Rate

BAB 188

Romance Series 197233

"Kief siasat siapa Tengku Delisha sekarang!" Tengku Harith Zaqwan memberi arahan.

"Aku dah siasat tuan. Aku dah tahu siapa dia,"

"Siapa dia?"

"Dia adik Tengku Qistina," balas Sharkief membuatkan Tengku Harith Zaqwan terkedu.

"Aku dah agak dari awal, hati aku dapat rasa yang Tengku Qistina menghasut adiknya untuk menghancurkan hubungan Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish.."

"Jadi ia ada kaitan juga,"

"Betul, sebab tu kita perlu bertindak sekarang.."

"Aku nak kau follow Tengku Delisha setiap masa. Aku tak nak dia buat kerja gila,"

"Tapi macam mana dengan tugas aku yang sekarang?"

"Tak apa, Faqrul biar aku yang tolong tengokkan dia..

"Sharleez tuan, dia boleh tolong sekali-sekala," ucap Sharkief memberi cadangan.

"Leez biarkan saja dirumah Datuk Mustaqim, lagipun aku bimbang akan keselamatan Tengku Arissya,"

"Baik tuan, aku menurut perintah.."

"Bagus, buat yang terbaik. Kita sudah berada dipenghujungnya. Hanya tinggal beberapa bukti saja lagi.."

Hubungan Tengku Emir Danish sudah kembali baik dengan Tengku Elvia. Tengku Elvia nekad, walau apapun yang berlaku dia akan berusaha mempertahankan rumahtangganya agar tidak dihempas badai. Dia tidak akan sesekali menyerah untuk terus mempertahankan hak miliknya, yakni suaminya Tengku Emir Danish.

Faqrul yang sudah bercerita tentang penolakan Tengku Arissya itu membuatkan bosnya marah, tak semena-mena Faqrul ditumbuk berulangkali oleh konco-konco bosnya, iaitu Remy dan Gee.

"Sakitlah bodoh!" Marah Faqrul memberontak tapi malangnya kedua belah tangannya sudah dipegang oleh Remy dan Gee kuat.

"Tahu pun sakit, tapi buat kerja lembik!"

Bosnya menampar kedua belah pipi Faqrul. Darah pekat mengalir dibahagian mulutnya.

"Bos aku dah cakap kan dengan kau dari awal, bukan mudah nak tackle Arissya!" Jerit Faqrul kuat.

"Yang kau yakinkan aku boleh dapatkan Arissya tu dah kenapa?"

"Sebab hari tu dia nampak macam kebulur nak aku," balas Faqrul biadab. Lelaki seperti Faqrul hakikatnya memang tidak pernah ada tempat di hati mana-mana perempuan.

Bosnya tergelak mendengarnya, "Alasan!"

"Remy, Gee bunuh dia!" Arah bosnya.

"Bos maafkan aku! Aku janji akan cuba cara lain untuk dapatkan Arissya atau terus bantu kau dari segi perancangan lain tapi dengan syarat kau jangan bunuh aku! Aku yakin bos, kau perlukan aku. Tolong bos, aku merayu.." pinta Faqrul supaya dimaafkan. Siap terduduk melutut lagi meminta seucang nyawa ditangan manusia durjana itu.

"Okay, baik. Aku maafkan kau tapi kerja kau mesti jadi kali ni. Kalau tak awas!"

"Okay bos okay, aku janji. Kau cakap aje nak aku buat apa. Aku sanggup melakukan apa saja," balas Faqrul.

"Remy, Gee lepaskan dia!" Arah bosnya.

Bosnya melangkah ke depan dua tiga langkah, "Kali ni biar aku yang beraksi, aku sendiri yang akan cuba dapatkan apa yang aku inginkan selama ini. Dan kau... cukup bersiap sedia, kalau ada apa-apa aku akan contact untuk kau bantu. Faham!"

"Kejap, maksud bos. Bos nak tonjolkan diri, jumpa si Harith tu?"

"Of course. Aku terlalu rindukan dia," balas bosnya yang sudah tersenyum membayangkan seraut wajah tampan itu. Sekarang ini lelaki idamannya itu kaya raya, duit tinggalan Tengku Suria tentu banyak. Lebih dari jutaan ringgit agaknya.

Kalau dia berjaya mengahwini Tengku Harith Zaqwan sudah pasti segala harta itu akan jatuh ke tangannya. Dia akan hidup mewah. Tak perlu bersusah payah untuk membangunkan semula perniagaan papanya yang sudah hampir bankrap.

Tapi Tengku Delisha harus seiring dengannya. Alang-alang mencapai satu impian, biar ia berbuah menjadi dua impian. Andai saja salah satunya gagal, ada yang satu lagi. Dia akan berusaha mendapatkan sesuai dengan keinginannya.

"Nantikan I sayang, tak lama lagi kita akan jumpa,"

"Aku di minta pantau Tengku Delisha," ucap Sharkief.

"Buat apa pantau dia pula? Bukan ke kau kena pantau Faqrul?"

"Tuan sendiri yang akan pantau Faqrul tu,"

"Apasal macam tu?"

"Kau tahu tak Tengku Delisha yang aku ceritakan pada kau tu merupakan adik kepada Tengku Qistina,"

"What?"

"Yup, itulah realitinya.."

"Realiti ni boleh buat aku gila, tak sangka betul!"

"Aku pun terkejut bila dapat tahu kenyataan tu," balas Sharkief.

"Kita kena bertindak dengan lebih bijak. Bahaya! Musuh kita makin bertambah, ada dua ni.."

"Jangan risau aku sudah dapatkan beberapa bukti. Cuma ada yang belum lengkap lagi untuk membawa mereka ke muka pengadilan,"

"Bagus, itulah yang aku mahukan, tapi lebih tak sabar mahu beraksi,"

"Apa boleh buat, tugas kau terperap aje kat rumah Datuk Mus tu," balas Sharkief ketawakan Sharleez.

"Ketawalah kuat-kuat, tanpa aku semua tak jalan tau.."

"Kau ingat kau tu hebat sangat,"

"Eh, mestilah. Sharleez kut. Semua pandai. Bawa motor ducati, siap kasi aksi lagi. Bijak dalam penyamaran lagi, haa.."

Sharkief tergelak lagi, ya dia akui memang Sharleez memiliki semua itu.

"Eh, okaylah aku nak sambung kerja. Kau terus pantau Tengku Arissya," ucap Sharkief.

"Alright, kau pun jaga diri baik-baik," pesan Sharleez.

"Kau macam mana dengan Ariana, okay?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Malam itu Hud Mikail tidur di rumahnya, jadi mereka sempat berbual-bual.

"Okay, alhamdulillah. Bahagia rupanya bila ada orang yang kita sayang ni," balas Hud Mikail. Tengku Harith Zaqwan senyum.

"Betul, hari-hari orang yang kita sayang tu akan ambil berat. Tanya pasal kita, call kita. So, tak rasalah sunyi tu,"

"Kau mesti rasa sunyi kan sejak Arissya tinggalkan kau?"

"Bukan sejak Arissya tinggalkan aku aje, tapi arwah mama juga. Dua-dua tinggalkan aku. Allah je tahu rasa sunyi aku tu macam mana Hud,"

Kata-kata abang sepupunya buat Hud Mikail rasa sebak.

"Aku faham apa yang kau rasa, tapi susah nak perbetulkan semua bila kau asyik sembunyikan rahsia besar yang perlu Arissya tahu tu,"

"Aku tak yakin Arissya akan sabar saat mengetahui hakikat cerita sebenar,"

"Tapi dulu kau juga yang beria-ria nak cerita pasal apa yang jadi tu kan,"

"Betul Hud, tapi bukan semuanya. Dulu aku memang nak beri penjelasan pada Arissya, tapi aku ubah fikiran. Aku hanya bercerita pada Elvia, tu pun setengah aje. Bukan semua,"

"Sebab Arissya tak dapat terima kau?"

"Itu salah satu sebabnya tapi sebab lain untuk keselamatan Arissya,"

"Kau dah tahu siapa dalangnya?"

"Dah Hud, cuma aku perlukan bukti yang lebih kukuh untuk mengheret mereka ke muka pengadilan,"

"Siapa orangnya?"

"Biarlah rahsia,"

"Tapi penting untuk aku tahu juga Harith," balas Hud Mikail ingin mengetahuinya.

"Kali ni aje Harith, please bagitahu aku. Aku janji akan simpan rahsia ni," sambungnya. Akhirnya Tengku Harith Zaqwan memberitahu siapa dalangnya. Bukan main terkejut Hud Mikail. Tidak terkata dia, hanya memandang abang sepupunya dengan satu pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience