Rate

BAB 250

Romance Series 197165

Tengku Arissya menapak perlahan berjalan menuju ke hospital, dia mahu melawat Tengku Harith Zaqwan. Setiap hari dia akan datang.

Keadaan Tengku Arissya sudah semakin pulih, kecederaan yang dialaminya tidaklah separah Tengku Harith Zaqwan.

"Papa.. kakak mana?" Soal Tengku Elvia apabila tidak kelihatan kelibat kakak kesayangannya.

Buat masa sekarang dia masih tinggal di rumah papanya, suaminya dari awal pagi sudah ke tempat kerjanya.

Belum sempat Datuk Mustaqim menjawab, Puan Ros yang baru saja menapak ke ruangan meja makan itu menjawab.

"Arissya ke hospital melawat Tengku Harith..."

"Laaa.. patut tak ada sini. Akak tu degil betullah umi. Sepatutnya dia kena banyak rehat, walaupun luka di badan dia dah sembuh..." Ucap Tengku Elvia merungut.

Semenjak tinggal dirumah Datuk Mustaqim, Puan Ros dan Dafiya sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Kerana itulah Tengku Elvia memanggil Puan Ros sebagai umi. Dan menganggap Dafiya sebagai adiknya.

"Tak apalah, nak buat macam mana. Elvia kan tahu sendirilah perangai kakak tu macam mana," sampuk Datuk Mustaqim yang sudah masak dengan sikap anaknya.

"Ros kenapa tercegat kat situ? Duduklah sarapan pagi sekali," sambungnya apabila melihat Puan Ros berdiri di hadapan meja makan itu.

"Ha'ah umi, duduklah..."

Puan Ros senyum dan kemudiannya duduk di situ.

"Umi mana Fiya? Tak nampak pun dia pagi ni.. tidur lagi ke?"

Belum sempat Puan Ros menjawab sudah terjengul Dafiya di situ, "Haaa.. Kak Elvia mengata Fiya ya! Mana ada tidur. Fiya ada je kat atas tu rehat dulu..."

Tengku Elvia tersengih, "Akak ingatkan Fiya masih tidur. Okaylah, jom sarapan pagi.."

Dafiya melabuhkan punggungnya di situ, matanya melilau seakan mencari seseorang. Tengku Elvia yang perasan segera bertanya, "Kenapa Fiya? Cari siapa pagi-pagi macam ni?"

"Err.. tak adalah,"

Tengku Elvia tergelak kecil, "Akak tahu ni mesti cari buah hati dialah tu.."

"Mana ada buah hati.."

"Jangan nak tipu akaklah, Fiya dengan Kief dah bercinta kan?"

Kali ini Datuk Mustaqim, Puan Ros juga tersenyum ketika Dafiya diusik Tengku Elvia.

"Eh, tak adalah..."

"Okay, tak apa tak nak mengaku. Biar akak tanyakan Kief sendiri. Kejap nak call," ucap Tengku Elvia acah-acah.

"Eeiii.. akak ni! Yelah, Fiya mengaku yang kami sedang mengenali hati masing-masing..."

Semua yang ada di situ tergelak apabila Dafiya mengakuinya.

"Tengok, Papa Mus dan umi dah gelakkan Fiya.."

"Fiya, Papa Mus tak kisah kalau kamu berdua bercinta, lagipun Kief tu baik orangnya. Papa kenal dia dengan baik. Dia anak buah Tengku Harith yang sangat bertanggungjawab..."

Dafiya hanya mengangguk saja sambil tersenyum.

"Jadi, bila nak langsungkan majlis kahwin kamu berdua?" Sambung Datuk Mustaqim.

"Kami masih saling mengenali hati masing-masing, insya-Allah kalau ada jodoh tak ke mana.."

"Aamiin.. kami semua doakan yang terbaik untuk Fiya dan Kief.." ucap Datuk Mustaqim.

Tengku Arissya duduk di salah sebuah kerusi kecil berhadapan Tengku Harith Zaqwan. Dia berharap kali ini penantiannya tidak sia-sia. Semoga Tengku Harith Zaqwan cepat sedar.

Doktor juga ada memaklumkan padanya supaya terus memberi semangat pada Tengku Harith Zaqwan. Jadi, itulah yang dia lakukan sekarang.

"Good morning, abang!" Sapa Tengku Arissya sambil memandang seraut wajah bekas suaminya itu.

"Abang, hari ni macam biasa Arissya datang sini lagi jumpa abang. Macam mana keadaan abang hari ni? Okay tak? Arissya harap abang baik-baik saja..."

Suasana sepi, begitulah seterusnya. Hanya dia yang bersuara. Namun, Tengku Arissya tidak pernah berputus asa.

"Abang bangunlah, abang dah lama tidur. Arissya teringin nak berbual-bual dengan abang. Arissya nak minta maaf dengan abang, apa yang jadi selama ni semuanya salah Arissya. Abang bangunlah, abangggg...." Ucap Tengku Arissya, dia tiba-tiba rasa sebak. Air matanya mengalir membasahi pipi.

Sebenarnya dalam hatinya ada satu ketakutan. Takut jika penantiannya mengundang derita, sedangkan salahnya masih belum terampun.

Sejak dua menjak ni dia perasan juga yang hatinya sensitif. Mungkin dia banyak berfikir dan risau akan keadaan Tengku Harith Zaqwan.

Tanpa sedar, air matanya jatuh menitis di tangan Tengku Harith Zaqwan. Jari jemari yang kaku itu mula bergerak perlahan. Matanya juga seakan ingin terbuka, Tengku Arissya yang mula perasan terkedu...

"Abang! Abanggg...."

"Ya Allah.. abang!" Ucapnya lagi, air mata Tengku Arissya mengalir kian lebat. Air mata kegembiraan.

Namun kegembiraan itu bertukar kesedihan. Dada milik Tengku Harith Zaqwan berombak, sesak. Sesak nafas.

Tengku Arissya mula panik, dia yang tidak tahu berbuat apa-apa menjerit memanggil doktor.

"Doktor! Doktor, tolongggg!"

Panggilan itu tidak didengari, dia keluar seketika dari bilik itu memanggil doktor. Kebetulan doktor yang merawat bekas suaminya ada di kaunter depan, segera mereka bergegas masuk ke bilik wad itu.

"Abang!"

"Puan maafkan saya, biar kami urusakan. Puan tunggu diluar ya!"

"Tapi nurse..."

"Tolong bagi kerjasama ya puan," tegas nurse meminta Tengku Arissya berada diluar. Akhirnya dia akur.

"Arissya, why?" Soal Darius yang baru sampai di hospital. Rubina Elizaberth juga ada di situ. Kebetulan sungguh, mereka datang untuk melawat Tengku Harith Zaqwan.

"Arissya kenapa you nangis?" Soal Darius lagi.

"Harith, dia.... di..aaa..."

"Kenapa dengan Harith? Cakaplah!" Ucap Darius juga risau.

"Tadi I bercakap dengan Harith, lepas tu I perasan tangan dia mula bergerak. Mata dia seperti mahu terbuka, mula nak sedarkan diri tapi..... tapi bila I panggil nama dia berulang, lepas tu dia sesak nafas. Dadanya berombak. I betul-betul risaukan Harith," ucap Tengku Arissya. Dia memberitahu semuanya perlahan sambil menangis.

Rubina Elizaberth memeluk Tengku Arissya. Dia tahu gadis itu tidak tenang.

"Dear, don't worry. I yakin Harith okay. Calm down, please.." ucap Rubina Elizaberth. Darius hanya terdiam. Wajahnya tegang. Dalam hati dia berdoa semoga sahabatnya kembali sembuh.

Beberapa minit kemudian, sudah hampir setengah jam doktor berada di dalam bilik itu. Berusaha menyelamatkan Tengku Harith Zaqwan.

Di dalam sudah ada dua tiga orang doktor. Tengku Arissya semakin resah, namun dia cuba bertenang dan berdoa.

Kelihatan Darius menelefon Hud Mikail. Memaklumkan tentang perkara itu.

Adrian Smith dan Sharleez pula baru saja sampai setelah dimaklumkan tentang perkara itu.

"Why Darius? Harith masih kat dalam ke?" Soal Adrian Smith cemas.

"Yup, aku risau ni. Dari tadi doktor tak keluar..."

"Relax okay.." ucap Adrian Smith menenangkan Darius.

"Hud dah tahu?"

"Dia dah otw ke sini," balas Darius. Sharleez pula sudah mendekati Tengku Arissya. Memujuk gadis itu supaya bertenang.

Sejam kemudian, kelihatan doktor mula keluar dari bilik itu. Dua daripadanya sudah menapak pergi, tinggal saja doktor yang merawat Tengku Harith Zaqwan.

"Doktor macam mana dengan patient?" Soal Tengku Arissya.

Hud Mikail dan Iris Ariana juga sudah ada di situ. Semua sudah berada di ruangan menunggu, menunggu apa kata doktor tentang perkembangan Tengku Harith Zaqwan.

Doktor nampak penat, dia masih tidak membuka mulut. Debaran kencang di dada masing-masing berdetak hebat. Seribu keresahan bertapak di situ.

"Alhamdulillah, pesakit sudah melepasi tahap kritikal. Patient stabil sepenuhnya. Dan dia sudah menunjukkan perkembangan yang positif, sudah sedarkan diri..."

"Boleh kami jumpa patient?" Soal Darius.

"Sebaiknya tunggu malam ni, biarkan patient berehat dulu.. lagipun dia baru melepasi tahap kritikal," pesan doktor. Semua yang ada di situ mengangguk faham.

"Alhamdulillah, syukur. Harith dah sedar dari koma..." Ucap Tengku Arissya bahagia.

"Yup, I pun happy juga. Tuan I dah sedar..." Sampuk Sharleez. Adrian Smith juga merasa lega. Semua yang ada di situ gembira dengan berita itu.

"Hmm.. Darius aku kena balik dulu, ada kerja nak diuruskan..."

Darius mengangguk faham.

"I balik dulu, Arissya. I pun ada kerja nak buat. So, you akan terus ada kat sini ke?" Soal Sharleez ingin tahu.

"I nak tunggu jumpa Harith malam ni, so I akan stay kat hospital sampai pagi esok..." Balasnya ingin kekal berada di hospital.

"Owh okay..."

Tiba-tiba bunyi telefon kedengaran, Hud Mikail menapak jauh sedikit dari situ. Dia sedang bercakap dengan kliennya. Nampaknya dia juga perlu meninggalkan Tengku Harith Zaqwan seketika.

Adrian Smith dan Sharleez sudah menapak pergi dari situ, kemudiannya Hud Mikail datang menyapa Tengku Arissya.

"Sorry Arissya, nampaknya I juga kena gerak sekarang. Ada urusan dengan klien.."

"It's okay, Harith I jaga. You jangan risau..."

"Alright. Thanks. Malam ni I datang jenguk Harith," balas Hud Mikail. Iris Ariana juga meminta diri untuk berlalu pergi. Dia juga tidak boleh berlama, ada kerja yang perlu diuruskan. Tadi dia berdua dengan tunangnya. Waktu itu kebetulan mereka masih berada di Kopitiam menikmati sarapan pagi.

Tinggal Darius dan Rubina Elizaberth di situ. Mereka sempat menghabiskan masa di hospital itu berbual-bual dengan Tengku Arissya. Banyak yang dibualkan, ia berkait dengan Tengku Harith Zaqwan. Dari situlah banyak perkara juga yang Tengku Arissya ketahui.

Tengku Harith Zaqwan benar-benar mencintainya. Dia merasa kesal di atas setiap semua kejadian buruk yang berlaku. Namun, dia berjanji akan kembali memberi sinar kebahagiaan pada Tengku Harith Zaqwan. Dia akan menebus segala kesalahannya pada lelaki itu, itu janjinya pada dirinya sendiri.

"Kami berdua balik dulu ya. Kalau ada apa-apa you boleh contact I," ucap Rubina Elizaberth.

"Okay, thanks ya.."

"Welcome.."

Tengku Arissya duduk sendirian diruangan menunggu, dia hanya boleh menunggu di luar bilik wad. Suasana hospital yang sunyi, membuatkan dia terlelap seketika di sofa yang agak privasi berada di bahagian belakang.

Dia berharap malam nanti dia akan dapat menemui Tengku Harith Zaqwan. Bercakap dengan lelaki itu. Dia tidak sabar menantikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience