Rate

BAB 176

Romance Series 197233

Awal pagi lagi Tengku Arissya ke ofis Tengku Harith Zaqwan. Dia mahu membuat perhitungan dengan lelaki itu.

"I nak jumpa dengan bos you," ucap Tengku Arissya dikaunter depan.

"Cik dah buat temujanji atau...."

"Tak perlu temujanji, I nak jumpa Tengku Harith Zaqwan sekarang juga!" Marah Tengku Arissya.

"Abang kat sini Arissya, ada apa Arissya nak jumpa abang?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Rupanya dia baru masuk kerja.

Tanpa sepatah kata, Tengku Arissya melulu ke arah bekas suaminya dan menamparnya kuat. Kebetulan waktu itu Hud Mikail baru sampai di ofis, dia juga menyaksikan semua itu.

"Arissya apa ni!"

"Itu untuk apa yang kau dah buat," marah Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan sakit hati, dia menarik pergelangan tangan Tengku Arissya.

"Ikut abang masuk ofis, kita bincang!"

Mereka berdua sudah berada dalam bilik ofis.

"Apa yang kau dah buat Harith? Kau burukkan aku depan papa, kenapa?"

"Bila masa abang burukkan Arissya depan papa?"

"Eh, tak payahlah nak bahasakan diri tu 'abang', aku muak tahu tak, rasa nak muntah. Aku tahu kau tipu!"

"Tengku Harith Zaqwan akan tetap bahasakan diri dia 'abang' selagi hati dia untuk Tengku Arissya,"

"Lagi satu abang tak pernah burukkan Arissya depan papa," sambungnya.

"Dah tu yang papa bagitahu aku, kau yang cakap pasal aku keluar malam dengan Faqrul tu apa?" Soal Tengku Arissya masih tidak berpuas hati.

"Owh pasal tu memang ya abang ada bagitahu papa,"

Tengku Arissya tersenyum sinis, "Tengok! Kau ni mesti dalam diam follow aku kan?"

"Abang cuma bagitahu papa yang Arissya keluar dengan Faqrul, itu saja. Tak ada pun abang burukkan Arissya depan papa, cakap benda yang tak elok,"

"But why kau nak busybody pasal aku hah,"

"Sebab abang tak nak Arissya terleka. Arissya sedar tak yang Arissya dah jauh berubah, sampai sanggup tipu papa,"

"Hak aku nak berkawan dengan siapapun. Kau bukan suami aku! Kalau betul kau cintakan aku kau takkan ceraikan aku, kau akan pertahankan cinta kita berdua, tapi apa yang kau buat? Kau ceraikan aku melalui whatsapp audio, kau tahu tak aku rasa betapa hinanya diri dibuang dengan cara macam tu, kau siap hina aku dengan kata-kata kesat dalam whatsapp tu. Aku kecewa tahu tak!"

"Arissya tak faham, kalau abang jelaskan sekarang pun Arissya takkan percaya sayang. Hati Arissya tu penuh dengan kemarahan dan kebencian pada abang,"

"Baguslah kalau kau tahu. Aku memang marah dan bencikan kau Harith!"

Tengku Harith Zaqwan sedih, tapi dia cuba bertenang, "Marahlah Arissya, bencilah semahu yang Arissya nak. Abang tak kisah asalkan abang tahu apa yang abang buat ni tak salah. Dah betul,"

"Betul pada kau, tak betul pada akulah Harith. Boleh tak jangan ganggu hidup aku!"

"Boleh, tapi bukan sekarang sayang..."

"Eh, kau ni memang dah gilalah. Aku pun tak faham kenapa kau macam ni, kenapa mesti kau halang aku untuk berkawan dengan Faqrul,"

"Faqrul bukan lelaki yang baik Arissya. Abang yakin dia ada niat yang tak baik,"

"Kau tu siapa, Tuhan ke? Nak tentukan orang tu baik ke tak? Nak cakap yang dia tu buruk. Kau ajelah yang perfect ya," perli Tengku Arissya.

"Arissya stop it! Kenapa sakitkan hati abang macam ni. Dahlah tu, abang buat semua ni bersebab sayang.."

"Kalau tahu hati tu sakit, terluka dengan kata-kata aku, berhentilah jadi penyibuk!"

"Abang takkan berhenti selagi nyawa ni masih dikandung badan, abang nak suatu hari Arissya lihat kebenarannya,"

"Aku tak sudilah nak tengok semua tu Harith,"

"Eh, kau dengar sini. Kalau kau kacau aku lagi, siap kau! Kau akan terpaksa menghadapi kebencian aku pada kau sampai kiamat!"

"Arissya!"

Tiba-tiba ada satu suara dengan nada lantang kedengaran berdekatan pintu masuk.

Hud Mikail rupanya. Dia menghampiri Tengku Arissya.

"Arissya apa yang Harith buat selama ni semua untuk kebaikan you,"

"You pun samalah Hud, dah jadi geng dia ni. Sama-sama nak jadi penipu. Nak tipu I!"

"Family you dalam bahaya Arissya. Cepatlah sedar sebelum terlambat. Harith sanggup korbankan semuanya demi you, Arissya. Kenapa you tak pernah hargai dia? You akan menyesal kalau you tak sedar dari sekarang. Bila you dah sedar nanti, you akan kehilangan segala-galanya.."

"I don't care!" Balas Tengku Arissya segera berlalu pergi dari situ.

Faqrul call Tengku Arissya tapi dari tadi tak dapat. Tengku Arissya yang baru saja masuk ke dalam kereta kembali menelefon Faqrul.

"You ada call I ke? Sorrylah, I ada hal tadi,"

"Amboi.. paginya you punya hal,"

"I tak ada masa nak layan lawak you tu," balas Tengku Arissya segera offkan handphonenya. Faqrul mula rasa hairan. Nampaknya mood Tengku Arissya ke laut pada pagi itu. Mesti ada yang tak kena.

Tengah hari itu Faqrul mengajak Tengku Arissya keluar lunch. Seperti biasa Tengku Arissya bersetuju.

"Kenapa muka masam aje ni?" Soal Faqrul.

"Tak ada apalah," balas Tengku Arissya tidak ingin berkongsi apa yang dia lalui pagi tadi.

"No, I tahu mesti ada yang tak kena ni,"

Tengku Arissya melepaskan keluhan kecil, "Pagi tadi I jumpa Harith,"

Faqrul terkedu. Dia tak suka kalau Tengku Arissya berjumpa dengan lelaki itu, dia pantang. Dia perlu menjauhi mereka berdua seperti yang diarahkan oleh bosnya. Jika tidak bosnya boleh mengamuk.

"Kenapa jumpa dia?"

"I tampar dia tadi,"

"What? You tampar dia kenapa?" Soal Faqrul. Dia ketawa dalam hati.

"Sebab dia busybody pasal I. Semalam papa marahkan I, semuanya sebab Harith bagitahu kita berdua jumpa setiap malam,"

"Hah?"

"Yup, I geram betul bila tahu soal tu. Itu yang I datang jumpa dia kat ofis awal pagi tadi,"

"Memang patut pun dia kena tampar, lagipun buat apalah dia busybody pasal you. Apa masalahnya kalau you keluar dengan I. Kita bukannya buat apa-apapun,"

"Haaa tulah pasal yang I nak marah sangat tu dengan dia,"

"Tak apa kalau dia kacau you lagi, I akan masuk campur. Dia tak ada hak nak ambil tahu pasal you," balas Faqrul.

"So, papa you masih marahkan youlah ni?" Sambungnya.

"Entahlah, papa ada kat syarikat dia yang lagi satu. Tak ada kat sini," balas Tengku Arissya.

"I ni kadang kesiankan you, yelah kena marah dengan papa you lagi. I bukan apa, kalau soal kita nak keluar ke mana-mana tu kan hak kita, you pun dah besar. Bukannya budak-budak lagi," ucap Faqrul membuatkan Tengku Arissya terdiam seketika.

"Err.. sorry, I cuma bagi pendapat I aje.." sambung Faqrul, sangkanya Tengku Arissya akan marah tetapi sebaliknya berlaku.

"I setuju sebenarnya dengan you tu, I ni dah besar. Papa tak sepatutnya masuk campur dalam urusan hidup I," balas Tengku Arissya. Nampaknya dia sudah terpengaruh dengan kata-kata Faqrul.

Selesai makan tengah hari berdua, Faqrul masuk ke dalam keretanya. Ada satu panggilan dari bosnya. Segera dia jawab.

"Macam mana perkembangan kat sana, okay?"

Faqrul senyum, "Semuanya berjalan lancar bos. Perempuan tu bakal jadi milik aku. Aku dah berjaya hasut dia, pengaruhi pemikiran dia dan buat dia jadi si tanggang moden, yang derhaka pada papanya sendiri,"

Dihujung talian bosnya tergelak besar.

"Good, nilah yang aku nak dengar. Bagus kerja kau. Terus jalankan rancangan seperti yang kita rancang, tapi bagaimana dengan Tengku Harith?"

"Dia cuba menganggu aku bos, dialah sekarang penghalang terbesar untuk aku merebut Tengku Arissya,"

"Don't worry, tak lama lagi aku akan muncul, cuma buat masa sekarang kau settle dulu macam biasa," balas bosnya.

"Baik bos!"

"Owh ya, ingat jaga dua perempuan tu. Jangan sampai diaorang hancurkan rancangan kita. Kalau tak aku bunuh!" Bosnya memberi peringatan keras.

"Okay bos, aku jaga. Kau tak payah risaulah. Semuanya okay," balas Faqrul.

"Kakak, wait!" Tengku Elvia menghalang Tengku Arissya.

"Kenapa ni?"

"Elvia nak cakap dengan akak kejap,"

"Okay, apa dia?"

"Kenapa akak dah berubah sangat ya,"

"Berubah? Siapa yang berubah ni? Akak tetap Tengku Arissya yang dulu,"

"Tak! Akak langsung tak dengar cakap papa dah sekarang,"

"Papa mengadulah ni,"

"Taklah, Elvia sendiri menyaksikan perubahan akak,"

"Kalau akak nak berubah ke apa, kenapa semua orang kisahkan? Biarlah. Hidup akak kan, biar akak yang tentukan. Tak perlu nak nasihat ke apa, akak dah besar. Tahu jaga diri sendiri," balas Tengku Arissya sombong.

"Okaylah, akak busy ni. Banyak kerja lagi nak buat.." sambungnya.

Tengku Arissya segera berlalu pergi dari situ. Tengku Elvia menggelengkan kepalanya, mengucap panjang dia melihat perubahan sikap kakaknya. Buat dia hilang sabar betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience