Rate

BAB 196

Romance Series 197165

"Tak ada? You punya bos pergi mana?" Soal Tengku Qistina. Dia mencari Tengku Harith Zaqwan sampai ke ofis kerana lelaki itu tidak dapat dihubungi.

"Maaf, saya sendiri pun tak tahu. Tuan Harith tak bagitahu,"

"Macam mana you tak tahu, dia bos you kan!" Tengking Tengku Qistina.

"Eh, apahal ni?" Soal Hud Mikail yang tiba-tiba muncul di situ.

"Owh you, lama tak jumpa. Kerja sini ke?" Soal Tengku Qistina nampak angkuh.

"Yup, kenapa you datang sini? Nak apa?"

"I nak tanya mana Harith?"

"I tak tahu,"

"Tipu!"

"Eh, you ni dah kenapa Qistina. Sepatutnya you tak kacau Harith tau.. you cakap apa dengan dia? You jangan nak reka cerita ya, antara you dan dia dah tak ada apa-apalah,"

"I masih cintakan Harith, so apa masalahnya. You jangan nak menyibuk okay!" Marah Tengku Qistina.

Hud Mikail tersenyum sinis, "You cintakan dia atau harta dia?"

"Eh, you dengar sini, walaupun Harith tu amnesia.. you jangan ingat you boleh tipu dia sesuka hati, sebab I akan selalu jaga abang sepupu I tu. Faham!"

"Pergi mampuslah kau!" Marah Tengku Qistina sebelum berlalu pergi dari ofis Tengku Harith Zaqwan.

Sakit betul hati Hud Mikail, memang tak ada adab langsung Tengku Qistina tu. Perempuan apa macam tu, tak ada rasa malu langsung.

Tengku Harith Zaqwan baru sampai ke tempat penginapannya. Dia mengangkat bagasinya masuk ke bilik. Kebetulan dia dapat bilik yang agak dekat juga dengan Tengku Arissya. Dia sangat bersyukur. Rokiah a.k.a Sharleez yang memaklumkan perihal kesayangannya.

Sekarang dia mahu menikmati keindahan sawah padi, petangnya dia akan buat kejutan pada Tengku Arissya. Dia mahu ke Ladang Tebu Aidil. Dia sudah membuat keputusan, soal yang berlaku tempoh hari.. dia mahu memberi penjelasan pada Tengku Arissya.

"Aduh.. belum apa-apa Arissya dah rasa macam sakit pinggang," ucap Tengku Arissya yang baru masuk ke biliknya.

"Nak Kak Kiah urutkan tak?"

"Eh, tak apalah. Arissya tak nak susahkan Kak Kiah, okay aje ni.."

"Nah, ambil ni. Cream ni dapat hilangkan sakit pinggang Arissya tu,"

Rokiah menghulurkan cream itu pada Tengku Arissya.

"Thanks.."

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang, Tengku Arissya dan Rokiah a.k.a Sharleez sudah bersiap mahu ke Ladang Tebu Aidil.

Tengku Arissya bukan main seronok datang ke Ladang Tebu Aidil, dia suka melihat pemandangan di situ. Siap tarik tangan Rokiah, sudah seperti anak kecil.

"Seronoknyaa jalan-jalan kat ladang tebu macam ni, angin sepoi-sepoi bahasa. Ya Allah bestnyaaa.."

"Arissya suka ya?"

"Mestilah suka, lepas ni nak datang sini lagilah,"

"Boleh, tapi kali ni kena datang dengan suami tau.."

"Hah?"

"Bakal suami Arissya nanti, bulan madu kat sini pun okay," usik Rokiah membuatkan Tengku Arissya tergelak.

"Apalah Kak Kiah ni, ke situ pula fikirnya. Alah kalau datang sorang-sorang pun tak apa, seronok juga.."

"Kak Kiah jom kita kat sana, selfie ya.." sambungnya.

"Haa.. tengok, cantik bukan main gambar kita berdua kan," ucap Tengku Arissya selepas selesai bergambar dengan Rokiah a.k.a Sharleez.

"Kak Kiah jadi cantik sebab aura Arissya tu. Arissya yang cantik, Kak Kiah dah tua.."

"Eh, apa cakap macam tu. Arissya tengok Kak Kiah muda lagi tau. Rasa macam tak percaya bila Kak Kiah cakap umur baru tiga puluh lapan, nampak macam umur sebaya je dengan Arissya," balas Tengku Arissya membuatkan Rokiah a.k.a Sharleez menelan salivanya.

'Aduh! Make up aku tak cukup tua ke ni?' Desis hati Rokiah. Risau juga dia kalau penyamarannya terbongkar.

Rokiah a.k.a Sharleez tersengih, "Eh apa Arissya ni, Kak Kiah mana muda lagi. Dah tua.. ni haa rambut dah beruban sikit.."

"Ek eleh.. tak nak mengaku, padahal awet muda.."

Rokiah a.k.a Sharleez tersengih, "Kak Kiah nak ke sebelah sana kejap ya. Arissya tengoklah kawasan ladang tebu kat sini dulu.."

"Laaa.. kan boleh pergi sama-sama,"

"Kak Kiah nak jumpa owner kat sini, nak tanya apa lagi yang best. Kejap lagi boleh kita jalan-jalan kat kawasan lain pula. Tunggu sini ajelah ya.."

"Owh okay kalau macam tu tak apalah.."

Rokiah meninggalkan Tengku Arissya sendirian. Tengku Arissya berjalan-jalan diladang tebu itu dengan seronoknya. Sambil berjalan dia mengambil gambarnya untuk dijadikan sebagai kenangan.

Kerana terlalu leka akhirnya Tengku Arissya hampir terjatuh akibat terpijak batu besar disitu. Namun sepantas kilat ada lengan sasa yang menyambut tubuh kecil itu.

Tengku Arissya terkedu, seraut wajah itu dipandang dengan penuh rasa tidak percaya. Matanya bertaut, debar hatinya kencang berdetak laju.

'Oh Tuhan! Debar ini datang lagi. Why?' Desis hati Tengku Arissya. Dia baru tersedar, seakan terpukau tadinya. Cepat-cepat dia membetulkan duduknya. Disebabkan marah juga dia memukul Tengku Harith Zaqwan berkali-kali dengan tangannya.

"Lelaki miang! Sengaja kan you nak ambil kesempatan,"

"Arissya janganlah pukul abang. Sakitlah. Abang tak adanya nak ambil kesempatan, abang cuma tolong Arissya.."

"Tak payah guna alasan nak tolong tu. Lelaki semuanya sama, gilakan perempuan!"

Tengku Harith Zaqwan tergelak, "Memanglah lelaki gilakan perempuan, takkanlah dia..."

"Stop it! I tak habis cakap lagi tau.."

"Gilakan perempuan cantik, asal cantik aje sengaja nak ambil kesempatan.." sambung Tengku Arissya.

"Abang memang gilakan perempuan cantik, tapi gila abang ni cuma pada Arissya aje. Perempuan lain tak,"

Entah kenapa hati itu terbakar mendengar kata-kata Tengku Harith Zaqwan. Dia tersenyum sinis, "Kau ni memang lelaki jijik. Habis tu Tengku Qistina tu apa, tempat kau melampiaskan nafsu kau? Aku takkan lupalah macam mana kau bela dia, siap tuduh aku ni ganggu hubungan korang. Kau tahu tak, kau hampir buat aku jadi gila. Banyak benda buat aku tak faham. So, now why kau kat sini? Kau follow aku ke?"

Berkecai hati Tengku Harith Zaqwan mendengarnya, sebelum sempat matanya berkaca dia mengenakan cermin mata hitamnya yang tersangkut dibaju t-shirtnya itu.

"Memang betul abang follow Arissya. Abang risau keadaan Arissya. Puncanya sebab malam tulah. Abang datang sini nak minta maaf. Abang nak bagitahu yang semua tu cuma lakonan aje,"

Tengku Arissya tergelak kali ini, "Eh, kau ni gila ke apa? Lakonan pula kau cakap?"

Rokiah a.k.a Sharleez yang tidak jauh dari situ bersembunyi mendengar semua perbualan antara keduanya. Luluh jiwanya mendengar kata-kata Tengku Arissya pada tuannya. Namun setabah itu tuannya mendepani semuanya.

'Kuatlah tuan, aku yakin kau lelaki yang paling kuat dalam dunia ni. Semoga Arissya percaya pada cintanya,' desis hati Rokiah a.k.a Sharleez yang masih setia berselindung di antara batang-batang tebu itu.

"Abang buat semua tu sebab tak nak Tengku Qistina tahu yang abang tak lupa ingatan. Abang kena berlakon depan dia yang abang amnesia. Kalau tak Arissya dalam bahaya,"

"Kau merepek apa ni?"

Tengku Harith Zaqwan geram dengan sikap Tengku Arissya, dia sakit hati. Kenapa Tengku Arissya terlalu degil?

"Dengar Arissya, kali ni dengar abang nak cakap,"

"Apapun yang kau cakap Harith aku takkan percaya lagi.."

"Arissya kena percayakan abang kali ni. Abang tahu yang abang pernah buat silap, tapi jangan terus menghukum!"

"Aku tak pernah menghukum kau, mungkin cuma kau yang rasa terhukum. Terhukum oleh dosa-dosa kau. Aku tahu hidup kau tentu tak tenang kan? Sebab kau permainkan perasaan perempuan!"

"Cakaplah Arissya nak cakap apapun, abang jijik ke.. abang jahat ke.. abang kejam ke.. abang tak guna ke.. abang tak kisah semua tu. Abang sanggup telan semua tapi tolong sayang dengar cakap abang. Abang nak bagi penjelasan, nak jelaskan semua kekeliruan yang Arissya hadapi tu.."

"Aku tak nak dengarlah Harith! Jangan paksa aku!" Jerit Tengku Arissya. Air matanya sudah mengalir.

Semakin lemah hati yang menyintai melihat air mata bidadarinya mengalir, mahu diseka tapi tak tercapai tangannya. Belum tiba masanya lagi air mata itu terhapus sepenuhnya.

"Jangan jerit sayang, orang dengar. Abang nak cakap elok-elok ni. Tolonglah abang merayu. Kali ni aje sayang.."

"Jangan panggil aku sayang! Aku benci!" Jerit Tengku Arissya lagi.

"Kalau macam tu dengar apa yang abang nak cakap ni,"

"Tak nak! Kau tak faham bahasa ke?" Marah Tengku Arissya berulangkali. Semakin membara jiwanya angkara amarah, nak lagi apabila dia mengingati apa yang Tengku Harith Zaqwan lakukan kepadanya di hotel itu.

"Arissya yang tak faham. Arissya yang tak pernah bagi abang peluang untuk jelaskan semuanya. Sampai bila Arissya nak jadi macam ni? Benci sangat ke Arissya pada abang? Kalau ya pun bencikan abang janganlah sampai layan abang macam ni. Hati abang sedih.." suara Tengku Harith Zaqwan kedengaran mula perlahan, barangkali terasa sebak.

"Abang datang sini dengan satu harapan, nak bagitahu sesuatu yang penting supaya Arissya akan faham, tapi begini layanan Arissya pada abang. Tak apalah sayang, apapun masalah yang datang lepas ni biar abang yang uruskan. Tapi jujur abang cakap, abang terkilan dengan Arissya. Lepas ni apapun yang terjadi, apapun yang hilang dari dalam hidup Arissya jangan pernah menangis..."

"Arissya yang memilih jalan ini. Mungkin sekarang Arissya tak faham apa yang abang cuba sampaikan. Suatu hari jika sesuatu terjadi waktu tu sayang akan ingat kata-kata abang ni.." sambungnya. Panjang lebar Tengku Harith Zaqwan meluah isi hatinya.

Dia ingatkan bila dia datang untuk menemui Tengku Arissya, dia akan diberi peluang untuk memberi penjelasan. Tapi malangnya gadis itu langsung tidak memberi kerjasama. Dan ia akan mengundang bahaya yang lebih kepada dirinya. Sebab rancangannya tidak sejalan dengan apa yang dia rancang. Tidak mengapalah, sudah takdirnya begitu. Dia redha.

Tengku Harith Zaqwan sudah mahu melangkah pergi namun dia kembali menoleh ke belakang, kali ini dia membuka cermin mata hitamnya, jelas ada air mata yang bergenang di matanya.

"Tengku Arissya Binti Datuk Mustaqim, ingatlah ada seseorang yang sangat mencintaimu terlalu dalam, takkan pernah berhenti mencintai sampai hujung nyawanya. Dan suatu saat jika ada yang bertanya, siapa yang paling mencintai Arissya. Beritahulah bukan abang lelaki itu.. tetapi yang akan hadir selepas abang. Insan lain, yang Arissya akan lebih menghargainya. Kerana mana mungkin yang dibenci akan terus hidup dihati seorang pencinta,"

Tengku Harith Zaqwan segera berlalu pergi dari situ tanpa menoleh lagi, Tengku Arissya memejamkan matanya. Mengalir air matanya laju.

Rokiah a.k.a Sharleez juga sudah mengesat air matanya. Sedih. Cerita cinta yang melukakan dan tidak dihargai. Apakah nanti kehilangan yang bakal menyedarkan hati sekeras kerikil itu? Hanya Allah yang tahu.

"Arissya.."

"Kak Kiah.." ucap Tengku Arissya, dia memeluk Rokiah erat. Dia menangis teresak-esak tanpa seucap kata.

"Kenapa Arissya menangis?"

"Harith datang sini, tapi Arissya marahkan dia lagi. Kenapa Arissya tak mampu berdamai dengan dia Kak Kiah?" Soal Tengku Arissya perlahan.

"Sebab hati Arissya ego untuk mengakui yang Arissya masih mencintai dia," balas Rokiah a.k.a Sharleez.

"Arissya benci semua ni. Arissya benci! Benciiii..." ucap Tengku Arissya teresak menangis dibahu Rokiah a.k.a Sharleez.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience