Rate

BAB 149

Romance Series 197233

Beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish, tengah hari itu selepas lunch Tengku Arissya ke ofis Tengku Harith Zaqwan. Dia gagahkan juga kakinya untuk memberi kad jemputan perkahwinan adiknya.

"Boleh I jumpa dengan bos you, Tengku Harith?" Soal Tengku Arissya. Entah kenapa dia rasa berdebar pula. Mungkin sebab sudah lama tidak menemui lelaki itu.

Sebelum sempat setiausaha di depan itu menjawab, Hud Mikail terlebih dahulu memotong, "Harith outstation, esok baru dia balik dari Langkawi,"

Tengku Arissya menoleh, "Hud.. you rupanya. Apa khabar, sihat ke?"

Hud Mikail senyum, "I'm fine. Alang-alang you dah datang sini, jomlah ikut I ke bilik ofis. I yakin tentu you ada nak bagitahu something,"

"Alright,"

Tengku Arissya mengikuti jejak Hud Mikail ke bilik ofisnya yang bersebelahan dengan bilik Tengku Harith Zaqwan.

"Silalah duduk," ucap Hud Mikail.

"Tujuan you datang sini, untuk apa ya? Tentu you ada nak bagitahu something kan,"

Tengku Arissya tersenyum, di tangannya sudah ada kad jemputan majlis perkahwinan itu, "Of course. Ni haa.."

'Kad jemputan perkahwinan? Ya Allah, jadi betullah Arissya bakal berkahwin? Kesian Harith!' Desis hati Hud Mikail sedih.

"Kenapa muka you nampak lain aje ni?"

"Nothing," ucap Hud Mikail. Dia buka sampul surat yang ada kad jemputan itu. Lalu dia meneliti nama yang tertera di kad jemputan perkahwinan itu beberapa kali.

Oh! Tengku Emir Danish dan Tengku Elvia yang nak kahwin rupanya! Ya Allah.. ini sudah berlaku salah faham.

"You mesti ingat I yang nak kahwin kan.." Ucap Tengku Arissya sudah dapat menduga lebih awal anggapan lelaki itu.

"Yup, lagipun..."

"Harith yang cakap dengan you kan?"

"Yup.."

"Dia cakap macam tu sebab dia jumpa I di butik pengantin, mungkin dia fikir yang I akan berkahwin dengan Faqrul," bijak Tengku Arissya meneka.

"Actually you ada apa-apa ke dengan Faqrul?"

Tengku Arissya tergelak kecil, "I dengan Faqrul tu cuma kawan. Kami berkawan masa sama-sama kerja sebagai lecturer di salah sebuah universiti je,"

"Owh.. okay. Sebenarnya hati you milik siapa?" Soal Hud Mikail buat Tengku Arissya terdiam.

"Err.. sorry I tanya macam tu, you tahu kan Tengku Harith sangat mencintai you Arissya. I tahu everything pasal dia, apa yang dia lalui sebelum ni di Paris.." sambung Hud Mikail.

"I tahu, tapi semuanya dah berubah. Kisah cinta kami berdua dah lama terkubur.."

"Hati you bukan untuk Harith lagi ke Arissya?"

"Entahlah Hud, I kalau boleh tak nak fikir pasal cinta lagi.."

"Harith begitu kecewa bila dia tahu you akan berkahwin. Disebabkan salah faham ni dia nampak sedih sangat. Sepatutnya I yang handle outstation tu, tapi dia kata dia yang nak pergi. Setidaknya dia boleh tenangkan fikiran. I takut kalau dia macam ni,"

Berkerut dahi Tengku Arissya tak faham, "Takut apa? I tak faham.."

"You tahu tak lepas Harith kecewa sebab you tolak cinta dia, waktu dia dah balik kat Malaysia dia tak habis-habis dengan kerja. Siang malam, pagi petang kerja aje dua puluh empat jam. Dia langsung tak fikir pasal kesihatan diri dia. Sampailah suatu hari dia jatuh sakit kena yang jangkitan kuman tu. You tahu sebab apa Harith jadi macam tu?"

Tengku Arissya terdiam. Dia hanya menunggu setiap patah kata yang akan keluar daripada mulut Hud Mikail.

"Sebab dia sedang belajar untuk melupakan you, dengan harapan bila dia sibuk kerja dia dapat lupakan you.. tapi apa yang I lihat walaupun dia kehilangan ingatan. Hati dia masih menyintai orang yang sama. You, Tengku Arissya!"

Tertunduk Tengku Arissya kali ini. Terasa sebak di dada mengenangkan cerita Hud Mikail.

"I tahu I banyak salah dengan Harith sebelum ni, sebab tu I rasa dia layak jumpa dengan perempuan yang lebih baik dari I.."

"Yang paling baik adalah you dihati Harith. You dunia dia. Sakit you sakit dia. Derita you derita dia. Bahagia you kebahagiaan dia. Harith terlalu sayangkan you Arissya. Sesekali belajarlah untuk menghargai hati dia sebab Harith dah tak ada apa-apa dalam hidup dia.. tempat untuk dia bermanja dan meluahkan segala perasaannya.."

"Mungkin you tengok I dengan Harith rapat, tapi tak semua perkara dia cerita dengan I. Ada sesuatu yang dia pendam sendiri," sambung Hud Mikail.

"Apa maksud you dia tak ada apa-apa dalam hidup dia?"

Tiba-tiba telefon Hud Mikail berdering, segera dijawabnya telefon dari kliennya itu. Terhenti perbualan antara keduanya.

"Arissya I have to go now. Ada masalah sikit kat tapak projek, boleh kita sembang lain kali?" Ucap Hud Mikail serius.

"Alright. I minta diri dululah ya. Jumpa lagi!" Balas Tengku Arissya yang sudah bingkas bangun.

"Okay thanks.. really sorry.."

"It's okay Hud.."

Tengku Arissya memandu pulang, dia asyik fikirkan kata-kata Hud Mikail semula.

'Harith dah tak ada apa-apa? Eh, dah bankrap ke dia? Tak logiklah Arissya. Kan dia still kat ofis tu! Kau ni.. Eh kejap! Ke dia.. dia... Argghh.. sudahlah Arissya, kau fikir buat apa. Buat sakit kepala aje..' Desis hati Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan membuang pandang ke arah Pulau Langkawi itu, warna air yang biru itu begitu memberi ketenangan pada jiwanya. Dia suka tengok keindahan alam semulajadi.

Tapi sayang sekali, walau setenang manapun matanya melihat kejernihan air itu, hatinya tetap tersimpan satu rasa. Rasa rindu pada Tengku Arissya. Rindu yang tiada sempadan.

Perlukah dia membiarkan Tengku Arissya berkahwin? Betul ke gadis itu akan mengahwini Faqrul? Arghh! Sukar untuk dia membuat andaian sendiri.

Tapi jika Tengku Arissya benar-benar ingin mendirikan sebuah istana cinta dengan lelaki itu, dia tidak akan membenarkannya! Ya.. sama sekali tidak. Selagi nyawanya masih dikandung badan dia akan menghalang perkahwinan itu.

Kalau dia berada di sini, bagaimana dia dapat menghalangi perkahwinan Tengku Arissya tu? Sepatutnya dia ada di Kuala Lumpur memantau perkembangan mengenai Tengku Arissya. Arghh bodohnya diri! Kenapalah dia tidak memikirkan tentang hal ini.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon milik Tengku Harith Zaqwan di dalam poket seluarnya. Segera dia menjawab panggilan itu.

"Haaa.. apa dia?"

"Aku nak bagitahu kau something ni," balas Hud Mikail dihujung talian.

"What?"

"Arissya ada datang ofis, dia bagi kad jemputan perkahwinan. Dia..."

Belum sempat Hud Mikail memberi penjelasan Tengku Harith Zaqwan mematikan telefonnya. Dia berlalu pergi dari situ. Petang itu juga dia pulang ke rumahnya.

"Harithhh! Harith.."

Hud Mikail benggang.

'Apahal pula dengan abang sepupu aku ni. Ni mesti dia ingat Tengku Arissya yang nak kahwin. Entah-entah dia bergegas balik sini dah tu..' Desis hati Hud Mikail, susah dia nak bercakap dengan Tengku Harith Zaqwan. Suka ikutkan emosi yang kacau bilau.

Semasa Tengku Harith Zaqwan berjalan menuju ke biliknya, Faqrul sempat melihatnya. Kebetulan Faqrul baru saja sampai di Pulau Langkawi untuk mengadakan program di sana dengan studentsnya.

'Harith buat apa kat sini? Owh.. jadi dia tak ada kat Kuala Lumpur rupanya. Bagus! Setidaknya dia tak akan dapat mendekati Tengku Arissya..' Desis hati Faqrul.

Faqrul berehat di biliknya setelah selesai urusannya dengan pihak pengurusan di situ. Tertidur dia kerana kepenatan, Tengku Harith Zaqwan pula sudah bertolak pulang pada petang itu juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience