Rate

BAB 156

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan menjerling ke arah jam tangannya, waktu begini Tengku Arissya masih ada dirumahnya. Kalau dia call Rokiah, ada pula yang akan curiga tentang dia. Tengku Harith Zaqwan biarkan saja, dia sudah menapak ke halaman rumah untuk ke tempat kerjanya. Ada meeting yang perlu dia uruskan pagi itu.

"Arissya, jom makan pagi. Kak Kiah dah masak," ucap Rokiah.

"Thanks.."

"Maaf ya, Kak Kiah masak pun tengok mana yang ada aje kat dapur,"

Tengku Arissya senyum, "Eh, tak apa. Malam ni kita keluar, temankan Arissya beli barang dapur.."

Rokiah hanya mengangguk faham saja.

"Papa mana Kak Kiah?"

"Owh.. Datuk awal pagi dah masuk ofis, katanya ada meeting dengan klien,"

"Papa tu selalu aje busy sejak akhir-akhir ni, tu yang dia cari pembantu rumah," balas Tengku Arissya.

"Kak Kiah sinilah sarapan pagi bersama Arissya,"

"Eh, tak apalah Arissya. Kak Kiah nak ke dapur. Masih ada kerja yang tak selesai lagi,"

"Owh kalau begitu tak apalah," balas Tengku Arissya. Rokiah kembali ke dapur.

Beberapa minit kemudian Tengku Arissya terus ke tempat kerjanya, lagipun banyak kerja yang masih belum dia selesaikan.

Tengku Harith Zaqwan memulakan meetingnya pada pagi itu. Selesai saja meeting dia segera menelefon Rokiah.

"Aku nak tahu perkembangan di sana," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Tuan, aku dah jalankan tugasan yang tuan berikan tu. Semuanya berjalan lancar. Arissya dah boleh terima kehadiran aku sebagai pembantu rumah kat sini,"

"Bagus! Terus pantau keadaan di sana. Jaga keluarga Datuk Mustaqim baik-baik. Jangan sampai penyamaran kau terbongkar,"

"Baik, tuan!"

"Owh ya tuan, malam ni Tengku Arissya ajak aku beli barangan dapur,"

"Malam ni hantar location mana kau nak pergi,"

"Baik tuan!"

Malam itu Tengku Arissya dan Rokiah keluar berjalan bersama. Dalam perjalanan menuju ke supermarket, mereka berdua sempat berbual-bual. Makin mesra seperti kawan baik pula kelihatannya. Siap tergelak bagai.

"Kak Kiah ni luculah, sakit perut Arissya gelak,"

Rokiah hanya tersenyum saja.

"Hmm.. Arissya nak Kak Kiah beli apa kejap lagi?" Soal Rokiah.

"Beli barangan dapur. Kak Kiah belilah udang, sotong, ayam atau sayur-sayuran. Kat situ ada aje walaupun kita tak ke pasar setiap pagi,"

"Owh.. lupa Kak Kiah yang ni Kuala Lumpur, bandar besar. Tentu macam-macam ada kan,"

"Ya Kak Kiah, tapi hidup disini banyak cabarannya. Ramai yang kecundang, terutamanya mereka yang datang ke sini untuk mencari pekerjaan,"

"Maksud Arissya?"

"Perempuan muda lepasan SPM dan STPM yang berasal dari kampung biasanya diaorang akan ke sini mencari pekerjaan. Tapi tulah macam Arissya kata tadi, hidup di bandar ni penuh cabaran. Kalau tak kuat iman ramai yang kecundang. Kebanyakan anak muda dijadikan sebagai pelacur. Hakikat ni tak siapa mampu ubah,"

Rokiah mengangguk faham, "Betul kata Arissya. Ada juga Kak Kiah dengar budak kampung yang datang sini kehidupan mereka hancur.."

"Tapi atas diri kita sendiri juga. Kitalah yang mencorakkan diri sendiri. Kalau benda tu tak elok untuk kita kenapa nak tempah tiket ke neraka kan,"

"Ha'ah.. betul tu Kak Kiah setuju, tapi ada juga yang kena aniaya kan,"

"Owh.. itu yang sedihnya. Kawan perangkap kawan, akhirnya rosak akhlak. Hidup di jalan yang penuh dengan kesesatan,"

"Kadang mereka bukan memilih untuk jadi begitu, Arissya.."

"Tapi nak buat macam mana sudah ketentuan takdir. Mereka yang perlu mengubah takdir hidup mereka sendiri, maksud Arissya untuk keluar daripada jalan yang penuh dengan kegelapan tu," balas Tengku Arissya.

Sejujurnya Tengku Arissya semakin suka dengan Rokiah, pembantu rumahnya seperti orang yang berpelajaran. Bijak. Dari manalah papanya ambil pembantu rumah ni. Hebat bercakap. Kadang-kala Rokiah nampak sangat tegas. Seolah-olah dia mempunyai pendirian tersendiri.

"Okay, kita dah sampai. Jom shopping!" Ucap Tengku Arissya. Rokiah senyum.

Best juga dapat majikan yang sporting macam Tengku Arissya. Dia sangkakan gadis itu sombong, rupanya terlalu baik hati. Patutlah tuan dia sukakan Tengku Arissya, bukan main sanggup lakukan apa saja demi keselamatan gadis ini.

"Kak Kiah pilihlah barangan dapur mana yang nak guna untuk bulan ni. Kejap lagi kita bayar kat kaunter,"

"Yelah," balas Rokiah.

"Kak Kiah duduk sini dulu ya pilih-pilih nak beli apa, Arissya nak ke sebelah sana kejap cari barang,"

Sewaktu Tengku Arissya ke sebelah sana, Rokiah segera menghantar location tempat di mana mereka berada.

Tengku Harith Zaqwan sudah bersedia, dia sudah menunggu di dalam keretanya. Nasib baik dia tidak berada jauh dari tempat itu. Dia segera ke sana.

Setengah jam kemudian mereka masih di situ, Tengku Arissya masih memilih makanan ringan yang dia nak. Semasa dia mahu mencapai coklat, ada yang sudah terlebih awal mahu mengambilnya. Masing-masing berpaling memandang sesama sendiri. Tengku Arissya terkedu melihat seraut wajah itu. Dua-dua tak jadi ambil coklat itu.

"You!" Serentak mereka menuturkan kata.

"Arissya buat apa kat sini?"

"I saja datang sini beli barangan dapur. You tu buat apa kat sini?" Soal Tengku Arissya.

"I pun datang sini cari barang,"

"You nak ni kan tadi, kejap I ambilkan," ucap Tengku Harith Zaqwan. Dia segera bagi coklat itu pada Tengku Arissya.

"Thanks. Hmm.. you jarang nampak sekarang, pergi mana?" Soal Tengku Arissya.

"Owh.. I kadang sibuk ulang alik ke Pulau Langkawi,"

"Outstationlah ni,"

"Outstation sambil jumpa dengan Dania. You ingat lagi kan Dania? I pergi sana jumpa dialah. Dia ajak I jalan-jalan. Best sangat!"

Kali ini Tengku Arissya terdiam, riak wajahnya langsung berubah. Hatinya seakan terhiris pedih kerana cemburu. Namun Tengku Arissya cuba berlagak biasa.

"Owh yeke? Baguslah, I doakan semoga you dengan Dania jadi-jadian,"

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Apa tu jadi-jadian?"

"Jadi pasangan kekasih,"

"Aamiin.. insya-Allah doakan I Arissya. Moga termakbul keinginan yang you nak tu," balas Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya pula senyum hambar cuba menutupi kelukaan dihatinya.

"Arissya, Kak Kiah dah siap," ucap Rokiah yang sudah mendekati majikannya.

"Siapa ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Owh ni Kak Kiah, pembantu rumah I. Papa yang carikan," balas Tengku Arissya.

"Kak Kiah ni Tengku Harith, dia kawan Arissya,"

"Hai Kak Kiah," sapa Tengku Harith Zaqwan. Rokiah hanya senyum.

"Tak apalah Harith, I minta diri dulu ya, lagipun dah lama I kat sini," balas Tengku Arissya.

"Hmm okay," balas Tengku Harith Zaqwan.

'Maafkan I Arissya, sekali lagi I terpaksa lukai hati you. I tahu you cemburu, tapi I buat semua ni bersebab..' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya segera naik ke tingkat atas tanpa bercakap sepatah kata pun dengan Rokiah. Sepanjang perjalanan pulang tadi pun majikannya diam saja. Dia yakin mesti ada kena mengena dengan tuannya.

Tengku Arissya menghempaskan tubuhnya ke katil, dia tarik bantalnya.. lalu menyembamkan mukanya ke bantal. Dia menangis teresak-esak. Hatinya benar-benar sakit dengan kata-kata Tengku Harith Zaqwan. Dia terluka dalam diam.

Tengku Harith Zaqwan sedang memandu pulang ke rumahnya, dia teringat semula kata-katanya pada Tengku Arissya.

'Kejamkah aku Tuhan? Buat dia terluka dengan cara begini, atau aku terlalu lembut sehingga tidak tegar melukai sekeping hati insan yang aku cintai itu. Allahu. Serba salah jadinya. Sayang, maafkan I..' Desis hati Tengku Harith Zaqwan sebak.

Tengku Arissya menangis sampai tertidur dia. Orang kata kalau kita sakit, tidur itu sajalah yang mampu merawat seluruh rasa sakit itu untuk seketika. Semoga esoknya kembali pulih kesakitan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience