Rate

BAB 214

Romance Series 197165

"Cis tak guna!" Marah Tengku Qistina. Dia menampar pipi Remy dan Gee kuat.

"Semua planning kita hancur gara-gara kau berdua. Langsung tak boleh harap!"

"Bukan salah aku bos, salah perempuan tu!"

"Perempuan mana pula ni!!!" Tengking Tengku Qistina.

"Perempuan yang ada dirumah Datuk Mustaqim," balas Gee.

"Siapa dia!"

"Kami berdua tak tahu bos, tapi dia hebat berlawan. Dialah yang mengalahkan aku dan Remy, bos..."

"Siasat siapa perempuan tu!"

"Bila bos?" Soal Gee.

"Sekaranglah bodoh! Dua tiga hari lagi aku mahu tahu siapa dia.." balas Tengku Qistina.

"Remy belot tuan!"

"Tak Leez! Remy tak belok. Dia dah buat yang terbaik," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Habis tu kenapa tuan tak tahu? Dan kenapa Remy berlawan dengan aku secara serius?" Soal Sharleez tidak puas hati.

"Remy tak nak Gee tahu. Dia kena buat betul-betul. Aku memang tak tahu pasal apa yang Remy rancang pagi ni, tapi Remy pernah ingatkan yang dia takkan maklumkan apa-apa, cuma dia kata minggu ni rancangannya. Aku pun pernah ingatkan kau kan?"

Benar! Tuannya ada memberitahunya tentang perkara ini. Nasib baik dia terjaga dari tidurnya. Jika tidak, pasti rancangan Tengku Qistina berjaya.

"Kita beruntung sebab rancangan Qistina gagal, tapi aku yakin Qistina pasti akan minta anak buah dia cari kau.."

"Aku tahu dia takkan lepaskan aku. Especially, Gee. Dia nampak berdendam dengan aku.."

"Kau kena jaga diri baik-baik," pesan Tengku Harith Zaqwan.

"So, apa planning tuan lepas ni?" Sampuk Sharkief yang turut ada disitu.

Tengku Harith Zaqwan melepaskan keluhan berat, "Entahlah, aku tengah fikir ni.."

"Apa kata tuan serahkan bukti yang ada dalam telefon Remy. Lepas tu tuan boleh bagitahu secara terperincil tentang semua yang terjadi pada pihak polis," ucap Sharkief memberi cadangan.

"Betul kata Kief, kalau tak bahaya jika kita terus menyimpan bukti tu tuan.."

"Tapi masalahnya bukti tu tak cukup! Semua perbualan Remy dan Qistina sudah di padam.."

"Tak jadi masalah tuan. Setidaknya pihak polis akan menyiasat terlebih dahulu," balas Sharkief.

"Baiklah, kalau begitu aku akan bawa bukti tu ke balai polis. Aku akan bercerita semuanya. Kita akan bekerjasama dengan polis," balas Tengku Harith Zaqwan sudah membuat keputusan.

"Selagi Qistina belum tahu siapa aku, aku akan terus berlakon baik dengan dia.." sambungnya.

"Okay tuan!"

"Bagaimana dengan aku tuan, perlu ke aku ke rumah Datuk Mustaqim meneruskan tugasan aku?" Soal Sharleez serius. Dia nampak keras. Tegas. Lagaknya seperti robot.

Sharleez memang bukan perempuan biasa. Dia hebat dalam bertarung. Dia tidak pernah main-main dalam tugasannya. Dia tidak akan menyerah sebelum semuanya selesai. Gee silap besar jika mendendaminya.

"Kita tukar planning. Sharkief akan mengambil tugas kau. Dia akan menyamar sebagai tukang kebun dirumah Datuk Mustaqim. Aku akan segera memaklumkan tentang perkara ini pada Datuk Mustaqim," balas Tengku Harith Zaqwan.

"Tugas aku?"

"Buat masa sekarang kau sembunyikan diri dulu. Aku tak nak sampai Qistina tahu siapa kau. Kau akan keluar bila ada arahan dari aku.."

"Aku nak sembunyikan diri kat mana tuan?"

"Kat rumah ni.."

Terkedu Sharleez mendengarnya, Sharkief juga begitu.

"Kau sudah aku anggap seperti saudaraku sendiri, aku tak mahu kehilangan lagi. Jadi, duduk saja dirumah ini.. lagipun rumah ni besar. Kau bebas menikmati suasana yang damai disini sebelum bersedia untuk beraksi.."

"Baik tuan!"

"Kief bersedia untuk penyamaran. Kau boleh minta tolong Leez," ucap Tengku Harith Zaqwan memberi arahan.

"Baik tuan!"

"Jom ikut aku!" Balas Sharleez. Mereka berdua berlalu pergi dari situ.

Datuk Mustaqim baru saja menerima whatsapp daripada Tengku Harith Zaqwan perihal Sharkief. Dan dia bersetuju demi melindungi keluarganya.

Tengku Arissya baru saja selesai mandi. Dia kemudiannya duduk di balkoni, sejak menerima hakikat itu dia lebih banyak termenung mengenangkan kebodohannya. Selama ini rupanya dia berkawan dengan lelaki jahat. Dia langsung tidak menyangka Faqrul sanggup berpakat dengan Tengku Qistina. Sungguh menyakitkan! Persahabatan yang didasari sebuah pengkhianatan.

Masih terngiang-ngiang juga ditelinganya kata-kata Tengku Harith Zaqwan pagi tadi. Dia akui jiwanya tercalar, hatinya terluka dengan kata-kata lelaki itu. Tapi dia tidak menyalahkan bekas suaminya, dia faham dialah punca segalanya. Dia langsung tidak menyangka, lelaki itu tidak pernah ingin menceraikannya tapi dipaksa menceraikannya. Ketika mengetahui hakikat itu terasa dunianya gelap. Benar kata Tengku Elvia, cinta Tengku Harith Zaqwan tulus untuknya. Baru hari ini dia menyedari betapa tulusnya sebuah cinta lelaki itu.

Selama ini dia bermati-matian menghina bekas suaminya, menuduh yang bukan-bukan, sedangkan lelaki itu langsung tidak bersalah. Apabila mengenangkan semula kegigihan Tengku Harith Zaqwan menagih cintanya di Kota Paris.. dia tidak dapat membayangkannya, sudah pasti hancurnya hati lelaki itu dengan setiap penghinaannya.

Dia akui dia terlalu kejam. Dia telah menghancurkan hati seorang lelaki yang tulus mencintainya. Kenapalah dia buta pada waktu itu. Seolah tidak dapat berfikir dengan waras. Dia benar-benar buta. Buta menilai antara permata dan kaca. Bodohnya diri apabila mengenangkannya.

Jika masa dapat diputarkan semula dia tidak mahu bersikap zalim terhadap bekas suaminya. Dia tidak mahu walau sesaat mengucapkan kata-kata yang dapat memberi kelukaan dan rasa kecewa pada Tengku Harith Zaqwan. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Semuanya sudah terlambat. Dia sendiri kesal dengan sikapnya yang tidak matang, terlalu mengikutkan emosinya sehingga terlupa orang lain juga mempunyai hati dan perasaan.

Dia sendiri merasa malu untuk mendepani Tengku Harith Zaqwan. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang. Fikirannya juga buntu. Berserabut. Dia cuma ingin menenangkan fikirannya terlebih dahulu, belajar perlahan-lahan menerima hakikat yang pedih itu pada hari ini sebelum memikirkan sesuatu, apa yang perlu dia lakukan selepas ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience