Rate

BAB 157

Romance Series 197165

"Sayang happy tak?" Soal Tengku Emir Danish.

"Elvia happy sangat. Best betul kat Korea ni kan, lepas ni Elvia nak datang lagi sini,"

"Boleh sayang, abang bawa Elvia kat sini lagi. Lepas ni kita kena pergi bertiga," usik Tengku Emir Danish. Esok mereka berdua akan pulang ke Malaysia.

"Bertiga?"

"Yelah, lepas ada baby sorang. Kita datanglah sini honeymoon untuk dapatkan baby kedua pula," usik Tengku Emir Danish membuatkan Tengku Elvia tergelak.

"Owh.. abang ingat Elvia ni kilang baby ke?"

"Ya Allah sayang, baru dua orang dapat. Abang tak minta pun satu team bola sepak," balas Tengku Emir Danish tersengih.

"Abang ni mengadalah, jom kita jalan kat sebelah sana pula," ucap Tengku Elvia menarik pergelangan tangan suaminya.

Cinta mereka berdua yang pernah diuji akhirnya memperolehi kebahagiaan, hanya saja Tengku Harith Zaqwan dan Tengku Arissya yang masih dalam kesamaran mencari cahaya kebahagiaan.

Tengku Arissya agak sibuk, sekejap lagi dia akan keluar jumpa kliennya diluar sana.

Setengah jam kemudian, Tengku Arissya bingkas bangun. Masanya sudah tiba untuk menemui kliennya di salah sebuah restoran. Kali ini klien yang dimaksudkannya seorang anak Datuk, dia diberi peringatan awal oleh salah seorang stafnya supaya berhati-hati dengan lelaki itu kerana gatalnya mengalahkan keladi.

Tapi kerana tugasannya, mahu atau tidak dia perlu menjalankan tanggungjawabnya itu. Setahu dia kliennya ini begitu penting untuk syarikatnya.

"Assalamualaikum, Encik Raqif ke ni?" Soal Tengku Arissya.

Raqif tak terkata melihat Tengku Arissya, dia bingkas bangun tanpa bersuara. Hanya matanya galak memandang sebentuk tubuh cantik dihadapannya.

"Ehemm.." Tengku Arissya sengaja berdehem. Dia perasan mata lelaki itu galak memandangnya. Mahu rasanya dia cungkil mata lelaki itu biar tak ada mata.

Tengku Harith Zaqwan baru sampai di restoran itu, tidak jauh dari situ dia melihat satu susuk tubuh cintanya.

"Eh, Tengku Arissya!" Ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan. Bukan main gembira dia dapat berjumpa secara kebetulan dengan kesayangan hatinya.

Dia mahu melangkah ke situ namun terbantut apabila melihat Tengku Arissya bersama seorang lelaki, dia yakin itu klien Tengku Arissya.

Jadi dia mengambil keputusan ke meja berdekatan dengan Tengku Arissya tanpa gadis itu tahu akan kehadirannya di situ. Dia ke situ dengan penuh berhati-hati.

"You anak Datuk Mustaqim?"

"Yes, I. Why?"

"I tak diberitahu papa yang Datuk Mus ada anak secantik you. Wow! You sangat cantik," puji Raqif. Pujian itu jelas terdengar di pendengaran Tengku Harith Zaqwan.

"I biasa saja. Owh ya, nak mulakan perbincangan kita tentang bisnes atau lunch dulu?"

"I ikut you aje, sayang.."

'Sayang? Gila ke lelaki ni panggil aku sayang. Apa masalah dia ni hah! Sabar Arissya!' Desis hati Tengku Arissya.

"Kita lunch dulu," ada nada tegas dalam kata-kata itu. Muak dia dengan sikap lelaki gatal seperti itu.

"Okay, waiter!"

Beberapa minit kemudian selepas selesai makan mereka berbincang mengenai bisnes tetapi lebih banyak pujian yang keluar daripada mulut Raqif untuk Tengku Arissya. Berbulu telinga Tengku Arissya mendengarnya. Dia bukannya laparkan pujian. Tak hadap langsung!

"Arissya you dah ada someone special tak?"

"Rasanya itu soal peribadi, kita sedang berbincang mengenai bisnes sekarang ni kan," balas Tengku Arissya.

"Arissya apa salahnya you bagitahu I," balas Raqif. Suaranya seperti mahu menggoda Tengku Arissya.

"Itu bukan urusan you!"

"Arissya, please!" Kali ini Raqif berani menyentuh tangan Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan sedang menahan amarah. Masih disitu membatu. Rahangnya sudah bergerak-gerak, urat kepalanya sudah berdenyut-denyut.

"Apa you ni! You tak ada hak nak sentuh tangan I. Tolong hormat I boleh tak!" Marah Tengku Arissya.

"Kenapa you susah sangat ni, tadi I tanya you tak jawab.. itu yang I sentuh tangan you. Perempuan lain okay aje I sentuh tangan diaorang, tapi you sikit aje I sentuh dah melenting,"

Tengku Arissya benar-benar sudah hilang sabar, "Sebab I bukan perempuan murahan yang boleh you sentuh sesuka hati you. I ada harga diri tahu tak!"

Raqif tersengih, "Harga diri? You ingat perempuan ada harga diri ke? You tahu tak Arissya, realitinya yang bertudung ni bukannya suci pun. Diaorang nampak sopan, tapi jual tubuh sana sini,"

"Raqif enough!" Jerit Tengku Arissya. Dia mahu pergi dari situ, tetapi pergelangan tangan Tengku Arissya dipegang.

Raqif berani berbuat begitu kerana dia seorang lelaki yang tidak mempunyai harga diri. Tahunya hanya ingin menggoda perempuan sahaja. Lelaki seperti itu pasti sudah meniduri ramai perempuan. Dia fikir rupa parasnya mampu membeli hati Tengku Arissya. Tidak sama sekali!

"Lepaslah!"

"Arissya you nak pergi mana, kita tak habis discuss lagi!"

"Lepaskan tangan aku! Sakitlah!" Rintih Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke belakang, dengan lengan sasanya dan tangan yang berurat beribu itu.. dia mencekik leher Raqif kuat sampai terangkat.

"Kau dah melampau! Kau langsung tak tahu menghormati perempuan. Dasar jantan tak ada harga diri. Buat malu kaum aje!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya terkedu. Dia tak sangka yang Tengku Harith Zaqwan ada dekat dengannya.

"Lepaskan aku!" Ucap Raqif perlahan kerana dia seakan sudah tidak dapat bernafas.

"Harith lepaskan dia!" Arah Tengku Arissya.

"Tengku Harith Zaqwan, lepaskan dia!" Jerit Tengku Arissya lantang buat kali kedua.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan Raqif. Raqif terbatuk-batuk kuat, merah seluruh mukanya, hampir mati dia dicekik begitu oleh Tengku Harith Zaqwan.

"Kau siapa hah?" Marah Raqif memandang tajam ke arah Tengku Harith Zaqwan.

"Aku teman lelaki Tengku Arissya, bakal suami dia!"

Tengku Arissya terkedu, membulat matanya memandang Tengku Harith Zaqwan.

"Kau dengar sini, jangan ganggu kekasih aku lagi. Kalau tak mati kau aku kerjakan. Ingat!" Tengku Harith Zaqwan memberi amaran keras.

"Jom sayang!" Tengku Harith Zaqwan menarik pergelangan tangan Tengku Arissya kuat. Hampir melayang tubuh kecil itu ditariknya.

"Cis tak guna! Hak orang rupanya.." Marah Raqif, tapi dia cukup mengerti jika Tengku Arissya milik orang lain terpaksa dia berhenti menggoda. Dia tidak mahu mencari masalah lagi. Apalagi dengan lelaki segagah kekasih Tengku Arissya. Memang taklah.

"Harith lepas! Tangan I sakitlah. Lepas!" Marah Tengku Arissya. Dia geram dengan Tengku Harith Zaqwan, main tarik-tarik macam tu.

"Kenapa dengan you ni hah?"

"I cuma tolong you daripada lelaki buaya tu,"

"Buaya tak buaya dia tetap klien I Harith,"

Tengku Harith Zaqwan merenung tajam wajah Tengku Arissya. Dia masih marah, "You bela dia? Eh, you tak dengar ke dia cakap apa kat you tadi?"

"I tahu tapi you tu yang lebih-lebih, siap cekik dia. Kalau dia mati macam mana?"

"Kalau dia mati lagi bagus!"

"Harith you ni kan dah melampau tahu tak. Bercakap tak fikir dulu,"

"You tu kenapa nak bela dia. Dia sentuh tangan you tadi tahu tak,"

"Ya, I tahu. Dia melampau!"

"Dah tahu baguslah, ingatkan tak sedar tadi, seronok aje bagi dia sentuh tangan you.."

"Harith jaga sikit mulut you tu,"

"Dah tu kenapa nak marah I? I tolong aje tadi. I nak selamatkan you daripada jantan tak guna tu. I tak suka dia layan you macam tu. You tahu tak betapa biadapnya dia dengan you tadi," ucap Tengku Harith Zaqwan, kendur saja suaranya. Perlahan. Seakan menahan sebak di dadanya.

"I tak suka dia sentuh tangan you," sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Harith, sorry. I tak sepatutnya marahkan you. I tahu niat you baik,"

"Hmm.."

"You merajuk ke?"

"Tak adalah, I cuma risaukan you. You okay Arissya?"

"I'm okay. Thanks," balas Tengku Arissya menghadiahkan senyuman pada Tengku Harith Zaqwan.

"Welcome. Hm, kereta you kat mana? I tolong hantarkan,"

"Tak apalah, kat depan tu aje kereta I.."

"Owh.. you pergilah dulu masuk dalam kereta, I duduk sini tengok you. Lepas tu baru I pergi,"

"Tapi..."

"Go Arissya..."

Tengku Arissya ikutkan saja kemahuan Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya membunyikan hon pada Tengku Harith Zaqwan tanda terima kasih.

"Ya papa, Arissya bercakap.."

"Papa diberitahu Arissya marahkan Raqif, malukan dia depan orang ramai, betul ke?"

"Dia tu jantan tak guna. Gatal! Arissya marah bersebab papa. Dia tak hormatkan Arissya. Dia sentuh tangan Arissya,"

"Allahu.. teruknya. Kalau papa tahu, papa marah dia tadi,"

"Tulah, nasib baik Harith ada kat situ. Dia yang tolong Arissya,"

"Alhamdulillah lega papa dengar. Lepas ni biar Harith aje jaga Arissya,"

"Apalah papa ni, Arissya dah besar boleh jaga diri sendiri,"

"Okay lepas ni elakkan daripada jumpa klien lelaki. Papa tak nak Arissya dapat susah lagi,"

"Baik papa.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience