Rate

BAB 12

Romance Series 197165

Tengku Arissya membuka matanya. Dia terlalu melayani perasaanya sehingga kenangan semalam kembali menghiasi lamunannya, sedangkan semua itu sudah berlalu pergi dalam hidupnya selama dua tahun lalu. Tengku Harith Zaqwan sudah tidak ada lagi dalam hatinya. Cinta itu sudah dikuburkan.

Tengku Arissya kembali memandang Menara Eiffel. Pertama kali melihat Menara Eiffel, Tengku Arissya kagum tidak terkata. Terlalu indah untuk dilafazkan dengan kata-kata.

Menara Eiffel yang dibangunkan untuk keperluan Pekan Raya Internasional di Paris pada tahun 1889. Kalau tidak salah memperingati seratus tahun Revolusi Perancis, The Prince of War yang kemudiannya dirasmikan oleh Raja Edward VII. Gustave Eiffel mendekorasikan bentuk Eiffel, perancang patung Liberty (New York) yang merupakan hadiah daripada Perancis kepada Amerika. Tentunya seorang arkitek yang benar-benar hebat.

Kota Paris merupakan ibu negara Perancis dan juga daerah Ile-de-France. Anggaran populasi sebanyak 11.5 juta penduduk menjadikan kota ini Bois de Vincennes di pinggirannya, luas sebenar bandar itu cuma 86.928 km persegi (21 480 ekar). Pada peringkat paling atas Menara Eiffel, pemandangan Kota Paris dapat dilihat agar luar biasa. Satu jam sebelum matahari tenggelam merupakan saat-saat terindah. Pemandangan yang benar-benar memukau sesiapa saja yang melihatnya, sungguh mengagumkan.

Sedikit sebanyak Tengku Arissya mengetahui sejarah Kota Paris itu melalui perbualannya dengan salah seorang penduduk lama di kota itu.
Kini dia berdiri di Kota Cinta tanpa seorang lelaki, dia berharap pengalaman menjadikan dia lebih matang untuk memilih pasangan hidup. Dia akui hatinya teramat sakit dengan apa yang sudah terjadi, namun dia juga sedar bahawa cinta itu hanyalah persinggahan, tidak kekal dan menjamin kebahagiaan. Dia relakan sejarah cinta semalam berlalu pergi.

"Tengku Arissya..." Panggil satu suara, dia menoleh ke belakang. Membulat matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience