Rate

BAB 43

Romance Series 197165

"Sayang.. are you okay?" Soal Tengku Harith Zaqwan apabila Tengku Arissya sudah membuka matanya.

"Saya kat mana ni?"

"Sayang kat klinik. Abang bawa sini untuk sayang terima rawatan," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya bingkas bangun dari pembaringannya. Doktor cuma letak Tengku Arissya dibilik sementara untuk memantau keadaannya. Jika tidak ada masalah serius, maka pesakit akan dibenarkan pulang.

"Saya nak balik! Saya tak ada sakit apa-apa pun.."

"Baik kejap lagi kita balik. Sayang tunggu sini ya. Abang nak ke depan ambil ubat.." balas Tengku Harith Zaqwan melangkah keluar dari bilik itu.

Beberapa minit kemudian, Tengku Harith Zaqwan kembali ke situ, "Jom sayang kita balik. Abang dah selesai dapatkan ubat.."

"Harith everything okay?"

"Yup, okay uncle.." balas Tengku Harith Zaqwan.

"Owh ya, kenalkan ni Uncle Smith Razak. Tuan rumah sewa abang kat Paris. Dialah yang tolong abang hantar sayang ke klinik ni.." ucap Tengku Harith Zaqwan memperkenalkan Smith Razak pada Tengku Arissya.

"Uncle thank you, my name is Tengku Arissya.." ucap Tengku Arissya.

Uncle Smith Razak senyum, "You're welcome. Semoga Arissya cepat sembuh.."

"Uncle boleh bercakap dalam...."

Pantas Smith Razak memotong sebelum Tengku Arissya menghabiskan ayatnya, "Yup.. sebelum ni uncle tinggal di Malaysia, berkahwin dengan orang di sana. Selepas kematian arwah isteri uncle kembali semula di tanah kelahiran.." balas Smith Razak. Tengku Arissya hanya menganggukkan kepalanya perlahan.

Sampai saja di rumah sewa Tengku Arissya, Tengku Harith Zaqwan turun dari kereta. Dia meminta Smith Razak tunggu sebentar.

"Sayang ni ubat yang doktor bagi, ubat ni memang bagus, ia dapat merawat migrain sayang. Jangan lupa makan ubat ni tau," pesan Tengku Harith Zaqwan.

Ubat itu sudah bertukar tangan, "Terima kasih tolong saya bawa ke klinik. Oh ya, berapa harga untuk kos rawatan tadi?"

"Sama-sama. Soal kos rawatan tu abang dah bayar, Arissya tak perlulah risau.."

"Ni bukan soal risau, saya cuma tak nak terhutang budi. Takut pula kena balas budi tu nanti, so berapa kos rawatan tadi tu?" Balas Tengku Arissya. Dia langsung tak menjaga hati Tengku Harith Zaqwan.

"Jangan risau abang tak minta balasan apa-apa pun. Abang ikhlas tolong Arissya. Hmm.. tak apalah abang balik dulu ya. Kalau ada apa-apa call aje abang.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience