Rate

BAB 95

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan menghampiri Tengku Arissya, dia lihat gadis itu berjalan ingin pulang ke arah rumah sewanya.

"Arissya!"

"Ya Allah.. dia ni lagi! Nak apa?" Soal Tengku Arissya. Sudahlah Tengku Harith Zaqwan menyakiti hatinya.. lepas tu buat muka tak bersalah datang menyapanya.

"Abang nak ajak Arissya jalan-jalan. Jom sayang!"

"Saya nak balik. Penat!"

"Sayang pleasee..."

"Arissya. Jangan panggil saya 'sayang..' Saya benci dengar!" Tegas Tengku Arissya.

"Sayang!"

"Arissya.. panggil saya Arissya!" Marah Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan tergelak, dia memang sengaja.

"Sayang abang..."

"Eeiii.. main-mainlah!"

Tengku Arissya menapak ke hadapan laju, dia geram dengan sikap main-main bekas suaminya itu.

"Okay-okay, Arissya. Jomlah Arissya abang nak ajak jalan-jalan. Please jangan menolak.."

"Boleh, tapi kejap aje okay?"

"Yeashhh.. okay, no problem.." balas Tengku Harith Zaqwan. Ada senyuman di wajahnya terukir. Bukan senang kesayangannya bersetuju menerima pelawaannya. Mereka berjalan berdua menuju ke Menara Eiffel.

Semasa berjalan Tengku Harith Zaqwan ternampak ada seorang pak cik menjual ais-krim, dia mengajak Tengku Arissya ke arah itu.

"Arissya jom abang belanja ais-krim.."

Tengku Arissya hanya mendiamkan diri saja, dia ikut saja langkah kaki Tengku Harith Zaqwan. Dia sendiri dapat melihat wajah bekas suaminya itu sangat gembira. Jauh di sudut hatinya dia berasa lsenang melihat wajah tampan itu gembira.

"Nah, ambil ni. Satu untuk Arissya, satu untuk abang. So, jom kita jalan-jalan depan sana tu.." ucap Tengku Harith Zaqwan sambil menjilat ais-krim itu.

"Sedap tak ais-krim ni?"

"Sedap.."

"Tak sama dengan yang kat Malaysia, rasa lain sikit kan? Tapi okaylah.." ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Hmm.. saya nak tanya ni, awak memang kerja kat tempat hari tu dah lama ke?"

"Owh.. abang saja kerja kat situ. Nak isi masa lapang, bosan asyik duduk aje kat rumah sewa.."

"Senang betul awak dapat kerja kat Kota Paris ni," perli Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan hanya tersengih.

Tiba-tiba ada cebisan ais-krim melekat di pipi Tengku Arissya, Tengku Harith Zaqwan segera menyeka dengan tangannya.

"Hisyh.. apa ni!" Tepis Tengku Arissya terkedu.

"Arissya abang sapu ais-krim aje kat pipi tu. Comotlah sayang makan.. tapi comel macam kanak-kanak ribena.." Puji Tengku Harith Zaqwan.

"Eeii.. jangan nak mengadalah Harith! Saya tak suka tahu tak.."

"Arissya boleh tak hari ini tolong jangan marah abang. Boleh tak senyum. Sekali saja sayang, jadilah untuk abang Arissya yang dulu abang kenal," ucapan Tengku Harith Zaqwan kali ini mengundang sebak dihati Tengku Arissya. Air matanya terasa seakan ingin gugur.

"Hisyh.. mengadalah awak ni!" Balas Tengku Arissya menapak ke hadapan.. cuba menyembunyikan rasa hatinya yang sedih.

"Arissya tunggulah!" Kejar Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya menunaikan permintaan Tengku Harith Zaqwan, mereka berdua berbual-bual sambil berjalan di kawasan Menara Eiffel. Sesekali Tengku Arissya tergelak apabila diusik oleh Tengku Harith Zaqwan. Entah kenapa dia rasa tenang saat ada di sisi Tengku Harith Zaqwan.

Tanpa sedar ada sepasang mata yang melihat kemesraan mereka berdua.

"Zaq? Aik.. apahal pelik semacam aje ni. Zaq dan Arissya?" Ucap Aakif Aryanz hairan. Dia segera menapak ke situ menyapa keduanya.

"Hei, bro!" Panggil Aakif Aryanz. Tengku Harith Zaqwan tergamam. Mungkin takdir menyatakan sudah tiba masanya Aakif Aryanz tahu yang Tengku Arissya adalah bekas isterinya.

"Eh, kau rupanya. Buat apa kat sini?"

Aakif Aryanz memandang Tengku Arissya pelik, Tengku Arissya sudah dapat merasakan yang lelaki itu pasti merasa hairan dia ada bersama Tengku Harith Zaqwan.

"Aku saja jalan-jalan kat sini. Kau dengan Arissya?" Soal Aakif Aryanz.

"Yup, kami jalan berdua. Harith yang ajak saya keluar. Tu yang saya datang sini.." balas Tengku Arissya..

"Harith?" Semakin pelik Aakif Aryanz.

"Owh.. kau mesti tak tahu lagi nama penuh aku. Aku Tengku Harith Zaqwan, bekas suami Tengku Arissya.."

Aakif Aryanz tergamam. Terasa dia betapa bodohnya diri. Dia telah ditipu hidup-hidup. Kenapa dia boleh tak tahu semua tentang tu? Sudahlah dia bukan main rancak bercerita soal rasa sukanya mempermainkan perasaan perempuan. Mustahil Tengku Arissya tak tahu mengenai dirinya. Aakif Aryanz benar-benar bengang dengan Tengku Harith Zaqwan. Kawan konon!

"Apa semua ni Arissya?"

"Hah? Apa?" Soal Tengku Arissya. Dia tak tahu apa-apa. Hanya Tengku Harith Zaqwan mengetahui segalanya.

"Kau pun sama. Zaq konon! Kau memang dasar penipu! Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau ni bekas suami Arissya?" Marah Aakif Aryanz.

"Untuk apa aku bagitahu kau?"

"Penting untuk aku tahu! Tapi sebaliknya kau buat. Kau sengaja permainkan aku!" Marah Aakif Aryanz. Merah menyala mukanya. Dia menahan rasa marah itu pun disebabkan Tengku Arissya ada disitu. Jika tidak sudah lama muka itu ditumbuk sampai hancur.

Aakif Aryanz tidak betah berada lama di situ. Dia pergi dari situ. Tengku Arissya ingin mengejar Aakif Aryanz tapi tangan Tengku Harith Zaqwan pantas memegang pergelangan tangan itu.

"Lelaki tu tak layak dikejar!"

Tengku Arissya memandang wajah Tengku Harith Zaqwan, "Kenapa dengan awak ni? Saya kesianlah dengan dia. Dia mesti ingat kita mainkan dia. Yelah, masa dia kenalkan awak kepada saya. Awak buat tak kenal saya.."

"Buat apa kesiankan dia? Arissya tahu tak, dia tu bukan lelaki yang baik. Dia ada agenda tersendiri untuk kepentingan diri dia!" Ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Tak Harith! Dia baik. Saya kenal dialah. Awak tu fikir yang bukan-bukan pasal dia.." Marah Tengku Arissya.

"Arissya dengar cakap abang!" Jerit Tengku Harith Zaqwan geram.

"Aryanz tu ada niat jahat dengan Arissya. Dia sanggup buat apa saja demi mencapai keinginan hati dia. Abang kenal dia sebelum Arissya kenal dia. Dia sendiri bodoh bercerita tentang kegiatannya. Dia tu kaki perempuan, sayang! Dia lelaki yang tak bermaruah. Dia sanggup gadaikan cinta demi kemewahan.."

"Enough Harith!" Marah Tengku Arissya menyentap kasar tangan Tengku Harith Zaqwan.

"Please percayakan abang!"

"No, awak tipu Harith! Awak cakap macam ni sebab awak tak nak Aryanz tu rampas saya daripada awak. Awak sengaja mereka cerita. Awak tu yang tak bermaruah. Terhegeh-hegeh kejar cinta saya, padahal awak sendiri tahu yang kita dah tak ada apa-apa. Sudahlah! Tolong jangan jadi gila. Gila talak!" Tengking Tengku Arissya dihujung ayatnya.

"Arissya!!!" Jerit Tengku Harith Zaqwan.

"Abang tak sangka Arissya sanggup cakap kat abang macam ni. Abang tak sehina itu! Abang buat semua ni demi keselamatan Arissya. Siang malam abang follow Arissya, nak pastikan Arissya selamat. Kalau abang tak buat macam ni.. agaknya apa akan jadi pada Arissya malam tu? Mesti Arissya dah kehilangan maruah diri!"

Panggg!!!!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Tengku Harith Zaqwan. Sakit! Tapi tak apa.. Tengku Harith Zaqwan puas dapat meluahkan apa yang terpendam walaupun tak semuanya.

"Stop it! Awak buat saya makin bencikan awak tahu tak!"

"Arissya!!" Panggil Tengku Harith Zaqwan mengejar kesayangannya.. namun Tengku Arissya langsung tak peduli. Dia benar-benar marah.

"Aargghhh!!" Jerit Tengku Harith Zaqwan berserabut. Dia tunduk, kali ini air matanya jatuh seiring dengan darah hati yang mengalir di dalam dadanya. Sakit! Terlalu menyakitkan tuduhan Tengku Arissya padanya.

"Teruknya dia orang gaduh. Gaduh apalah tu," ucap Iris Ariana. Dia menyaksikan pergaduhan itu tadinya.

Kedengaran whatsapp masuk, Iris Ariana membukanya. Dia sebenarnya menunggu gambar Tengku Harith Zaqwan.. lagipun sambil bercuti dia ke sana untuk bercakap soal pembahagian harta pusaka arwah Tengku Suria.

Ketika gambar lelaki itu dilihat, dia terkedu.. bukan ke gambar yang ada dalam whatsapp dia tu sama dengan lelaki yang tengah bergaduh dengan perempuan tadi.

"Laaa.. lelaki tu Tengku Harith Zaqwan rupanya. Nak sapa ke tak dia? Hmm... Sapalah!" Ucap Iris Ariana perlahan.

"Encik saya..."

"Saya apa? Jangan ganggu boleh tak!" Tengking Tengku Harith Zaqwan pada Iris Ariana.

"Hisyh.. serabutlah!" Sambungnya segera berlalu pergi dari situ. Iris Ariana cuba menahan rasa marah.. tak apalah, mungkin dia tegur bukan pada waktu yang tepat. Dia berharap akan menemui lelaki itu lagi. Dia perlu bercakap soal pembahagian harta pusaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience