Rate

BAB 104

Romance Series 197233

Sejurus selepas Tengku Harith Zaqwan menemui Tengku Arissya, dia segera menelefon Tengku Elvia memberitahu sesuatu yang mengecewakan.

"Baik.. kalau itu dah keputusan Abang Harith, Elvia pun tak boleh buat apa.." balas Tengku Elvia terkilan.

"Maafkan abang, Elvia. Abang dah cuba sedaya upaya. Buat apa saja demi Arissya, tapi semuanya hampa. Menghampakan. Jadi, abang rasa biarlah dia sendiri yang tentukan pilihan hidup dia.."

"Hmmm.. Elvia pun buntu, tak tahu nak buat apa dengan kakak tu. Biarlah dia sendiri yang fikir, tapi kalau sesuatu yang buruk terjadi pada dia.. tu mungkin sebab balasan untuk orang yang degil macam dia," balas Tengku Elvia geram.

"Doakan saja yang baik-baik. Abang minta diri dulu. Assalamualaikum.." balas Tengku Harith Zaqwan, lemah betul dirinya saat itu. Dia berjalan perlahan-lahan, angin membelai tubuh sasanya. Terasa luruh semangat hidupnya sama seperti luruhnya daun-daun maple. Dia duduk di salah sebuah bangku di situ.. dia pandang langit Ilahi. Terasa kerdilnya diri. Penat, dia betul-betul penat. Tanpa sedar air matanya mengalir laju membasahi pipinya. Dia rasa dah tiba masanya dia pulang ke Malaysia.

Dia mengambil telefon di dalam poket seluarnya untuk menghubungi Hud Mikail.

"Hello brother.. Wey, aku rasa macam mimpi kau yang call aku. Jarang kau akan call aku. Ada apa-apa ke ni?" Usik Hud Mikail ceria.

"Syarikat aku macam mana, everything okay?" Soal Tengku Harith Zaqwan serius.

Hud Mikail mula rasa hairan, namun dia tetap menjawab pertanyaan daripada abang sepupunya itu, "Okay, tapi mungkin lepas ni aku kena handle projek baru pula kut, sebab kau mesti lama lagi kat Paris kan.."

"Projek baru tu kau tak perlu fikir, aku yang akan handle. Aku akan balik Malaysia," balas Tengku Harith Zaqwan. Hud Mikail gembira, dia sangkakan hubungan abang sepupunya dengan Tengku Arissya sudah pulih.

"Ya Allah.. alhamdulillah, aku tumpang happylah. Kau dengan Arissya tentu dah berbaik kan? Tu yang nak balik Malaysia cepat. Tak sabarlah nak makan nasi minyak kali kedua.."

"Kompang dipalu, pengantin baru.. eehh wahh.. ehh waaahh.. chewaaaahh..." sambung Hud Mikail siap menyanyi gaya dia lagi.

"Aku balik sana tanpa Tengku Arissya. Pastikan semua urusan syarikat berjalan lancar. Bila aku balik nanti, aku nak tengok semua dokumen-dokumen dan fail tersusun rapi diatas meja aku. Faham?" Tegas Tengku Harith Zaqwan seakan memberi arahan. Hud Mikail tak terkata, terasa sebak pula hatinya.

"Hud Mikail, faham tak?" Ulangi Tengku Harith Zaqwan.

"Okay, aku faham. Aku akan buat apa yang kau nak tu. Tapi kau kenapa ni? Apa dah jadi hubungan kau dengan Tengku Arissya?"

"Enough! Kau please jangan cakap lagi pasal Tengku Arissya dengan aku. Aku tak nak dengar!" Marah Tengku Harith Zaqwan.

"Okay, faham Harith. So, bila kau nak balik ke Malaysia?"

"Aku nak settle soal bayaran sewa rumah dulu dan apa yang belum selesai lagi kat sini, dah settle semua aku maklumkan pada kau balik. Okaylah, jumpa nanti! Assalamualaikum.." Tegas Tengku Harith Zaqwan.

Hud Mikail terduduk perlahan di atas kerusi ofisnya. Dia benar-benar tidak menyangka abang sepupunya perlu melalui penderitaan ini. Sudah pasti hati itu sekarang hancur. Lain yang dia harapkan lain pula yang terjadi.. tapi apa boleh buat, jodoh, pertemuan, perpisahan, ajal maut itu semuanya ketentuan Allah. Dia hanya mampu mendoakan yang terbaik saja.

Tengku Elvia banyak mendiamkan diri ketika dia menemui Aakif Aryanz. Malas dia mahu melayani lelaki tak guna itu, tapi setidaknya hari itu dia sudah mengenali siapa Aakif Aryanz. Lelaki yang mempunyai niat jahat terhadap kakaknya.

"Elvia, okay ke ni?" Soal Tengku Arissya.

"Hmm.. okay kakak.."

"Makanlah," ucap Tengku Arissya. Tengku Elvia turuti saja.

"Elvia kat Malaysia kerja apa?" Soal Aakif Aryanz cuba beramah mesra dengan Tengku Elvia.

"Rasanya tak penting kut saya kerja apapun," balas Tengku Elvia dingin. Kalau ikutkan mahu saja dia gunakan perkataan 'aku' dengan lelaki tu.

"Elvia, pleaseee..."

"Apa akak? Betullah apa yang Elvia bagitahu.."

"Sorry Aryanz," ucap Tengku Arissya.

"Tak apa Arissya, Aryanz okay aje.."

"Elvia dah pergi Menara Eiffel tak? Kalau belum pergi sana Abang Aryanz boleh tolong bawa jalan-jalan kat situ.."

"Tak perlulah kut, saya dah pergi dengan Abang Harith. Dia dah bawa saya jalan-jalan kat sana. Tingkat bawah sampai atas, jalan makan-makan. Seronok!" Balas Tengku Elvia. Terdiam Aakif Aryanz, berubah terus raut wajahnya. Mesti dalam hati Aakif Aryanz dah banyak sumpah seranah Tengku Elvia.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon milik Tengku Elvia, dia segera meminta diri untuk menjawab panggilan itu.

"Hai sayang.. how are you?"

"Hai, Emir. I tengah bad mood ni, tapi nasib baik you call I. Terlepaslah I.."

"Terlepas? I tak fahamlah, you terlepas dari apa?"

"Terlepas dari hadap lelaki tak guna tulah. Aakif Aryanz ada sini haa.. tengah sembang dengan kakak. Dia bagitahu kakak nak berkenalan dengan I. So, dia ajak lunch hari ini.."

"Sayang you jangan nak dekat dengan dialah, bahaya. Abang Harith mana?" Soal Tengku Emir Danish risau.

"You tahu tak Emir, Abang Harith dah give up. Dia dah tak nak pedulikan akak lagi, dia kata biarlah akak memilih pilihan hidup dia sendiri.."

"Ya Allah.. yeke sayang? You tak pujuk Abang Harith?"

"Dah, tapi kakak I degil Emir. So, I pun tak boleh buat apa. You I rasa nak balik Malaysia je cepat-cepat. Bosanlah I duduk kat sini. Serabut!" Luah hati Tengku Elvia.

"Sayang, kan you cakap nak tolong kakak you. Kenapa ni?"

"I kecewa dengan kakak, I sedihlah. Apa yang I harapkan semuanya tak jadi. Kakak tu degil!"

"Sayang you sabar ya. I kat sini selalu akan sokong you. Doakan untuk you.."

"Hmm.. yelah Emir. I harap kesabaran I ni masih kuat bertahan. I harap kakak akan cepat sedar.."

"Insya-Allah. Sama-sama kita doakan sayang.." balas Tengku Emir Danish.

"Elvia, jomlah!" Ucap Tengku Arissya yang sudah menghampiri adiknya.

"I call you semula okay, kakak datang ni.." ucap Tengku Elvia segera mematikan panggilan telefon itu.

"Jom nak ke mana?"

"Baliklah, nak ke mana lagi.."

"Mana buah hati kesayangan akak tu?"

"Dia ada hal, so terpaksa balik dulu," balas Tengku Arissya. Tengku Elvia berjalan perlahan bersama kakaknya untuk balik ke rumahnya. Jarak antara restoran dan rumah yang mereka sewa tidaklah terlalu jauh.

"Akak.."

"Hmmm.."

"Kenapa kakak sanggup hina Abang Harith, cakap pada dia yang bukan-bukan. Kakak langsung tak sayangkan dia ke?" Soal Tengku Elvia perlahan.

"Kenapa nak cakap pasal dia lagi ni?"

"Jawab ajelah apa yang Elvia tanya ni, lagipun bukannya susah pun nak jawab.."

"Akak dah malas nak ambil tahu pasal Harith. Hubungan kami dah lama berakhir.."

"Elvia kecewalah dengan akak ni. Yelah, lagipun Abang Harith tu bermati-matian nak selamatkan akak daripada lelaki tak guna tu, tapi akak langsung tak hargai pengorbanan dia.."

"Dia berkorban apa? Nampak macam besar aje pengorbanan dia tu? Nakkan penghargaan ke?" Perli Tengku Arissya.

"Abang Harith tahu pasal lelaki tak guna tu bila dia start kerja kat sini. Lelaki tu yang tegur Abang Harith, so bila dah kenal dia bercerita tentang kegiatannya. Lelaki tu sebenarnya hidup mewah atas penderitaan perempuan-perempuan yang dia dah hancurkan maruah mereka tahu tak! Dia ada sorang kawan, namanya Zulfiqar. Ada lagi sorang kawan dia yang dah insaf, Darius namanya. Abang Darius tu dah berubah jadi baik, Abang Harith yang banyak bantu dia. So now, dia dah hidup bahagia dengan isteri dia Rubina Elizaberth. Abang Harith tu baik, kakak. Anggapan akak pada dia selama ini salah.."

"Yelah tu, sebenarnya Harith buat semua tu untuk kembali pada akak aje, bukannya ikhlas pun," balas Tengku Arissya.

"Kakak dah pernah hidup sebumbung dengan Abang Harith takkan kakak tak kenal hati budi dia. Yelah, memang dulu Elvia akui yang dia pernah berkasar dengan kakak, tapi itu dulu.. sekarang ni semuanya dah berubah. Apa yang jadi dulu bersebab akak.."

"Bersebab? Sebab apa lagi kalau bukan sebab yang akak nyatakan tadi!"

"Susah betul nak fahamkan akak ni. Susah betul nak bercakap baik-baik dengan akak Akak ni memang menyakitkan hati betullah!" Balas Tengku Elvia geram.

"So, tak payahlah cakap!"

"No, Elvia nak cakap juga. Tak kisahlah akak nak percaya atau tak. Hari ini akak kena dengar apa yang Elvia nak cakapkan ni.." Ucap Tengku Elvia mendesak.

"Yelah, apa lagi nak cakap, cakaplah.."

"Abang Harith tak bersalah tahu tak akak, dia diperangkap malam tu oleh Tengku Qistina. Malam tu bekas kekasih dia ajak dia jumpa, Abang Harith tak nak tapi dia di desak. Perempuan tu minta tolong suruh Abang Harith ke hotel, dia buat cerita yang dia sakit. Abang pergilah untuk tolong dia. Sampai aje di hotel Tengku Qistina ajak Abang Harith masuk. Dia nak tunggu kat luar je.. tapi akak faham sendirilah perempuan gedik tu macam mana punya licik.."

Tengku Elvia menarik nafas seketika, lalu melepaskannya perlahan, "Tengku Qistina ada bagi Abang Harith air mineral masa tu, tapi Abang Harith tak nak. Dia tak minum.. tapi masa dia sibuk tolong Tengku Qistina, tanya pasal sakit dia tu.. ada orang pukul kepala Abang Harith dari arah belakang dengan kayu. Abang Harith pengsan, lepas tu dia tersedar time dia kena tangkap khalwat tu dan akak pun tahu pasal tu.."

Tengku Arissya diam saja ketika mendengar cerita itu.

"Abang Harith tak tahu apa-apa. Dia tak bersalah. Dia sedih bila akak tuduh dia tak setia, curang. Dia fikir untuk apa lagi dia jelaskan kalau orang yang dia sayang sendiri tak percayakan dia. Akak pun desak abang minta cerai, so dia tunaikanlah apa yang akak nakkan tu.. sebab abang pun kecewa sebenarnya dengan semua yang terjadi. Abang agak tertekan, yelah papa dan Elvia pun time tu halau dia masa dia datang cari akak. Papa betul-betul marahkan Abang Harith. Semua tak percayakan dia, sampailah Abang Harith datang bersama bukti. Dia tunjuk rakaman video CCTV yang dia dapat daripada pihak hotel. Waktu tu dia datang ke rumah sebelum dia ke sini cari akak semula.."

"Akak tak nak dengar apa-apa lagi. Stop it!" Ucap Tengku Arissya tiba-tiba.

"Akak dengarlah dulu, tadi suruh Elvia cakap. Ni nak cakaplah ni semuanya.."

"Enoughlah Elvia, malaslah nak dengar!"

"But why? Semua yang Elvia ceritakan tu betul. Elvia tak ada video CCTV tu untuk buktikan pada akak tapi bukti tu ada pada Abang Harith. Kami jelas tentang semua tu. Abang Harith tak bersalah. Dia datang sini nak bagitahu akak yang dia tak bersalah, tapi kakak layan dia macam orang asing. Kesian Abang Harith kakak. Kenapa buat dia macam tu? Kenapa hancurkan hati dia akak? Tak baik menghukum orang yang tak bersalah!"

"Elvia enoughlah, enough! Bisinglah tahu tak.."

"Kakak tahu tak Abang Harith setiap hari jaga akak dari jauh sebab dia risaukan akak, walaupun setiap hari jugalah kakak hancurkan hati dan perasaan dia. Dia sayangkan akak tahu tak! Tapi apa yang akak buat? Akak hargai lelaki yang tak pernah akak kenal hati budinya dengan baik.. akak sanjung dia tinggi-tinggi. Tapi Abang Harith? Akak biarkan Abang Harith kecewa dengan akak. Pernah tak akak fikir apa perasaan dia? Pernah tak akak fikir betapa penatnya dia! Dia sanggup berhenti kerja demi akak tahu tak, semata-mata nak fokus jaga akak. Setiap hari dia risaukan kakak. Sebab hanya dia yang tahu betapa jahatnya lelaki tu. Hanya dia, kakak! Lelaki tu sanggup bunuh Abang Harith tahu tak. Abang Darius dah dengar segala perancangan jahat si Aryanz tu, dia berpakat dengan kawan dia Zulfiqar untuk hancurkan maruah akak. Tapi pernah tak akak dengar apa yang kami cakapkan? Tak akak! Nak tahu sebab apa tak?" Laju saja tutur Tengku Elvia kali ini meluah semuanya.

"Sebab kakak selfish, bodoh sombong, degil, keras kepala. Langsung tak nak dengar cakap Abang Harith, Elvia dan papa. Kami semua separuh mati risaukan kakak.. tapi kakak langsung tak ambil peduli. Elvia datang sini pun sebab kakak tahu tak, risaukan kakak.. tu aje.."

"Okay Elvia dah habis cakap.. lepas ni apa nak jadi, jadilah. Elvia cakap apapun tak guna. Suka hati kakaklah nak bercinta ke apa ke dengan jantan tak guna tu. Okay, bye! Jangan tunggu Elvia balik, malam ni Elvia tidur rumah Kak Rubina," balas Tengku Elvia yang sudah pergi dari situ.

Tengku Arissya terdiam. Tertunduk sedih dia. Kalau betullah apa yang diceritakan oleh Tengku Elvia, ini bermakna dia telah membuat pilihan yang salah. Namun begitu, hatinya masih keliru. Dia buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience