Rate

BAB 22

Romance Series 197165

Tengku Arissya tak dapat lelapkan matanya, dia asyik fikirkan apa yang papanya bagitahu. Sakit kepalanya memikirkan semua itu, kali ini migrainnya datang lagi.

Tengku Arissya bingkas bangun, dia duduk dibirai katil seketika. Kemudian tangannya mencapai handbagnya yang ada berdekatan meja kecil di tepi katilnya. Lalu dia selongkar handbagnya untuk mencari ubat migrain. Nasib baik ada banyak lagi bekalan ubatnya. Kemudian sebotol air mineral dicapainya untuk makan ubat itu. Jika dia abaikan pengambilan ubat migrain akan makin sakitlah kepalanya. Tubuhnya juga sudah mula terasa panas.

Selesai makan ubat Tengku Arissya bersandar di birai katil. Sekilas matanya memandang jam dinding yang tergantung di biliknya. Sudah ke angka tiga pagi.

'Ya Allah.. kuatkanlah aku. Janganlah sampai aku jatuh sakit kat sini, aku dahlah sorang-sorang kat Kota Paris ni.. jauh dari family. Tolonglah sihatkan aku Allah. Amin Ya Rabbal Alamin..' Desis hati Tengku Arissya mendoakan kesihatan dirinya. Semoga semuanya akan baik-baik saja.

Tengku Arissya cuba memaksa memejamkan matanya, akhirnya dia tertidur juga sampai ke pagi.

Keesokannya kesihatan Tengku Arissya masih belum stabil. Sakit kepalanya masih mencengkam otaknya. Nampaknya sakit migrainnya tidak mahu berdamai dengannya. Jadi, terpaksalah dia memohon cuti. Mahu dia ke klinik di Kota Paris jumlah bayaran untuk klinik sangat mahal, jadi terpaksalah dia bertahan dulu dengan ubat migrain yang dia bawa dari Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience