Rate

BAB 195

Romance Series 197165

Tengku Arissya senyum melihat keindahan pemandangan sawah padi itu. Ya! Dia baru saja sampai di Sekinchan, trip santai-santai memang sesuai ke situ. Tengku Arissya memilih untuk menginap di PADI BOX @ Sekinchan, disebabkan view sawah bendang, bilik sempoi, dan kurang aktiviti.. hanya duduk dekat bilik, memang itulah pilihan Tengku Arissya. Decoration dalam bilik pun sangat cantik walaupun hanya kabin.

Hari ini dia baru saja sampai, jadi dia memilih untuk menikmati saja pemandangan bendang. Esok dia bercadang mahu melakukan aktiviti. Tengoklah aktiviti apa yang dapat dia lakukan nanti, yang sesuai dengannya.

"Kak Kiah sinilah, tak payahlah mengemas lagi," Ajak Tengku Arissya supaya Rokiah melihat pemandangan sawah padi bersamanya.

"Kejaplah Arissya, Kak Kiah tengah mengemas ni.. tengoklah dulu,"

"Hisyh Kak Kiah ni, sibuk aje mengemas pakaian tu. Tak apalah kalau tak nak tengok view cantik ni," balas Tengku Arissya yang masih tidak lepas pandang melihat keindahan sawah padi pada petang itu.

Dia ke situ bersama Rokiah atas arahan Datuk Mustaqim. Jadi, dia memilih bilik yang agak luas.. yang mempunyai dua buah katil. Sebenarnya Rokiah yang mencadangkan supaya dia bercuti ke Sekinchan. Memang tak menyesal. Cantik.

Selesai solat maghrib, Tengku Arissya duduk dibirai katilnya berehat. Dia langsung tidak menyentuh telefonnya, lagipun dia offkan telefonnya sepanjang bercuti. Dia sudah berpesan kepada Datuk Mustaqim dan Tengku Elvia supaya telefon saja orang gajinya jika ingin bertanyakan khabarnya.

Tapi soal dia ke Sekinchan, tidak ada sesiapapun mengetahuinya. Melainkan papa dan adiknya sendiri.

Tengku Arissya sudah menapak ke katilnya, dekat dengan Rokiah a.k.a Sharleez. Tiba-tiba perut Tengku Arissya berdangdut lagu 'lapar', Rokiah a.k.a Sharleez disebelahnya siap boleh dengar. Tergelak dia.

"Kenapa Kak Kiah gelak ni?"

"Lapar ke tu?"

Tengku Arissya memandang Rokiah, dia tersengih, "Ha'ah laparlah Kak Kiah, hmm tertanya-tanya juga Arissya kat mana kita boleh makan ni.. tapi tunggu malam nilah,"

"Okay malam ni kita makan kat Ketam Kabin Merah, nak?"

"Wahh.. bestnya. Naklah..."

"Okay malam nanti,"

Pada waktu malamnya mereka menikmati makan malam di Ketam Kabin Merah, makanan di situ harganya murah dan yang penting sedap.

"Bestnyaa datang sini. Arissya tak pernah datang sini,"

"Memanglah sebab Arissya mesti lebih suka melancong kat luar negara kan," balas Rokiah membuatkan Tengku Arissya tersengih.

"Tulah, tapi tak sangka kat tempat kita lagi cantik. Arissya rasa tenang tengok view sawah padi kat sini, terasa beban perasaan tu jadi ringan.."

"Kita ni cuma manusia biasa, kadang-kala kita perlukan ketenangan. Istirehat. Macam Arissya, Kak Kiah tengok asyik busy aje.."

"Arissya memang sengaja nak sibukkan diri sendiri,"

"Sebab nak lupakan masa lalu?"

"Eh, dari mana Kak Kiah tahu ni?"

"Kak Kiah buat andaian aje, lagipun setiap orang ada masa lalu dalam hidupnya," balas Rokiah a.k.a Sharleez bijak memberi jawapan.

"Betullah tu, bila masa lalu ada depan mata segala perasaan hancur.."

"Hancur sebab masih sayang ke?"

"Harith dengan Arissya mesti ada sesuatu," sambung Rokiah. Malam ini dia cuba menjadi seorang sahabat kepada Tengku Arissya.

"Harith masa lalu yang pedih, masa lalu yang Arissya nak lupakan tapi tak mampu,"

"Tak mampu sebab masih sayang, begitu?"

"Entahlah, susah Arissya nak cakap. Tapi dengan semua yang dah terjadi tu, Arissya rasa makin tawar hati, marah dan benci dengan Harith. Arissya kalau boleh tak nak pun tengok muka dia lagi,"

"Sebab tu ke Arissya bercuti di Sekinchan ni?"

"Yup, hmm dahlah Kak Kiah cakap pasal ni. Nanti hilang mood pula,"

"Okay, maaf Arissya. Kak Kiah tak bermaksud nak busybody," balas Rokiah meminta maaf. Tapi setidaknya dia mengetahui isi hati Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan mundar-mandir, dia risau. Ketika dia ke ofis Tengku Arissya atas urusan kerja, gadis itu tiada di ofis. Ia makin mengundang keresahan dihatinya.

Dia sudah menghubungi Sharleez tapi sejak dari tadi panggilannya tidak dijawab. Dia semakin tidak tenang.

"Sorry abang, Elvia balik lewat hari ini.." ucap Tengku Elvia yang sudah melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan suaminya. Dia baru saja selesai mandi.

"It's okay sayang. Banyak kerja kat ofis ya?"

"Yup, lupa Elvia nak bagitahu abang tadi. Kak Arissya tak masuk ofis, so Elvia yang ambil alih kerja dia,"

"Laaa kenapa? Kak Arissya sakit ke?"

"Taklah, dia pergi bercuti hari ni dengan Kak Kiah.."

"Papa tahu ke?"

"Mestilah tahu abang.."

"Berapa hari sayang gantikan Kak Arissya?"

"Dalam tiga hari macam tulah, lagipun akak bercuti dekat-dekat sini aje.."

Tengku Emir Danish hanya menganggukkan kepalanya.

"Abanggg.."

"Hmm.."

"Elvia rasa kan Kak Arissya tak okaylah, dari suara dia tu Elvia dapat agak yang dia tengah bersedih.."

"Bersedih sebab apa pula?"

"Entahlah, tapi Elvia syak ni mesti pasal Abang Harith.."

"Diaorang gaduh ke?"

"Pasal tu Elvia tak tahu. Nak tanya pun takut busybody pula, so biarlah. Tahulah tu akak nak settlekan sendiri," balas Tengku Elvia.

"Ha'ah.. elok juga tu sayang. Kita doakan ajelah supaya diaorang kembali bersama kalau ada jodoh yang panjang,"

Keesokannya, pada waktu pagi Tengku Arissya dan Kak Kiah menikmati sarapan pagi di warong breakfast dekat area kampung berhampiran Mardi Tanjong Karang, serius roti canai sarang pak cik tu terbaik. Sedap! Sambil menikmati view sawah padi, Ya Allah tenangnya.

"Kenyangnyaa.. macam mana nak kayuh basikal ni?" Ucap Tengku Arissya sambil menyentuh perutnya. Rokiah tergelak.

"Siapa suruh makan banyak, nanti gemuk tak laku!" Usik Kak Kiah. Kali ini giliran Tengku Arissya pula tergelak.

"Sekali-sekala Kak Kiah, kalau Arissya gemuk sekalipun dah tak kisah. Sekarang ni pun mana laku, tak ada orang nak.."

"Tipu!"

Tengku Arissya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih melepak, "Ada tapi Arissya menolak.."

"Hah? Siapa?"

"Faqrul. Arissya mana suka dia. Dia cuma kawan baik Arissya aje.."

"Habis tu Arissya suka siapa?"

"Arissya suka Kak Kiah,"

Meledak tawa Rokiah dibuatnya, "Adess.. boleh main-main pula Arissya ni.."

"Tulah tanya lagi soalan yang macam tu,"

"Eh, Kak Kiah.. tengok tu.. tu situ, kat hujung tengah sawah," ucap Tengku Arissya tiba-tiba.

"Owh.. itu burung camar putih, tak biasa tengok ke?"

"Biasa tengok dalam buku teks sekolah dulu," balas Tengku Arissya. Rokiah tersenyum mendengarnya. Dia dapat melihat Tengku Arissya seakan cuba melupakan hal yang menyakitkan hatinya. Jika benar baguslah, setidaknya dia tidak membawa hatinya yang terluka itu ke situ.

"Jom kita buat aktiviti pagi ni nak?" Ucap Rokiah.

"Aktiviti apa Kak Kiah? Tapi yang Arissya tahu kat sini kita boleh berbasikal ronda-ronda kat tepi sawah kan,"

"Ya ada juga.."

"Yang aktiviti lain Kak Kiah?"

"Kalau nak kita boleh melawat Padi Galeri, kat sana best juga. Macam lawatan sambil belajar, siap dapat free gift lagi. Tak silap akak bayaran masuk kat situ lima ringgit aje,"

"Hurm.. okay, lagi?"

"Pantai Redang, sana tu area kampung nelayan. Tak ada apa yang menarik selain tengok sunset,"

"Wow.. Arissya suka!"

"Tapi banyak anjing," balas Rokiah membuatkan Tengku Arissya tergelak.

"Okay, tak berminat nak pergi. Tak pasal-pasal bertumbuk dengan anjing.."

"Akak punya cadangan, yang best untuk aktiviti pagi ni kita boleh pergi Padi Galeri, so lepas tu petang sikit.. kita boleh berbasikal keliling sawah padi, atau Arissya nak main layang-layang pun okay, tapi kalau rasa nak makan tebu.. kita boleh ke Ladang Tebu Aidil,"

"Tak sempat nak pergi semua ni.. nak bergambar lagi ni,"

"Bersepahlah gambar dia dalam handphone nanti," balas Rokiah. Tengku Arissya tersengih. Dia rasa seronok pula bercuti. Sudah lama dia tidak bercuti.

"Okay, macam nilah pagi ni kita berbasikal keliling sawah padi, lunch kita rehat, lepas tu petang kita main layang-layang atau ke Ladang Tebu Aidil. Kalau sempat mungkin dapat pergi tempat lain lagi," ucap Tengku Arissya membuat keputusan. Rokiah a.k.a Sharleez bersetuju.

"Okay, jom!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience