Rate

BAB 224

Romance Series 197165

Seminggu kemudian..

"Apa lagi yang kau nak kami buat bos?" Soal Leo.

"Aku nak kau cari sampai ke lubang cacing siapa yang bunuh Gee.." Marah Tengku Qistina.

"Okay.. aku cari sekarang.."

"John.. kau bantu Leo.." John mengangguk faham.

"Sichai mana?" Soal Tengku Qistina.

Tiba-tiba Sichai menelefon Tengku Qistina. Tak sempat Leo dan John memberitahunya.

"Hello, kau kat mana?"

"Aku ada kat kedai makan," balas Sichai sedang menikmati makan malamnya.

"Kau tunggu kat sana, kebetulan aku pun masih belum dinner.."

"Baik bos!"

"Leo, John jangan hampakan aku. Ingat, cari pembunuh Gee. Aku mahu tahu siapa yang cuba menentang aku!" Ucap Tengku Qistina sebelum dia keluar untuk menemui Sichai.

Hampir sejam Tengku Qistina sampai di mana Sichai berada.

"Bos!"

"Ada apa nak jumpa aku?" Soal Sichai. Antara Leo dan John, Sichai lebih handal dan nampak keangkuhannya. Dia jenis yang tidak tunduk pada bosnya.

"Kalau ya pun, tunggulah dulu. Aku lapar ni.. kang dengan kau sekali aku makan," balas Tengku Qistina. Sichai tergelak.

Dia memanggil pelayan di kedai makan itu. Memesan makanan untuk bosnya sebelum mereka berbual.

Beberapa minit kemudian, mereka berbual mengenai hal serius. Adrian Smith sudah lama berada dimeja berdekatan mereka, dia menyamar sebagai pelayan restoran yang mengangkat dulang minuman. Dia buat-buat sedang berehat di situ. Sichai dan Tengku Qistina langsung tidak perasaan atau mengesyaki apa-apa.

"Kenapa kau nak jumpa aku ni?" Soal Sichai lagi.

"Aku nak kau buat kerja ni betul-betul.."

"Kerja apa?"

"Bunuh Tengku Arissya!"

Adrian Smith terkedu. 'Ciss! Mereka memang melampau!' desis hati Adrian Smith.

"No problem.."

"Aku nak kau rancang kematian Tengku Arissya tanpa mengaitkan aku sebagai pembunuhnya. Jangan tinggal satu bukti pun.."

"Kau mahu aku letak bom dalam keretanya?"

"Tak, cara tu bodoh. Aku nak kau putuskan break keretanya. Tapi pastikan dia mati, mati sampai terbabas keretanya dan terbakar. Aku mahu dia terseksa!"

"Wow! Hebat idea kau bos.."

"Jangan sampai gagal, Sichai. Aku nak perempuan tu mati. Aku tak nak dia ganggu hubungan aku dengan Tengku Harith Zaqwan lagi..." Balas Tengku Qistina.

"Baik bos! Aku takkan hampakan kau.."

Selesai pertemuan itu, Tengku Qistina dan Sichai membuat haluan masing-masing. Adrian Smith bingkas bangun, dia letak apron yang dipakainya tadi diatas meja.

"Hello, Leez!"

"Ya, Adrian. Ada apa call aku malam-malam macam ni?" Soal Sharleez.

"Aku nak jumpa kau.."

"Soal kerja?"

"Tentulah soal kerja, ini sangat penting Leez. Temui aku sekarang di salah sebuah restoran.." balas Adrian Smith. Dia segera menghantar location tempat di mana dia berada sekarang.

Sharleez sudah pun datang, dia berpakaian biasa saja.

"Adrian.."

"Eh, Leez. Duduklah.." balas Adrian Smith memberi ruang supaya gadis itu duduk.

"Ada apa kau nak jumpa?"

"Order makan dulu, sayang.."

"Adrian!" Marah Sharleez ketika Adrian Smith memanggilnya 'sayang'..

"Okay, nak makan apa?"

Sharleez segera memberitahunya menu apa yang mahu dimakannya. Mereka menikmati makan malam berdua terlebih dahulu.

"Adrian, kau nak bagitahu apa kat aku ni? Macam penting aje.."

Muka Adrian Smith nampak bengis, dia seakan marah akan sesuatu.

"Leez, aku berjaya menjejaki Sichai dan Tengku Qistina. Aku menyamar sebagai pelayan kedai dan mendengar perbualan antara mereka.."

"Kau dengar apa?"

"Tengku Qistina mengarahkan Sichai membunuh Tengku Arissya.."

"Apa?"

Bukan main terkejut Sharleez, jadi betullah Tengku Qistina dalang disebalik kejadian yang terjadi sebelum ini.

"Apa yang kau dengar lagi?" Soal Sharleez. Adrian Smith menceritakan semuanya.

"Tidak! Ini semua sangat bahaya, Adrian.. aku kena maklumkan pada tuan aku..."

"Betul, Tengku Arissya dalam bahaya sekarang ini. Apapun boleh terjadi padanya. Sichai pasti akan terus memburunya.." balas Adrian Smith.

"Aku takkan biarkan sesiapapun menyakiti Tengku Arissya. Aku pernah menjaganya, menjadi orang gaji dirumahnya. Kami rapat sebelum dia mengetahui perkara sebenar. Dia marah pada aku. Tapi aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Aku takkan biarkan jantan tak guna tu mencederakan Tengku Arissya, apalagi membunuhnya..."

"Aku juga takkan biarkan insan yang kau sayang itu terbunuh. Aku sanggup melakukan apa saja untuk melindunginya.."

"Tak apa Adrian, aku sekarang memang ditugaskan oleh tuan aku untuk menjaga Arissya.."

"Tapi tentu kau juga dalam bahaya.."

"Bahaya itu memang tak dapat lari Adrian, ini tugas aku. Tanggungjawab aku.."

"Tapi aku sayang kau. Aku tak nak kau cedera.."

"Adrian kau mulakan lagi," balas Sharleez.

"Aku serius Leez, aku sayangkan kau. Aku sanggup tunggu kau walau seribu tahun.."

"Sudahlah! Aku malas bahas soal hati dan perasaan. Fokus dulu tanggungjawab dan tugas yang kita sedang galas.."

"Tapi lepas dah selesai semua ni, kau akan pertimbangkan apa mahuku kan?"

"Sharleez..." Panggil Adrian Smith lagi.

Sharleez bingkas bangun, "Baik, aku janji akan mempertimbangkan soal itu semua.."

Kata-kata Sharleez buat Adrian Smith tersenyum.

"Leez I love you so much!" Jerit Adrian Smith sebelum Sharleez berlalu. Merona merah muka Sharleez.

"Lelaki gila!" Balas Sharleeez perlahan sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Namun begitu, hatinya tetap tersenyum bahagia. Lelaki itu memang tulus mencintainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience