Rate

BAB 7

Romance Series 197165

Pertemuan Tengku Harith Zaqwan dengan Tengku Qistina dihidu oleh Tengku Arissya akhirnya. Dia sudah dua tiga kali terserempak dengan suaminya tengah makan bersama Tengku Qistina. Dia kenal gadis itu, suaminya sendiri pernah bagitahu siapa Tengku Qistina.

Tengku Qistina merupakan bekas teman wanita suaminya. Mereka berpisah disebabkan Tengku Qistina mahu merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen terkenal. Dia menetap di Australia sudah beberapa tahun. Untuk mencapai impian itu, Tengku Harith Zaqwan ditinggalkan.

Sakit!

Dia akui rasa cemburu.. tapi biarlah dulu dia bersabar demi kebaikan bersama. Dia tidak mahu bertanyakan suaminya lagi perihal itu. Dia tidak mahu keruhkan keadaan. Dia memilih untuk memendam kelukaan itu. Jauh dalam hatinya dia juga mempunyai satu harapan agar Tengku Harith Zaqwan bercerita dengannya mengenai kehadiran Tengku Qistina kembali ke Malaysia.

"Hai Sis Arissya!" Sapa Tengku Elvia.

"Elvia ni terkejut akak tau," balas Tengku Arissya.

"Alah apa pula terkejutnya, bukan waktu tengah malam ni. Tak ada hantu pun," balas Tengku Elvia bergurau.

"Hisyh adik akak ni tak pernah serius. Haa... ni ada apa nak jumpa akak? Papa tahu tak ni jumpa akak?"

"Adalah sikit nak minta tolong. Papa tahu dan dia kirim salam kat akak. Papa pesan kalau tak busy datanglah rumah, tapi bukan minggu ni sebab papa outstation," balas Tengku Elvia. Adiknya bekerja di syarikat Datuk Mustaqim. Membantu papanya menguruskan syarikat keluarga. Cuma dia saja yang lain bidang, dia merupakan seorang pendidik. Pensyarah di salah sebuah universiti swasta.

"Wa'alaikumussalam. Okay, nak minta bantuan apa ni dengan akak?"

"Hmmm.. nak... nakk..."

"Pinjam duit?"

Tengku Elvia tersengih, "Betul tekaan akak. Tepat sekali! Sepuluh markah untuk akak.."

"Amboi bukan main ya..."

"Elvia nak pinjam duit dengan akak untuk bayar kereta bulan ni dan nak guna untuk yang lain-lain sikit. Nak minta dengan papa pun minggu lepas dah minta. Takut papa marah."

"Tulah pakai kereta yang mahal-mahal, lepas tu bayaran untuk bulanan pun jadi mahal. Tapi yang lain-lain tu untuk buat apa pula?" Soal Tengku Arissya menyoal siasat adiknya.

"Alaaaa... Elvia kan suka kereta sport, jadi tak salah pun kalau nak merasa pakai kereta sport. Untuk yang lain-lain tu rahsialah akak. Ni boleh pinjam tak?"

Tengku Arissya senyum, "Yelah.. akak faham. Akak bagi pinjam. Nak pinjam berapa?"

"Tiga ribu.."

"Amboi banyaknya dia nak pakai duit.." balas Tengku Arissya. Tengku Elvia hanya tersengih. Dia tahu kakaknya baik. Tak pernah berkira dengan adik sendiri.

"Buat masa sekarang ni akak tak ada dalam dompet duit sebanyak tu, so Elvia ambil dulu seribu ni. Dua ribu lagi akak transfer malam nanti. Boleh?"

"Boleh akak. Thank you sis.. love you!"

"Welcome.. love you too. Okay, dah. Jom kita makan. Cepat pesan makanan, akak belanja.."

"Okay sis.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience