"Tak guna!" Marah Tengku Qistina. Dia baru mengetahui berita buruk pada keesokkan harinya daripada Sichai yang Roy mati dan Qi pula berada di dalam penjara.
"Macam mana anak buah kau boleh mati dan tertangkap polis?" Soalnya lagi dalam nada suara yang sangat tinggi.
"Aku pun tak tahu cerita sebenar bos.. tapi yang aku tahu Roy ditembak oleh seseorang yang bukan merupakan anggota polis," balas Sichai.
"Itu yang menghairankan aku. Dulu Gee mati, sekarang anak buah kau Roy. Qi pula tertangkap polis.."
"Aku takut kalau dia bocorkan rahsia kau, dengan aku sekali tertangkap. Bodoh!" Tengking Tengku Qistina. Dia nampak tertekan.
"Kau jangan risau. Aku kenal ramai samseng dalam penjara tu. Mereka sudah biasa keluar masuk penjara. Aku akan minta salah seorang daripadanya membunuh Qi.."
"Itu kalau berjaya, tapi kalau tak?"
Sichai tersengih, kemudiannya dia tertawa, "Kau ni bos macam tak kenal aku. Aku dengan kau jauh beza langit dan bumi. Aku tahulah kerja aku..."
Sebelum Tengku Qistina berlalu pergi sempat dia katakan, "Buktikan pada aku!"
Sichai tersengih sinis mengiringi pemergian bosnya, dia segera menelefon seseorang dengan satu arahan.
"Bunuh Qi, jangan sampai dia hidup!"
"Good morning, Arissya.." Sapa Tengku Harith Zaqwan apabila sudah menapak masuk ke dalam bilik wad.
"Morning Harith. Mana papa?" Soal Tengku Arissya.
"Papa you balik dari semalam lagi, I minta nak temankan you.."
"For what?"
"I cuma risaukan papa you tu. Dia kan tak berapa sihat, dia nampak penat. So, I ganti tempat papa you. Why? You tak suka?" Soal Tengku Harith Zaqwan.
"Yup, I tak suka!"
"But why? I ada sakitkan hati you ke?"
"Banyak.."
"Oh, really? Salah satunya?" Sinis benar bicara Tengku Harith Zaqwan.
"You memang sengaja nak I mati kan Harith?"
"What do you mean Arissya?"
Tengku Arissya tersengih sinis, "Mana you bila I call minta pertolongan? You tahu tak I diambang maut!"
"Yes, I know Arissya.."
"Habis tu?"
"Sharleez yang selamatkan you..."
"Yes, I know Harith sampai dia akhirnya yang terkorban. Tapi you kat mana? You jantan tapi lembik!" Tengking Tengku Arissya. Ia benar-benar menyakitkan hati Tengku Harith Zaqwan.
"You pun tahu kan Arissya, Sharleez tu anak buah I. Memang itu tugas dia menjaga keselamatan you. Kerja dia memang selalu berdepan bahaya.."
"Alasan!"
"You tahu tak siapa selamatkan I? Seorang lelaki yang sangat kuat. I anggap dia sebagai hero.."
"Who?"
"Lelaki yang selamatkan I tulah. I pun tak tahu siapa dia. Dua kali tahu tak dia melindungi I.."
Tengku Harith Zaqwan sakit hati, dia dijentik rasa cemburu. Dia tahu siapa orangnya, tentu saja Adrian Smith...
"Owh eloklah tu, dah jumpa hero you. Kahwinlah dengan dia.."
"Siapa tahu kami berdua ada jodoh kan.." balas Tengku Arissya.
Sebenarnya Tengku Arissya tahu lelaki itu mungkin ada sesuatu dengan Sharleez. Mungkin mereka berdua bercinta. Dia sengaja mengungkapkan perihal itu kerana ingin melihat sejauh mana ego lelaki dihadapannya.
"Suka hati you nak ada dengan sesiapa pun disisi you. I tak kisah soal tu, I sentiasa doakan kebahagiaan you.."
"Sebab?"
"Sebab I tahu you hanya akan bahagia dengan lelaki lain..."
Tengku Arissya tersenyum sinis, "Kenapa Tuan Harith? Dah putus asa ke bercinta?"
"Arissya you sengajakan nak sakitkan hati I?"
"Why not.."
Tengku Harith Zaqwan merenung tajam ke arah Tengku Arissya, geram pula dia. Kalau dia seekor harimau, sudah tentu dia menerkam Tengku Arissya.
"Why you tenung I macam tu? You marah?"
"You tahu tak you seorang perempuan yang tak tahu menghargai cinta. Mungkin you fikir hati manusia itu tidak berharga. Tapi bagi I.. cinta perlu dihargai dan sesuatu yang mahal ertinya adalah hati seseorang. You gagal menjaga hati.."
"Hati siapa? Hati you ke?" Soal Tengku Arissya masih sinis.
Tengku Harith Zaqwan terus keluar dari situ tanpa menjawab pertanyaan Tengku Arissya, namun sempat dia menyatakan, "I nak ke cafe beli breakfast untuk you.."
Tengku Arissya melepaskan keluhan kecil. Dia memang sengaja menyakiti hati lelaki itu. Dia sebenarnya terasa hati, lelaki yang pernah menyatakan cinta padanya tidak langsung datang membantunya. Datang pada waktu pertempuran sudah berakhir. Saat semuanya sudah lelah. Berdarah.
Lelaki lain yang tidak ada kena mengena dengannya pula datang melindunginya, mempertahankan dia dan Sharleez. Tapi ke mana perginya Tengku Harith Zaqwan pada ketika itu?
Tengku Harith Zaqwan berjalan perlahan menuju ke cafe, terngiang-ngiang apa yang Tengku Arissya katakan tadi. Emosinya benar-benar terganggu. Sakit betul hatinya. Kejamnya Tengku Arissya membunuh hatinya lagi.
'Arissya... suatu hari you akan tahu siapa sebenarnya Adrian Smith, dia penjaga you, yang I upah juga untuk melindungi you. Rasanya sekarang I tak perlu jelaskan apa-apa pada you. Tapi I pasti akan halang Adrian Smith untuk mendedahkan siapa dirinya pada you..' desis hati Tengku Harith Zaqwan.
Semasa ke cafe dia menemui Adrian Smith, segera dia menyapanya.
"Macam mana Sharleez? Dah sedarkan diri?" Soal Tengku Harith Zaqwan.
"Aku belum dapat masuk ke bilik wad biasa lagi, nurse masih tak benarkan. Mungkin dalam jam sepuluh pagi.."
"Kief mana?"
"Kief masih diruangan bilik menunggu.."
"Jangan tinggalkan Sharleez sendirian. Aku yakin orang-orang Qistina tidak akan berdiam diri. Mereka pasti akan mencari tahu siapa yang menembak Roy hingga mati.."
Tiba-tiba Adrian Smith menerima satu panggilan, setahunya itu nombor salah seorang pegawai polis yang pernah berhubung dengannya.
"Apa? Macam mana semua tu boleh terjadi inspektor? Tak masuk akal langsung!"
Tengku Harith Zaqwan yang ada disitu berkerut dahinya, dia memandang ke arah Adrian Smith. Pasti ada sesuatu telah berlaku.
"Okay inspektor, jika ada apa-apa boleh contact saya.."
"Kenapa Adrian?"
"Qi sudah mati dibunuh.."
"Ciss, tak guna! Kenapa boleh jadi macam tu?"
"Ada kesan racun dalam badan Qi, mungkin ada orang Sichai di dalam penjara itu yang telah membunuh Qi.."
"Mereka memang licik!"
"Betul tuan, mereka sanggup melakukan apa saja. Aku rasa Sichai melakukan perkara itu agar Qi tidak sempat memberi peenerangan dihari pembicaraannya di mahkamah, dia tidak mahu rahsianya terbongkar. Kalau tak pasti dia akan tertangkap.."
"Aku pun rasa macam tu. Jadi kita perlu lebih bijak bertindak.."
"Betul tuan, jika kita tersalah langkah buruk padahnya.."
"Sharleez tak mungkin akan dapat menjalankan tanggungjawabnya melindungi Tengku Arissya. Aku tidak mahu membahayakan keselamatannya. Kecederaan yang dialaminya agak parah. Sekarang aku serahkan semua tugasan untuk handle Sichai pada kau.."
"Siap tuan!"
"Selesai kau melawat Sharleez, esok aku nak kau pantau Sichai. Sharkief akan ditugaskan untuk menjaga Tengku Arissya buat sementara waktu. Dan Sharleez, aku akan upah orang lain untuk menjaganya di hospital.."
"Tengku Qistina?"
"Aku yang akan handle. Aku akan menjalankan tugasan aku sendiri untuk mendapatkan telefon tu semula.."
"Tapi bahaya tuan. Dua orang anak buah Sichai masih ada yang menjaga Tengku Qistina.."
"Kalau macam tu malam ni kau ajarkan aku seni mempertahankan diri. Cukup yang basic saja, setidaknya aku tahu berlawan.."
"Tapi tuan aku... errr..."
"Kenapa? Kau tak sudi ajar aku?"
"Tak, tapi aku mahu menjaga Sharleez sampai pagi esok.."
Tengku Harith Zaqwan tersengih sambil menepuk bahu Adrian Smith, "Tak apa aku faham. Kau risaukan keadaannya. So, kau ada kawan yang boleh tolong aku?"
"Ada tuan, namanya Khira.."
"Perempuan?"
"Perempuan Jepun, asal dari sana tapi dia agak fasih berbahasa Melayu.."
"Tak ada guru taekwondo lelaki?"
"Aku meminta tuan belajar darinya kerana dia seorang guru taekwondo yang hebat. Dia tidak akan mengajarkan tuan yang basic, tapi terus kepada tahap tinggi. Dia memang mahir dalam seni mempertahankan diri..."
"Sebelum ni kau belajar dengan dia?"
"Aku tak sempat belajar dengan dia. Waktu itu dia di Jepun, menjadi bodyguard orang ternama. Sekarang dia sudah berpindah ke Malaysia. Membuka kelas taekwondo di sekitar Bangi, Selangor..."
"Jika aku dapat memilih aku lebih suka lelaki yang mengajar aku taekwondo tapi sekarang aku tak punya pilihan, aku setuju menjadi murid Khira.."
"Baik tuan, aku akan maklumkan pada dia. Bila tuan mahu start belajar?"
"Tonight.."
"Alright.."
"Owh ya Adrian, aku nak kau rahsiakan kau orang upahan aku untuk menjaga Tengku Arissya sebelum ni. Tadi dia nampak tertarik pada kau.. dia menganggap kau sebagai heronya.."
Kata-kata Tengku Harith Zaqwan membuatkan Adrian Smith tersengih, "Tuan cemburu?"
"Tak, aku tak kisah pun. Tapi yang aku kisahkan takut dia terjatuh cinta dengan kau, sedangkan kau dah ada Sharleez. Takut hatinya bakal terluka.."
Adrian Smith senyum. Cepat betul Tengku Harith Zaqwan menganggap begitu.
"Tuan, aku tak mungkin mencintai perempuan lain selain Sharleez. Dia cinta aku sejak dari dulu, cuma aku agak sukar untuk merebut hatinya.."
"It's okay terus usaha lagi. Hati Sharleez tak sekeras hati Tengku Arissya, itu aku yakin.."
"Tuan, kau tak perlu risau soal Tengku Arissya. Satu hal yang aku percaya, hati dia milik kau. Trust me.."
"Kau tak perlu menyakinkan aku, aku dah muak dengan cinta. Aku malas fikir dan peduli. Cinta itu hanya melukakan. Aku tak lagi meletakkan harapan apa-apa pada Tengku Arissya.." tegas Tengku Harith Zaqwan membuatkan ada gusar dihati Adrian Smith.
Jika benar hati itu sudah hambar, tidak akan ada apa lagi yang tertinggal. Namun begitu, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk tuannya. Semoga keduanya kembali bersatu.
Share this novel