BAB 276

Romance Completed 198147

"Morning, Arissya..." Sapa Tengku Harith Zaqwan yang baru menuruni tangga dari tingkat atas.

"Morning, Harith.."

"Harith?"

"Panggillah abang..." Sambung Tengku Harith Zaqwan yang sudah tersengih.

"Tapi..."

"Lebih sweet sayang..."

"Alright," balas Tengku Arissya.

"So, macam mana tidur semalam, lena tak?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Yup. Hmm bilik tu abang langsung tak ubah? Kekalkan ya, but why?" Soal Tengku Arissya. Dia mahu mengetahuinya daripada mulut lelaki itu sendiri.

"Sejak kita berpisah, abang tak pernah pun bagi sesiapa guna bilik tu. Bagi abang, Arissya ada ke atau tak ada. Bilik tu tetap bilik isteri abang. Dan satu pun abang tak ubah apa-apa dalam bilik tu, ia tetap sama dengan design yang sayang suka. Melainkan sayang sendiri nak ubah abang tak kisah..." balas Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya sebak, namun ditahannya rasa itu. Dia masih tetap ingin menguji. Bertanyakan bekas suaminya.

"Yakinnya abang untuk kekalkan bilik tu. Waktu tu abang tak fikir ke kalau kita bukan jodoh?"

"Syhh sayang please, jangan pernah ucapkan kata perpisahan. Cukuplah hati abang menderita selama ni kerana jauh dari sayang..." Ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan.

"Abang dah penat sayang. Kalau boleh cukuplah doakan yang baik-baik untuk kita ya..." Sambungnya.

Tengku Arissya tunduk, baru hari ini dia tahu betapa dalamnya luka dan penderitaan yang dia hadiahkan pada lelaki di hadapannya ini. Siapa sangka tubuhnya yang sasa, tegap, nampak gah berjalan, rupanya sudah lama dia rebah dalam diam. Hampir kehilangan kekuatan dan semangat sepenuhnya. Buktinya, setiap kata memberi kesan pada jiwa lelaki itu.

Kesian Tengku Harith Zaqwan, sungguh benarlah dia menderita selama ini. Kini tugasnya untuk merawat semula hati lelaki yang telah dia hancurkan itu agar kembali pulih.

"Makan sayang, jangan mengelamun depan makanan tak elok.." tegur Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan mengambil roti, lalu disapu jem untuk Tengku Arissya. Tiba-tiba ingatan lalu terbayang di mata, Tengku Arissya rasa sebak. Air matanya mengalir tanpa sedar.

"Nah, roti ni. Abang dah sapu jem.. makanlah..." Ucap Tengku Harith Zaqwan yang tidak perasan kesayangannya menangis.

Kali kedua Tengku Harith Zaqwan memandang seraut wajah itu. Dia mula perasan.

"Kenapa menangis ni? Sayang sakit ke?"

"Hmm teringat sesuatu.."

"Sayang nak cakap apa yang abang buat ni sama macam dulu sewaktu kita bergelar suami isteri?"

Tengku Arissya mengangguk perlahan.

"Abang tetap Tengku Harith Zaqwan yang dulu, sama macam Arissya kenal. Abang tak pernah berubah sayang. Abang lelaki yang sama, yang mencintai Arissya. Sampai hujung nyawa abang mencintai sayang.."

Makin mengalir air mata Tengku Arissya, dia bingkas bangun dan berlari ke tingkat atas. Tengku Harith Zaqwan resah. Namun dia cuba bertenang. Dia mengambil roti bakar yang ada di hadapannya itu lalu disapunya jem berperisa blueberry, lalu diletak dalam piring. Cukup rasanya tiga roti untuk kesayangannya. Juga segelas air oren.

Tengku Harith Zaqwan menapak ke tingkat atas. Dia mengetuk pintu bilik Tengku Arissya.

"Sayang buka pintu ni. Janganlah nangis. Maaf kalau abang salah cakap..."

"Abang tak salah apa pun cuma Arissya rasa makin bersalah dengan abang. Arissya kejam kan selama ni.." jerit Tengku Arissya dari dalam bilik itu.

"Benda lepas lupakan aje. Abang tak kisah pun. Sayang jangan macam ni abang risau. Buka sayang pintu ni.."

Beberapa minit kemudian, pintu bilik itu dibuka.

"Nah, ambil ni breakfast dalam bilik ya. Abang tak boleh lama ni, nak keluar jumpa Hud kejap lagi.."

"Patutlah abang pakai macam ni.."

Tengku Harith Zaqwan sengih, "Kenapa handsome ya. Arissya tergoda ke?"

"Kalau tergoda pun biarlah, abang kan milik Arissya.."

Kembang hidung Tengku Harith Zaqwan mendengar kata-kata itu, sehingga bibirnya mengukir senyum.

"Betullah tu, sayang. Abang milik Arissya.."

"Nak ikut boleh?" Ucap Tengku Arissya manja.

"Nanti Arissya bosan kalau ikut abang, abang nak bincang pasal syarikat aje. Nak settle semua lepas tu kita kahwin ya.."

"Tak apalah kalau macam tu. Arissya pun nak keluar juga pergi lain," kedengaran rajuk sudah si kekasih hati.

"Mana?"

"Pergi mana-mana pun boleh. Arissya dah bagitahu papa nak cuti hari ini.."

"Arissya tak boleh keluar sorang-sorang. Abang tak izinkan..."

"Tapi...."

"Tapi boleh keluar, keluar dengan abang aje hari ini.. lagipun abang fikir tak apalah abang batalkan pertemuan dengan Hud. Esok aje abang jumpa Hud.."

"Tak apa ke?"

"Tak apa sayang, lagipun abang ada benda nak cakap dengan Arissya.."

"Cakap apa?"

"Kejap lagi. Makan dulu ya. Abang nak ke bilik kejap.."

Tengku Arissya mengganguk perlahan.

Selesai sarapan pagi, Tengku Arissya menapak turun ke ruangan halaman rumah Tengku Harith Zaqwan. Bunga yang membugar tumbuh menghiasi halaman rumah banglo mewah itu. Cantik dan indah sekali.

"Sayang.. dah siap breakfast?" Sapa Tengku Harith Zaqwan yang entah dari mana tiba-tiba muncul di belakangnya.

"Dah abang.."

"Kita nak pergi mana ni?"

"Terpulang kat abanglah, lagipun abang ada nak cakap something dengan Arissya kan? So, carilah tempat yang buat abang selesa.."

Ketika mereka bercakap tiba-tiba kedengaran bunyi handphone milik Tengku Arissya. Dia segera melihat siapa gerangannya, kebetulan handphonenya sudah ada di tangannya.

"Siapa tu?"

"Airel.."

"Jawablah, abang nak tahu dia nak apa. Jawab macam biasa.."

"Hai, Arissya. Morning!" Sapa Airel Azumi dihujung talian. Jelas kedengaran, Tengku Arissya buat loudspeaker.

"Hai, morning. Ada apa you call I ni?"

"Kenapa? Tak boleh ke nak call you? I rindu youlah, Arissya..." ucap Airel. Tengku Harith Zaqwan mengalihkan pandangannya ke garaj kereta, sakit betul hatinya dengar perkataan 'rindu' tu, mahu ditumbuknya muka jantan tu.

"Bukan tak boleh, cuma yelah awal pagi macam ni call.."

Kedengaran tawa di hujung talian, "Call pagi sebab rindulah sayang, kan I dah cakap.."

Muka Tengku Harith Zaqwan merah menyala, hatinya dihimpit rasa cemburu. Tengku Arissya perasan, dia perlu matikan panggilan itu segera.

"Tak apalah, I minta diri dulu. I busy ni.."

"Busy? Busy apa awal pagi macam ni. You tak masuk kerja ke hari ni?"

"Tak, I cuti.."

"Kenapa tak bagitahu I?"

"Penting ke untuk bagitahu you semua benda, Airel? I cuti ke tak cuti, terpulanglah kat I.."

"Hey relax Arissya, I cuma tanya aje you. It's okay, jumpa you esok. Nanti I pergi ofis you.." balas Airel Azumi.

"Okay," panggilan segera dimatikan...

"Buat apa dia nak jumpa?"

"Entahlah, tak tahu nak jumpa sebab apa.."

"Hmm tak apalah, jom kita pergi.." balas Tengku Harith Zaqwan yang sudah nampak bad mood. Dalam kereta pun dia jarang bercakap. Barangkali ada kerisauan yang bermain di fikirannya.

"Abang diam je kenapa? Marahkan Arissya ke?"

"Abang tak marah sayang, abang cuma cemburu aje.."

"Cemburu pasal dia cakap rindu tadi?"

"Halah, cemburu sebab tu. Rasa nak tumbuk aje dia.."

"Sabar abang, biarlah dia tu. Arissya bukan suka dia pun.."

"Hmm sebenarnya abang nak cakap pasal dialah dengan sayang..."

"Owh yeke? Pasal apa tu abang?"

"Hmm macam ni sayang, buat masa sekarang kita berlakonlah dulu gaduh-gaduh ya. Abang nak settle pasal syarikat dulu, bila dah settle kita kahwin terus aje. Lepas tu baru kita bagitahu Airel yang kita dah kahwin.."

"Okay, apa alasan abang?"

"Dia tu baran, sayang. Abang takut dia halang perkahwinan kita. Abang tak nak benda buruk terjadi lagi. Abang pun nak rasa bahagia sayang... Hidup dengan sayang, nak rasa tenang. Yelah, abang ni pun tak muda lagi, kita baby pun tak ada lagi.." ucap Tengku Harith Zaqwan mula memikirkan masa depannya.

"Hmm memanglah kita tak ada baby lagi. Arissya faham apa yang abang rasa tu.."

"Lepas ni kena ada baby dua tiga orang, kena cukup satu team bola sepak. Abang nak kejar Hud dengan Ariana, dia dah dapat sorang. Kita sorang pun tak ada lagi sayang.."

Tengku Harith Zaqwan tersengih memikirkan yang dia akan dapat baby yang comel-comel.

"Abang ni nak main kejar-kejar pula, ingat Arissya ni apa. Bukannya robot yang menghasilkan kilang baby.."

"Sorry sayang, abang gurau aje. Tak apalah kalau ada rezeki dapat baby awal. Yang penting kita kena kahwin dulu, abang tak nak orang lain kacau hubungan kita lagi.."

"Insya-Allah... tapi abang tak nak ke bagitahu papa sorang?"

"Maksud sayang bagitahu yang kita dah berbaik?"

"Ha'ah abang, takut aje papa salah faham kalau terserempak dengan kita berdua..."

"Tak apalah pasal papa abang handle. Sayang cuma perlu berlagak biasa dulu depan Airel. Buat-buat marahkan abang dan bencikan abang.."

"Tak sanggup nak buat macam tu..."

Tengku Harith Zaqwan sekilas memandang seraut wajah cantik itu, dia senyum.

"Tak apa sayang abang okay. Kita gaduh-gaduh sayang dulu ya, lepas ni kita sweet-sweet pula.."

Kata-kata Tengku Harith Zaqwan buat Tengku Arissya tersenyum. Kalau sudah begitu mahunya bekas suaminya, dia ikutkan saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience