Rate

BAB 279

Romance Series 197165

Jauh Tengku Harith Zaqwan mengelamun selepas meeting, entah kenapa pada hari itu dia teringatkan seseorang. Bukan rindu, tapi ingatan itu menghempapnya, semacam sebuah kenangan. Membawa dia mengingati setiap perjalanan hidupnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan sebelum ini, sehingga menempatkan dia begini pada hari ini.

Hud Mikail perasan, Tengku Harith Zaqwan jauh mengelamun. Dia yang sudah menapak masuk bilik ofis itu menyapa, "Jauh kau termenung, ingatkan siapa?"

Seperti sudah dapat menduga Hud Mikail bertanyakan begitu.

"Nothinglah, kau buat apa kat sini?"

"Nah, nak serahkan fail ni. Nanti check dulu dan tandatangan, esok aku nak.."

"Alright.."

"Harith aku tahu kau teringatkan Qistina, kan? Tadi papa dia sendiri datang untuk batalkan kerjasama tu dengan syarikat kita. Kau marah sebab tu ke?"

"Aku langsung tak marah, Hud. Cuma aku macam tak percaya kita berurusan dengan Megah Holding, dan CEO syarikat tu papa Qistina.."

"Aku pun tak perasan benda macam ni, mungkin Kasyaf yang handle..."

"Tadi papa Oistina minta maaf dengan aku secara personal, dia kesal dengan apa yang berlaku. Dulu arwah Tengku Delisha ada bagitahu tentang kakaknya, cuma tulah katanya dia khilaf tak ambil tahu disebabkan sibuk urusan kerjanya diluar negara..."

"Mungkin dia rasa bersalahlah tu atas perbuatan anak dia kat kau sebelum ni.."

"Hmm tapi aku dah maafkan, benda dah lepas.."

"Kau tak tanya ke kenapa dia batalkan projek kerjasama dengan syarikat kita tu?"

"Bukan sebab aku, tapi dia nak pindah ke luar negara. Nak jual aset di sini," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Owh okaylah tu. Habis tu kenapa kau termenung?"

"Aku teringatkan Qistina. Aku ingat nak pergi jenguk dia.."

"Teringat? Eh, kau ada hati dengan dia lagi ke?"

"Hati aku cuma milik Tengku Arissya, selain itu tiada.. cuma yelah walaupun dia jahat dengan aku, tapi dia seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku.."

"Secara jujur, aku dah maafkan dia ke?"

"Entahlah, aku tak ada jawapan untuk pertanyaan kau tu.."

"Hmm.. tak apa aku faham. Cuma aku nak bagitahu kau, isteri aku bagitahu dia masih koma, baru pergi tengok minggu lepas.."

"Owh aku ingat petang ni nak ke hospital jenguk dia.."

Selesai pulang dari tempat kerja, Tengku Harith Zaqwan tidak terus pulang. Dia ke hospital untuk melawat Tengku Qistina. Gadis itu masih koma.

Dia sudah melangkah masuk ke ruangan hospital menuju di bilik wad Tengku Qistina. Tengku Arissya pula baru saja sampai di hospital, dia juga berniat mahu melawat gadis itu. Tapi sebelum itu dia ke bilik wad yang lain, melawat seseorang di hospital itu, iaitu salah seorang pekerjanya yang baru dimasukkan ke hospital akibat demam panas.

"Qistina, you apa khabar?" Sapaan pertama yang diberikan Tengku Harith Zaqwan pada Tengku Qistina.

"Sorrylah I baru aje datang jenguk you kat hospital, I busy dengan kehidupan I. Hmm lama sangat you tidur, I harap you diberi kesembuhan..."

Tengku Harith Zaqwan diam kali ini, dia rasa sebak. Lama dia diam, hanya memerhati keadaan gadis itu.

Tengku Arissya sudah menapak mahu ke bilik wad Tengku Qistina, dia melangkah laju... Dan semakin dekat dengan bilik itu.

Tengku Harith Zaqwan pula kembali bersuara setelah diam tadinya.

"Qistina, I tahu you dah banyak bagi I penderitaan. Tapi I tak pernah sampai nak berdendam dengan you, sebaliknya I sedih tengok keadaan you macam ni.."

"Tengku Harith?" Ucap Tengku Arissya perlahan seakan berbisik. Dia hanya berdiri dipintu bilik wad itu, namun jelas kata-kata yang Tengku Harith Zaqwan tuturkan.

"I sedih tengok you macam ni, you nampak menderita sangat. Walaupun you dah bagi I derita, tapi I tetap nak ucapkan terima kasih pernah buat I tersenyum suatu masa dahulu... Setidaknya you pernah jadi seseorang yang I sayangi.. cuma perbuatan you dulu tu kejam, I....."

"Cik Arissya? Kenapa tak masuk?" Soal nurse yang menyapa Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan terkedu.

"Eerr.. tak apalah, saya dah lewat.." ucap Tengku Arissya. Dia sedih dengar apa yang Tengku Harith Zaqwan tuturkan tadi. Jadi, bekas suaminya masih ada hati pada Tengku Qistina? Kenapalah dia bodoh tak boleh memikirkan semua tu.

"Arissya wait!"

Langkah Tengku Arissya laju. Tidak peduli pada panggilan itu lagi. Tengku Harith Zaqwan tahu mesti kesayangannya dah salah faham. Dia belum habis bercakap dengan Tengku Qistina tadi. Menamatkan kata-katanya.

"Arissya please wait! Sayang I say wait, please!"

Langkah itu semakin laju, kali ini Tengku Harith Zaqwan berlari. Dia tidak mahu hati gadis itu rajuk sendirian. Dia perlu memberi penjelasan.

"Lepaslah!" Tengku Arissya menyentap tangan Tengku Harith Zaqwan yang ingin menarik pergelangan lengannya.

"Arissya, please jangan macam ni dengan abang. Abang panggil kenapa buat tak dengar?"

"Stop it berpura-pura cintakan I, Harith. Baru hari ini I sedar yang cinta you memang untuk Tengku Qistina. Pergilah pada dia. Jaga dia. Dia kan sakit, kenapa nak sibuk kejar I pula?"

"Sayang dah salah faham ni. Sebab apa yang abang cakap kat dia tadi sayang marah ye?"

Tengku Arissya membisu seribu bahasa.

"Arissya, cinta abang hanya untuk sayang saja. Selain itu, tiada. Hanya satu..."

"Tipu!"

"Jangan meragui cinta ini, sayang.."

"Semua dah jelas, Harith. I dengar segalanya tadi..."

"Sayang enough, jangan biarkan hati tu sakit dengan salah faham ni. Bagi abang ruang untuk explain semuanya. Please, sayang..."

Tengku Arissya mahu melangkah pergi namun Tengku Harith Zaqwan menghalang.

"Sayang.. please, kita dah cukup dewasa bukan? Maka, bersikaplah matang... Abang tak nak gaduh, abang penat. Tolong ye sayang.. kali ni aje, abang merayu..."

Kali ini Tengku Arissya mengangguk perlahan. Mereka berdua keluar dari hospital, singgah di sekitar berdekatan situ untuk bercakap menyelesaikan segala salah faham itu.

Tengku Harith Zaqwan menjelaskan semuanya. Akhirnha gadis itu semakin memahami dan dapat menerima semuanya.

"Sorry, Arissya dah salah faham dengan abang..."

"Tak apa sayang. Apapun thanks bagi abang peluang untuk jelaskan semua tu.."

"Sayangg.."

"Hmm.."

"Sikit aje lagi nak settle urusan kerja abang, lepas tu kita pilih tempat ye untuk buat majlis kita. Sayang nak buat kat mana?"

"Terpulang kat abang.."

"Apa pula terpulang kat abang, abang tanya sayang, so sayanglah yang pilih.."

"Entahlah.."

"Kenapa ni? Tak nak kahwin dengan abang ke? Biasanya sayang beria-ria dengan abang. Abang rindu Arissya yang dulu. Dia kalau nak apa-apa, atau bercerita apa-apa mesti nampak bersungguh. Abang suka kalau orang yang abang sayang bersungguh dengan abang..."

"Sebab beria-ria dan bersungguhlah dengan abang dulu akhirnya Arissya yang merana..."

Kata-kata Tengku Arissya itu seakan membuatkan hati Tengku Harith Zaqwan terguris, ada kaca dalam matanya. Rasa sakit mula menghuni hatinya.

"Eerr.. Arissya... takk..takk..."

"Tak apa sayang, abang faham. Dulu abang buat sayang merana. Abang minta maaf untuk semua kesalahan abang pada sayang dulu.."

"Hmm abang tak boleh lama, abang pergi dulu ye. Abang kena balik awal, ada hal lain. Jaga diri sayang..." Sambungnya dan terus menapak ke tempat parkir keretanya..

'Ya Allah.. kenapa dengan aku ni! Kenapa aku lukakan hati dia lagi? Salah apa dia? Besar mana salah dia? Dia lelaki yang sangat menyintai kau. Tak cukup lagi ke Arissya di atas segala pengorbanannya pada kau? Apa masih belum cukup tulusnya dia pada kau? Cukup Arissya! Cukup hancurkan hati itu...' Desis hati Tengku Arissya. Dia merasa sangat bersalah.

Tengku Harith Zaqwan memandu laju, kata-kata Tengku Arissya terngiang-ngiang di telinganya. Dia benar-benar terasa hati. Tapi semuanya salah dia. Perempuan walaupun dapat maafkan kesalahan seorang lelaki, tapi dia tak pernah lupa apa yang lelaki tu buat pada dia. Derita yang lelaki tu bagi untuk dia. Sampai mati dia ingat.

'Maafkan abang, sayang. Abang tahu Arissya masih terluka. Tapi abang tetap nak sayang jadi milik abang. Sebab abang akan lebih bahagia bila sayang selalu ada dengan abang. Abang janji, abang akan tebus segala kesalahan abang pada sayang. Abang akan bahagiakan sayang...' Desis hatinya. Nekad. Dia yakin bahagia ada buat mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience