Rate

BAB 185

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan mengunci pintu bilik itu. Ikatan tangan Datuk Mustaqim segera dilepaskan, kemudian dia membuka pula balutan kain yang menutupi mata bekas bapa mentuanya.

Datuk Mustaqim terkedu, "Harith?"

"Papa..."

"Kenapa sanggup buat papa macam ni? Untuk tujuan apa?" Soal Datuk Mustaqim sudah salah faham, siap berdiri.

"Papa bawa bertenang. Papa duduk dulu ya," pinta Tengku Harith Zaqwan.

"Pleaseee papa," sambungnya. Kali ini Datuk Mustaqim menuruti kemahuan bekas menantunya itu.

"Harith tak ada niat nak culik papa, tapi terpaksa buat semua ni. Harith cuma nak bercakap dengan papa, tu aje.."

"Kalau nak bercakap sekalipun kenapa mesti culik papa?" Balas Datuk Mustaqim tidak boleh menerima alasan Tengku Harith Zaqwan.

"Harith tahu papa marah. Tapi tolonglah bagi Harith peluang untuk jelaskan semuanya. Tujuan Harith buat semua ni bersebab,"

Datuk Mustaqim menarik nafas panjang, dia cuba bertenang. Mengawal rasa amarahnya.

"Sebab apa?"

"Papa tentu kenal Faqrul kan?"

"Kenal, kawan baik kepada Arissya. Kenapa?"

"Papa kenal rapat dengan dia?"

"Tidak juga, papa jarang berhubung dengan dia. Tapi Arissya mungkin kenal rapat. Harith kenal Faqrul?"

"Lebih dari Arissya dan papa mengenali siapa dia," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Maksud Harith?"

"Faqrul bukan lelaki yang baik. Dia jahat," ucap Tengku Harith Zaqwan berterus-terang.

"Jahat? Kenapa Harith tuduh Faqrul jahat?" Soal Datuk Mustaqim.

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke arah tingkap yang ada dalam bilik itu, dia sudah bingkas bangun. Tiba-tiba hatinya terluka apabila mengingati semula kezaliman yang Faqrul lakukan kepadanya.

"Faqrul dalang disebalik Harith dan Arissya bercerai papa,"

Berkerut dahi Datuk Mustaqim. Dia semakin tidak mengerti.

"Faqrul yang rancang dengan seseorang untuk menghancurkan hubungan Harith dengan Arissya selama ni. Mereka berdua sengaja nak kami berpisah. Sebenarnya sebelum Harith nak balik ke rumah lepas kena tangkap basah dengan Tengku Qistina, ada yang datang culik Harith. Harith dibawa ke suatu tempat yang gelap. Mereka seksa Harith, papa.. buat hidup Harith menderita," ucap Tengku Harith Zaqwan perlahan. Matanya sudah berkaca.

"Seksa macam mana? Bukan Harith ke yang memang nak bercerai dengan anak papa?"

"Harith diikat pada sebuah kerusi. Dipukul, ditampar, ditendang dan dipijak berulangkali sampai Harith rasa nak mati. Tapi Harith tak kisah semua tu, cuma yang paling menyakitkan paa.. Harith dipaksa menceraikan Tengku Arissya melalui whatsapp audio. Mereka memaksa,"

Kali ini Tengku Harith Zaqwan menyeka air matanya. Datuk Mustaqim benar-benar terkejut mendengarkan semua itu.

"Ya Allah.. tapi kenapa Harith tetap memilih menceraikan anak papa? Siap menghinanya lagi, melalui whatsapp tu.."

"Mereka ugut ingin mengapa-apakan Arissya papa. Mereka nak buat bukan-bukan kat Arissya. Dalam keadaan Harith diikat dan lemah macam tu, Harith takkan mampu selamatkan anak papa tu. Jadi, Harith terpaksa turutkan kemahuan mereka,"

"Whatsapp tu memang Harith yang type tapi setiap kata-kata keji tu mereka yang paksa Harith tulis. Kalau diaorang yang tulis whatsapp tu tentu Arissya dapat bezakan," sambungnya pedih kekal tabah bercerita. Ada air mata yang mengalir kali ini.

"Ya Allah... papa tak pernah tahu semua tu terjadi, jadi selama ini Harith ceraikan Arissya tanpa kerelaan?"

Tengku Harith Zaqwan diam seketika sebelum dia kembali bersuara perlahan, "Harith tak pernah rela melepaskan Arissya. Tapi Arissya tak pernah tahu semua yang terjadi, sebab tu selama ni Arissya anggap yang Harith tak sayangkan dia,"

Datuk Mustaqim tertunduk. Dia juga tidak kuat mendengar kenyataan pahit itu. Beratnya semua yang dilalui oleh bekas menantunya.

"Harith sayangkan Arissya. Dulu Harith ke Paris untuk menagih kembali kasih Arissya, berharap kami berdua akan bersatu. Harith tahu Harith tak bersalah, tapi sebagai pesalah dimata Tengku Arissya, Harith rela dihukum dengan rasa marah dan benci tu..."

"Harith rela kehilangan semuanya papa tapi Harith tak rela kehilangan Arissya, namun apakan daya hati anak papa terlalu keras, sekeras kerikil. Sukar untuk dipujuk rayu," sambungnya penuh terkilan.

"Kalau Harith ceritakan perkara sebenar tentu Arissya akan faham,"

"Harith tak boleh bahayakan nyawa Arissya. Kalau dia tahu pasal ni Harith yakin yang dia tidak akan berdiam diri. Faqrul boleh buat apa saja demi mendapatkan Arissya,"

"Tapi kalau Harith tidak bercerita bagaimana Arissya akan berbaik semula dengan Harith?"

"Kalau dulu memang ya Harith ke Paris untuk kembali menagih kasih Arissya tapi sekarang Harith sedar sesuatu. Mungkin Harith tak layak untuk dia papa. Semua yang Harith sedang lakukan sekarang hanya sekadar untuk menyelamatkan nyawa Arissya, tidak lebih dari tu. Harith sudah berhenti berharap. Bila semuanya sudah selesai Harith akan pergi jauh tinggalkan Arissya," luah hati Tengku Harith Zaqwan.

Datuk Mustaqim nampak begitu terkilan dengan jawapan daripada bekas menantunya.

"Tapi papa sangat berharap Harith dan Arissya kembali bersatu,"

"Berhentilah berharap papa, semua tu takkan terjadi lagi. Apa yang penting sekarang ni, Harith nak tamatkan semua ni. Papa ada sesuatu yang perlu papa tahu kenapa Harith culik papa,"

"Apa dia?"

"Harith takut kalau kita bercakap diluar bimbang sekiranya Faqrul atau konco-konconya mengetahui pasal Harith. Jadi, dengan cara menculik papa saja Harith mampu dapat bercerita tentang perkara ini. Rasanya Faqrul masih tak tahu yang Harith tak pernah lupa ingatan,"

"Kalau Faqrul tahu kenapa?"

"Mungkin Harith akan dibunuh,"

"Tapi Harith yakin ke yang Arissya takkan bercerita tentang perkara ini pada Faqrul?" Soal Datuk Mustaqim.

"Harith yakin tidak, tapi sekiranya itu terjadi pun Harith sudah bersedia menentangnya,"

"Seorang diri?"

"Tidak papa, Harith ada anak buah yang akan membantu Harith untuk menamatkan permainan ni,"

"Siapa mereka?"

"Biarlah menjadi rahsia buat sementara waktu. Suatu hari papa akan tahu siapa mereka," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Apa yang Harith nak papa lakukan? Papa boleh bantu," soal Datuk Mustaqim ingin membantu bekas menantunya itu.

"Biarlah Harith uruskan semua ni. Cuma satu yang merisaukan Harith,"

"Sebenarnya Harith dapat tahu yang Faqrul akan jumpa dengan papa, dia akan melamar Arissya," sambungnya membuatkan Datuk Mustaqim terkedu.

"Jangan haraplah aku serahkan anak aku pada jantan macam tu!" Marah Datuk Mustaqim geram.

"Kalau papa tak setuju dengan lamaran tu, jangan terus menolak. Tapi kita kena cuba permainkan dia, buat sesuatu.."

"Maksud Harith?"

"Papa kena bagitahu Faqrul yang papa perlu buat keputusan dulu, atau papa bagi masa untuk fikirkan soal tu. Sementara Harith teruskan perancangan baru untuk memerangkap mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Boleh papa?" Pinta Tengku Harith Zaqwan.

"Boleh Harith,"

"Papa jangan nampak yang papa bencikan dia, papa kena bersikap biasa dengan Faqrul," pesan bekas menantunya.

"Baiklah, papa akan ikut nasihat Harith. Ada apa-apa lagi?"

"Itu saja papa,"

"Kalau macam tu papa kena balik segera ke ofis, kalau tak mesti Arissya dan Elvia cari papa. Susah nanti nak menjawabnya bila disoal siasat macam polis," balas Datuk Mustaqim membuatkan Tengku Harith Zaqwan tergelak kecil.

"Okaylah papa, kejap Harith cari grab. Harith minta maaf, Harith tak boleh hantar papa. Kalau tak ada yang akan tahu pertemuan kita ni,"

"Tak apa papa faham Harith," balas Datuk Mustaqim.

Tengku Harith Zaqwan rasa lega semuanya sudah dia jelaskan pada Datuk Mustaqim. Kalau ada apa-apa yang terjadi padanya, setidaknya ada yang sudah tahu mengenai perkara ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience