Rate

BAB 59

Romance Series 197165

Tengku Emir Danish baru saja turun dari tingkat atas setelah dipanggil oleh Kak Qiah.

"Mana papa?" Soal Tengku Emir Danish. Sepasang matanya mencari kelibat Datuk Qaid.

"Papa ada meeting penting malam ni dengan klien," balas Datin Falida yang sudah ada di meja makan pada malam itu.

"Aik.. hujung minggu pun ada meeting ke?" Balas Tengku Emir Danish yang sudah melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan.

"Biasalah business man. Ni haa Emir bila nak masuk ofis?"

"Tengoklah sehari dua lagi ke mama.."

"Eloklah tu, lagipun papa tu asyik tanya mama aje bila Emir nak masuk ofis.." balas Datin Falida sambil mengunyah makanannya perlahan.

"Mama don't worry, Emir akan bantu papa.. lagipun buat apa Emir belajar kat luar negara tu lama-lama kalau tak boleh tolong papa sendiri handle syarikat family," balas Tengku Emir Danish.

Datin Falida tersenyum mendengarnya, "Baguslah kalau macam tu. Oh ya, lupa mama nak tanya. Elvia macam mana, dia sihat?"

Tengku Emir Danish tersengih, "Sihat, baru aje pagi tadi kami berdua breakfast.."

"Owh.. pergi datinglah ni. Dating tak ajak mama.." Usik Datin Falida. Dia sangat berkenan kalau anaknya dijodohkan dengan Tengku Elvia, lagipun dia yakin Tengku Elvia boleh menjadi seorang isteri yang terbaik untuk anaknya.

Dia sudah melihat keikhlasan Tengku Elvia selama ini yang setia menjaga anaknya ketika sakit. Tidak seperti Tengku Delisha yang hanya mementingkan dirinya sendiri.

"Mana boleh keluar dating ajak mama sekali, tak bestlah tak boleh nak romantik," balas Tengku Emir Danish sambil tergelak..

"Mama bergurau ajelah. So, bila anak mama ni nak kahwin? Dah bolehlah ni masuk meminang Tengku Elvia," ucap Datin Falida membuatkan wajah Tengku Emir Danish berubah mendung.

"Kenapa Emir? Anak mama nampak sedih aje ni.."

"Emir nak bincang something dengan papa dan mama sebenarnya, tapi tulah papa pula tak ada malam ni," balas Tengku Emir Danish agak terkilan.

"It's okay, bagitahu aje mama. Nanti mama boleh bagitahu papa balik. Emir nak bincang pasal apa?" Soal Datin Falida.

"Lepas makam kita bincang kat ruang tamu," balas Tengku Emir Danish.

"Okay, kita habiskan makanan ni dulu.."

Hampir setengah jam selesai Datin Falida dan anaknya menikmati makan malam, mereka berdua ke ruang tamu melabuhkan punggung di atas sofa.

"Huhh.. kenyangnya. Sedap betul Kak Qiah masak," puji Tengku Emir Danish sambil mengosok perutnya.

"Kak Qiah tu memang power bab masak, tu yang mama ambil dia kerja sini," balas Datin Falida.

"Boleh gemuklah Emir macam ni mama," balas Tengku Emir Danish diiringi gelak tawa Datin Falida.

"Owh ya.. Emir nak bincang pasal apa dengan mama?" Soal Datin Falida serius.

"Bincang pasal perkahwinan Emir dan Elvia," balas Tengku Emir Danish.

"Macam ni mama, Emir dan Elvia nak tangguh beberapa bulan lagi perkahwinan kami," sambungnya.

Datin Falida tergamam, "But why?"

"Emir baru aje balik dari luar negara dan baru sembuh. So, Emir rasa ada baiknya Emir fokus pada bisnes dulu. Tolong papa di syarikat tu. Elvia pun sekarang busy kerja, banyak nak kena handle business papa dia.." Ucap Tengku Emir Danish memberi alasan. Hanya itu saja cara untuk melambatkan perkahwinan antara dia dan Tengku Elvia.

"Apa salahnya kahwin dulu, lepas tu bolehlah handle syarikat masing-masing," balas Datin Falida tidak bersetuju.

"Mama Emir kalau boleh bila dah kahwin nak bercuti sebulan dua, yelah untuk honeymoon. Kalau sekarang Emir kahwin, akan banyak lagi masa yang Emir perlu ambil untuk masuk ke ofis papa, sedangkan sekarang ni ada kekosongan jawatan di syarikat papa," balas Tengku Emir Danish. Semampu mungkin dia mengerah otaknya berfikir untuk mencari solusi.

"Tapi Emir anak bos, so tak jadi masalah ada kekosongan atau tak di syarikat papa tu. Emir boleh masuk ke syarikat papa bila-bila masa saja," Datin Falida nampaknya berkeras mahu anaknya berkahwin awal.

"Mama walaupun tu syarikat family kita, mana boleh kita langgar disiplin dan prinsip yang dah kita janji sebelum ini. So, please mama izinkan Emir fokus kerja dulu. Takkan lari ke mana pun bakal menantu kesayangan mama tu. Emir selalu jaga dia," balas Tengku Emir Danish bijak mencari alasan.

Datin Falida melepaskan keluhan kecil. Jauh di sudut hatinya, dia takut pisang berbuah dua kali, dia takut Tengku Elvia akan mengulangi perbuatan yang sama seperti Tengku Delisha. Bukan dia mahu berburuk sangka pada bakal menantunya, tapi ketakutan masa lalu menghantuinya. Semua yang pernah terjadi pada anak lelakinya membuatkan dia lebih peka sekarang.

"Mama fikir apa?" Soal Tengku Emir Danish. Dia tahu tentu ada yang mamanya fikirkan.

"Mama takut pisang berbuah dua kali, mama takut Tengku Elvia tinggalkan anak mama ni," luah hati Datin Falida.

Tengku Emir Danish tersenyum, tangan mamanya digenggam, "Mama tahu tak..."

Datin Falida menanti kata-kata yang bakal terbersit dari bibir anaknya itu.

"Mama tahu tak Emir percayakan Elvia lebih daripada Emir percayakan diri sendiri. Emir percaya yang dia takkan tinggalkan Emir. Cuba mama fikir, takkan perempuan yang dah bagi hati yang baru untuk Emir bernafas boleh meragut semula nafas hati Emir tu.. tak mungkin kan mama.."

Kali ini Datin Falida menganggukkan kepalanya perlahan, dia segera memeluk anak lelakinya sambil berkata, "Tengku Emir Danish satu-satunya anak mama. Mama sayangkan Emir. Mama sanggup buat apa saja demi kebahagiaan anak mama.."

Tengku Emir Danish merenggangkan pelukan itu, dia senyum, "Jadi mama setuju kalau Emir dan Elvia tangguhkan perkahwinan kami?"

"Mama setuju tapi jangan ambil masa yang terlalu lama untuk berkahwin dengan Tengku Elvia," balas Datin Falida.

"Alright, I promise mom.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience