Rate

BAB 120

Romance Series 197165

Hud Mikail menemui Datuk Mustaqim pada pagi itu, dia mahu memaklumkan soal Tengku Harith yang sedang terlantar koma dikatil hospital.

Tugas Hud Mikail yang sebelum ini menemani Tengku Harith Zaqwan, diambil oleh Darius dan Rubina Elizaberth. Pagi tadi, Pak Cik Karim menghantar mereka ke hospital menjaga Tengku Harith Zaqwan. Itu pun atas kehendak pasangan suami isteri itu.

"Masuk!" Ucap Datuk Mustaqim.

Hud Mikail terjengul di depan pintu bilik ofis Datuk Mustaqim, "Datuk..."

"Silakan!"

Hud Mikail menapak ke hadapan, dia duduk di atas sofa atas arahan Datuk Mustaqim.

"Hud Mikail dari syarikat mana?" Soal Datuk Mustaqim. Mungkin dia terlupa siapa Hud Mikail.

"Uncle tak kenal saya?"

"Rasa macam kenal, tapi.. tak ingat kat mana pernah jumpa," balas Datuk Mustaqim.

"Saya adik sepupu Tengku Harith Zaqwan, ingat tak dulu masa Harith kahwin saya ada sekali, waktu tu saya masih ada di Malaysia,"

Datuk Mustaqim cuba mengingatinya, "Owh ya.. baru uncle ingat, Hud Mikail. So, bila balik Malaysia ni?"

"Actually dah agak lama, cuma saya tak munculkan diri, agak sibuk uruskan bisnes Harith masa ketiadaan dia ke Kota Paris," balas Hud Mikail.

"Owh.. patutlah, ni mana Harith? Setahu uncle dia dah balik Malaysia kan?" Soal Datuk Mustaqim.

Hud Mikail berubah riak wajahnya, ia dapat dilihat oleh Datuk Mustaqim.

"Nilah tujuan saya ke sini uncle, nak maklumkan sesuatu perkara penting soal Harith," balas Hud Mikail berat.

"Apa dia?"

"Sebenarnya selepas Harith pulang ke Malaysia, dia jatuh sakit. Dia terkena jangkitan kuman, so sekarang ni dia ada kat hospital dan doktor sahkan dia koma,"

"Ya Allah, betul ke ni?"

"Betul, uncle. Sampai sekarang Harith masih tak sedarkan diri. Keadaan dia tak menunjukkan tanda yang positif," balas Hud Mikail mengundang resah dihati Datuk Mustaqim.

"Macam mana Harith boleh kena jangkitan kuman?"

Hud Mikail telah menceritakan semuanya, tentang Tengku Harith Zaqwan ditikam.. kesan dari tikaman waktu menyelamatkan Tengku Arissya daripada Aakif Aryanz.

"Allahu.. uncle tak sangka semua ni sampai jadi teruk macam ni,"

"Tulah saya pun sama uncle, tapi dengan keadaan Harith macam tu saya sendiri rasa takut," luah Hud Mikail.

"Uncle Tengku Arissya perlu tahu soal ni, saya tak tahu macam mana nak bagitahu dia tapi uncle orang yang paling dekat dengan dia tentu tahu cara untuk menyampaikan berita buruk ni pada dia," sambung Hud Mikail menjelaskan keadaan yang sebenar.

"Ya, Arissya perlu tahu soal ni. Uncle akan bagitahu dia secepat mungkin, tapi bukan dengan cara berterus terang. Uncle perlu atur strategi sebelum sampaikan pada Arissya," balas Datuk Mustaqim.

"Baiklah uncle. Saya harap Arissya akan segera pulang ke Malaysia menemui Harith,"

Hud Mikail berasa lega, dia sudah menyampaikan apa yang perlu dia sampaikan. Selebihnya urusan Datuk Mustaqim pula.

"Yup, uncle. Emir free je, belum lunch lagi ni. Bila nak jumpa?" Soal Tengku Emir Danish.

"Now!"

"Alright, nanti uncle send location ya.."

"Okay!"

Tengah hari itu Datuk Mustaqim menemui bakal menantunya, Tengku Emir Danish. Datuk Mustaqim telah memaklumkan soal Tengku Harith Zaqwan kepadanya. Atas sebab Datuk Mustaqim ingin mengatur strategi supaya Tengku Arissya pulang ke Malaysia tapi dengan cara yang tidak mengejutkannya.

"Haa.. Emir ada idea!" Ucap Tengku Emir Danish.

"Apa dia?"

"Emir bagitahu Elvia uncle sakit, minta dia orang terus balik ke Malaysia. Macam mana?"

"Uncle setuju, tapi kurang setuju!"

"Hah?" Ternganga Tengku Emir Danish mendengarnya, pelik semacam saja jawapannya.

"Macam ni, uncle setuju yang nak bagitahu uncle sakit tu tapi Emir kena bagitahu Elvia hal sebenar yang Harith sakit. Cuma jangan benarkan Elvia bagitahu Arissya yang Harith sakit, suruh dia berlakon cakap uncle yang sakit. Minta Elvia lakonkan drama air mata," balas Datuk Mustaqim boleh tahan ayatnya.

"Owh.. macam tu, faham-faham.."

"Uncle tak nak lama benda ni, malam ni dah boleh bagitahu," tegas Datuk Mustaqim.

"Okay, uncle," balas Tengku Emir Danish sedia membantu.

"Dah Darius, aku dah settle bagitahu Datuk Mustaqim. Dia akan maklumkan pada Arissya secepat mungkin," ucap Hud Mikail sambil menikmati makanan ringan di depan televisyen. Rubina Elizaberth juga turut ada bersama.

Pak Cik Karim dan Mak Cik Timah pula berada di hospital menunggu Tengku Harith Zaqwan pada malam itu.

"Alhamdulillah, aku harap semua dapat settle dengan cepat. Harith tu perlukan Arissya,"

"Insya-Allah.. aku pun harap benda yang sama.."

"What dear? You tak tipu I ke ni?"

"Nope, I cakap betul.."

"You main-main kan ni?" Soal Tengku Elvia sekali lagi tidak percaya.

"Taklah, I serius ni. Abang Harith masuk hospital, dia kena jangkitan kuman dan doktor sahkan dia koma.."

Kali ini Tengku Elvia terkedu, "Ya Allah.. besarnya ujian buat Abang Harith. I tak sangkalah semua ni jadi macam ni.."

"So, macam mana keadaan dia Emir?"

"Entahlah, sampai sekarang masih tak ada petanda positif padanya.."

"I takutlah, kalaulah kakak tahu pasal ni.."

"Sayang.. you tak boleh bagitahu kakak you lagi, benda ni akan mengejutkan dia. Papa you tak izinkan!"

"Hah? Kenapa?"

"Sebab kalau kakak you tahu, dia mesti hilang punca. Nak lagi bila tahu Abang Harith jadi macam tu, so you kena berlakon,"

"Apa you ni! Berlakon apa pula?" Marah Tengku Elvia.

"Sayang syhhh.. janganlah cakap kuat, dibuatnya kakak you dengar habislah perancangan kita,"

"Perancangan apa!"

"Janganlah marah, dear.. dengarlah dulu I nak cakap ni," balasnya.

"Okay, apa dia?"

Tengku Emir Danish telah menjelaskan semuanya pada Tengku Elvia, akhirnya dia faham.

"Okaylah I akan bagitahu kakak malam ni juga, so lebih cepat lagi bagus.."

"Yup, okay sayang.."

"So, I minta diri dululah. I nak bagitahu kakak. Thanks tolong tau.."

"Alright.. most welcome dear.."

Tengku Arissya sedang asyik menulis di atas meja kecil diruang tamu, Tengku Elvia segera memulakan lakonannya.

"Kakak, kita kena balik Malaysia sekarang!"

"Apa lagi ni Elvia, kakak dah bagitahu kan.."

"Papa jatuh sakit!"

"Hah? Biar betul ni?"

"Betullah papa sakit, takkan Elvia nak tipu!"

"Bila?"

"Elvia baru je dapat tahu. Pak Cik Asmawi bagitahu, papa masuk wad.."

"Allahu.."

"Jomlah kakak balik dulu kat Malaysia, takkan bila tahu papa sakit kakak tak nak balik. Tak sayang papa ke?"

"Okay kita balik Malaysia, tapi bagi masa satu hari lagi.. akak nak settle urusan kat sini, lepas tu tolong akak beli tiket penerbangan ke Malaysia ya.."

"Baik, kakak.." balas Tengku Elvia. Akhirnya lakonannya berjaya.

"Kakak nak buat apa tu?"

"Nak call papa, nak tanya keadaan papa macam mana," balas Tengku Arissya.

"Elvia rasa tak payahlah, papa tentu nak rehat tu.."

"Hmm.. okaylah," balas Tengku Arissya akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience