Rate

BAB 100

Romance Series 197165

Pada pagi itu Datuk Mustaqim menghantar anaknya di Lapangan Terbang KLIA, turut ada bersama Tengku Emir Danish. Wajah lelaki itu nampak muram saja.

"Elvia, ingat pesan papa. Kat sana jaga diri baik-baik. Nanti contact Abang Harith maklumkan pada dia bila dah sampai sana," balas Datuk Mustaqim yang baru selesai memeluk anak gadisnya itu.

Tengku Elvia senyum, "Papa don't worry. Elvia kan dah besar, tahulah jaga diri. Semuanya akan okay papa. Elvia janji akan bawa pulang Kak Arissya ke Malaysia.."

Pandangan Tengku Elvia beralih pula pada bakal suaminya itu, "Hei, kenapa ni? Muram aje.."

Datuk Mustaqim mengalihkan pandangannya di sebelah kanan, dia menjarakkan dirinya daripada anaknya untuk memberi ruang untuk Tengku Elvia bercakap dengan bakal suaminya sebelum terbang ke Kota Paris.

"Youlah tak nak bagi I ikut. So, I sedihlah," ucap Tengku Emir Danish.

"You ni manja tau! Takkanlah tu pun you nak sedih. You kan banyak lagi tanggungjawab kat sini. Papa you perlukan you untuk uruskan syarikat.."

"Hmmm.. yelah, tapi you kena janji dengan I sayang. Please, take care youself. Sampai sana terus text I okay?"

"Okay, I janji akan contact you bila dah sampai sana," balas Tengku Elvia.

"Eh, you buat apa kat sini? Jauh termenung.." Sapa Iris Ariana apabila melihat Tengku Harith Zaqwan jauh mengelamun di sebuah bangku berdekatan dengan Menara Eiffel. Mereka kini sudah berkawan.

"You rupanya. Duduklah!" Balas Tengku Harith Zaqwan.

"Saja datang sini tenangkan fikiran yang tengah berserabut.."

"Berserabut? So, you ada masalahlah ni.."

Tengku Harith Zaqwan senyum, dia mengalihkan pandangannya ke hadapan dengan satu pandangan yang kosong.

"Semua orang ada masalah dalam hidup mereka, Ariana. Tapi antara besar atau kecil masalah tu, mahu atau tidak kita kena laluinya juga. Orang kata kalau masalah ni kita anggap sebagai ujian ia akan terasa nikmat. So, I sedang belajar menganggap masalah I ni satu ujian. I sedang menikmati ujian ini dengan hati yang tabah," balas Tengku Harith Zaqwan.

Iris Ariana seperti dapat meneka masalah yang dihadapi oleh Tengku Harith Zaqwan.

"You tentu ada masalah dengan bekas isteri you, kan?"

"Entahlah, susah I nak cakap dan luahkan.."

"Kalau you nak ceritakan masalah you tu pada I, I sudi dengar.. lagipun I seorang lawyer. Mungkin I boleh tolong you mana yang perlu," balas Iris Ariana yang sentiasa bersikap terbuka. Dia memang ramah dengan sesiapa saja. Tengku Harith Zaqwan pula sekarang sudah banyak berubah, dia lebih matang dalam hidup.

"I tahu you seorang lawyer, tapi ini masalah hati. Tak mungkin you dapat bantu I.."

"Tapi setidaknya dengan meluah seseorang itu akan merasa lega.."

"You know, I sangat mencintai Tengku Arissya. I sanggup buat apa saja demi dia.."

"Tapi jika cinta mengapa you lepaskan dia?" Soal Iris Ariana.

"I mahu terus menggengam dia, tapi I takut dia menderita. Masa tu I kena tangkap khalwat dengan bekas kekasih I, Tengku Qistina. Semuanya berpunca dari Tengku Qistina. Dia yang perangkap I. Sejak tu Arissya tak dapat terima I dalam hidup dia. Dia anggap I ni lelaki yang jijik, hina pada pandangan mata dia.. ibarat seorang wanita yang telah dinodai, begitu juga anggapan dia pada I.." cerita Tengku Harith Zaqwan buat Iris Ariana terkedu.

"Kejap, you cakap Tengku Qistina yang perangkap you? Nama penuh dia Tengku Qistina Binti Datuk Kasyaf ke?"

"Yup, why? You kenal dia Ariana?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Of course, dia sepupu I.."

"What? Sepupu you? Allahu.. I tak sangka yang you dengan dia sepupu.."

"Sebab dialah hubungan rumahtangga I dengan Arissya retak. Masa tu I keluar dengan dia. Berkawan dengan dia sebab fikir dia dah berubah.. tapi I tak sangka dia hancurkan semuanya.." luah Tengku Harith Zaqwan kesal dengan sikap Tengku Qistina.

"I kenal Tengku Qistina. Dia kalau nakkan sesuatu, dia akan dapatkan juga.. tapi kalau dia tak berjaya dapatkan apa yang dia nak, dia sanggup hancurkan hidup orang lain.."

"Perempuan tu memang gila! Sebab dia jugalah I terpaksa susah payah kejar Arissya semula kat sini.. sebab I nak kami bersatu semula. Tapi..."

"Tapi apa Harith?"

"Tapi semuanya musnah disebabkan kehadiran orang ketiga antara kami berdua. Tengku Arissya ada kenal dengan seorang lelaki kat Kota Paris ni, lelaki tulah yang selalu temankan dia kat sini. So, dia ingatkan lelaki tu baik.."

"Apa maksud you?"

"Aakif Aryanz lelaki yang I maksudkan tu jahat. Dia kaki perempuan. Dia suka dekat dengan perempuan sebab nakkan kemewahan. Dia sanggup lakukan apa saja demi wang.."

"What? Macam mana you boleh kata dia tu jahat, sedangkan you tak kenal dia?" Soal Iris Ariana. Tengku Harith Zaqwan menceritakan semuanya.

"Ya Allah.. besar sungguh ujian you Harith. I harap you banyakkan bersabar. I yakin suatu hari nanti Tengku Arissya akan sedar dan menghargai pengorbanan you ni," balas Iris Ariana. Dalam diam dia kagum pada Tengku Harith Zaqwan. Sanggup datang jauh ke sini demi mengejar cintanya semula. Jarang ada dalam dunia ini seorang lelaki yang sekuat Tengku Harith Zaqwan, masih bertahan demi cintanya.

"I tak kisah soal penghargaan, sebab kalau I mengharapkan penghargaan daripada manusia I boleh jadi gila. I akui I mencintai Tengku Arissya. I sayangkan dia.. tapi sekarang semuanya berubah, I lakukan semua ni demi menyelamatkan dia daripada lelaki yang tak bermaruah tu.."

"So, you tak kisahlah kalau Arissya tak balik semula ke pangkuan you?"

"Ya, I dah tak kisah semua tu. Keselamatan Arissya, maruah dia jauh lebih penting daripada keinginan hati I ni.."

"You nampak macam dah berputus asa Harith," balas Iris Ariana. Dia dapat lihat kesedihan daripada mata lelaki itu.

"Kalau I berputus asa, I dah lama balik ke Malaysia dan takkan teruskan perjuangan ini.. tapi hari ini I masih bertahan kerana Arissya. I fikir kalau I putus asa, I takut akan menyesal kerana pentingkan diri sendiri.. lagipun dua orang lelaki tu sedang merancang untuk menyakiti Arissya. I tak nak benda buruk terjadi pada Arissya. So, I akan terus jaga Arissya di sini.."

"Walaupun dia tak tahu selama ni you jaga dia?"

"Ya, I akan terus jaga dia. Hari ini insya-Allah Tengku Elvia akan sampai ke Kota Paris.."

"Siapa Tengku Elvia?"

"Adik kepada Tengku Arissya. Kalau dia dah ada sini, tak adalah I risau sangat sebab dah ada yang temankan Arissya.."

"Owh.. jadi Tengku Elvia tahu soal apa yang terjadi kat sini?"

"Dia tahu everything. Dia juga yang minta I jagakan kakak dia," balas Tengku Harith Zaqwan. Iris Ariana menganggukkan kepalanya perlahan. Barulah dia tahu apa sebenarnya yang lelaki di sebelahnya lalui selama ini.

"I doakan semoga you terus kuat Harith. I yakin cinta you dengan Tengku Arissya akan kembali bersatu.."

"Insya-Allah. Thank you Ariana.."

Beberapa jam kemudian..

"Surprise!!!" Jerit Tengku Elvia apabila sudah berdiri di hadapan muka pintu rumah sewa kakaknya di Kota Paris. Tengku Arissya terkedu, membulat matanya.

"Elvia! Buat apa kat sini? Ya Allah.. bila adik akak sampai ni?"

"Terkejut kan?"

"Yup, sebab tertiba saja. Everything okay kan? Papa mana?" Soal Tengku Arissya.

"Everything okay, hmm.. papa tak ikut. Akak tak nak ajak Elvia masuk ke?"

"Jom masuk!" Ucap Tengku Arissya. Tengku Elvia segera masuk ke rumah sewa milik kakaknya.

Tengku Harith Zaqwan senyum. Dia ada saja di situ, lagipun dia ke situ untuk menghantar Tengku Elvia.. tapi dia sengaja menyembunyikan dirinya. Dia tidak mahu menonjolkan dirinya di situ kerana dia sudah penat bergaduh dengan Tengku Arissya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience