Rate

BAB 68

Romance Series 197165

"Papa.." Panggil Tengku Elvia. Datuk Mustaqim mendongakkan kepalanya, wajah anaknya yang terjengul di muka pintu bilik ofisnya dipandang.

"Elvia masuk..."

Tengku Elvia menapak masuk ke bilik ofis papanya, dia kemudiannya duduk di kerusi berhadapan papanya.

"Ada apa papa nak jumpa Elvia?"

"Macam mana dengan projek baru tu?"

"Everything okay papa, alhamdulillah masih berjalan lancar seperti biasa mengikut perancangan kita.."

"Cuma design plan bangunan tu Elvia tak siap lagi. Insya-Allah akan disiapkan dalam masa terdekat," sambungnya.

Datuk Mustaqim tersenyum, "It's okay Elvia. Lagipun kalau ikutkan ada dua minggu lagi, take your time," balas Datuk Mustaqim.

"Owh ya.. kakak macam mana. Ada contact dia?"

"Tak papa. Akak macam busy aje, tu yang Elvia tak kacau dia," balas Tengku Elvia. Dia pun sibuk dengan kerja, tak sempat untuk dia bertanyakan khabar kakaknya yang jauh di sana.

"Pa, ada apa-apa lagi?" Sambung Tengku Elvia menyoal papanya.

"Elvia boleh kembali sambung kerja," balas Datuk Mustaqim.

Baru saja Datuk Mustaqim membelek fail dokumen syarikat, dia menerima satu panggilan telefon.

"Datuk Qaid?" Ucap Datuk Mustaqim perlahan. Dia segera menjawab panggilan itu.

"Okay, petang aku jumpa kau Qaid. Nanti apa-apa aku bagitahu," balas Datuk Mustaqim.

Nampak seperti Datuk Qaid tergesa-gesa bercakap dengannya, dia diajak keluar petang ini jam enam petang. Katanya ingin bertemu di hotel. Kebetulan dia pun tak jadi jumpa klien pada petang itu, jadi dapatlah dia menemui Datuk Qaid.

Jam sudah menunjukkan pukul enam setengah petang, Datuk Mustaqim baru sampai di hotel mewah itu.

"Mus! Sini.. aku kat sini!" Panggil Datuk Qaid.

Datuk Mustaqim tersenyum, segera dia menuju ke arah meja makan mewah itu.

"Qaid, lama aku tak jumpa kau. Kau macam mana, sihat?" Soal Datuk Mustaqim sambil mereka berpelukan.

"Alhamdulillah okay, aku sihat. Kau macam mana?"

"Aku pun sihat, okay aje.."

"Makin segak kau ni!" Puji Datuk Qaid.

"Aku biasa aje Qaid. Segak cara orang tua," balas Datuk Mustaqim diiringi tawa Datuk Qaid.

"Mus jemput duduk. Order nak makan apa, aku belanja," ucap Datuk Qaid. Mereka berdua memang bersahabat baik.

"Rasa nak makan kambing ni.."

"Selera kau tak berubah ya, masih sama suka makan kambing. So, kau nak makan kambing masak apa kali ini? Kambing bakar atau..."

"Macam biasa, aku nak makan nasi beriani kambing bakar," balas Datuk Mustaqim pantas. Datuk Qaid tersengih.

Selesai memesan makanan mereka berbual-bual mengenai syarikat tentang projek baru dan peluang untuk lebih majukan syarikat. Apabila makanan sudah sampai mereka makan terlebih dahulu, sampailah kepada selesainya makan Datuk Qaid memulakan perbualan yang lebih serius mengenai Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia.

"Aku masih belum tahu mengenai hal ini sebenarnya Qaid," ucap Datuk Mustaqim, dia tidak tahu menahu mengenai penangguhan perkahwinna anaknya secara terperincil.

"Jadi Elvia tak ada bagitahu kau pasal ni lagi?" Soal Datuk Qaid agak terkejut.

"Belum. Aku rasa mungkin anak aku tu terlupa nak bagitahu.." balas Datuk Mustaqim, Datuk Qaid hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

"Aku ni Qaid tak kisah kalau Elvia nak kahwin awal, tapi kalau dia tak nak.. dan dah itu keputusan anak aku tu, aku ikutkan saja," sambungnya.

"Aku pun tak halang Emir kalau dia nak fokus kerja dulu, cuma Mus aku cuak dengan benda lepas. Aku takut berulang lagi," Datuk Qaid menyuarakan rasa hatinya.

"Qaid sebagai manusia biasa, aku tak boleh kata apa soal benda ni.. lagipun ia melibatkan hati, hati ni sifatnya berbolakbalik. Tipu kalau aku kata tak cuak, tapi benda macam ni kita kena serahkan pada Allah," balas Datuk Mustaqim.

Sebagai manusia biasa dia tak punya apa-apa kuasa untuk meletakkan keyakinan juga pada anaknya, kerana soal jodoh, ajal, pertemuan dan perpisahan itu ketentuan Allah. Cuma dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kehidupan anaknya.

"Ya, Mus aku faham. Sama-samalah kita doakan mereka," balas Datuk Qaid akur. Datuk Mustaqim hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience