Rate

BAB 286

Romance Series 197233

"Sayang are you okay?" Soal Hud Mikail, belum sempat isterinya menjawab tubuh itu dipeluknya penuh sayang.

"Abang kenapa ni? Sampai nangis bagai ni.." soal Iris Ariana yang berusaha merenggangkan pelukan itu.

"Abang sedih bila dapat tahu Ariana accident, abang rasa jantung ni macam berhenti berdegup..."

"Abang tengok Ariana, apa abang nampak sekarang?"

Hud Mikail memerhati wajah isterinya.

"Abang tengok sayang luka dibahagian dahi, tangan sayang pula berbalut.."

"Okay, so Ariana nak bagitahu abang yang Ariana okay. Tak ada kecederaan serius pun. Tangan ni tak patah, cuma luka tapi doktor balut sebab tadi darah banyak keluar.."

"Tapi abang takut tadi.. abang... Hmmm..abang..gg..."

Kali ini Hud Mikail menangis, dia takut kehilangan isterinya. Wajah itu tertunduk. Namun, Iris Ariana menarik tubuh itu dalam pelukannya. Dia tahu suaminya masih terkejut dan merasa takut.

Sebenarnya dia hampir pengsan kerana terkejut. Dia hampir dilanggar, tapi nasib baik ada seseorang menariknya pantas sampai dia terjatuh ke lantai. Semua yang terjadi kerana kecuaiannya sendiri. Salah dia.

"Abang jangan nangis lagi. Abang kan lelaki. Lelaki kena kuat.." pujuk Iris Ariana. Hud Mikail membetulkan duduknya, dia mengangguk perlahan. Wajah isterinya dipandang.

"Sayang betul-betul okay?" Sekali lagi pertanyaan itu diajukan untuk memastikan isterinya baik-baik saja.

"Don't worry Ariana okay abang.."

"So, sekarang ni doktor bagi sayang balik rumah ke tak?"

"Boleh balik tapi sebelum balik doktor suruh ambil ubat kat kaunter.."

"Eh, kejap.. Dhel mana abang? Ni dah jam berapa. Siapa ambil Dhel?"

"Tadi abang tergesa-gesa ke sini, minta tolong Harith tapi dia ada meeting, jadi Arissya yang ambil Dhel.."

"Owh.. okay, jadi kita terus ambil Dhel ye kejap lagi kat rumah Arissya?"

"Kita ambil Dhel malam ni ye sayang, abang nak kita balik dulu.. sayang pun kena banyak rehat.."

"Okay abang.." jawab Iris Ariana ringkas, lagipun kepala dia masih terasa pening.

Tengku Harith Zaqwan pulang awal pada petang itu setelah selesai urusan kerjanya.

"Sayang... semua okay ke?" Soal Tengku Harith Zaqwan. Wajahnya serius.

"Eh, abang rupanya.. duduklah dulu," ucap Tengku Arissya.

Tak perasan pula dia suaminya sudah pulang dari kerja, mana taknya dia ralik layan Dhel. Comel sungguh anak Hud Mikail dan Iris Ariana, geram dibuatnya. Debab. Bertoncang dua dikepala. Pipi dah macam pau yang penuh isi..

"Semuanya okay abang. Hud ambil Dhel malam ni.."

"Ariana masih kat hospital? Teruk ke accident?"

"Tak adalah teruk pun, dah boleh balik. Cuma ada beberapa kecederaan, tapi Ariana nampak okay, stabil.."

"Syukurlah, abang ingatkan teruk accident tu. Nampak Hud tadi risau sangat time bagitahu abang yang Ariana kat hospital,"

"Mestilah, tu kan isteri dia. Dia mestilah sayang. Kalau Arissya yang...." Belum sempat lagi Tengku Arissya meneruskan kata-katanya, jari telunjuk Tengku Harith Zaqwan terpacak di mulut itu, seakan dia tidak mahu kesayangannya meneruskan kata-kata itu.

"Benda buruk abang tak nak jadi pun dalam hidup kita, apalagi kalau sayang yang kena. So, please jangan cakap benda bukan-bukan dengan abang.." ucap Tengku Harith Zaqwan serius.

Tengku Arissya tunduk, hanya mengangguk perlahan.

"Sini kat abang," ucap Tengku Harith Zaqwan menarik pergelangan tangan isterinya. Tengku Arissya ikutkan saja.

"Duduk kat abang.."

"Adesss.. beratnya sayang.." usik Tengku Harith Zaqwan.

"Dah tadi suruh Arissya duduk kat abang, Arissya duduklah atas paha abang.."

Tengku Harith Zaqwan sengih, "Okay tak, duduk sini.."

Tengku Arissya duduk disebelah suaminya, tangan itu digenggam erat.

"Sayang abang tak marah, abang cuma tak nak sayang cakap bukan-bukan. Sebab abang tak nak kehilangan. Cukuplah apa yang pernah jadi dalam hidup kita, harap Arissya tak terasa hati abang tegur tadi.."

Tengku Arissya senyum, "Abang Arissya okay aje. Tahu yang abang sayangkan Arissya, kan.."

"Haaa bagus kalau sayang tahu.."

Tiba-tiba kedengaran bunyi Dhel menangis, keduanya terkedu. Saling berpandangan.

Tengku Arissya segera duduk di karpet itu, memujuk Dhel. Tengku Harith Zaqwan juga sama. Dia cuit pipi Dhel. Anak kecil itu memandang lama wajah Tengku Harith Zaqwan, tangisnya tidak lagi kedengaran.

"Dhel suka abanglah, dia dah tak nangis dah.." ucap Tengku Arissya...

"Mestilah dia suka abang, abang handsome. Sekali pandang dah jatuh cinta kat abang," ucap Tengku Harith Zaqwan yang sudah tergelak tengok reaksi wajah isterinya yang mencebik.

"Perasan pula abang ni, tak baik riak.."

"Abang cakap betul," balas Tengku Harith Zaqwan. Sekali lagi dia tergelak.

"Dah tu abanglah ambil jaga Dhel," ucap Tengku Arissya yang sudah meminta suaminya jaga Dhel.

"Sayang nak pergi mana tu?"

"Masak untuk makan malam,"

"Tak penat ke? Makan luar ajelah sayang.." jerit Tengku Harith Zaqwan.

"Tak nak! Nak masakkk.."

Tengku Harith Zaqwan tersengih, dia tahu isterinya rajin. Suka masak. Sedap pula tu kalau masak, mengalahkan chef tersohor.

Sebenarnya Tengku Arissya mahu memasak kerana dia sudah ajak pasangan suami isteri itu makan malam bersama dirumahnya. Tengku Elvia pula katanya pulang agak lewat kerana ada urusan diluar, begitu juga papanya. Dua beranak itu sentiasa sibuk sejak dua menjak ini.

"Alolololo.. kenapa Dhel? Tak rasa beruntung ke uncle yang kacak ni dukung?" Ucap Tengku Harith Zaqwan memujuk Dhel, dia tersengih sendiri dengan ucapannya. Kakinya sudah melangkah ke ruangan halaman rumah banglo itu.

"Tengok ni, ni apa?"

Anak kecil yang berusia tiga tahun itu melihat ke arah kolam ikan koi itu.

"Apa tu?"

"Haa.. ni ikan Dhel, ikan koi. Semua ikan uncle sama debab macam Dhel.." ucap Tengku Harith Zaqwan, pipi anak kecil itu dicuit perlahan. Tersengih anak kecil itu. Pandai juga Tengku Harith Zaqwan pujuk.

Tiba-tiba bau semerbak dari dapur, terasa pula perutnya lapar. Mana tidaknya, dia tidak menjamah apa-apa makanan. Hanya minum air saja waktu lunch.

Tengku Harith Zaqwan menapak ke ruangan dapur. Saja dia nak tengok kesayangannya masak apa.

"Hai, sayang! Masak apa tu?"

"Arissya masak menu biasa aje abang.."

"Wahh.. ada kangkung belacan, lagi apa ni.. hmm daging goreng bawang, sedapnyaa..."

"Ada lagi menu lain yang tak siap masak.."

"Banyaknya sayang abang makan, siapa nak makan lagi ni?"

"Abang sebenarnya Arissya ajak Hud dengan Ariana dinner sini," jawabnya.

"Owh patutlah, kenapa tak bagitahu abang awal?"

"Sorry abang, Arissya tak nak susahkan abang. Takut abang kalut nak balik pula.."

"Sayang ni, kita kan suami isteri. Abang tak kisah pun sayang bagitahu abang awal, lagipun demi sayang abang akan balik awal. Lain kali apa-apa bagitahu aje abang ye..."

"Tak apalah, abang pun dah tolong jagakan Dhel tu.."

"Ye sayang, sempat tak masak menu lain lagi? Ke nak abang order makanan lain lagi?"

"Tak apa sempat Arissya masak abang.."

"Okay sayang..."

"Abang nak makan kejap lagi ke? Tunggu nasi masak boleh je kalau abang lapar.."

"Hmm malam nilah sayang, kita makan sama-sama dengan Hud dan Ariana.."

Tengku Arissya mengangguk faham.

"Abang pergi kat halaman taman balik ye. Sayang masaklah, kalau ada apa-apa bagitahu abang.."

"Okay abang.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience