Rate

BAB 212

Romance Series 197165

Sebulan berlalu, perancangan sudah diatur. Malam itu Remy dan Gee sudah bersiap sedia untuk menculik Datuk Mustaqim dirumah kediamannya.

Remy sudah mengatur langkah memasuki ke perkarangan rumah Datuk Mustaqim dengan penuh berhati-hati. Namun begitu, Pak Cik Asmawi yang masih tidak tidur itu perasan ada kelibat orang yang cuba mencerobohi rumah itu. Dia mengekori keduanya sampai diruang tamu.

"Woii siapa tu!"

Remy dan Gee sepantas kilat bersembunyi disebalik sofa. Pak Cik Asmawi sudah mara ke hadapan. Ditangannya sudah tergenggam kayu.

"Biar aku yang uruskan orang tua tu," ucap Gee perlahan. Remy mengangguk faham.

Gee segera bertindak. Dia keluar dari tempat persembunyiannya, bersedia mendepani musuh. Belum sempat Pak Cik Asmawi memukulnya Gee menendang dada itu kuat. Segera dia merampas kayu itu dan memukul Pak Cik Asmawi sehingga pengsan. Ada darah yang terpalit di atas lantai putih itu.

Remy terkedu, "Eh, kau gila ke? Kenapa kau pukul dia sampai darah ni?"

"Kalau aku tak pukul habislah rancangan kita. Aku tak nak hancurkan rancangan bos!" Marah Gee.

Sedang mereka bertengkar, Tengku Arissya yang menuruni anak tangga diruang tamu itu terkedu melihat Pak Cik Asmawi tertiarap berlumuran darah. Dia menjerit kuat.

Remy dan Gee saling berpandangan.

"Siapa kau hah?" Jerit Tengku Arissya.

Remy dan Gee berlari ke arah Tengku Arissya. Dia tidak mahu Tengku Arissya merosakkan rancangan mereka. Belum sempat tangan Gee menarik Tengku Arissya, tiba-tiba ada seseorang datang menendang dadanya kuat hingga terdorong ke belakang.

Gee terkedu, "Siapa kau?"

"Selagi ada aku takkan ada sesiapa yang boleh menyentuh Tengku Arissya!" Ucap Rokiah a.k.a Sharleez lantang.

Pagi itu dia muncul sebagai Sharleez, dia sudah tidak ada masa untuk berlakon menjadi Rokiah. Keadaan sekarang memaksa dia untuk bertarung.

Dia langsung tidak tahu soal perancangan tuannya dan Remy malam ini, tapi mustahil tuannya tidak tahu dan membahayakan insan kesayangannya. Atau memang Remy belot? Cis! Celaka lelaki dihadapannya itu. Rupanya keinsafan masih belum berputik ditangkai hatinya.

Gee sepantas kilat bangun. Dia rasa tercabar apabila seorang perempuan menendangnya hingga jatuh terdorong ke belakang. Ia sangat memalukan!

"Kau akan terima padahnya. Ambil ni!"

Gee mara membuat serangan, dia cuba menumbuk Sharleez tapi setiap tepisan tangan perempuan itu terlalu pantas. Akhirnya Gee terkena satu tumbukan padu dari Sharleez, dia terbatuk-batuk dan darah pekat mengalir dari mulutnya.

Sharleez tersengih sinis, "Bagaimana rasanya? Sudah aku katakan, tidak ada sesiapa yang akan dapat menyentuh Tengku Arissya.."

"Siapa kata!" Tengking Gee terus mara.

Kali ini Gee agresif, dia memulakan serangannya. Berjaya! Sharleez terdorong ke belakang, dia terbatuk-batuk. Darah halus mengalir dari bibirnya.

Gee tertawa, "Kali ini tidak ada sesiapa yang boleh menghalang aku termasuk kau!"

"Langkah mayat aku dulu.. aku tidak akan membiarkan kau menyentuh keluarga ini!" Marah Sharleez kembali menyerang.

"Remy! Kau buat apa diam disitu! Cari Datuk Mustaqim, bawa dia ke sini cepat!" Jerit Gee kuat. Remy segera bertindak. Dia mara ke hadapan, namun Sharleez menghalang.

Kini Remy dan Sharleez pula yang berlawan. Gee mengambil kesempatan itu untuk menculik Tengku Arissya. Dia terpaksa menukar rancangannya. Jika tidak pasti akan menemui kegagalan.

"Lepaskan aku! Lepaslah!" Tengku Arissya meronta. Gee bengang. Tidak pasal-pasal gadis itu ditampar kuat.

Sharleez terhumban jatuh ke lantai, dia mengaduh sakit. Kenapa Remy seolah berlawan dengannya secara serius? Bukankah perjanjian sudah dibuat bahawa mereka perlu berlawan hanya sekadar untuk memastikan Gee tidak mengesyaki apa-apa. Sekarang lain pula jadinya. Dasar orang jahat!

Gee menarik pergelangan Tengku Arissya kasar namun tidak berjaya. Gadis itu sukar dikawal.

"Aku kata diam. Diamlah bodoh! Ikut aje aku!" Tengking Gee ganas. Dia sudah hilang sabar.

"Woii.. lepaskan anak aku!" Ucap Datuk Mustaqim yang sudah menuruni anak tangga dari tingkat atas tergesa-gesa. Dia baru perasan bunyi bising dari tingkat bawah.

"Papa jangan! Jangan datang sini. Bahaya!!" Jerit Tengku Arissya kuat cuba menghalang papanya.

Remy segera bertindak menarik pergelangan lengan Datuk Mustaqim kasar supaya mengikutinya. Namun berlaku pergelutan antara mereka. Akhirnya Remy berkeras sehingga menyebabkan Datuk Mustaqim terjelepuk jatuh ke lantai.

Luluh hati Tengku Arissya yang melihatnya, "Papaaaa..."

"Tak guna!" Marah Tengku Arissya sambil meronta ingin dilepaskan. Namun Gee semakin kasar mengenggam dan menarik tangan itu supaya mengikutinya.

"Cis! Aku takkan biarkan semuanya gagal. Kali ni aku akan lawan habis-habisan..."

Sharlezz sudah menyinga apabila dia melihat Remy melampaui batasan. Dia tidak pasti saat ini Remy berada dipihak mana tapi dia tak boleh terima apabila Remy memukul Datuk Mustaqim sehingga pengsan.

Sharleez kembali membuat serangan dalam keadaan dia yang masih sakit. Kali ini Remy kalah. Dia terjelepuk jatuh.

Gee sudah hampir berjaya membawa Tengku Arissya lari. Hampir! Tapi masih tidak berjaya sepenuhnya kerana Sharleez sepantas kilat sudah melompat terjun dari atas bangku ke ruangan luar rumah Datuk Mustaqim. Dia berusaha menghalangnya.

"Kau lagi!" Jerkah Gee.

"Lepaskan Tengku Arissya!"

"Aarrghh.. kau ni menganggu kerja aku saja. Tak guna!" Marah Gee. Dia mengambil pisau lalu menyerang Sharleez. Tengku Arissya terjelepuk jatuh. Dia menjerit sakit, terasa begitu sakit dibahagian kakinya. Mungkin sudah terseliuh disentap tolak kasar begitu. Dia sudah tidak mampu berjalan.

"Kau sudah melampaui batas!" Marah Sharleez segera berlawan dengan Gee. Gee sangat agresif pada saat itu. Tanpa sedar Gee berjaya membuat lengan Sharleez mengeluarkan darah.

"Arrghh..."

"Kau ingat kau hebat? Aku akan kalahkan kau malam ni!" Jerit Gee.. namun ia tidak mematahkan semangat Sharleez untuk terus mempertahankan bidadari Tengku Harith Zaqwan.

"Kau takkan dapat apa yang kau nak. Aku akan pertahankan Tengku Arissya walau maut menjadi milik aku malam ini.." ucap Sharleez kuat membuatkan Tengku Arissya terkedu dalam keterharuan.

Dia tidak tahu siapa sebenarnya Rokiah a.k.a Sharleez, tapi sekarang semuanya sudah terbongkar. Hebat pula berlawan. Pasti perempuan yang menjadi orang gajinya ini bukan calang-calang orang. Dia pasti akan membuat penghitungan.

Gee lembik ditumbuk Sharleez berulangkali. Dia berjaya mematahkan serangan Gee yang agresif menyerangnya. Gee tewas. Dia mengambil keputusan untuk lari dari situ. Kelihatan Remy juga sudah berlari keluar.

"Woiii jangan lari!" Jerit Sharleez cuba mengejar. Namun gagal, keduanya sudah hilang.

Sharleez kembali mendapatkan Tengku Arissya. Membantunya bangun, dibawa masuk ke dalam rumahnya.

Tengku Arissya diletakkan di atas sofa. Sharleez menarik Datuk Mustaqim perlahan, supaya bersandar di sofa. Air mineral yang ada di atas meja ruangan tamu itu segera dicapainya, lalu direnjis air itu ke muka Datuk Mustaqim.

"Datuk okay?" Soal Sharleez.

Datuk Mustaqim mengangguk perlahan.

"Papa!" Panggil Tengku Arissya. Datuk Mustaqim bingkas bangun perlahan. Dia menapak ke sofa lalu duduk di sebelah anaknya. Tengku Arissya segera memeluk papanya erat.

"Papa Arissya takut..."

"Papa ada jangan risau. Semuanya dah selamat.."

"Tapi siapa mereka tu?"

Sambil Datuk Mustaqim dan Tengku Arissya berbual seketika, sempat Sharleez menghantar whatsapp pada tuannya untuk memaklumkan semua yang terjadi. Sekarang tuannya dalam perjalanan ke rumah Datuk Mustaqim.

Dia juga sempat merenjis air dimuka Pak Cik Asmawi. Orang tua itu segera tersedar, lalu dia duduk bersandar disofa. Keadaannya masih agak lemah.

"Papa kurang tahu Arissya.."

Datuk Mustaqim dan Tengku Arissya tiba-tiba mengalihkan pandangannya pada Kak Kiah a.k.a Sharleez.

"Papa siapa dia?"

"Papa tak tahu Arissya," balas Datuk Mustaqim jujur.

"Siapa kau!" Lantang Tengku Arissya bertanya.

Sharleez terkedu. Dia memandang ke arah Tengku Arissya dan Datuk Mustaqim dengan pandangan yang penuh sulit. Hanya Tengku Harith Zaqwan dapat memberitahu siapa sebenarnya dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience