Rate

BAB 103

Romance Series 197233

"Macam mana dengan rancangan kita?" Soal Zulfiqar malam itu.

"Akan tetap berjalan. Kau ingat aku akan biarkan dia orang bersatu? Sampai kiamat pun aku takkan biarkan!" Ucap Aakif Aryanz.

"Bagus! Tapi bila?"

"Dua tiga hari lagi.. sebab aku nak kenal dengan adik Arissya dulu," balas Aakif Aryanz.

"Adik Arissya? Dari mana pula datangnya?" Soal Zulfiqar.

"Kau ni pun apa punya soalanlah! Dia datang dari Malaysialah!" Balas Aakif Aryanz.

"Masalah ni!"

"Apa masalahnya?"

"Susahlah kita nak culik Arissya kalau adik dia ada sekali. So, kena tukar rancanglah ni," balas Zulfiqar.

"Hmm.. tulah, tapi tunggu aku kenal dengan adik dia dululah. Nak tengok ngam tak dia dengan aku.."

"Okay lagi cepat lagi bagus!"

Malam itu Aakif Aryanz text Tengku Arissya, dia menyatakan hasratnya ingin mengenali Tengku Elvia. Tengku Arissya terus menyatakan persetujuannya. Esok waktu lunch mereka akan bertemu di salah sebuah restoran.

"Elvia, esok lunch dengan akak kat restoran nak?"

"Wah.. naklah akak. Akak belanja okay?" Balas Tengku Elvia gembira. Dia sangkakan sekadar ingin keluar makan tetapi rupanya kakaknya ingin mengajaknya keluar untuk berkenalan dengan Aakif Aryanz.

"Kita bertiga esok tau.."

"Hah, bertiga? Siapa sorang lagi?"

"Aakif Aryanz.."

"Akak buat apa dia nak ikut? Elvia tak naklah keluar!"

"Elvia please.. dia cuma nak kenal dengan Elvia, that's all.."

"But..."

"Elvia, pleaseeee..."

"Okay, tapi kejap aje akak. Tak nak lama-lama," balas Tengku Elvia akhirnya bersetuju.

Keesokannya Tengku Arissya menemui Tengku Harith Zaqwan terlebih dahulu pada pagi itu kerana tengah hari dia ada lunch dengan Aakif Aryanz. Tengku Elvia sudah mengetahui mengenai pertemuan itu kerana Tengku Harith Zaqwan telah memaklumkan kepadanya lebih awal.

"Morning sayang!" Ucap Tengku Harith Zaqwan sudah sampai di Menara Eiffel tingkat atas. Tengku Harith Zaqwan hanya mengenakan seluar jeans biru dan sweater hitam.

"Arissya cantik tak Menara Eiffel dari tingkat atas ni? Tengok tu! Dari sini boleh nampak semuanya. Tahu tak dulu abang punya impian nak datang sini dengan sayang. So, sekarang dah terlaksana.." Sambungnya ceria.

"Hmm.. cantik, tapi soal impian awak tu tak perlulah cakap ya. Simpan aje dalam hati.."

"Kenapa awak lambat datang sini? Sengaja nak bazirkan masa saya ke apa," sambung Tengku Arissya terlalu dingin, sedingin salju.

Tengku Harith Zaqwan segera menjawab, "Abang lewat five minute aje kut.. takkan tu pun nak berkira.."

Sebelum Tengku Arissya menjawab, Tengku Harith Zaqwan sempat memerli, "Owh ya lupa.. mesti ada date dengan buah hati kan. Sebab tu agak tergesa-gesa. Maaflah abang curi masa Arissya.."

"Kalau nak cakap, cakap ajelah. Tak payah perli saya.."

"Abang nak cakap benda serius ni, melibatkan soal hati dan perasaan.."

"Okay, straight to the point," balas Tengku Arissya masam mencuka wajahnya.

"Arissya, abang sebenarnya ke sini untuk minta maaf. Maafkan abang sebab pernah lukakan hati tu, abang tak tahu dalam mana luka tu, tapi abang rasa setelah apa yang terjadi.. dengan layanan Arissya yang macam ni pada abang, abang dapat rasa yang dalamnya luka tu dah sampai tahap kritikal.."

"Ya, bagus kalau dah tahu. Tapi tak apalah soal kemaafan tu, saya maafkan. Benda dah lepas.. tapi untuk melupakan apa yang awak dah buat pada saya itu mustahil Harith. Memaafkan tak bermakna saya akan melupakan semuanya," balas Tengku Arissya.

"Arissya dendam ke dengan abang?"

Pertanyaan itu dibiarkan sepi saja, Tengku Arissya tidak menjawabnya.

"Abang datang sini bukan nak bela diri atau minta simpati Arissya, tapi abang nak bagitahu yang selama ni abang tak salah. Tengku Qistina yang perangkap abang malam tu. Sumpah demi Allah, abang ingat sayang.. yang abang tak pernah sentuh perempuan tu.."

"Stop it Harith! Jijik aku dengar.." Marah Tengku Arissya. Terkedu Tengku Harith Zaqwan mendengar perkataan 'jijik'..

"Jijik? Arissya guna perkataan tu untuk abang. Allahu.. terasa betapa kotor dan hinanya abang, sayang. Tapi tak apalah, abang maafkan Arissya.."

"Maafkan saya? Awak tu siapa. Awak yang bersalah. Kenapa saya pula yang dijadikan sebagai pesalah?" Marah Tengku Arissya memandang Tengku Harith Zaqwan dengan pandangan benci.

Kali ini Tengku Harith Zaqwan naik angin, "Abang tak sangka kerasnya hati perempuan yang ada depan abang sekarang ni. Berkali abang bagitahu yang abang tak bersalah, tapi Arissya masih meletakkan kesalahan tu pada abang.."

"Oooo.. kalau lelaki tu baik pula dimata Arissya, tapi kalau abang semua nampak buruk. Apa yang dia dah buat pada Arissya hah?"

"Harith!!!" Jerit Tengku Arissya marah.

"Apa?"

"Awak tahu tak dia dengan awak jauh beza. Bezanya, Aryanz tu tahu menghormati saya.. tapi awak langsung tak. Tak tahu nak menghargai hati dan perasaan saya, apatahlagi menghormati saya.."

"Arissya dengar sini!" Tengku Harith Zaqwan meninggikan suaranya.

"Lelaki yang Arissya puja dan sanjung tu cuma nakkan harta Arissya, dia dah rancang sesuatu untuk menghancurkan hidup Arissya. Kenapa susah sangat nak dengar cakap abang ni?"

"Really? Wah.. yeke?" Ucap Tengku Arissya sinis. Dia tergelak kecil.

"Ini bukan main-main Arissya!" Tegas Tengku Harith Zaqwan.

"Cukuplah Tengku Harith Zaqwan, saya rasa awak ni dah gila. Gila talak! Eh, tak penat ke fitnah orang sesuka hati? Tahu tak dosa fitnah tu berat.. ia lebih besar dosanya daripada membunuh.."

"Abang tahu semua tu, tapi apa yang abang cakapkan ni benar kerana Allah. Abang tak tipu! Abang tak main-main Arissya. Tolonglah percayakan abang. Abang dah penatlah sayang. Penat nak ulangi benda yang sama, penat nak yakinkan Arissya yang semuanya benar. Penat! Sangat penat sayang," balas Tengku Harith Zaqwan perlahan bersama mata yang sudah berkaca.

"Kalau penat berhenti daripada terus ganggu saya!" Jerit Tengku Arissya sakit hati.

"Nak abang buat macam tu ke Arissya? Kalau sekali abang buat macam tu.. abang takkan pernah pedulikan Arissya lagi.." balas Tengku Harith Zaqwan serius.

"Ya, nak awak jangan kacau saya lagi. Saya nak hidup dengan tenang. Sejak awak ke sini, saya tak dapat ketenangan tu. So, please pergilah Harith. Pergilah sejauh mungkin. Kalau boleh jangan tunjuk lagi muka awak depan saya. Sebab saya memang.. memang dah buang awak dari dalam hati saya. Carilah kebahagiaan awak sendiri, sama macam saya, sudah menemui kebahagiaan saya hari ini bersama dengan lelaki yang saya cintai.."

Luahan hati Tengku Arissya tanpa sedar telah meluluhkan jiwa Tengku Harith Zaqwan. Ada air mata sudah menitis dari pipi lelaki itu. Dia rasa sebak dan sangat sakit disakiti dengan kenyataan ungkapan itu.. tapi benarkah begitu? Sukar sungguh hati menerima kenyataan pedih itu.. tapi jika itu sebuah kebenaran dari dalam hati Tengku Arissya, baiklah.. mungkin hari itu adalah hari terakhir dia berharap pada Tengku Arissya. Sesudah ini.. dia akan pergi sejauh mungkin sehingga dia tidak akan memperlihatkan wajahnya lagi di hadapan Tengku Arissya.

"Baiklah, kalau itu yang Arissya mahukan abang turuti. Mulai hari ini, abang takkan ganggu lagi hidup Arissya. Buatlah apapun yang Arissya suka, berkasih sayanglah dan cintailah sesiapapun yang Arissya mahukan, abang takkan peduli lagi! Terima kasih sayang untuk segalanya.."

Mata Tengku Arissya berkaca, namun Tengku Harith Zaqwan tidak melihatnya kerana gadis itu membelakanginya.

"Satu yang Arissya perlu tahu, abang sayangkan Arissya sepenuh hati. Sebab Arissya satu-satunya perempuan yang ikhlas mencintai abang suatu ketika dahulu. Terima kasih pernah buat abang bahagia, sayang.." sambungnya. Tengku Harith Zaqwan pun berlalu pergi dari situ bersama hati yang kecewa.

Tengku Arissya berpaling, kali ini air matanya sudah mengalir dari pipinya. Ada sebak bertapak kemas dijiwanya. Namun dia biarkan saja begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience