Rate

BAB 126

Romance Series 197165

"Papa.. buat apa tu?" Sapa Tengku Elvia.

"Papa siapkan kerja sikit," balas Datuk Mustaqim.

"Papa Elvia dah pesan kan, kerja ofis janganlah sampai bawa balik ke rumah. Papa kena banyak rehat, papa tu bukannya sihat mana," Tengku Elvia menasihati papanya.

"Ada sikit aje ni yang papa tak siapkan.." balas Datuk Mustaqim yang masih menumpukan pada kerjanya diruang tamu.

"Ada yang Elvia boleh bantu tak?"

"Tak ada apa yang perlu dibantu, papa boleh settlekan sendiri," balas Datuk Mustaqim.

"Okay, Elvia temankan papa ajelah kat sini.."

"Papa.. soal kerja tu insya-Allah dua tiga hari lagi Elvia masuk ofis semula ya," sambung Tengku Elvia.

"Kalau Elvia nak teruskan rehat, tak apa je seminggu lagi baru masuk ofis. Papa tak kisah,"

"Hah, biar betul papa ni. Papa main-main ya," balas Tengku Elvia.

"Papa tak main-main. Kakak tu pun tak okay sepenuhnya lagi. Papa rasa ada baiknya Elvia pantau keadaan dia," balas Datuk Mustaqim.

"Tapi Kak Arissya tu bukannya budak kecil, dia dah besar. Tahulah dia jaga diri papa," balas Tengku Elvia.

"Amboi.. dulu Elvia bukan main risaukan kakak kat Paris tu, tapi sekarang haa..."

Tengku Elvia tersengih kali ini, "Papa.. kan sekarang akak dah ada depan mata kita, so tak perlulah risau sangat.."

"Papa tahu tapi emosi kakak tu tak stabil. Dalam keadaan bekas suami dia masih tak sedarkan diri, itu yang papa minta tolong Elvia pantau keadaan dia," jelas Datuk Mustaqim.

"Papa jangan risau ya, Elvia janji akan pantau keadaan kakak setiap hari," janji Tengku Elvia membuatkan Datuk Mustaqim tersenyum. Mungkin hati itu sudah merasa lega mendengar jawapan itu.

"Kakak mana? Papa tengok petang tadi aje dia.."

"Ada kat bilik dia tu," balas Tengku Elvia.

"Akak tu papa, kalau dia balik rumah ni pun hati dia tu ada pada Abang Harith kat hospital," sambungnya.

"Papa tahu, tapi takkanlah dia nak jaga Harith dua puluh empat jam tanpa rehat. Nasib baik Hud tu bertegas. Kalau tak mungkin Arissya tu tak nak balik rumah langsung," balas Datuk Mustaqim.
Tengku Elvia hanya mengangguk faham. Dia tahu kakaknya sedang dilanda duka. Dia sangat berharap Tengku Harith Zaqwan akan sembuh.

Tengku Arissya duduk di balkoni dalam biliknya, dia mendongak memandang langit pada malam itu. Gelap. Tiada bintang yang kelihatan. Kosong. Barangkali kerana hatinya juga kosong. Sepi terasa dunianya.

Sungguh, saat ini hatinya penuh debar ketakutan. Dia takut jika penantiannya berakhir dengan sebuah penyesalan yang tiada penghujungnya. Dia takut kehilangan Tengku Harith Zaqwan. Bagaimana jika lelaki itu tidak sedarkan diri untuk selama-lamanya. Mampukah dia meneruskan kehidupannya tanpa Tengku Harith Zaqwan. Lelaki yang tulus mencintainya.

Kalaulah dia berdamai dengan takdirnya lebih awal, meleburkan seluruh keegoannya suatu ketika dahulu, sudah pasti semua ini tidak akan terjadi. Namun hakikatnya sekarang dia terpaksa menerima pahitnya takdir ini.

Tengku Arissya jauh termenung, dia tiba-tiba mengingati semula pertengkarannya dengan Tengku Harith Zaqwan, sesuatu yang dia sudah kuburkan kini menghantui ingatannya semula.

"Sayang please. Sayang! Dengar cakap abang.." Ucap Tengku Harith Zaqwan menarik pergelangan tangan Tengku Arissya. Dia cuba untuk memberi penjelasan.

"Apa lagi?"

"Dengar dulu abang nak bagi penjelasan. Abang tak bersalah. Tengku Qistina yang perangkap abang,"

Tengku Arissya tersenyum sinis, "Perangkap? Abang ingat Arissya bodoh ke? Abang tu lelaki, takkanlah ikan depan mata abang nak tolak. Mestilah abang....."

"Arissya enough! Abang tak buat semua tu. Abang tak buat! Demi Allah, abang masih dalam keadaan sedar. Abang tak sentuh pun dia sayang!"

"Sudahlah abang! Cukuplah ya. Tak perlu tambah rasa sakit hati saya lagi. Semuanya dah jelas abang. Cukup jelas!" Ucap Tengku Arissya sedikit menekan suaranya tegas namun kedengaran perlahan, terasa seperti air matanya mahu mengalir laju.

Tengku Harith Zaqwan cuba menghalang lagi, dia peluk Tengku Arissya dari belakang, sambil menangis dia meminta maaf, "Abang minta maaf sayang. Abang tak buat semua tu. Tolonglah percaya. Abang cuma sayangkan Arissya. Takkanlah abang nak khianati cinta sayang. Please, jangan tinggal abang. Jangan sedih. Jangan nangis.."

Kali ini air mata Tengku Arissya mengalir, namun dia tidak peduli dengan permintaan suaminya itu. Tangan Tengku Harith Zaqwan yang melingkari pinggangnya disentap kasar. Dan tanpa berpaling memandang Tengku Harith Zaqwan, dia berkata, "Jumpa kat mahkamah nanti!"

"Sayangggg.... jangan pergi! Abang tak salah! Tengku Qistina yang perangkap abang!" Jerit Tengku Harith Zaqwan meratap hiba.

Tengku Arissya memejamkan matanya, air matanya mengalir laju malam itu. Ya Allah...

Kalau benarlah Tengku Harith Zaqwan tak bersalah, dialah pendosa paling kejam kerana telah membuat Tengku Harith Zaqwan menderita. Dia tidak sabar ingin mendengar semua penjelasan daripada Tengku Harith Zaqwan apabila lelaki itu sudah sedarkan diri.

Tengku Arissya menapak masuk ke dalam biliknya semula. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul satu pagi, dia segera menuju ke tandas mahu mengambil wudhuk. Biasanya waktu tengah malam atau pagi, dia akan melakukan solat sunat hajat untuk mendoakan kesembuhan Tengku Harith Zaqwan. Hanya itu saja cara yang paling terbaik, berdoa kepada Allah agar Tengku Harith Zaqwan cepat sembuh. Semoga Allah memakbulkan doanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience