Rate

BAB 32

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan sudah bersiap-siap. Bukan main segak dia pada petang itu. Handsome! Hatinya meronta ingin menemui kekasih hatinya. Sebelum menemui kesayangannya dia perlu ke kedai bunga mendapatkan tiga kuntum mawar merah. Dia berharap Tengku Arissya masih ada di tempat mengajarnya, jadi dapatlah dia menemui kesayangannya.

Hampir setengah jam Tengku Harith Zaqwan sampai di tempat Tengku Arissya mengajar. Di tangannya kemas tergenggam tiga kuntum mawar merah. Di ciumnya mawar itu, wangi semerbak dan senyum pun terukir di bibirnya. Baru saja dia mahu melangkah mendekati Tengku Arissya kakinya terhenti, dia mundur ke belakang beberapa langkah lalu bersembunyi di sebatang tiang besar berdekatan situ.

Matanya tajam memerhati, dia melihat seorang lelaki menyapa Tengku Arissya. Kelihatan begitu mesra sekali.

"Jomlah pergi. Aryanz tak sabar nak bawa Arissya jalan-jalan kat tempat tu. Mesti Arissya suka.."

"Wah.. tak sabar ni nak pergi. Dekat je kan dari sini?"

"Ha'ah.. dekat aje. Jom!" Ajak Aakif Aryanz.

Tengku Harith Zaqwan masih memerhati dari kejauhan. Terasa seperti kedengaran hatinya mula terkoyak. Sungguh pedih! Matanya mula berkaca. Senyuman di wajahnya hilang diganti dengan kelukaan. Bunga mawar ditangannya terhempas jatuh ke lantai, seakan lemah tangannya memegang kuntuman mawar merah itu. Dia tidak lagi mempedulikan mawar merah itu. Dia mahu pergi dari situ segera.. tetapi langkahnya terhenti, dia berpusing semula ke belakang. Dia nekad ingin tahu ke mana bekas isterinya pergi bersama lelaki itu.

Sambil mengikuti gerak langkah Tengku Arissya bersama lelaki itu, hatinya berdesis.

'Siapa lelaki tu? Kenalan Tengku Arissya ke? Atau lelaki itu pengganti aku? Ya Allah.. kuatkanlah hati ini. Semoga hati ini lebih tabah dan sabar. Aameen..'

Rupanya Tengku Arissya dan lelaki itu mahu menuju ke Menara Effiel Tower, tapi kali ini sepertinya mahu naik ke tingkat atas. Hati itu semakin terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience