Rate

BAB 267

Romance Series 197165

"Morning Cik Arissya!" Sapa jururawat yang semalam. Hari ini dia yang ditugaskan menjaga Tengku Arissya.

"Morning!" Balas Tengku Arissya yang manis tersenyum.

"Macam mana keadaan Cik Arissya hari ni?"

"Alhamdulillah saya dah rasa okay sikit, nurse.."

"Alhamdulillah.... tak lama lagi kalau hasil scan bahagian otak cik okay, insya-Allah Cik Arissya dah boleh balik rumah..."

"Harap macam tulah, saya pun dah bosan ada kat hospital ni. Semua benda tak boleh buat," balas Tengku Arissya membuatkan jururawat itu tersenyum.

Sedang jururawat itu mengemas dibahagian meja berdekatan katil, tiba-tiba ada jam tangan terjatuh ke lantai. Segera jururawat itu mengambilnya. Cuma ada rekahan pada jam itu, tapi bukan disebabkan jam tu terjatuh ke lantai.

"Cik saya jumpa jam tangan. Mungkin ada ahli keluarga Cik Arissya yang tertinggal.."

Tengku Arissya mencapai jam tangan itu, lalu mengamatinya. Matanya seakan berkaca.

"Cik Arissya saya keluar dulu ya. Kalau ada apa-apa panggil saya," sambung jururawat itu yang sudah menapak keluar.

Tengku Arissya masih melihat jam tangan itu. Tiba-tiba ingatan di masa lalunya muncul.

"For you, sayang.." Ucap Tengku Arissya menghadiahkan satu kotak kecil pada suaminya.

"For me?"

"Yup, bukalah kotak tu..." balas Tengku Arissya. Tengku Harith Zaqwan tersenyum, dia segera membuka hadiah itu.

Dalam kotak itu ada jam tangan mewah yang sangat mahal.

"Wow! Sayang, ni jam tangan mewah yang mahal tu kan? Setahu abang harga jam tangan ni puluh ribu, right?"

Tengku Arissya mengangguk perlahan, masih manis tersenyum menatap wajah handsome suaminya.

"Ni untuk abang?" Soal Tengku Harith Zaqwan tidak percaya.

"Untuk abanglah, untuk suami Arissya yang handsome ni.."

"Mahal ni sayang.."

"Alah, tak apa. Abang kan suami Arissya, tak apalah. Arissya tahu abang suka jam tangan. So, Arissya belilah.."

"Tapi belum birthday abang lagi sayang..."

"Tak semestinya birthday baru nak bagi hadiah. Bila-bila pun boleh kan abang.."

Waktu itu mata seorang lelaki berkaca, Tengku Harith Zaqwan menarik tubuh itu dalam pelukannya. Erat. Sambil bibirnya mengucapkan terima kasih. Itulah cara dia menghargai isterinya.

"Thanks dear! Love you..."

"Love you too, abang..."

"Pakaikan jam ni untuk abang, boleh?"

"Boleh.." balas Tengku Arissya.

Air mata Tengku Arissya tiba-tiba menitis, kerana disebalik rasa suka tu ada rasa duka cerita mengenai jam tangan itu.

Dia masih ingat sewaktu mereka bergaduh, jam tangan yang dia hadiahkan pada Tengku Harith Zaqwan hancur dilontarkannya ke dinding. Retak dibahagian sebelahnya, kerana dibahagian depan jam itu kaca. Jelas nampak rekahan pada kaca jam tangan itu... Dia yakin jam yang sedang dia genggam itu milik Tengku Harith Zaqwan.

"Harith..."

Tengku Arissya turun dari katil hospitalnya perlahan, dia keluar dari bilik wadnya dan berjalan perlahan mencari kelibat Tengku Harith Zaqwan. Jururawat yang ditugaskan menjaga Tengku Arissya melihatnya, segera dia mengejar.

"Cik Arissya tunggu. Nak ke mana tu? Cik Arissya!"

Jururawat itu mengejar Tengku Arissya.

"Cik Arissya. Cik Arissyaaaa..."

"Cik nak ke mana? Kita masuk bilik wad ya.." ajak jururawat itu menarik pergelangan tangan Tengku Arissya. Namun tangan itu disentap kasar.

"Saya nak jumpa dia! Saya yakin dia masih ada di kawasan hospital ni. Tentu dia datang.."

"Siapa Cik Arissya?"

"Dialah!" Jerit Tengku Arissya.

Tiba-tiba matanya berpinar, tak di duga itu yang akan berlaku. Barangkali tekanan. Tengku Arissya rebah, namun sempat jururawat itu menyambutnya dan meminta pertolongan daripada staf di situ supaya membawa Tengku Arissya ke bilik wadnya.

"What?"

"Saya datang ke sana segera..." Balas Tengku Elvia apabila jururawat menelefon memaklumkan keadaan Tengku Arissya.

"Kenapa sayang?" Soal Tengku Emir Danish yang mahu ke office.

"Kak Arissya pengsan, dia macam nak lari dari hospital cari seseorang..."

"Peliknya..."

"Haa.. tulah, kejap abang Elvia nak call Amelia.."

"Lia I nak you cancelkan semua meeting hari ni, tunda pada hari Isnin depan..."

"Okay Puan Elvia.." balas Amelia yang patuh pada arahan bosnya.

"Sayang jaga Kak Arissya, pasal anak kita tu don't worry abang jagakan..."

"Abang boleh ambil dia kat Taska tak?"

"Boleh sayang.."

"Okay, Elvia otw ke hospital dulu ya.."

"Alright, take care dear!"

Sebelum ke hospital, Tengku Elvia sudah memaklumkan pada papanya. Tapi sayangnya, Datuk Mustaqim tidak dapat berbuat apa-apa. Dia sibuk pada hari itu.

Tengku Arissya sedang nyenyak tidur. Dia masih tidak sedarkan diri setelah pengsan tadi. Kemas di tangannya ada jam tangan tergenggam.

Tengku Elvia mengambil jam itu dari genggaman tangan kakaknya.

"Jam tangan siapa ni?" Soal Tengku Elvia perlahan. Setahu dia itu jam tangan lelaki.

Tengku Harith Zaqwan puas mencari jam tangan kesayangannya itu tapi tetap tidak ditemuinya.

"Argggh gila! Mana jam tangan tu. Aku pakailah semalam tapi aku letak mana ni!" Ucap Tengku Harith Zaqwan marahkan dirinya sendiri.

Puas dia cari tapi tak jumpa. Tengku Harith Zaqwan terduduk seketika, berusaha mengingatinya.

"Owh ya, kat hospital!" Ucap Tengku Harith Zaqwan.

Dia segera menghubungi Sharleez supaya mengambil jam tangan itu. Dia sangat berharap yang Tengku Arissya tidak melihat jam tangan itu, jika tidak pasti gadis itu mengetahui segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience