Rate

BAB 164

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan tidak masuk office pada pagi itu, dia serahkan tugasnya pada Hud Mikail. Tak sempat tadi pun dia bertanyakan tentang pertemuan Hud Mikail dan Iris Ariana semalam.

Tapi kalau dilihat pada riak wajah Hud Mikail, dia nampak happy. Semoga semuanya baik-baik saja.

Tengku Harith Zaqwan sudah menunggu Dania di Kopitiam pada pagi itu, mereka berjanji untuk breakfast bersama.

"Abang Harith sorry late!" Ucap Dania yang sudah muncul di situ.

Tengku Harith Zaqwan senyum sambil berkata, "Tak apa, duduklah Nia.."

Mereka kemudiannya memesan sarapan pagi dan berbual-bual kosong.

"Nia kat sini berapa hari?"

"Seminggu je abang, lepas tu Nia kena balik Langkawi,"

"Owh tak apalah, sepanjang Nia ada kat sini Abang Harith bawa jalan-jalan,"

Dania senyum, "Yeke? Wah, seronoknyaaa. Belanja sekali tak?"

"Eh, taklah Nia gurau aje," sambung Dania. Tengku Harith Zaqwan hanya tersenyum.

"Hmm.. Nia tak pergi rumah Auntie Falida ke? Setahu abang, Emir dengan Elvia dah balik dari honeymoon,"

Tiba-tiba riak wajah Dania berubah, membuatkan Tengku Harith Zaqwan segera meminta maaf, "Abang minta maaf kalau salah cakap,"

"Eh taklah bang. Sebenarnya hubungan mama Nia dengan Auntie Falida tak berapa baik, so kami tak sehaluan,"

"Tapi yang majlis Emir hari tu bukan ke Nia handle dengan kawan-kawan Nia?"

"Memanglah, sebab mama Nia minta pergi juga tolong. Nia pun tak nak hampakan Abang Emir. Dia okay aje dengan Nia,"

"Owh tak apalah, abang harap semua masalah yang dihadapi antara dua pihak dapat diselesaikan dengan baik,"

"Hmm.. itulah yang Nia harapkan juga," balas Dania.

"Alamak! Nia lupa pula nak bagi something kat abang," sambungnya. Dia menyelongkar handbagnya untuk mengambil hadiah jam tangan untuk Tengku Harith Zaqwan.

"Ni untuk Abang Harith," ucap Dania. Tengku Harith Zaqwan terkedu. Hadiah apa pula ni?

"Boleh abang buka sekarang?"

"Bukalah," balas Dania. Riak wajahnya begitu gembira.

"Wow! Jam tangan," ucap Tengku Harith Zaqwan.

"Abang suka tak?"

"Suka, tapi jam ni nampak mewah. Tentu mahal kan,"

"Tak apa, untuk abang apa saja," balas Dania terlanjur kata membuatkan Tengku Harith Zaqwan semakin yakin yang andaiannya benar. Dania sukakan dia.

Dari satu sudut lain rupanya ada sepasang mata yang melihat Tengku Harith Zaqwan dan Dania. Dia lihat lelaki itu buka hadiah yang Dania berikan dengan penuh rasa suka. Sungguh, jiwanya terhiris. Hatinya berkecai. Dan dia pun berlari pergi dari situ, terus masuk ke dalam keretanya. Tidak sempat mengisi perutnya yang menjerit meminta makanan.

Ada air mata yang mengalir laju membasahi pipinya. Tersedu sedan dia menyembamkan mukanya di steering keretanya.

"Nia nak jalan kat mana?"

"Nia ikut Abang Harith aje," balas Dania.

"Owh okay, kalau macam tu jom kita pergi shopping dulu. Lepas tu kita pergi tempat lain pula. Seharianlah hari ini jalan, jangan cakap yang Nia penat ya," usik Tengku Harith Zaqwan membuatkan Dania tergelak kecil.

"Nia tak pernah rasa penat kalau abang ada dengan Nia," balas Dania.

Tengku Harith Zaqwan memang betul-betul bawa Dania berjalan ditempat yang menarik dan shopping sakan. Dia yang belanja sebagai ucapan terima kasih kerana gadis itu telah menghadiahkan dia jam tangan.

Layanan baik yang diberikan oleh Tengku Harith Zaqwan seharian itu membuatkan Dania semakin jatuh cinta pada lelaki itu.

"Tengku Arissya dah masuk ofis tak?" Soal Datuk Mustaqim bertanyakan salah seorang pekerjanya di kaunter.

"Rasanya belum masuk ofis lagi Datuk,"

"Kalau ikutkan dah lewat ni," ucap Datuk Mustaqim lagi. Risau pula dia bila anaknya masih belum masuk ofis.

Dia kembali masuk ke bilik ofisnya semula, lalu mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Tengku Arissya. Tapi malangnya tidak dapat dihubungi.

Kali kedua Datuk Mustaqim menelefon Rokiah.

"Tak ada Datuk, Arissya dah lama keluar. Tadi katanya dia breakfast diluar," balas Rokiah menambahkan kerisauan Datuk Mustaqim.

Tengku Arissya tahu dia agak lewat masuk ke ofis tapi dirinya perlukan ketenangan. Jadi, dia singgah di salah satu taman. Mahu dia hubungi setiausahanya, namun tidak dapat kerana handphonenya kehabisan bateri.

"Kalau macam tu tak apalah," ucap Datuk Mustaqim. Dia cuba bertenang dan memikirkan hal yang baik-baik saja.

"Kenapa Kiah?" Soal Pak Cik Asmawi.

"Datuk call Kiah tanya pasal Arissya," balas Rokiah.

"Kenapa dengan Arissya?"

"Tak masuk ofis lagi, Datuk risaulah tu," balas Rokiah.

"Pelik tu, biasanya Cik Arissya tak macam tu. Dia mesti ke ofis menepati masa,"

"Yeke Pak Cik Asmawi. Tak apalah, kita doakan yang baik-baik aje," balas Rokiah. Namun di hatinya begitu khuatir.

"Kiah nak ke mana tu?" Soal Pak Cik Asmawi apabila melihat Rokiah berjalan tergesa-gesa pergi dari situ.

Rokiah duduk di salah satu sofa diruangan tamu lalu segera menelefon Tengku Harith Zaqwan.

Tapi tidak dijawab, kali kedua dia menelefon lagi. Dia tidak boleh keluar dari rumah itu kerana tugasnya hanya orang gaji. Jika tidak rahsianya pasti akan terbongkar.

"Hello tuan!"

"Kenapa call aku ni?"

"Kita ada masalah," balas Rokiah serius saja wajahnya.

"Masalah apa lagi?"

"Tengku Arissya hilang,"

"What? Kenapa dia boleh hilang pula?" Ucap Tengku Harith Zaqwan terkedu.

"Datuk call aku, dia bagitahu Arissya tak masuk ofis lagi. Jadi aku syak dia hilang,"

"Mustahil!"

"Aku lebih yakin bila Pak Cik Asmawi ada bagitahu aku tadi Arissya biasa tak macam tu, dia akan masuk kerja menepati masa,"

"Shitt! Kau tak jaga dia ke?"

"Tuan tugas aku hanya orang gaji sekarang ni, sebagai Rokiah. Kalau aku jadi Sharleez dah lama aku bertindak!" Rokiah keras mengingatkan tuannya.

"Sorry!"

"Contact Sharkief. Now!" Sambungnya tegas. Dia tidak mahu ada sesiapapun menganggu Tengku Arissya.

Rokiah terus menghubungi Sharkief pula, dia tidak menunggu lama.

"Hello, apa pula kau ni Kiah oiii.. tengah basuh pinggan ke tu? Seronak tak jadi orang gaji?" Usik Sharkief main-main.

"Sharkief, serius boleh tak!" Tengking Sharleez.

"Oitt.. marah aku pula,"

"Shut up!" Marah Sharleez yang juga risaukan akan keselamatan Tengku Arissya.

"Aku tak ada masa nak main-main. Tengku Arissya hilang. Kau kena cari dia sampai jumpa,"

"What? Macam mana boleh hilang?" Soal Sharkief terkedu.

"Manalah aku tahu, aku ada dekat rumah ni. Aku dah call tuan, dia minta kau cari Tengku Arissya sampai ke lubang cacing. Kau tahu kan akibatnya kalau tak jumpa,"

"Okay-okay aku cari sekarang!"

"Okay, aku gerak sekarang cari Tengku Arissya!" Balas Sharkief segera bertindak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience