Rate

BAB 38

Romance Series 197233

"Hello brother!" Sapa Aakif Aryanz. Tengku Harith Zaqwan hanya membalas sapaan itu dengan senyuman biasa.

"Coffee?"

"Yup, macam biasa coffee kaw kaw. Kasi tarik lebih sikit!" Balas Aakif Aryanz.

Sikap Aakif Aryanz seperti haiwan yang bernama sesumpah, banyak betul warnanya boleh bertukar. Di hadapan Tengku Arissya dia bukanlah seorang lelaki yang keterlaluan sikapnya. Dia menunjukkan sikap matangnya. Serius. Bercakap juga penuh sopan santun.

Tengku Harith Zaqwan kembali ke situ menghantar kopi yang dipesan Aakif Aryanz. Baru saja dia mengatur beberapa langkah, Aakif Aryanz memanggilnya.

"Zaq sinilah dulu sembang dengan aku. Eh, kau kerja dah lama ke kat Paris ni?"

"Dah nak dekat sebulan lebih, kenapa?"

"Huish.. dah lama juga tu. Banyak betul duit kau lama-lama tinggal kat sini. Sini semua mahal.." balas Aakif Aryanz.

"Kalau berjimat dan rajin kerja dapatlah hidup di Kota Paris ni," balas Tengku Harith Zaqwan sambil mengelap meja di sebelah Aakif Aryanz.

"Betul juga kata kau tu.."

"Kau kat sini kerja ke atau..." Belum sempat Tengku Harith Zaqwan menghabiskan pertanyaannya segera Aakif Aryanz memotongnya, "Melancong. Aku datang sini makan angin. Nak cari ketenangan. Kat Malaysia tu ramai perempuan kejar aku.. penat doh!"

Tengku Harith Zaqwan tersengih sinis, "Kejar kau kenapa?"

"Terkantoilah, kan aku ni playboy," balas Aakif Aryanz diiringi gelak tawa. Lelaki itu biasa saja lagaknya, barangkali sudah terbiasa hidup dalam kejahilan. Menipu perempuan, berjanji mencintai setulusnya kemudian memungkiri janji itu, siap menghabiskan duit perempuan lagi. Hebat betul kerja Aakif Aryanz. Tapi sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh terhempas ke tanah suatu hari nanti.

"Berhentilah buat semua tu bro. Tak ada faedahnya kau menjual cinta. Jangan ditambah dosa, sebaiknya topup pahala. Bukan apa, takut kau hilang nikmat hidup," pesan Tengku Harith Zaqwan. Memang benar dia tidak mengenali lelaki itu rapat tapi apalah salahnya kalau dia saling berpesan dan mengingatkan untuk kebaikan.

"Aduh, kau ni bro dah macam ustazlah pula bagi aku ceramah. Deep bro! Deep! Sampai dalam wey," balas Aakif Aryanz sambil tersengih.

"Sorrylah kalau kau terasa, aku cuma nasihatkan aje.."

"Eh, tak apa Zaq. Aku ni hati kering tak mudah sentap. Tadi tu aku gurau ajelah. Soal nak berubah tu aku tunggu hidayah Allah sampai dulu.." balas Aakif Aryanz.

"Tak perlu tunggu hidayah sampai Aryanz. Sekarang pun dah boleh start berubah, antara mahu atau tidak aje.." balas Tengku Harith Zaqwan. Belum sempat Aakif Aryanz bersuara, kawan sekerja Tengku Harith Zaqwan memanggilnya.

"Eh, sembang lain kali okay. Aku ada kerja nak buat ni.."

"Okay bro no problem," balas Aakif Aryanz.

Selesai minum kopi di situ, Aakif Aryanz balik ke bilik sewanya. Kalau dia ke tempat mengajar Tengku Arissya pun bukannya dapat berbual waktu sekarang, jadi dia tunggu petang. Petang nanti dia akan ajak Tengku Arissya berjalan-jalan dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience