Rate

BAB 130

Romance Series 197165

Tengku Harith Zaqwan download satu game dalam handphone milik Tengku Arissya tapi dia tidak bermain game itu, dia terus menyelongkar gallery handphone. Janjinya mungkir, dia telah melanggar privasi Tengku Arissya.

Dia melihat dalam telefon itu terdapat beberapa keping gambar dia bersama Tengku Arissya, siap berpeluk. Tengku Harith Zaqwan bungkam.

'Ni gambar aku, banyaknya dia simpan!' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan selesai tengok gambar, kemudian dia buka inbox whatsapp milik Tengku Arissya. Ada banyak whatsapp tersimpan yang tidak dipadamkan. Tengku Harith Zaqwan membuka whatsapp itu satu persatu. Antaranya dia terbaca salah satu whatsapp daripada seseorang.

'Kau ingat Harith tu sayang kau ke? Kasih sayang dia tu cuma dusta! Dia sayangkan aku. Buktinya, kami berdua selalu keluar makan bersama. Kalau tak percaya kau tengok ni!'

Tengku Harith Zaqwan scroll whatsapp itu, ada tiga keping gambar dia dan Tengku Qistina keluar makan berdua.

'Tengku Qistina?' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan baca lagi whatsapp itu.

'Perempuan bodoh! Kau tak perlu perasan bagus sangat. Aku akan pastikan hubungan kau dengan Harith musnah!'

Tengku Harith Zaqwan baca lagi whatsapp yang seterusnya. Lagi dan lagi.. sehinggalah segalanya dia ketahui.

Bodoh, gila, perampas, bangsat, adalah kata-kata kesat Tengku Qistina pada Tengku Arissya menerusi telefon itu. Jadi selama ini Tengku Qistina menganggu Tengku Arissya rupanya, tapi persoalannya kenapa Tengku Arissya diamkan semuanya? Itu yang sedang bermain di fikiran Tengku Harith Zaqwan.

Dia buka lagi whatsapp lain, ada satu nama di whatsapp itu tertera 'Doktor'. Dia meneliti whatsapp itu berulangkali.

'Assalamulaikum puan. Keadaan migrain puan agak teruk, pastikan makan ubat ikut masa. Jangan biarkan badan terlalu penat atau kuat berfikir' - Doktor

'Wa'alaikumussalam, baiklah doktor. Thank you ingatkan I' - Tengku Arissya

'Doktor, loya/muntah salah satu dari gejala migrain ke?' - Tengku Arissya

'Ya, Arissya. Salah satunya, selain tu gejala lain mungkin berlakunya Fotofobia (elak cahaya), fonofobia (elak bunyi)..' - Doktor

'Ubat apa yang sesuai untuk I doktor?'

'Domperidone (20 hingga 40mg sehari) dan metoclopramide (10mg) yang boleh mengurangkan sakit kepala yang teruk. Boleh juga ambil ubat yang umum seperti paracetamol' - Doktor

'Tengku Arissya selama ini rupanya ada sakit migrain? Nampak dari text ni ia boleh tahan seriusnya' Desis hati Tengku Harith Zaqwan.

Tengku Harith Zaqwan terbuka satu nota, ada tulisan lain dalam nota itu selain daripada checklist untuk urusan kerja. Tengku Harith Zaqwan tercari-cari nota yang memiliki tulisan Tengku Arissya untuk membacanya.

Aku kehilangan erti
Jiwaku gundah gulana
Warna pelangi hidupku sirna
Di dustai janji seorang lelaki
Diduakan cintanya

Semenjak itu..
Aku tidak mahu tahu semua perkara
Supaya hati tidak terus terluka..

Tengku Harith Zaqwan terasa sebak, dia membaca bait luahan yang lain pula.

Kehidupan membawa langkah
Tak tentu arah
Harusnya aku berhenti sudah
Namun hati ini gila!
Masih menggilai kenangan semalam
Akukah yang paling bodoh?
Merindu si pengkhianat cinta

Kali kedua luahan itu dibaca, Tengku Harith Zaqwan menarik nafas panjang.

Tuhan..
Aku harus bagaimana?
Kesedihan ini bagaikan hujan lebat
Tak terhenti mengalir di denai hati
Nampak tenang tapi ia bergelora
Menghimpit hempap jiwa ini

Aku bersujud tak henti
Aku menangis dan merintih kepada-Nya
Namun.. aku masih tewas oleh perasaanku

Aku terasa duniaku sepi tanpa dia
Tapi haruskah aku merasakan itu semua?

Aku lelah bertanya sampai bila akan selesai
Semua lelah..
Lelah..

Air mata Tengku Harith Zaqwan bergenang kali ini di matanya. Dia terasa sebak membaca bait-bait luahan itu yang mempunyai ribuan cerita..

Jiwaku.. berhentilah mencari bayangnya
Berhentilah merinduinya
Rindu ini berat
Aku tak ingin memikul rasa ini lagi Tuhanku..

Tengku Harith Zaqwan mencari-cari lagi nota tulisan Tengku Arissya.

Lelah ini parah..
Aku hanya mahu istirehatkan hati ini saja dulu..
Sesudahnya, aku ingin jauh pergi meninggalkan bumi Malaysia
Agar bayangnya tak ku lihat
Segalanya akan aku akhiri

Tengku Harith Zaqwan memejamkan matanya serapat-rapatnya. Dia sebak, jiwanya terhiris membaca kalimah luka itu..

Tengku Arissya tersedar dari lenanya, segera dia bertanyakan Tengku Harith Zaqwan soal handphonenya.

"Harith, dah jam berapa? Dah siap ke main game tu?" Soal Tengku Arissya.

Tengku Harith Zaqwan terkedu, dia segera membuka game yang di downloadnya tadi.

"Dah nak masuk zohor, kenapa Arissya? You tidurlah dulu," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Amboi, you nak main game punya pasal, you suruh I tidur lagi ya," ucap Tengku Arissya.

"Game ni best sangat, tu yang I sayang nak bagi you handphone ni.."

Tengku Arissya terdiam seketika, sepasang matanya merenung wajah bekas suaminya itu yang asyik dengan telefon.

"You tunggu sini kejap boleh tak?"

"You nak pergi mana?" Soal Tengku Harith Zaqwan.

"I nak keluar kejap, singgah masjid. Lepas tu.. I datang sini ya,"

"Okay, tapi you jangan lupa makan tengah hari tau," pesan Tengku Harith Zaqwan. Tengku Arissya menyambut pesanan itu dengan senyuman.

"Meh handphone I, nakk.." pinta Tengku Arissya..

"Nak ke? Hmm.. yelah, ambillah balik. Kedekut you ni," ucap Tengku Harith Zaqwan membuatkan Tengku Arissya tergelak.

"Amboi, I dah bagi pinjam handphone.. you cakap I kedekut pula, banyak cantik.."

"Betullah apa yang I cakap," balas Tengku Harith Zaqwan bersahaja seolah tidak ada perasaan.

"Terpulanglah you nak anggap I apa pun, bye!"

Tengku Arissya keluar dari bilik wad itu. Tengku Harith Zaqwan bingkas bangun perlahan, dia mahu ke tandas mengambil wudhuk untuk menunaikan solat zohor. Soal semua gambar, whatsapp dan nota yang dia lihat tadi itu di diamkan saja.

"Alamak! Dah lewat ni.." Ucap Hud Mikail yang memandang ke arah jam tangannya.

Hud Mikail menelefon Tengku Arissya.

"I kat luar ni, baru aje keluar. Nak solat dan makan tengah hari dulu," balas Tengku Arissya.

"Owh.. I call ni nak bagitahu you, tengah hari ni I tak dapat datang tengok Harith kut. I lewat sikit keluar lunch, banyak kerja kat ofis. Mungkin I sampai malam kat hospital kut.."

"Don't worry Hud. I boleh jaga Harith," balas Tengku Arissya.

"Thanks Arissya.."

"Welcome, I minta diri dulu ya. Take care, bye!" Ucap Tengku Arissya yang sedang mencari tempat parkir di halaman masjid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience