Rate

BAB 189

Romance Series 197233

"Hai sayang..." Sapa Tengku Qistina menyentuh bahu Tengku Harith Zaqwan dari belakang.

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke belakang, dia terkedu. Namun cuba mengubah reaksi mukanya seperti seseorang yang tidak mengenali perempuan dihadapannya.

"You siapa ni? Main sentuh-sentuh bahu I ni.." ucap Tengku Harith Zaqwan.

"You tak kenal I? I ni bekas girlfriend you, ingat lagi tak?"

"Sorry I tak dapat ingat,"

"What? Why you tak ingat I Harith?" Soal Tengku Qistina. Bijak dia berlakon. Padahal dia sedia maklum Tengku Harith Zaqwan lupa ingatan.

Ya!
Tengku Qistina menyangka yang Tengku Harith Zaqwan lupa ingatan, sedangkan lelaki itu hanya berlakon saja lupa ingatan. Dia yakin yang Tengku Arissya tidak bagitahu apa-apa soal itu pada Faqrul.

"Mustahil you bekas girlfriend I,"

"Takkan I nak tipu you sayang,"

"Really sorry, I tak dapat ingat. Sebab I lupa ingatan lepas koma,"

"Owh noo! I betul-betul tak sangka. Why you jadi macam ni?"

"Benda lepas I tak nak ingat. You ni siapa?"

"I Tengku Qistina, macam I kata tadi.. I ni bekas girfriend you, tapi kan you nak tahu tak?"

"Tahu apa?"

"Tak sesuai bercakap kat sini, apa kata kita makan-makan sambil sembang,"

"Okay, you follow I aje dari belakang.." balas Tengku Harith Zaqwan. Tengku Qistina bersetuju.

Sampai saja di salah sebuah restoran pada petang itu, mereka berbual-bual.

"Jadi I ni kekasih you? Kita berpisah sebab orang ketiga?"

"Betul. Dulu you sangat mencintai I. Tapi sekarang tak lagi, you termakan dek fitnah orang ketiga tu. Dia rampas you dari I. I so sad Harith,"

"Orang ketiga? Jadi I tinggalkan you sebab orang tu?"

"Yup, I takkan lupa apa yang dia buat kat I. Dia ugut I tinggalkan you, I terpaksa sayang. Sebab dia ugut nak apa-apakan I dan family,"

"So, selama ni you kat mana? Kenapa you tak pertahankan I kalau betul sayangkan I?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Dia sedang menguji Tengku Qistina.

Tengku Qistina terus dengan lakonannya. Dia menangis teresak-esak.

"Kenapa you nangis?"

"I sedih. Selama ni I lari kat luar negara, I bawa sekali family kat sana. I takut sayang.. I takut dengan ugutan tu, so I terpaksa tinggalkan you,"

"Allahu. Betul ke ni?"

"Betul Harith.."

"Kalau betul kenapa you boleh ada kat Malaysia sekarang ni? Sedangkan you cakap yang you takut dengan ugutan tu?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Sengaja dia ingin mempermainkan Tengku Qistina.

"I terlalu rindukan you. I dah bersedia menghadapi semua kemungkinannya. I nak kahwin dengan you.."

"I tak yakin you sayangkan I. Tak logik apa yang you cakap ni!" Marah Tengku Harith Zaqwan tiba-tiba.

"Kenapa?"

"Kenapa dulu you tak bersedia menghadapi kemungkinan tu, kenapa baru sekarang?"

"Cuba you berada dalam situasi I, you akan tahu betapa seksanya I. Menderitanya I tanpa you. Kena ugut lagi, I tak kuat Harith.. I sorang-sorang waktu tu.."

"So, I boleh buat apa. You teruskanlah dengan hidup you,"

Kata-kata Tengku Harith Zaqwan mengundang rasa geram dihati Tengku Qistina. Susah betul dia nak pujuk lelaki itu menerimanya semula.

'Sabar Tengku Qistina. Semuanya perlukan masa..' desis hati Tengku Qistina.

"Sampai hati you cakap macam tu, sedangkan I cintakan you setengah mati. You tak sayangkan I?"

"Macam mana I nak sayangkan you kalau I tak ingat apa-apa,"

"Tapi kita boleh kembali bersama kan?"

"I tak fikir apa-apa lagi, I tak ingat. So you kena faham.."

"Okay-okay, hmm.. kita mula dari awal nak? Maksud I, kita saling mengenali. So, mana tahu kan waktu kita luangkan masa bersama tu.. you ingat I balik,"

"Okay, boleh.. tapi I ada satu syarat,"

"Apa syaratnya?"

"Kalau I rasa kita tak serasi, kita takkan kembali bersama,"

"Err.. kenapa macam tu pulak?"

"Sebab I amnesia, so I tak fikir jauh untuk hidup bersama dengan sesiapapun,"

"Hmm.. okay," balas Tengku Qistina. Nampaknya dia perlu berusaha lebih untuk mencari keserasian bersama lelaki itu.

"Hisyh apa pula dia ni, nak apanyalah lagi.." ucap Tengku Arissya perlahan. Faqrul tak sudah-sudah menelefonnya.

"Ya Faq, I tengah drive ni.."

"Sorry, I just nak ajak you breakfast pagi esok.."

"I ada meetinglah,"

"Kejap aje, pleasee.."

"Okaylah esok kita breakfast, nanti you send location.."

"Alright," balas Faqrul. Dia senang hati. Setidaknya dia berusaha untuk mendekati Tengku Arissya. Kali ini mesti jadi.

Sedang Tengku Arissya asyik memandu, tiba-tiba kedengaran satu letupan kecil. Tayarnya tidak berfungsi dengan baik.. tidak semena-mena dia terlanggar sebuah kereta mewah di hadapannya kuat.

Tengku Harith Zaqwan berpaling, dia baru saja parkir kereta di situ kerana mahu membeli makanan ringan selepas bertemu dengan Tengku Qistina.

"Owh tidakkk!" Ucap Tengku Harith Zaqwan berlari ke arah kereta mewahnya. Habis sebelah kereta miliknya hancur.

Tengku Harith Zaqwan melihat kereta yang melanggar keretanya dari kejauhan, dia terkedu melihat nombor plat kereta itu TA 14. Itu kan kereta milik kesayangannya.

"Arissya!!!!"

Tengku Harith Zaqwan mendekati kereta milik Tengku Arissya, dia segera membuka pintu kereta itu. Kelihatan Tengku Arissya terbatuk-batuk kecil. Tengku Harith Zaqwan menarik gadis itu. Dia bimbang sekiranya terjadi apa-apa yang tidak diingini.

Tengku Arissya terbatuk akibat asap dari keretanya. Asap itu masuk melalui tingkap cermin keretanya.

"Eh, lepaslah apa pegang-pegang ni!" Marah Tengku Arissya. Dia sangkakan siapa. Rupanya bekas suaminya.

"Harith?"

"Yup, Arissya langgar kereta abang.." balas Tengku Harith Zaqwan. Terlopong mulut Tengku Arissya. Dia melihat keadaan keretanya dan kereta bekas suaminya. Kritikal.

"Owh noo! Sorry Harith. I janji akan bayar ganti rugi.."

"It's okay, asalkan Arissya okay abang dah rasa lega. Arissya betul-betul okay kan?"

"I'm okay, thank you.."

Tiba-tiba kedengaran azan maghrib. Dekat kedengarannya, rupanya ada masjid diseberang jalan.

"Dah maghrib, apa kata kita solat dulu nak?"

"Okay, jomlah.. lepas tu kita bincang pasal ni," balas Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan bersetuju.

Ketika mereka ingin melintas jalan, Tengku Harith Zaqwan memegang lengan Tengku Arissya.

"Kenapa you pegang lengan I ni? Berdosa tau.."

"Tak apa, berlapik. I tak sentuh kulit you. I cuma risau, ni kan jalan besar.."

Tengku Arissya hanya mendiamkan diri. Sejujurnya dia memang rasa takut. Dulu sewaktu mereka menjadi pasangan suami isteri, Tengku Harith Zaqwan akan pimpin tangan dia erat-erat sewaktu ingin melintas jalan besar.

Terngiang-ngiang lagi apa yang Tengku Harith Zaqwan katakan, "Abang akan selalu pimpin tangan Arissya. Bukan masa ni aje, tapi sampai ke syurga. Itu impian abang.. insya-Allah.."

"Arissya.. are you okay sayang?"

"Hmm okay, I nak ke sebelah sana. Jumpa kat depan masjid ni kejap lagi.."

Mereka menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Selesai solat mereka bertemu di depan masjid.

"Jom Arissya.."

Sekali lagi Tengku Harith Zaqwan memegang lengan Tengku Arissya untuk melintas jalan, kali ini lebih erat kerana langit sudah berubah menjadi gelap.

Sampai saja di tempat kereta mereka meneliti kereta masing-masing.

"Kereta I tayar pecah rupanya, patutlah I tak dapat control tadi sampaikan kereta you pun I langgar,"

"It's okay Arissya.."

"Hmm kalau ikutkan, bila tengok pada keadaan kereta Arissya. Memang dah tak boleh jalan, kena call mekanik,"

"Susahlah nak balik macam ni,"

Tengku Harith Zaqwan senyum, dia tahu gadis itu penat. Mahu istirehat secepatnya.

"Tak apa kejap abang tengok keadaan kereta abang. Dapat tak drive lagi.."

Tengku Arissya diam saja. Beberapa minit kemudian, Tengku Harith Zaqwan mendekati Tengku Arissya.

"Kereta abang okay lagi, bolehlah dekat-dekat. Setakat nak hantar Arissya dapat,"

"You yakin ke?"

"Abang takkan ajak Arissya kalau abang tak yakin yang kereta ni selamat digunakan,"

"Kalau nak call mekanik, memang kejap lagi abang akan call untuk diaorang bawa kereta Arissya ke bengkel, tapi tak mungkin dapat siap malam ni. Esok petang mungkin siap kut," sambung Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm.. okay I balik dengan you," balas Tengku Arissya membuat keputusan.

"Arissya masuk kereta dulu ya. Mungkin boleh rehat,"

"Tapi kereta you macam mana, hancur kat sebelah ni?"

"Tak apa abang handle kemudian, Arissya masuk dalam kereta dulu ya. Rehat.." balas Tengku Harith Zaqwan. Betapa lembut dan santun layanan Tengku Harith Zaqwan pada bidadarinya.

Tengku Harith Zaqwan call mekanik, hampir setengah jam dia menunggu di bahu jalan. Sampai saja mekanik ke situ. Segera dia settlekan hal repair kereta. Dia siap bayar awal jumlah kerosakan kereta itu mengikut anggaran yang dikatakan oleh lelaki muda itu.

"Okay bang, apa-apa saya contact abang.."

"Okay, terima kasih.." balas Tengku Harith Zaqwan. Dia segera masuk ke dalam keretanya. Belum sempat dia mahu membuka mulut, dia terkedu. Ya! Melihat seraut wajah cantik itu sedang nyenyak tidur.

Barangkali kesayangannya ini terlalu penat. Pasti saja banyak kerjanya di ofis. Bertimbun. Jadi biarlah, biar saja dia melayari bahtera mimpinya itu dengan tenang.

Dalam perjalanan memandu ke rumah Tengku Arissya perlahan, sekilas dia memandang seraut wajah yang sedang tidur itu. Beberapa kali Tengku Harith Zaqwan tersenyum.

Teringat waktu dia jadi suami kepada Tengku Arissya, setiap kali isterinya tertidur dalam kereta. Dialah yang selalu angkat bawa masuk dalam rumah. Fuhh! Penat kut.. nampak aje isterinya tubuh ramping, tapi dia punya tulang berat. Berpeluh dia angkat. Nasib baik dia lelaki besi, sudah terbiasa mengangkat besi di gym. Jadi tidak ada masalah untuk dia mengangkat tubuh kecil itu.

Sambil mengelamun tak terasa sudah sampai di kawasan rumah Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan memberhentikan keretanya di halaman rumah itu. Kebetulan pintu pagar rumah itu masih terbuka.

Tengku Harith Zaqwan agak keberatan untuk mengejutkan Tengku Arissya, patut ke dia kejutkan? Selepas habis fikir dia akhirnya mengambil keputusan untuk mengejutkan Tengku Arissya.

"Arissya.. bangun sayang. Dah sampai rumah ni," ucap Tengku Harith Zaqwan. Perlahan saja suaranya.

Tengku Arissya menggeliat malas, dia langsung tidak mahu bangun.

"Bangun sayangg. Dah sampai ni," kejut Tengku Harith Zaqwan lagi tapi tetap gagal.

'Penat sangat agaknya, biarlah dulu..' desis hati Tengku Harith Zaqwan. Dia sebenarnya juga rasa mengantuk. Terasa begitu penat, tapi tidak mengapalah. Dia tunggu beberapa jam lagi di dalam kereta itu.. supaya jangka masa Tengku Arissya tidur lebih lama.

Setengah jam berlalu. Sejam. Dua jam. Mata Tengku Harith Zaqwan sudah kuyu. Dia benar-benar rasa mengantuk. Akhirnya dia juga terlelap dalam kereta itu.

Jam satu pagi, kedengaran enjin kereta memasuki perkarangan rumah Tengku Arissya. Kereta milik Datuk Mustaqim rupanya. Dia baru balik dari kerja.

"Kenapa tak masuk?"

"Ada kereta lain menghalang Datuk,"

"Hah? Kereta siapa pula?"

"Rasanya kereta milik bekas menantu Datuk, Tengku Harith.." balas Asmawi.

"Sekejap saya turun," balas Datuk Mustaqim. Dia menapak ke arah kereta Tengku Harith Zaqwan. Dia menjenguk ke dalam kereta. Eh, ada anaknya sekali.

Segera dia mengetuk cermin kereta itu. Tengku Harith Zaqwan tersedar, bukan main terkejut dia tengok Datuk Mustaqim diluar. Segera dia membuka pintu keretanya.

"Kenapa sampai tidur dalam kereta? Ni haa.. kenapa dengan kereta Harith, kemalangan ke?"

Tengku Harith Zaqwan menceritakan semuanya.

"Terima kasih tolong Arissya. Papa bangga dengan Harith, siap temankan Arissya sampai macam tu sekali,"

"Sama-sama papa.."

"Arissya biar papa yang kejutkan,"

Datuk Mustaqim segera mengejutkan anaknya tidur. Tengku Arissya terbangun.

"Papa.."

"Kenapa papa ada kat sini?"

"Papa baru balik kerja. Ni haa.. bangun tidur kat dalam bilik," balas Datuk Mustaqim. Tengku Arissya turun dari kereta sambil menggeselkan matanya. Nampak yang dia masih mamai.

"Harith masuk!"

"Hah? Masuk. Ni dah pagi papa, Harith kena balik dulu.."

"Tidur kat rumah papa malam ni,"

Mata Tengku Arissya terbeliak, terbuka luas. Mengantuknya segera hilang.

"Papa!"

"Dah pagi macam ni bahaya balik sorang-sorang, biar Harith tidur sini aje.."

"Tapi kan papa..."

"Harith masuk, ini arahan papa.." tegas Datuk Mustaqim.

"Kejap Harith nak alihkan kereta ni papa,"

"Tak perlu Asmawi uruskan, Harith masuk bilik tetamu. Sebelah bilik Tengku Arissya.."

"Baik papa.."

Datuk Mustaqim memberi isyarat supaya Asmawi keluar dari kereta, dia segera memberi arahan.

Tengku Arissya sudah masuk ke halaman ruang tamu, diikuti dengan Tengku Harith Zaqwan dan Datuk Mustaqim. Jika dilihat sudah seperti satu keluarga pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience