Rate

BAB 253

Romance Series 197165

Sudah berbulan Tengku Harith Zaqwan meninggalkan bumi Malaysia. Dia hanya meninggalkan sepucuk warkah pada semua orang yang dia mahu pergi jauh. Setiap hati yang menyambut surat itu hanya mampu merelakan, kerana jika memang itu sudah takdirnya. Apalah daya mereka untuk menghalanginya. Begitu juga dengan Tengku Arissya. Dia menelan semua rasa pahit itu dengan hati yang terbuka.

Dia akan cuba belajar merelakan semua dan berserah pada takdir. Dia juga sudah yakin bahawa jodohnya bukan dengan Tengku Harith Zaqwan. Mungkin dengan lelaki lain yang Allah takdirkan untuknya di masa yang akan datang.

Darius dan Rubina Elizaberth juga sudah kembali ke Kota Paris. Mereka tahu di mana keberadaan Tengku Harith Zaqwan. Mereka sudah menemui Tengku Harith Zaqwan di Australia. Smith Adrian dan Sharleez pula sedang bercuti, berbulan madu. Maklumlah mereka sudah berkahwin. Cepat betul masa berlalu, sekejap saja tutt tuttt keduanya sudah bergelar sebagai pasangan suami isteri. Segala konflik antara keduanya juga sudah berakhir, jalan derita sudah bertukar wajah bahagia.

Itulah janji Allah, ia pasti. Setiap kesedihan akan diganti dengan kebahagiaan.

Manakala Sharkief dan Dafiya pula sedang bahagia saling mencintai. Mereka tidak disatukan lagi. Kerana sejarah semalam Dafiya mengambil keputusan untuk tidak tergesa-gesa berkahwin dengan Sharkief. Dia masih mahu mengenali hati masing-masing. Jika memang takdir jodoh mereka, mereka akan disatukan dalam ikatan kasih yang suci.

Bukankah indah dicintai orang yang tepat? Pasti tidak akan ada kata kecewa. Sharkief tulus mencintai Dafiya, mereka pasti akan menemukan kebahagiaan yang diimpikan itu.

Hud Mikail dan Iris Ariana pula sudah lama saling bahagia, hidup mereka lebih indah, apalagi tidak lama lagi bakal diwarnai dengan hilai tawa kanak-kanak. Iris Ariana kini sudah pregnant. Meskipun masih berada di peringkat awal kandungannya, namun Hud Mikail sangat menitikberatkan soal penjagaan. Siapa tak sayang isteri kan? Sudah semestinya, seorang suami perlu lebih peka menjaga isterinya yang sedang mengandungkan anaknya. Makan makanan yang berkhasiat, tidak boleh buat kerja berat atau terlalu penat dan lain-lain.

Semuanya telah menemukan kebahagiaan masing-masing, begitu juga dengan Tengku Elvia dan Tengku Emir Danish, anaknya yang semakin membesar. Mereka juga sedang sibuk menguruskan syarikat. Masing-masing bekerjaya namun tidak pernah hilang kasih sayang dan cinta. Mereka saling melengkapi. Semuanya cerita tentang kebahagiaan.

"Puan Arissya, ada yang nak jumpa..."

"Syira berapa kali I nak ingatkan?"

"Err.. okay sorry, cik Arissya.." balas Syira yang merupakan setiausaha barunya, juga di syarikat barunya. Dia dilantik sebagai CEO di syarikat papanya, di Melaka. Kali ini dia sudah berpindah ke Melaka, tinggal di salah sebuah rumah hadiah milik papanya.

Dia memang tidak suka sesiapa saja memanggilnya, "puan". Dia mahu buang tittle itu. Dia mahu orang memanggilnya "Cik".. kerana dia mahu melupakan segala kisah silamnya. Itulah salah satu sebab dia berpindah ke Melaka. Dia hanya tinggal bersama orang gajinya, yang dipanggil sebagai bibik. Bibik itu berasal dari Indonesia, namun sudah fasih berbahasa melayu. Orang yang boleh dipercayai.

"Siapa nak jumpa I?"

"Entahlah, katanya nak berbincang mengenai projek di resort yang akan dibina tak lama lagi,"

"Owh.. Mr. Airel Azumi, right?"

"Ha'ah ya, Cik Arissya.."

"Okay, suruh dia masuk!"

Airel Azumi merupakan anak kawan baik papanya. Sebelum ini lelaki itu menetap diluar negara, namun semenjak ayahnya jatuh sakit. Dia yang menguruskan semua projek Datuk Iqbal.

"Hai, Arissya! How are you?" Sapa lelaki itu. Airel Azumi bukan lelaki biasa, dia juga memiliki personaliti yang menarik. Jadi tak hairanlah kalau ramai perempuan sukakan dia.

"Hai, Rel. Come! I'm fine.." balas Tengku Arissya ramah. Dia seakan sudah melupakan masa lalunya. Dia menjalani hidup di tempat baru dengan baik.

"I baru tak jumpa dengan you seminggu sibuk dengan outstation, tapi you dah nampak makin cantik.." puji Airel Azumi.

Tengku Arissya tergelak kecil, "You ni suka puji I. Ada nak I belanja apa-apa ke?"

Kali ini lelaki itu tersengih, "I cakap betul Arissya. You memang cantik..."

"Okay thank's. So, apa kata kita mulakan apa yang kita nak bincangkan pasal projek tu," ucap Tengku Arissya kembali serius. Dia tidak suka sebenarnya dipuji oleh lelaki. Dia lebih suka kalau perbincangan antara mereka bertopikkan pada fokus yang hendak dibincangkan.

"Okay, kejap I buka plan bisnes ni ya.." balas Airel Azumi yang sedia tahu Tengku Arissya tegas orangnya.

Mereka kembali fokus pada perbincangan.

Jam menunjukkan pukul 2.00 petang, namun kelibat kakaknya masih tak kelihatan.

"Hisyh, mana Kak Arissya ni!" Ucap Tengku Elvia sambil memandang ke arah pergelangan jam tangannya.

"Elvia sorry. Akak lambat!"

"Adoi, ni dah jam berapa. Elvia dah nak jumpa klien kejap lagi. Akak ni apalah, sibuk sangat ya?"

"Sibuklah cik adik oi, ni baru settle dengan klien juga.."

"Okay, dah jom order makan.."

"Sempat ke?"

"Sempatlah kut," jawab Tengku Elvia. Dia ke Melaka atas urusan kerja, kebetulan dapatlah dia jumpa dengan kakaknya sekali.

Sambil menikmati makanan mereka berbual-bual, Tengku Elvia langsung tidak menyentuh soal Tengku Harith Zaqwan. Kerana dia dilarang oleh papanya. Dia tidak mahu luka dihati kakaknya berdarah. Mungkin benar, kakaknya perlu membina kehidupan baru dan melupakan masa silamnya.

Semasa mahu pulang, Tengku Elvia menyerahkan satu bungkusan plastik makanan.

"Apa ni?"

"Agar-agar santan, umi bagi kat akak. Umi kirim salam sekali tau," ucap Tengku Elvia.

"Ya Allah, umi ni pun susah-susah je buatkan akak semua ni.."

"Nanti umi pesan time hujung minggu baliklah rumah, kita kumpul satu family..."

"Insya-Allah kalau akak tak busy, kadang akak ada outstation. Tu yang tak sempat balik jumpa semua..."

Tengku Elvia hanya tersenyum, namun dia tahu semua itu hanyalah alasan.

"Okaylah akak, thank's temankan Elvia hari ni. Jumpa lagi!" Ucap Tengku Elvia yang sudah mencium pipi kakaknya kiri kanan setelah saling bersalaman.

"Jangan lupa kirim salam kat semua ya..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience