga. Tak sangka dia pun datang sini.."

"Tulah, tadi I rasa nak tumbuk aje dia tu. I sakit hati bila teringat balik apa yang dia buat kat perempuan yang tak berdosa tu.."

"Ha'ah tulah.. tapi biarlah dia. Mesti dia dah pergi dari sini tu. I pun dah nak balik ni.."

"Okaylah, I pergi dululah. Jumpa esok, lagipun perut I tiba-tiba sakit ni..." Balas Airel Azumi. Tengku Arissya hanya mengangguk perlahan. Dia bersyukur tak perlu lama melayani lelaki itu.

Ketika Airel Azumi pergi, Tengku Arissya menapak masuk ke keretanya. Mahu saja dia memboloskan tubuhnya ke dalam kereta, Tengku Harith Zaqwan menghalanginya. Agak terkejut juga dia lelaki itu tiba-tiba muncul.

"Abang! Huh.. terkejut Arissya..."

"Ye abanglah ni. Dah pergi ke buah hati sayang tu?" Perli Tengku Harith Zaqwan.

"Kenapa dengan abang ni nak perli-perli Arissya.."

"Abang cemburu, sayang tu pun melampau marah abang tadi. Lepas tu siap tarik lengan jantan tu dah kenapa?"

"Kan kita berlakon, kata nak teruskan planning tu. Jadi, abang tanggunglah sendiri rasa sakit hati tu.."

"Alaa abang bukannya mahukan semua ni sangat, tapi terpaksa. Papa pun sokong apa yang abang buat ni.."

"Papa?"

"Papa dah tahu kita berbaik, jadi dah tak ada apa yang perlu dirisaukan lagi.."

"Abang pergi jumpa papa bila?"

"Waktu lunch sayang.."

"Patutlah Arissya call tak jawab, siap offkan handphone.. geram betul!"

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "Sorry sayang. Hmm jom pergi jalan-jalan dengan abang kat sini nak?"

"Tak nak. Penat. Esok nak kerja, nak balik rehat aje.."

"Hmm okay, balik rumah abang nak malam ni?"

"Mana boleh, kita tak kahwin lagilah abang.."

"Tahu, tapi bilik Arissya pun ada kat rumah abang. Sayang pun tahu kan, abang kalau sayang ada kat rumah tu mana pernah keluar bilik sesuka hati.."

"Kenapa pula nak suruh tidur kat rumah tu?"

"Dah lewat malam ni, abang follow sayang balik rumah abanglah ye. Nanti abang call bagitahu papa. Papa mesti bagi. Pak Karim dan Mak Timah ada juga rumah abang. Bolehlah sayang..."

"Tapi..."

"Hmm tak apalah kalau tak nak, abang malas nak paksa sayang lagi dah.." rajuk Tengku Harith Zaqwan...

"Yelah Arissya balik rumah abang malam ni.."

Akhirnya senyuman terukir di bibir Tengku Harith Zaqwan. Sempat waktu itu juga dia menelefon Datuk Mustaqim meminta keizinan.

Kedengaran azan subuh berkumandang di masjid. Rumah Tengku Harith Zaqwan dekat dengan masjid, keluar saja persimpangan di sebelah kanan sudah kelihatan masjid. Dia bingkas bangun dari lenanya, terus masuk ke bilik air bersihkan dirinya untuk menunaikan solat subuh.

Selesai menunaikan solat subuh, Tengku Harith Zaqwan memanjatkan doa untuk arwah papa dan mamanya, Tengku Arissya dan untuk dirinya sendiri. Kemudian, dia bersiap memakai pakaian ofis sebelum menapak ke tingkat bawah. Awal hari ini dia bersiap, lagipun dia berhajat semalam nak buat sandwich untuk kesayangannya.

Semasa dia turun ke tingkat bawah, masih tidak kelihatan Mak Timah di dapur. Jadi, dia mengambil alih tugasan itu untuk menyiapkan sandwich. Perkara pertama yang dia lakukan ialah rebus telur terlebih dahulu, kemudian dia bakar roti. Selepas selesai bakar roti, dia siapkan coffee. Apabila telur sudah masak, dia mengupas kulit telur, lalu dilenyekkan telur itu sehingga hancur, dalam telur itu dia masukkan mayonis, sedikit gula dan garam, lada hitam dan sos. Kemudian, dia gaulkan sehingga sebati. Maka, jadilah inti sandwich telur. Dia mengambil dua keping roti, lalu disapukan ke roti bakar yang tadi.

Hanya itu saja yang sempat dia lakukan sebelum ke ofis untuk kesayangannya dan orang gajinya.

"Eh, Harith buat apa kat dapur ni?"

"Buat breakfast untuk Arissya, Mak Timah dan Pak Karim.."

"Laaa.. kenapa tak biarkan Mak Timah je buat?"

"Tak apalah, Harith memang niat nak buat sendiri. Ni dah siap pun semua.. tunggu nak hidangkan kat meja.."

"Yelah, Mak Timah tolong ye.."

Tengku Harith Zaqwan mengangguk perlahan. Mereka berdua menghidangkan sarapan itu di atas meja makan.

Tiba-tiba Tengku Harith Zaqwan mendapat panggilan daripada ofis, sepertinya punya masalah di ofisnya.

"Mak Timah, maaf Harith kena masuk ofis awal ni ada masalah kat ofis. Jadi tak sempat breakfast bersama. Kalau Arissya tanya jawab je macam tu. Harith minta diri dulu.." ucapnya tergesa-gesa.

Beberapa minit kemudian, Tengku Arissya turun ke tingkat bawah yang sudah lengkap berpakaian ofis.

"Selamat pagi, Arissya. Jemputlah makan," ucap Mak Timah. Tengku Arissya senyum melihat breakfast pada pagi itu.

"Wah.. tukar menu ya pagi ni Mak Timah, ada sandwich telur. Mmm sedapnya.."

"Bukan Mak Timah yang siapkan sarapan hari ini, tapi Harith.."

"Harith? Owh.. okay, mana dia? Tak nampak pun.."

"Lepas siapkan sarapan pagi ni Harith terus keluar, katanya ada masalah kat ofis. Tak sempat dia jamah makanan ni," balas Mak Timah. Tengku Arissya agak terkilan.

"Hmm yeke? Tak apalah, kita ajelah yang breakfast. Pak Karim mana? Ajak sekali breakfast.."

"Pak Karim tu masih kat luar siram pokok bunga, katanya suruh kita makan dulu.."

"Okay, tak apa. Kita sarapan pagi berdua aje.."

Tengku Harith Zaqwan kelihatan sibuk, seperti biasalah dia dengan Hud Mikail yang handle syarikat tu. Urusan syarikat diluar negara sudah diselesaikan. Cuma tinggal beberapa urusan syarikat di sini yang belum selesai.

Dia bukannya apa, mahu segera semuanya selesai kerana bercadang selepas ini dia mahu honeymoon bersama Tengku Arissya ditempat yang indah, jauh dari family. Dia mahu menghabiskan sisa-sisa harinya bersama Tengku Arissya. Sebelum ini banyak hari-hari yang tersisa begitu saja tanpa dapat dia memberikan sepenuhnya kasih sayang pada kesayangannya. Kali ini dia mahu selalu ada disisi Tengku Arissya. Mereka berdua juga berhak bahagia.

"Harith kejap lagi kita ada meeting," Hud Mikail mengingatkan Tengku Harith Zaqwan yang sedang membelek fail-fail di atas mejanya.

"Okay, baik.. dah nak start ke?"

"Kejap lagilah, kau ni pun.. bukan sekarang," balas Hud Mikail membuatkan Tengku Harith Zaqwan tersengih.

"Okaylah, eh kau nak pergi mana tu?"

"Aku nak settle beberapa dokumen untuk meeting tu.."

"Okay, good!" Balas Tengku Harith Zaqwan. Hud Mikail berlalu pergi dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience