Rate

BAB 245

Romance Series 197233

Tengku Qistina dan Sichai sudah menanti kedatangan Hud Mikail, dia mahu menyerahkan baki duit yang masih ada.

Tempat yang mereka ingin temui itu tidak jauh dari situ, dari tempat persembunyiannya.

"Mana baki duitnya?" Soal Tengku Qistina. Hud Mikail pada ketika itu sudah mengenggam satu briefcase kemas. Dia masih tidak mahu menyerahkan baki wang itu.

"Mana Harith?"

"Harith masih dalam tahanan aku,"

"Aku nak jumpa dia!" Tegas Hud Mikail tajam merenung Tengku Qistina yang memakai serba hitam.

"Tak boleh!"

"Kenapa tak boleh? Aku cuma nak pastikan keadaan Harith selamat. Aku nak jumpa dia kau faham tak!"

"Hisyh kau ni!!!" Marah Tengku Qistina. Dia masuk ke dalam kereta milik Sichai, lalu meminta izin daripadanya.

"Apahal pulak ni?" Soal Sichai bengang.

"Dia nak jumpa Harith, nak tengok keadaan Harith. So, aku tak boleh buat apa.."

"Taktik dia je tu, dia nak tahu tempat persembunyian kita.."

"Aku tak rasa macam tu pun," balas Tengku Qistina.

"Faq kau check dia. Kalau dia tak bagi masalah kita bawa masuk kereta, bawa dia ke tempat persembunyian kita..."

"Okay, bos!" Balas Faqrul yang sudah menapak turun menghampiri Hud Mikail. Dia memakai topeng seperti penjenayah.

"Kau nak check apa ni! Aku tak bawa apa-apa senjatalah," marah Hud Mikail apabila Faqrul memeriksa tubuhnya.

"Diamlah, ikut aku kalau nak jumpa Harith," ucap Faqrul yang sudah menarik tubuh Hud Mikail supaya masuk ke dalam kereta mereka.

Sampai saja di tempat persembunyian mereka, Hud Mikail dibawa masuk ke dalam tapi matanya di tutup dengan kain hitam...

"Buka!" Arah Tengku Qistina. Faqrul membuka ikatan kain hitam itu.

Hud Mikail terkedu, dia melihat Tengku Harith Zaqwan sangat lemah, bajunya dipenuhi dengan darah merah.

"Harith, hei.. Harith!" Ucap Hud Mikail yang sudah melulu ke arah Tengku Harith Zaqwan. Menampar pipi itu supaya bangun.

"Hud, kau datang sini kenapa? Bahaya untuk kau.." ucap Tengku Harith Zaqwan lemah gemalai. Matanya sayu.

"Woii! Kau memang binatang Qistina!" Jerit Hud Mikail marah. Dia sedih melihat keadaan Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Qistina hanya tersengih sinis.

Hud Mikail mengalihkan pandangannya pada Tengku Arissya. Keadaannya juga tidak baik, ada darah merah di bibirnya terpalit.

Hud Mikail hilang sabar, dia berlari ke arah Tengku Qistina mahu memukul perempuan jahat itu tapi kepalanya pantas dipukul dengan kayu oleh Faqrul kuat dari arah belakang. Hud Mikail terjelepuk jatuh ke lantai, pengsan. Ada darah yang mengalir di bahagian belakang kepalanya.

Tengku Harith Zaqwan marah, "Binatang! Kenapa kau pukul Hud, arghhh..."

Tengku Harith Zaqwan mengamuk, dia berusaha sekuat tenaganya memberontak, dia mahu dilepaskan... Dia tak sanggup lagi melihat orang-orang yang dia sayangi dizalimi, disakiti.

"Abang jangan!"

"Abang please... Darah abang dah banyak keluar, tolonglah sabar abang..." pujuk Tengku Arissya yang sudah lecun dengan air mata...

"Hei, kau diam!" Tengking Sichai, dia mendekati Tengku Harith Zaqwan. Lalu mencengkam kuat leher itu. Tengku Harith Zaqwan memberontak, dia meludah atas muka Sichai banyak kali.

Sichai bengang. Perut itu ditumbuk berkali-kali. Nafas Tengku Harith Zaqwan sudah mula perlahan. Sakitnya bukan kepalang.

"Sichai cukup! Kau dah gila ke hah?" Marah Tengku Qistina.

"Kief mara ke depan!" Arah Adrian Smith sudah bersedia untuk beraksi. Mereka sudah mengetahui tempat persembunyian Tengku Qistina atas pertolongan Tengku Delisha.

Sharkief sudah mara ke hadapan perlahan, memegang kemas pistolnya. Sharleez juga ikut serta walaupun dihalang oleh Adrian Smith, dia tetap mahu menyelamatkan tuannya.

"Goo!!!" Arah Adrian Smith, mereka susah ke hadapan. Leo yang berada diluar tempat itu sudah ditumpaskan. John juga sama. Tinggal lagi Sichai, Faqrul dan Tengku Qistina.

Darius sudah menghubungi pihak polis memaklumkan perkara itu, segala bukti juga baru saja dia serahkan.

Semasa Adrian Smith sudah menyelinap masuk, Faqrul terdengar bunyi besi jatuh. Segera dia ke sana memeriksa.

"Aargghhh..." Kedengaran bunyi raungan Faqrul ditembak. Sichai segera mengeluarkan pistolnya, Tengku Qistina juga sama. Mereka yakin ada yang mencerobohi tempat mereka.

Sebelum Adrian Smith ke situ, Sichai sudah membalas beberapa das tembakan ke arahnya. Dia begitu agresif. Sharleez menyelinap masuk di sebelah kanan, dia dapat lihat Tengku Arissya berada di situ...

Dia akan menyelamatkan Tengku Arissya, sementara Sichai peka dibahagian sebelah kiri. Saling berbalas tembakan dengan Adrian Smith.

Sharleez mara perlahan, dia sudah mendekati Tengku Arissya. Rantai itu dibuang, Tengku Arissya sudah berada dalam genggamannya. Lemah. Sangat lemah keadaannya.. sehingga dia tidak mampu bercakap.

Belum sempat dia mahu melarikan diri, pistol sudah terpacak dekat kepala Sharleez.

"Leez!" Ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan walaupun dalam keadaan tenat.

Sharkief yang menyedarinya terkedu, namun dia tidak mudah melatah. Dia mengambil peluang itu untuk menembak ikatan besi di pergelangan tangan Tengku Harith Zaqwan.

Apabila Tengku Qistina terkejut, Sharleez bertindak pantas menolak tubuh Tengku Qistina. Tengku Qistina terjelepuk jatuh, pistolnya terlepas dari genggamannya. Sharleez pantas berlari dan menjatuhkan tubuhnya, dia menolak pistol itu dengan kakinya sebelum Tengku Qistina berjaya mencapai pistol itu.

Tengku Qistina bengang, dia bangun untuk memijak tubuh Sharleez.. namun gagal. Sharleez bangkit, mereka berdua berlawan. Satu sama satu. Tengku Qistina memulakan serangan pertamanya, boleh tahan hebat dia berlawan. Mungkin dia belajar seni mempertahankan diri.

Manakala Tengku Harith Zaqwan pula merangkak perlahan, dia mahu ke arah Tengku Arissya. Membantu Tengku Arissya yang sudah terkulai di lantai yang berdebu itu.

"Harith selamatkan Tengku Arissya!" Jerit Sharleez yang masih berlawan dengan Tengku Qistina. Tengku Qistina bengang, dia berlawan lebih agresif. Kerana tujuannya dia mahu membunuh Tengku Arissya.

"Tak guna kau!"

"Sichai tembak Arissya!" Arah Tengku Qistina.

Tengku Harith Zaqwan terkedu, dia memandang Sichai. Sichai menghalakan picu pistolnya pada Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan berusaha bangun, kakinya sakit tapi dia tetap berusaha untuk melindungi Tengku Arissya. Menggigil tubuhnya. Sichai sudah menekan picu pistolnya perlahan, debaran main terasa. Sharleez tidak mampu menolong, Tengku Qistina hebat juga dalam bertarung. Dia juga masih tidak sihat sepenuhnya, apalagi ketika kakinya disepak kuat oleh Tengku Qistina. Hakikatnya dia masih lemah.

Namun dia sempat menjerit kuat, "Adrian!!!!!"

Adrian Smith mara ke depan, dia melepaskan tembakan ke arah Sichai. Sichai tergolek-golek untuk mengelak peluru itu. Kali ini Sharkief juga mara. Dia juga melepaskan tembakan ke arah Sichai. Sichai bengang, dia mengamuk.

Tembakan yang seterusnya hampir saja mengenai Sharkief, Sharkief diam seketika. Bersembunyi. Adrian Smith masih melepaskan tembakan, namun selepas itu dia juga diam seketika. Pelurunya sudah habis digunakan.

Tengku Harith Zaqwan hampir sampai ke arah Tengku Arissya. Sampai saja di situ, dia sedaya upaya bangun. Dia memapah Tengku Arissya untuk mencari tempat sembunyi, namun tanpa sedar. Sichai sudah mara, dia mengacukan pistol ke arah Tengku Harith Zaqwan. Hanya Tengku Arissya yang perasan walaupun dalam keadaan dia masih lemah.

Tengku Arissya yang hanya diam itu sudah redha. Dengan sekuat tenaganya, dia menukar arah kedudukan. Tubuh sasa milik Tengku Harith Zaqwan dipeluknya secara tiba-tiba demi melindungi bekas suaminya itu. Tengku Harith Zaqwan hanya diam membisu, dia tidak menyedari sesuatu. Dia fikir Tengku Arissya ketakutan, maka dia biarkan saja tubuhnya dipeluk.

Satu peluru menembusi belakang Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan terkedu, dia diam membisu. Dia merenggangkan pelukan itu. Tengku Arissya memandangnya dengan pandangan yang sangat menyeksakan.

"Ab...ang... arghh..." Ucapnya perlahan sebelum rebah di dalam pelukan Tengku Harith Zaqwan semula.

"Arissya!!!!" Jerit Tengku Harith Zaqwan. Dia memeluk Tengku Arissya erat. Kali ini jelas matanya melihat Sichai sekali lagi ingin melepaskan tembakan ke arahnya. Dia buntu.

Jika ditakdirkan dia harus mati, dia mahu mati bersama Tengku Arissya. Mungkin sudah ketentuan-Nya begitu.

"Harith lari! Harith!!!" Jerit Sharleez kuat. Ketika dia mahu melindungi Tengku Harith Zaqwan, Tengku Qistina menghalang, sakit bukan kepalang apabila dadanya kuat ditendang oleh Tengku Qistina. Sharleez muntah darah. Dia terbatuk-batuk.

Sichai menekan picu pistol itu untuk melepaskan pelurunya. Sichai sudah melepaskan tiga das tembakan.

Tengku Delisha terjelepuk jatuh, darah penuh keluar. Tengku Harith Zaqwan terkedu.

"Kief mara!" Jerit Sharleez..

"Adrian tolongggg!" Jeritnya lagi sekuat hati. Bergema satu tempat itu.

"Tembakkkkkkk!!!! Aku kata tembak! Tembak!" Jeritnya kuat.

Adrian Smith bengang, dia bingkas bangun selepas selesai memasukkan pelurunya dalam pistolnya. Dia mara ke arah Sichai, dia melepaskan tembakan bertalu-talu. Sichai cemas. Peluh jantannya sudah mengalir laju membasahi dahinya.

Sharkief mara juga, kini Sichai tidak mampu berbuat apa-apa. Adrian Smith terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan akhirnya sasarannya mengena. Sichai mati ditembak Adrian Smith.

Kedengaran bunyi siren polis, nampaknya pihak polis sudah datang ke tempat itu untuk membuat serbuan.

Tengku Qistina menangis. Dia sama sekali tidak menyangka adiknya akan melindungi Tengku Harith Zaqwan sehingga mengorbankan nyawanya. Akhirnya Tengku Delisha yang terbunuh. Dia sakit hati. Tanpa berlengah dia mencapai pistol yang tadinya ada berdekatannya, lalu menggengam pistol itu, bersedia untuk menembak.

"Qistina jangan!" Ucap Adrian Smith cemas yang sudah ke situ.

Sharkief juga terkedu. Jantungnya kencang berdebar. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, dia bersumpah akan membunuh Tengku Qistina.

"Jangan halang aku! Semua orang patut mati hari ni!" Jerit Tengku Qistina yang sudah hilang waras.

"Tolongggg... tolong jangan tembak. Aku merayu!" Ucap Adrian Smith yang sudah mendekati Sharleez.

"Arrghh aku tak peduli!"

"Kau jangan dekat dia!" Marah Tengku Qistina.

Namun jelas, pada saat itu kewarasan Tengku Qistina telah hilang. Sebelum dia menekan picu pistol itu sepantas kilat Adrian Smith menarik lengan Sharlezz kuat lalu melindunginya. Terkena serpihan peluru di bahagian otot-otot milik Adrian Smith.

"Tak guna!"

Semasa Tengku Qistina mahu melepaskan tembakan seterusnya, dia akhirnya tumpas apabila pihak polis melepaskan tembakan ke arahnya beberapa kali.

Tengku Qistina terjelepuk jatuh ke lantai dengan matanya yang tidak tertutup. Barangkali kerana dosanya. Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya seketika, jiwanya sebak. Dia terasa sangat sedih menyaksikan semua itu di depan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience