Rate

BAB 33

Romance Series 197165

"Awak bukan ke nak naik ke atas Menara Effiel Tower ni kena buat sedikit bayaran?" Soal Tengku Arissya terhenti seketika langkahnya.

Aakif Aryanz senyum, "Yup, but it's okay. Aryanz belanja Arissya. Kat atas sana bolehlah kalau nak bergambar.."

"Eh, tak apalah saya boleh bayar sendiri," balas Tengku Arissya.

"Tak apa Aryanz bayarkan. Jomlah kita naik ke atas menara," ucap Aakif Aryanz. Tengku Arissya ikutkan saja. Disebabkan sikap ramah Aakif Aryanz, dia selesa berlawan dengan lelaki itu.

Tengku Harith Zaqwan melihat dari kejauhan, dia juga naik ke atas Menara Effiel Tower. Ada rasa sedih di hatinya. Dulu Tengku Arissya beria-ria nak ke Kota Cinta bersamanya, mahu menikmati pemandangan Menara Eiffel Tower berdua. Tapi kini semuanya berubah. Hari ini Tengku Arissya naik ke atas menara itu bersama dengan lelaki lain. Hancur hatinya dalam diam, namun cuba ditahan rasa sakit itu.

"Arissya tengok tu!" Ucap Aakif Aryanz bila sampai di tingkat atas. Tersergam keindahan kota itu. Tengku Arissya bukan main suka, tergelak kecil dan tersenyum.

'Kenapa tidak setiap gelak tawa dan senyuman sayang hanya untuk abang? Kan bagus kalau kita berdua saja di sini. Tapi apakan daya, entah siapa lelaki yang naik ke menara ini bersama sayang. Abang sakit diseksa rasa cemburu...' Desis hati Tengku Harith Zaqwan sebak.

"Wahhh.. cantik betul pemandangan dari atas ni. Biasa saya cuma berjalan-jalan dibawah menara aje," ucap Tengku Arissya ceria.

"Yup, kat sini Arissya boleh melihat pemandangan seluruh Kota Paris. Banyak lagi tingkat, nak naik atas lagi ke?" Soal Aakif Aryanz.

"Eh, tak apalah. Kat sini pun pemandangan dah cukup cantik," balas Tengku Arissya. Setahunya harga nak naik Eiffel Tower berbeza-beza mengikut tingkat mana yang kita nak naik. Dia tidak mahu menyusahkan Aakif Aryanz.

Tengku Harith Zaqwan masih berada di situ, cuma dia berpaling ke belakang melihat pemandangan dari bawah. Dia sedang berusaha mencari ketenangan. Dia ada di dekat situ juga tapi Tengku Arissya tak perasan kerana dia memakai sweater yang menutupi kepalanya.

"Tak nak ambil gambar ke?" Soal Aakif Aryanz.

Tengku Arissya tergelak kecil, "Lupa pula!"

"Sini handphone tu, Aryanz tolong ambilkan gambar Arissya," balas Aakif Aryanz. Di sebelah sana ada Tengku Harith Zaqwan yang sedang memandang pemandangan. Dekat saja kedudukannya dengan Tengku Arissya.

"Okay one, two, three.. snap!"

"Dah siap, ni handphone," sambung Aakif Aryanz memulangkan semula telefon milik Tengku Arissya.

"Thank you!"

"You're welcome.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience