Rate

BAB 83

Romance Series 197165

"Hud ada apa call aku ni?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"Kau bila nak balik sini bro?"

Tengku Harith Zaqwan tersengih, "Why Hud Mikail? Takkan kau tak boleh uruskan syarikat aku tu kut. Sembang kencang ajelah kau ni, kata hebat bab bisnes!"

"Wey.. kau perli aku ke ni?"

"Takkanlah kau dah rasa pedas kut.." balas Tengku Harith Zaqwan sudah ketawakan sepupunya itu.

Hud Mikail satu-satunya sepupu yang masih dia miliki. Mereka berdua memang rapat. Sepupunya baru saja pulang dari Ireland setelah tamat pengajiannya di sana. Dialah orang kepercayaan Tengku Harith Zaqwan. Dia juga ditugaskan menggantikan Tengku Harith Zaqwan sebagai CEO di syarikatnya semasa ketiadaannya.

"Tanggungjawab yang aku pikul ni berat Harith, kau senanglah bercakap.."

"Hud jangan cepat menggelabah. Bidang bisnes macam nilah, banyak rintangan. Aku kan dah pesan, kalau ada apa-apa bagitahu aje aku," balas Tengku Harith Zaqwan kembali serius. Dia tahu kalau Hud Mikail menelefonnya tentu ada yang tak dapat diselesaikannya di sana.

"Bercakap memang senang bro. Aku ni masih baru walaupun dah beberapa tahun study pasal bisnes ni, handle pula syarikat sebesar ni.. huhh.. gila!" Ucap Hud Mikail.

"Kau ni bisinglah. Sabar dulu. Biar aku settle masalah aku dulu kat sini. Lepas tu aku baliklah Malaysia ambil alih syarikat tu. So, apa masalah syarikat kali ni?" Soal Tengku Harith.

"Okaylah, dah settle semua kau balik sini.."

"Hmm.. aku nak bagitahu hal penting ni, tapi kau jangan marah ya. Aku dah usaha tapi gagal," sambung Hud Mikail. Takut juga dia kalau abang sepupunya marah.

"Okay, apa dia yang kau nak bagitahu tu?"

"Hmm.. mengenai projek pembinaan kat resort kita tu Datuk Jimmy tarik balik, tak jadi kerjasama dengan syarikat kita," balas Hud Mikail.

"Projek yang nilainya belasan jutaan ringgit tu?"

"Yup, projek tulah. Pihak syarikat dia orang cancel," balas Hud Mikail.

"Apa penyebab dia orang cancel kerjasama dengan syarikat kita tu?"

"Aku tak tahulah details pasal tu Harith," balas Hud Mikail.

"Tak apalah, mungkin tak ada rezeki kita nak dapatkan projek tu.. tapi satu aku nak pesan, next time bila jadi macam ni tanya pihak syarikat tu penyebab dia orang cancel kerjasama dengan syarikat kita, dari situ kita akan tahu kekurangan syarikat kita, so kita boleh perbaiki. Faham?"

"Faham Harith.."

"Ada apa-apa lagi?"

"Buat masa sekarang tu aje aku nak bagitahu kau," balas Hud Mikail lega apabila abang sepupunya tidak memarahinya.

"Eh, kau dengan Arissya macam mana? Tak berbaik lagi ke?" Sambungnya.

"Tak.. dia masih dingin dengan aku dan tak dapat maafkan aku lagi," balas Tengku Harith Zaqwan terkilan.

"Mungkin luka dia masih berparutlah tu, orang perempuan ni memang susah nak difahami. Tapi kau jangan cepat give up, teruskan aje. Aku doakan kau berjaya pujuk Arissya. Bawa dia balik sini," ucap Hud Mikail memberi kata semangat.

"Insya-Allah Hud, kalau jodoh aku dengan dia kuat takkan ke mana.."

"Aameen.. Eh, aku minta diri dululah Harith, ada kerja nak settlekan ni.."

"Okay Hud!" Balas Tengku Harith Zaqwan. Terlupa pula dia ingin memaklumkan soal peguam Iris Ariana kepada Hud Mikail.

Tengku Harith Zaqwan setia menunggu Tengku Arissya di situ. Sekejap lagi sudah tentu gadis itu akan keluar untuk makan tengah hari.

"Arissya!" Panggil Tengku Harith Zaqwan apabila sudah kelihatan kelibat gadis itu.

Tengku Arissya berpaling ke belakang, masam mencuka wajahnya bila melihat Tengku Harith Zaqwan berada di situ.

"Hai, sayang!" Sapa Tengku Harith Zaqwan yang sudah berdiri di hadapan Tengku Arissya.

"Tak faham bahasa lagi ke? Kenapa kacau saya ni!" Marah Tengku Arissya yang sudah mengatur langkah ke hadapan. Tengku Harith Zaqwan mengikuti jejak langkah bekas isterinya itu.

"Arissya abang datang sini nak ajak pergi lunch. Jom sayang!"

"Tak payah!"

"Arissya please, janganlah macam ni. Kenapa Arissya selalu dingin dengan abang?"

"Enoughlah Harith! Dah berapa kali saya perlu ulang lagi yang kita dah tak ada apa-apa.."

"Ya, abang tahu tapi salah ke abang nak kawan dengan Arissya?"

"Salah!"

"Apa yang salah?"

"Sebab saya berpegang pada prinsip. Seorang sahabat mungkin boleh jadi kekasih, tapi seorang kekasih tak boleh jadi sahabat.."

"Sebab tu aje?"

"Sebab saya tak suka! Saya tak suka ada kaitan dengan awak. Tak suka, faham tak? Tak suka!" Ulangi Tengku Arissya.

"Kenapa keras sangat hati Arissya ni hah? Abang datang sini nak jumpa Arissya. Nak berbincang dan ceritakan semua yang pernah berlaku dulu, nak betulkan keadaan. Kalau Arissya bencikan abang sekalipun, tak apa teruskan. Abang tak kisah.. tapi bagi abang peluang walaupun bukan ruang untuk abang buktikan pada Arissya yang abang tak bersalah!"

"Tapi masalahnya saya tak nak dengar apa-apa lagi!"

"Tapi abang perlu jelaskan semuanya. Abang nak jelaskan dalam keadaan kita berdua tak gaduh. Kita tenang.."

"Kenapa sibuk nak bela diri ni? Orang yang tak bersalah tak perlu nak bela diri dia pun," perli Tengku Arissya.

"Bukan soal kebenaran abang ditangkap khalwat tu saja Arissya, ada lagi tentang hal lain yang sangat penting untuk sayang tahu everything.."

"Tentang apa?"

"Tentang mama Arissya," balas Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Arissya tersenyum sinis, "Kalau boleh tentang mama pun saya tak nak tahu. Sejak kita berpisah, mama pun tak pernah call saya.. cari saya. Sedangkan saya ni pernah menjadi menantu kesayangan dia. Saya tahu dia pun dah lupakan saya!"

Kata-kata Tengku Arissya buat Tengku Harith Zaqwan sedih, dia berpaling ke arah lain. Dia meraup mukanya berkali, air matanya diseka sehabis mungkin.

Tengku Harith Zaqwan tetap bersuara, bersuara dalam sebak yang tertahan, "Mama tak pernah lupakan Arissya. Dia..."

"Tak perlu jelaskan apa-apa lagi Harith. Mama pun sama aje, hati saya dah terlalu kecewa dengan semua ni," luah hati Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan senyum, "Inilah masalah Arissya, bercakap ikut emosi. Belum sempat abang nak jelaskan semuanya, Arissya marah-marah. Mana Tengku Arissya yang abang kenal dulu? Yang lembut tutur katanya, yang jarang marah dan selalu sabar menghadapi semua masalah hidupnya. Yang...."

Belum sempat Tengku Harith Zaqwan menghabiskan ayatnya, Tengku Arissya pantas memotong, "Manusia berubah. Manusia berubah sikap dan perlakuannya bila dia dah rasa sakit sangat. So, jangan salahkan saya. Awak yang telah mencorakkan saya terlahir seperti hari ini!"

Tengku Arissya segera berlalu pergi dari situ. Tengku Harith Zaqwan mendongak ke langit biru, lalu dia meraung kuat.

"Aarrghhh!!!"

Tengku Arissya dapat mendengar raungan suara itu, namun tak diendahkan. Air matanya sudah jatuh membasahi pipinya.. tapi cepat-cepat disekanya. Sekali lagi Tengku Harith Zaqwan buat dia menangis. Perlukah berkali? Penatnya Tuhan saja yang tahu menghadapi rasa sakit di jiwanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience