Rate

BAB 220

Romance Series 197233

Tengku Harith Zaqwan menekan pedal minyak keretanya laju bila Shakief sudah pulang ke rumah Datuk Mustaqim. Dia mahu melihat keadaan Sharleez.

Sampai saja dirumah banglo miliknya. Tengku Harith Zaqwan berlari masuk, dia risaukan keadaan anak buahnya.

"Leez!"

"Tuan!" Ucap Sharleez yang sedang berehat diruang tamu. Dia dapat melihat jelas wajah tuannya tegang. Barangkali risaukan keadaannya.

"Bagaimana keadaan kau sekarang?"

"Aku ditembak dibahagian lengan, tapi aku okay tuan.."

Tengku Harith Zaqwan menarik nafas lega, "Remy macam mana? Kat mana dia?"

"Remy dibalai polis. Dia ditahan.."

"Mungkin polis sudah menyiasat tentang kegiatannya selama ini," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Betul, tapi hukuman ke atasnya tidak begitu berat kerana dia bekerjasama dengan pihak polis tuan.."

"Aku akan sedaya upaya menolongnya. Aku mahu dia kembali ke pangkuan emaknya suatu hari nanti.."

"Bagaimana dengan Gee? Tumpas?" Sambungnya bertanya.

"Tumpas tuan. Sebenarnya ada yang menolongku. Jika tidak, aku dan Remy pasti sudah menjadi tawanan Gee.."

"Siapa?"

"Aku!"

Adrian Smith sudah berdiri dimuka pintu yang masih terbuka itu. Tengku Harith Zaqwan berpaling, dia melihat lelaki itu dengan pandangan yang sedang mentafsir lelaki itu.

"Siapa dia ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan tidak mudah percaya.

Sharleez bingkas bangun perlahan, dia menapak ke arah Adrian Smith. Segak sungguh orangnya. Berbadan sasa. Tinggi. Tegap. Ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita.

"Tuan, aku kenalkan ni Adrian Smith. Dia yang telah menolong aku.."

"Kau terlalu mudah percaya pada lelaki ini Sharleez, bagaimana jika dia orang upahan Tengku Qistina!" Tengku Harith Zaqwan tidak berpuas hati.

"Tidak tuan, percaya aku. Aku mengenali siapa dia.."

"Dia handal dalam seni mempertahankan diri dan penembak yang berkaliber. Dia mampu menembak dari jarak yang jauh tuan," sambung Sharleez.

"Aku tidak mahu tahu soal itu. Pesan aku jangan mudah percaya. Kalau tak segala perancangan kita pasti akan hancur!" Marah Tengku Harith Zaqwan. Dia mahu naik ke tingkat atas namun dihalang Adrian Smith.

"Tunggu Harith!"

Tengku Harith Zaqwan berpaling ke belakang semula.

"Aku bukan orang jahat. Leez sudah lama mengenali aku. Kami pernah belajar seni mempertahankan diri sama-sama suatu ketika dahulu diluar negara. Namun terpisah oleh jarak dan waktu atas tugasan tersendiri. Bekas arwah kekasih Sharleez merupakan kawan baik aku. Aku yakin kau mengenalinya..."

"Benar Sharleez? Kau benar-benar mengenali lelaki ini?" Soal Tengku Harith Zaqwan sekali lagi menginginkan kepastian.

"Benar, tuan!"

"Kalau begitu masuk!" Pelawa Tengku Harith Zaqwan. Pertanyaan demi pertanyaan diajukan, akhirnya dia percaya. Namun begitu, Adrian Smith tidak langsung menyebut soal Rubina Elizaberth dan Darius. Biarlah ia hanya menjadi rahsia buat sementara waktu.

Pagi esoknya keluar berita kematian seorang penjenayah. Berkait dengan Gee. Tengku Qistina yang sedang meneguk secawan coffee tersedak. Dia terbatuk-batuk halus.

"Kakak perlahanlah minum tu.." pesan Tengku Delisha yang turut ada dimeja makan.

"Gee terbunuh!"

"Hah?"

"Tu.. lihat berita tu.."

"Ya Allah.. siapa yang bunuh anak buah akak tu? Ngerinya.."

"Ini pasti semua angkara Remy. Remy pasti sudah membunuh Gee," ucap Tengku Qistina, fikirnya begitu tanpa mengetahui perkara sebenar...

"Kenapa Remy pula?"

"Remy belot selama ni.."

"What?"

"Malam dia menghilang tu, bermula dari situ dia belot. Entah siapa yang meracuninya. Pihak mana yang terlibat.."

"Maksudnya yang Delisha pengsan kat tandas tu pun angkara Remy? Dia upah orang?"

"Mungkin.."

"Remy memang tak guna!"

"Habis tu macam mana planning kita seterusnya? Jadi ke?"

"Akan diteruskan.."

"Tapi akak mana ada anak buah lagi. Semua dah mati! Remy pula belot. Macam mana nak jalankan rancangan kita.."

Tengku Qistina tersengih sinis, "Actually akak ada tiga orang anak buah yang handal, tapi buat masa sekarang mereka tak boleh tonjolkan diri lagi.."

"Siapa kak?"

"Sichai, John dan Leo. Mereka bertiga berasal dari Thailand. Pembunuh paling handal.."

"Wow.. tak sangka! So, kita dah boleh teruskan rancangan kita.."

"Bukan sekarang Delisha. Akak yakin pihak polis tentu menyiasat tentang kematian Gee.."

"Macam mana kalau akak tertangkap?"

"Nak jadi jahat tak boleh bodoh, Delisha. Akak pelakon terbaik.."

"Yakinnya. Bagaimana jika Remy memberitahu segalanya pada pihak polis?"

"Tak apa, bukti yang akan Remy bagi tu tak kukuh. Ia takkan dapat mengheret akak sekali ke penjara," balas Tengku Qistina angkuh. Tengku Delisha tersenyum.

Kali ini dia nekad, dia ingin mengikut jejak langkah kakaknya. Dia akan cuba mendapatkan segala keinginannya untuk memiliki Tengku Emir Danish.

Tengku Arissya masih berada dirumahnya. Dia tidak dibenarkan bekerja atas arahan papanya, jadi dia ikutkan saja. Hanya Tengku Elvia yang ke tempat kerja, itu pun untuk minggu ini saja. Minggu depan Tengku Elvia sudah tidak dibenarkan ke ofis. Jadi mungkin dia akan masuk awal ke ofis menyambung tugasan adiknya.

Tengku Arissya keluar menapak ke ruangan halaman rumahnya. Dia melihat seorang tukang kebun baru. Rasanya inilah lelaki yang papanya pernah memberitahunya, yang akan menjaga kawasan rumah ini. Dia yakin lelaki yang sedang menyiram pokok bunga itu bekerja untuk Tengku Harith Zaqwan.

"Cik Arissya, pagi.." Sapa Sharkief.

"Pagi!"

"Siapa nama?"

"Boleh panggil Kief," balas Sharkief memberitahu nama panggilan sebenarnya.
"I nak tanya, you kerja untuk Tengku Harith Zaqwan?"

"Ya saya ditugaskan untuk menjaga keselamatan keluarga ini Cik Arissya.."

"Owh.. dah lama kerja dengan dia? Termasuk Kak Kiah, dia juga diupah oleh Tengku Harith Zaqwan, right?"

"Yup, dah lama. Apa yang tuan saya lakukan semuanya untuk Cik Arissya.."

"Semua untuk I?"

"Tuan saya sangat mencintai Cik Arissya, cinta dia tak pernah terpadam untuk cik. Sebab tu dia sentiasa melindungi Cik Arissya dari segala bahaya.."

Kata-kata Sharkief buat Tengku Arissya terdiam. Dia tahu selama ini dia banyak melukai hati Tengku Harith Zaqwan.

"I akui, banyak kesalahan yang I dah buat. I lukakan hati seorang lelaki yang tulus mencintai I. Sekarang hati Tengku Harith dah terluka parah, dia dah tawar hati.."

"Entahlah cik. Cinta tu aneh, kadang-kala saling berperang dengan keegoan.." balas Sharkief.

"I dah tak kisah kalau hati Tengku Harith dah tawar, tapi I berjanji pada diri I sendiri yang I akan tebus balik segala dosa I pada dia. I akan berusaha supaya tak buat dia sakit hati lagi.."

Janji Tengku Arissya pada dirinya sendiri. Dia tidak akan menyakiti Tengku Harith Zaqwan lagi. Bahkan dia akan turut membantu lelaki itu dalam menyelesaikan permasalahan ini. Dia rela menempuhi setiap bahaya yang bakal tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience