Rate

BAB 206

Romance Series 197165

"Lain kali kau kena hati-hati. Kalau tak hancurlah segala perancangan kita," pesan Tengku Harith Zaqwan apabila Sharleez memaklumkan soal kecurigaan Tengku Arissya padanya semalam.

"Baik tuan. Aku akui itu kecuaian aku sendiri. Aku minta maaf.."

"Tak apa, belajar dari kesilapan," balas Tengku Harith Zaqwan.

Selesai bercakap melalui telefon Tengku Harith Zaqwan keluar dari biliknya. Dia sudah mahu pulang ke rumahnya. Cukuplah dulu percutiannya dengan Tengku Qistina. Masih banyak yang perlu dia uruskan.

"You tahu tak Arissya, lama betul si Qistina tu bercuti dengan Harith. Sampai sekarang tak balik lagi ni.."

"Owh yeke? You tahu dari mana semua ni? Hairan juga I.." balas Tengku Arissya membuatkan Faqrul terdiam. Begitulah bila terlanjur kata buruk padahnya.

"Err.. I tahulah," balas Faqrul tergagap-gagap membuatkan Tengku Arissya tersenyum sinis. Dia tahu Faqrul sengaja mereka cerita. Tapi kalau betul lelaki itu masih bercuti dengan Tengku Qistina pun lantak dialah.

"Faq I nak you tahu, soal Harith dengan Qistina tu bukan urusan I. So, you tak perlulah bercerita mengenai mereka berdua pada I.."

"You cemburu?"

"Tak ada masa nak cemburu okay, antara I dengan Harith pun dah lama berakhir. Tak mungkin akan bersatu semula," balas Tengku Arissya menegaskan perkara itu.

"Kalau macam tu I ada peluang tak untuk hidup dengan you?" Soal Faqrul dengan penuh beraninya.

"I tak fikir soal kahwin lagi, so ada baiknya you cari orang lain. Mungkin yang lebih sesuai dengan you,"

"Tapi I suka you, bukannya orang lain.." luah Faqrul.

"Suka tak bermakna cinta. Keputusan I tetap sama, tak berganjak.. lagipun I tak ada rasa cinta pun pada you. Really sorry, Fad.."

"Hmm.. it's okay I faham.." balas Faqrul hampa tapi penuh dengan amarah. Marah apabila cintanya tetap ditolak.

Selesai menikmati makan tengah hari dengan Faqrul, Tengku Arissya terus masuk ke ofisnya. Cuaca yang agak panas pada tengah hari itu membuatkan kepalanya terasa sakit.

Ketukan pintu kedengaran.

"Masuk!"

"Kenapa ni akak, sakit kepala ke?" Soal Tengku Elvia apabila melihat kakaknya memicit kepalanya perlahan.

"Ha'ah sikit. Berdenyut. Mungkin sebab cuaca panas kut," balas Tengku Arissya.

"Cuaca panas ke atau akak banyak berfikir ni?"

"Tak ada fikir apapun. Ni haa.. ada apa masuk bilik akak?" Soal Tengku Arissya malas membahas soal perkara lain. Dia sedang tidak ada mood.

"Nak akak tandatangan dokumen ni,"

Dokumen itu segera ditandatanganinya.

"Thanks akak!"

"Akak betul-betul okay ke ni? Ada ubat tak? Kalau tak ada Elvia keluar kejap beli panadol," sambung Tengku Elvia risau.

"Ada aje ubat ni. Tak apa sikit aje. Sekejap lagi okaylah ni," balas Tengku Arissya.

"Kalau macam tu tak apalah Elvia keluar dulu. Ada apa-apa bagitahulah," ucap Tengku Elvia. Kali ini Tengku Arissya hanya mengangguk perlahan.

Malam itu Tengku Harith Zaqwan menemui Sharkief ditempat Remy berada.

"Tuan!"

"Macam mana dengan Remy. Dia okay?"

"Okay, cuma aku tunggu tuan datang untuk berbincang tentang kerjsama tu.."

"Tak apa kita buat perhitungan malam ini," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Remy bangun!" Sharkief mengejutkan Remy yang sedang tidur.

"Kau rupanya!"

"Apasal lambat datang sini hah? Sampai bila kau nak kurung aku kat sini?" Sambung Remy marah.

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "Kau tak berhak menyoal aku begitu. Suka hati aku nak datang bila-bila masa pun kat sini. Kau tu tawanan aku!"

"Aku muaklah. Bosan tinggal sini. Lepaskan akulah!" Remy meronta ingin dilepaskan.

"Boleh kalau kau nak bebas tapi ada harga yang perlu kau bayar di atas setiap kejahatan yang kau dah lakukan!" Balas Tengku Harith Zaqwan lantang.

"Apa dia? Bagitahu aku!" Jerit Remy...

Sharkief marah. Dia melulu ke arah Remy lalu mencekik lehernya, "Kau kalau bercakap dengan tuan aku, jangan biadap!"

"Kief jangan!"

Sharkief melepaskan tangannya daripada terus mencekik leher Remy yang sudah terbatuk-batuk itu.

"Kalau kau boleh berurusan dengan aku, aku akan fikirkan cara bagaimana untuk lepaskan kau.."

"Okay, apa yang perlu aku buat?"

"Kau kena carikan aku bukti. Bukti yang ada dalam telefon bos kau tu.."

"Bukti apa?"

"Bukti yang bos kau simpan!"

"Eh, aku tak fahamlah. Bukti apa yang kau nak ni!" Ucap Remy.

"Bukti tu adalah sebuah telefon bimbit. Telefon yang pernah dicurinya, dalam tu ada bukti rakaman di mana seorang lelaki pernah dizalimi. Aku mahukan bukti tu.."

"Aku tak tahu pasal bukti tu!"

"Kau tipu!" Jerkah Tengku Harith Zaqwan bagaikan halilintar.

"Aku tak tahulah, jangan paksa aku cakap benda yang aku tak tahu!"

"Kau tahu, tapi kau takut nak dapatkan bukti tu sebab kau pun ada sekali kan?"

"Aku tak tahu!" Jerit Remy. Tengku Harith Zaqwan marah, satu lempangan kuat mengenai pipi kanan Remy. Keluar cecair merah dibahagian mulut itu.

"Aku tak suka orang tipu aku!"

"Aku nak kau bagitahu apa yang aku bakal tanyakan pada kau ni. Jujur tanpa berbohong pada aku walau satu perkara pun.."

"Kau nak tahu apa sebenarnya ni?"

"Everything. Segala perbuatan jahat kau dan konco-konco kau selama ini terhadap lelaki itu.."

Tengku Harith Zaqwan tidak menyebut bahawa dialah lelaki dalam video itu.

"Tapi aku..."

"Tapi apa!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Kau tetap kena jawab, kalau tak aku akan pastikan kau mati di tangan aku malam ini.." sambungnya sudah mengeluarkan sebilih pisau tajam dari poket seluarnya.

Remy menelan salivanya. Dia rasa takut. Lelaki dihadapannya bagaikan singa yang ingin menerkamnya.

"Aku bagi kau dua pilihan. Kau nak jawab soalan aku atau kau memilih untuk mati.."

"Kau bayangkan kalau pisau tajam ni aku tikam dijantung kau. Confirm kau tak sempat nak jumpa dengan mak kau, kau akan mati dalam keadaan yang sangat menyakitkan..."

"Fikir! Mana pilihan kau Remy.." sambungnya.

Remy terdiam seketika. Peluhnya sudah merecik turun ke dahinya. Takut. Dia memang tiada pilihan melainkan mula membuka cerita.

Tiba-tiba bunyi sesuatu dari kontena itu, terserlah satu susuk seseorang. Sharleez rupanya. Malam ini mereka bertiga akan mendengar cerita Remy. Remy sudah tiada pilihan.

"Sorry tuan, lambat!"

"It's okay, kau memang datang pada waktu yang tepat!" Balas Tengku Harith Zaqwan.

"Remy.. apa pilihan kau?" Soal Sharkief.

"Okay-okay aku cerita semuanya,"

Tengku Harith Zaqwan memberi amaran, "Ingat, jangan tipu aku. Kalau tak buruk padahnya!"

"Sebenarnya bos aku yang rancang semuanya. Aku ni cuma orang upahan yang menurut segala perintahnya. Kali pertama aku buat kerja jahat atas arahan dia untuk culik seorang lelaki yang bernama Tengku Harith Zaqwan.."

"Kenapa bos kau culik lelaki tu?"

"Sebab bos aku nak aku hancurkan hidup lelaki tu.."

"Dengan cara macam mana?"

"Sebenarnya bos aku sukakan lelaki tu. Dia cemburukan kehidupan lelaki tu, jadi dia buat semua kerja jahat tu atas sebab dia nak lelaki yang dia sayang tu bercerai dengan isteri dia.."

"Isteri? Siapa nama isteri lelaki tu?"

"Tengku Arissya.."

"Owh.. okay, lagi?"

"Bos aku ni ada juga whatsapp perempuan tu, dia maki hamun isteri si lelaki tu. Macam-macam dia cakap untuk bagi perempuan tu tertekan.."

"Owh.. jadi dia serang secara emosi?" Sampuk Sharleez.

"Betul tu, dia nak isteri lelaki tu rasa terganggu. Tak tenang. Dia siap hantar gambar dia keluar makan dengan si lelaki tu kat isteri dia. Lelaki tu tak tahu yang bos aku ni jahat. Ada planning benda yang tak elok.."

Tengku Harith Zaqwan teringat kembali, mungkin gambar di mana dia pernah keluar makan dengan Tengku Qistina sebelum ini. Tapi kenapa Tengku Arissya tidak pernah memberitahunya? Hanya memilih berdiam diri.

"Apa lagi yang bos kau rancang lepas tu?"

"Perangkap lelaki tu tidur dengan dia supaya isteri si lelaki tu minta cerai.."

"So, dia berjaya tak?"

"Tak, sebab lelaki tu berusaha memujuk isterinya. Tapi bos aku tu bijak. Dia dah rancang plan B, sebab plan A gagal. Dia minta konco-konco diaorang culik lelaki tu pada malam suami isteri tu bergaduh.."

"Atas tujuan untuk menghancurkan rumahtangga lelaki tu?" Ucap Sharleez.

"Betul, malam tu aku pun ada. Aku dan Gee pukul lelaki tu dari arah belakang. Dia pengsan dan tak sedarkan diri. Kami bawa dia ke suatu tempat. Di situlah kami seksa lelaki tu.."

"Seksa yang macam mana?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Kendur saja suaranya seakan menahan sejuta rasa pedih dijiwanya.

"Aku dan Gee diarah untuk memukul lelaki tu, untuk sepak teranjang dan biarkan lelaki tu sakit setelah membuat satu permintaan pada lelaki tu, tapi lelaki tu tetap berdegil.."

"Buat permintaan apa?"

"Bos aku minta supaya lelaki tu whatsapp isterinya untuk menghinanya. Tapi dia tak nak. Jadi aku yang mengambil alih. Whatsapp berbaur hinaan tu bukan lelaki tu yang whatsapp, tapi kami yang menyamar sebagai suami kepada perempuan tu.."

"Kau whatsapp apa kat si isteri lelaki tu?"

"Aku tak ingatlah," jawab Remy.

"Eh, takkanlah kau tak ingat. Cuba ingat balik.." sampuk Sharkief.

"Owh ya.. aku ingat. Aku whatsapp kat perempuan tu, aku cakap yang aku muak dengan dia. Aku bosan. Sebab tu aku cari kepuasan lain, dari perempuan lain. Aku mengaku yang aku tidur dengan Qistina. Aku cakap hanya dia yang dapat puaskan nafsu aku.."

"Allahu.."

Kali ini Tengku Harith Zaqwan menangis. Air matanya mengalir. Pedih kata-kata itu menghujam jantungnya. Malunya dia. Patutlah Tengku Arissya begitu membencinya.

"Kenapa kau tergamak whatsapp macam tu hah? Kejinya kata-kata kau!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Tak pasal-pasal satu tendangan kuat mengenai perut Remy.

"Tuan, jangan! Jangan ikutkan emosi.." pujuk Sharkief menghalang. Remy sudah menahan rasa sakit. Sharleez yang berdiri di situ diam seribu bahasa. Sebak melihat betapa hancurnya hati tuannya pada saat itu. Ya, kebenaran sememangnya pahit untuk ditelan.

"Teruskan cerita kau.."

"Kali kedua aku dan Gee minta lelaki tu menceraikan isterinya. Aku paksa dia. Atas arahan bos aku juga. Dia minta aku ugut lelaki tu, kalau dia tak mahu ikut segala permintaan tu. Aku dan Gee akan merampas harga diri isteri lelaki tu.. kami akan buat dia sampai tak ingin hidup kerana malu atas aib yang akan kami lakukan.."

Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya. Kali ini air matanya jatuh lagi. Gigil tangannya mengepal penumbuk, menahan amarah yang membakar seluruh dadanya. Dia cuba bersabar mengucap istighfar agar tidak berubah menjadi iblis.

"Kau kejam!" Ucap Sharleez tiba-tiba.

"Kau cukup kejam!" Sambungnya. Geram pula dia. Mahu rasanya dia mengambil sebilah pedang lalu memotong kepala Remy.

"Lagi?" Sharkief pula bersuara.

"Akhirnya lelaki tu bersetuju. Lelaki itu menceraikan isterinya melalui whatsapp audio. Bos akulah orang yang paling suka.."

"Lepas dah selesai, dalam dua tiga hari ada orang cari lelaki tu. Dan bos aku tahu tentu Tengku Suria yang mengupah orang itu untuk mencari anaknya yang hilang. Kami terpaksa melarikan diri dan meninggalkan lelaki tu.."

"Bos aku sangat marah. Kerana rasa tidak puas hati, dia meminta Gee membunuh Tengku Suria. Gee telah merancang satu rancangan, dia telah memutuskan break kereta milik Tengku Suria sehingga akhirnya kereta itu terbabas dan Tengku Suria mengalami kemalangan yang dahsyat.."

Kali ini kaki Tengku Harith Zaqwan longlai. Terduduk dia. Lemah mendengar kenyataan itu. Air mata Sharleez pula mengalir dari rasa amarah. Tiba-tiba dia mengambil pisau yang terselit di sisi pahanya sepantas kilat.. lalu menapak ke arah Remy mahu menghunus pisau itu menembusi perut Remy.

"Sharleez jangan. Kau jangan jadi gila!" Halang Sharkief... Remy ketakutan.

"Kenapa kau bunuh Tengku Suria. Dia tak berdosa!" Jerit Sharleez yang sudah hilang sabar.

"Lepaskan aku Kief! Biar aku tamatkan riwayat hidup lelaki kejam ni. Biar dia mati penuh derita. Biar dia rasa sakitnya roh yang tercabut dari jasadnya!"

"Aku tak bunuh perempuan tu. Gee yang bunuh!" Ucap Remy takut.

Sharleez merenungnya tajam, "Kau dengan dia sama saja. Pembunuh!"

Sharleez sudah hilang sabar. Dia tetap mahu membunuh Remy. Namun Sharkief tetap menghalang, kali ini dia terpaksa merampas pisau itu dari tangan Sharleez. Akhirnya dia berjaya.

"Jangan ikutkan emosi, jika tidak buruk padahnya. Bawa mengucap, Leez!"

"Tapi aku benci lelaki ini!"

"Aku pernah menyatakan pada kau dulu, jika aku menemui orang yang membunuh Tengku Suria. Dia harus mati ditangan aku!"

"Kalau kau bunuh dia pun, kita takkan dapat menghidupkan semula Tengku Suria. Sebab tu kita kena bertindak bijak, jangan terburu-buru membabi buta menghunus pisau pada musuh.." Pesan Sharkief agar semua yang ada di situ memahatkan kesabaran dihati.

Tengku Harith Zaqwan diam seribu bahasa. Dia keluar dari kontena usang itu, dia mahu mengambil masa untuk bertenang. Sharkief dan Sharleez hanya membisu, saling berpandangan. Barangkali lelaki itu lelah, penat dengan permainan dunia yang begitu kejam.

Sampai saja dirumahnya Tengku Harith Zaqwan menapak naik ke biliknya. Dia terus ke bilik air. Memasang air pancut, lalu duduk bersandar di dinding. Membiarkan saja tubuhnya basah kuyup. Selesai saja mandi dia mengambil wudhuk agar amarahnya mampu terkawal. Jika dia tidak melakukan hal itu, pasti dia akan ke rumah Tengku Qistina lalu membunuh perempuan kejam itu.

Dia tidak menyangka perempuan itu sanggup mengupah orang untuk membunuh mamanya. Sulitnya bersabar, namun dia harus menahan rasa sabar itu sedaya upaya agar tidak mudah lebur. Setidaknya dia sudah mendapatkan bukti rakaman audio melalui penjelasan daripada Remy. Namun bukti itu masih tidak cukup, dia perlu mendapatkan bukti melalui telefonnya juga. Semoga dia terus kuat mendepani perempuan iblis itu yang telah menghancurkan seluruh kebahagiaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience