BAB 89

Romance Completed 198147

"Panasnya!" Aakif Aryanz merungut. Dia tidak selesa tinggal di situ, dahinya sudah berpeluh.

"Sabarlah sikit, kau ni pun!"

"Aku tak nak tinggal kat sini lama-lama, boleh rentung. Kita kena cepat bertindak.."

"Maksud kau?"

"Aku kena dapatkan Tengku Arissya. Hanya dia yang boleh bagi kemewahan pada aku. Kalau kau bantu aku, kau pun akan hidup senang..."

"Aku on aje. Kau nak kita buat apa?"

"Aku dah luah perasaan aku, tapi cinta aku masih ditolak. Jadi, kita akan buat sesuatu seperti yang kau bisik pada aku sebelum ni.."

"Tapi kita kena tahu siapa bekas suaminya!"

"Biar dulu yang tu, itu tak penting untuk aku. Sekarang ni aku kena jadi hero dimata Tengku Arissya.."

"So, kau nak aku buat apa yang kita rancang tu?"

"Ya, kau kena buat percubaan menculik Tengku Arissya. Kacau dia cukup-cukup! Lepas tu aku akan datang sebagai hero untuk dia. Aku akan jadi penyelamat. Aku yakin dia akan terhutang budi pada aku, nak lagi bila aku berjaya selamatkan maruah dia," balas Aakif Aryanz.

"Okay, no problem!"

"Perempuan macam Arissya tu dia memang pentingkan maruah diri. Jadi pandai-pandai kaulah melakonkan watak si perogol bersiri," ucap Aakif Aryanz. Zulfiqar tersengih.

"Bila nak mula ni?"

"Perempuan tu jarang keluar pada waktu malam. So, kita kena pastikan dia keluar. Kita kena planning dulu agar lebih senang kerja kita. Ingat, kita kena buat dengan teliti, kat sini negara orang kalau tertangkap buruk padahnya.." pesan Aakif Aryanz dari awal. Setiap rancangannya tidak boleh ada kesilapan.

"Okay, esok kita cari tempatlah. Kau kenal rumah Arissya?"

"Tak jadi masalah soal tu, aku kenal di mana dia tinggal. Aku pernah follow dia.."

Keesokannya, waktu pagi yang hening Aakif Aryanz dan Zulfiqar berjalan-jalan di kawasan berdekatan rumah sewa Tengku Arissya. Mungkin waktu begini gadis itu sudah ke tempat kerjanya. Di kawasan yang agak jauh dari situ ada lorong terbiar.. kelihatan sepi. Jarang orang lalu lalang disitu. Mungkin di situlah tempat sesuai mereka merancang perancangan yang sudah diatur.

Tengku Harith Zaqwan agak lambat ke tempat kerja pada hari itu. Dia mengayuh basikalnya ke rumah sewa Tengku Arissya, dia mahu memberikan sarapan pagi kepada Tengku Arissya. Entah kenapa dia rasa mahu menemui bekas isterinya pada pagi itu.

Sampai saja di situ Tengku Harith Zaqwan terkedu. Dia seperti mengenali dua susuk tubuh lelaki yang sedang berjalan membelakanginya. Tiba-tiba salah seorang daripadanya berpaling ke belakang..

"Aakif Aryanz?"

'Kenapa dia datang kawasan rumah sewa Arissya? Siapa yang sorang lagi tu? Hmm.. mungkin Zulfiqar. Tapi apa dia buat kat sini?' Soal hati Tengku Harith Zaqwan hairan. Dia segera ke rumah sewa Tengku Arissya, ada seorang mak cik di situ.. jiran bekas isterinya. Segera dia bertanyakan Tengku Arissya.

Lega hatinya apabila mak cik itu menyatakan padanya yang Tengku Arissya sudah ke tempat kerja. Bungkusan sarapan pagi itu diberikan saja pada mak cik tersebut. Namun sejak itu.. hati Tengku Harith Zaqwan tidak setenang tadi. Lautan hatinya kembali bergelora. Dia yakin ada yang tidak kena.

Bukan main terkejut Tengku Elvia apabila mendapat perkhabaran itu daripada bekas abang iparnya.

"What?"

"Abang risaukan Arissya. So, hari ni abang ambil cuti.."

"Jantan tu buat apa kat situ? Elvia tak sedap hatilah Abang Harith bila tahu pasal ni. Abang kena jaga akak.." balas Tengku Elvia.

"Tak tahulah dia orang buat apa kat situ.. tapi abang rasa mungkin ada sesuatu yang dirancangnya," ucap Tengku Harith Zaqwan

"Eeii.. geramlah dengan jantan tu. Siaplah kalau dia orang buat yang bukan-bukan pada akak. Memang kenalah nanti!" Marah Tengku Elvia...

Tanpa menyedari Datuk Mustaqim sudah berdiri di belakang Tengku Elvia. Dia sempat mendengar apa yang diucapkan Tengku Elvia.

"Tengku Elvia!"

Tengku Elvia tergamam. Membulat matanya, secara automatik dia mematikan telefonnya. Dia berpaling ke belakang.

"Helloo.. hellooo.. Elvia..." Hairan pula Tengku Harith Zaqwan tiba-tiba panggilan terputus. Dia menganggap tiada rangkaian.

Wajah Datuk Mustaqim masam mencuka. Tegang mukanya.

"Err.. papa.."

"Apa yang papa dengar tadi jelaskan semuanya?"

"Papa nothing.."

"Jangan tipu papa!!!" Marah Datuk Mustaqim.

"Papa... tak..."

"Enough Elvia! Tak perlu selindungkan apa-apa lagi. Papa nak tahu everything pasal Tengku Arissya.."

"Now!!!" Marah Datuk Mustaqim. Terjungkit bahu Tengku Elvia apabila ditengking oleh papanya. Terpaksa dia akur, akhirnya dia bercerita segalanya mengenai Aakif Aryanz.

"Papa!" Panggil Tengku Elvia panik apabila dia melihat papanya sakit dada.

"Papa okay?"

"Kejap Elvia ambilkan air suam," balas Tengku Elvia. Dia berlari ke ruang dapur mengambil air suam.

"Papa, minum.." ucap Tengku Elvia apabila sudah kembali ke situ tetapi malangnya dada papanya masih sakit.

"Pak Cik Asmawi!" Jerit Tengku Elvia.

"Pak cik!!! Pak cikkkk.."

"Ya, Cik Elvia ada apa?"

"Tolong, tolong saya. Kita bawa papa ke hospital sekarang.."

"Ya cik," balas Pak Cik Asmawi segera membantu Tengku Elvia mengangkat Datuk Mustaqim.

Sudah hampir sejam Tengku Elvia berada di hospital. Dia masih setia menanti papanya diluar bilik menunggu.

"Sayang, bagaimana keadaan papa you?" Soal Tengku Emir Danish.

"Masih dalam bilik, doktor sedang buat pemeriksaan.."

"Elvia sabar ya. Uncle yakin semuanya akan okay," ucap Datuk Qaid pula. Dia juga ada di hospital. Dia datang bersama anak lelakinya.

"Insya-Allah uncle," balas Tengku Elvia.

"Assalamualaikum.." Tiba-tiba kedengaran satu suara memberi salam.

"Wa'alaikumussalam.." salam itu terjawab perlahan di bibir setiap yang ada di situ.

"Cik Tengku Elvia bagaimana dengan keadaan Datuk Mustaqim?"

"Doktor masih memeriksa keadaannya," balas Tengku Elvia, namun hatinya tertanya-tanya siapa gerangan lelaki itu. Kemas sungguh pemakaiannya persis seorang peguam.

Tanpa sedar cemburu sudah bertapak di hati Tengku Emir Danish. Masam mencuka wajahnya. Pelik juga dia, siapa lelaki itu? Tiba-tiba muncul menegur buah hatinya. Kurang asam betul!

"Kenalkan saya Hud Mikail, adik sepupu Tengku Harith Zaqwan. Dia yang minta saya ke sini untuk bertanyakan keadaan Datuk Mustaqim," ucap Hud Mikail memperkenalkan diri. Cuak juga dia bila direnung oleh setiap mata yang disapanya.

"Tengku Harith Zaqwan? Suami kepada Tengku Arissya?"

"Ya, betul uncle.." balas Hud Mikail.
Seperti semua orang sedia maklum, Datuk Qaid juga tidak tahu menahu soal anak Datuk Mustaqim sudah bercerai dengan Tengku Harith Zaqwan.

"Dia tak balik ke sini?" Soal Datuk Qaid yang mengetahui Tengku Arissya masih di Kota Paris.

Kali ini Tengku Elvia mencelah pula, "Abang Harith dan kakak masih ada di Paris. Tiket untuk pulang ke Malaysia dah habis. So, mungkin abang minta adik sepupu dia ni tengok keadaan papa kat sini.."

Doktor sudah keluar dari bilik pemeriksaan, segera Tengku Elvia mendapatkan doktor itu.

"Bagaimana keadaan papa saya doktor?"

"Tidak ada apa yang perlu di risaukan, pesakit stabil. Cuma saya rasa mungkin pesakit mengalami satu kejutan sehingga ia mendatangkan rasa sakit pada dadanya," ucap doktor itu. Tengku Elvia tahu mungkin papanya terkejut mendengar cerita mengenai kakaknya di sana.

"Alhamdulillah.."

"Lepas ni saya harap cik pantau keadaan kesihatannya. Jangan sampai pesakit mengalami kejutan atau tekanan lebih, ia boleh membahayakan kesihatannya jika berlarutan," nasihat doktor.

"Baiklah doktor. Thank's.." balas Tengku Elvia.

"Cik boleh masuk untuk tengok keadaan pesakit, tapi pastikan jangan sampai pesakit rasa terganggu. Saya minta diri dulu.." pesan doktor. Tengku Elvia faham. Dia kemudiannya menapak masuk ke bilik wad itu.

Wajah papanya di renung penuh sebak, tapi dia tetap bersyukur. Pucat pada wajah itu sudah luntur.

"You sabar sayang ya. Semuanya akan baik-baik saja," pujuk Tengku Emir Danish memberikan kata-kata semangat. Hud Mikail sekilas menjerling.

'Oh, buah hati lelaki tu. Ingatkan Tengku Elvia masih tak berpunya. Melepas aku! Kalau tak boleh tackle. Cantik juga, sama macam kakak dia Tengku Arissya..' desis hati Hud Mikail nakal.

Beberapa minit kemudian Hud Mikail meminta diri. Dia masih banyak urusan kerja di ofisnya. Kelihatan Datuk Qaid juga sudah balik, hanya tinggal Tengku Emir Danish yang menemani buah hatinya.

"Harith, alhamdulillah semuanya okay. Datuk stabil. Cuma kata doktor dia sakit dada kerana kemungkinan ada sesuatu yang membuatkan dia terkejut," ucap Hud Mikail memaklumkan berita itu kepada Tengku Harith Zaqwan.

Sebenarnya dia dapat tahu mengenai Datuk Mustaqim disebabkan Tengku Elvia whatsapp memaklumkan mengenai perkara itu. Dia yang minta Hud Mikail melawat Datuk Mustaqim di hospital. Dia berharap semuanya akan baik-baik saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience